terima kasih sudi singgah.....buat susah-susah jeeeeeee....teeehehehehe..

mintak tolong klik, nak buat rumah. terima kasih.. :)

✿cayang2 rosalina✿

Thursday, May 6, 2010

kembali seperti dulu...

alhamdulillah..
segala2nya sudah kembali tenang..
dan aku harap selama2nya akan macamni..
maaf..
bukan niat aku nak jadi pihak ketiga..
bukan niat aku nak jadi perampas..
aku hadir dalam hidup dia 
dalam keadaan yang tak diduga..
dia juga hadir 
dalam keadaan yang aku tak jangka..

adakah kami memang 
sudah ditakdirkan bersama??
aku bukanlah seorang manusia yang sempurna..
aku adalah seorang wanita..
yang memerlukan 
belaian dan kasih sayang..
dari seorang lelaki..

setelah sekian lama 
aku merasa kesunyian..
berdosakah aku 
mencari kebahagiaan sendiri??

mungkin jalan hidup kami 
memang ditakdirkan begini..
mungkin cara kami dipertemukan dengan cara begini..
aku berserah kepada-Mu YA ALLAH..
aku yakin KAU menganugerahkan insan yang terbaik buat aku..
aku harap kasih sayang antara kami 
akan berkekalan..
aku ikhlas menyayangi dia..

walaupun kami bahagia..
tetapi kami sentiasa diganggu..
adakah ini dugaan..
dugaan yang datang tanpa di duga..

gangguan dari seorang wanita..
yang dulunya pernah menjadi kekasih dia..
gangguan yang penuh perasaan dendam..
gangguan yang penuh dengan ugutan..
mengatakan aku seorang perampas..
sekali lagi aku menegaskan..
aku BUKAN perampas..

kau pergi dari hidup dia..
kau tinggalkan dia terkapai2..
kau tinggalkan dia dalam kesunyian..
kau biarkan dia keliru..
mengapa???

saat aku hadir dalam hidup dia..
aku dapat melihat kebahagiaan 
yang hadir dari sinar mata dia..

saat kami sedang bahagia
kau tiba2 muncul..
kau mengatakan yang kau masih menyayangi dia..
kalau kau sayang..
kenapa kau tinggalkan dia??
bila dia buat keputusan
untuk hidup bersama aku..
kau menyesal..

maaf..
semua dah terlambat..
aku adalah seorang yang tidak akan melepaskan 
orang yang aku sayang dengan semudah itu..
mungkin kau juga akan begitu..

aku dah merasai kesengsaraan 
sepertimana yang kau alami..
tapi aku tabahkan hati..
pujuk hati sendiri..

aku berharap kau akan 
maafkan segala kesilapan kami..
aku doakan kau akan berjumpa jodoh 
yang lagi baik..
aku tidak pernah berdendam dengan kau..
walaupun kau pernah
menghina aku..
mencaci aku..
kerana aku tau..
aku bukan sempurna..
aku sentiasa melakukan kesilapan tanpa sedar..

jika itu dapat membuatkan kau bahagia..
jika itu yang dapat membuatkan kau rasa lega..
jika kau mahu melihat kami sengsara..
buatlah...
teruskanlah caci maki kami..
kami terima..
tapi...
ingatlah...
semua tu tak bawa kemana..
kami ikhlas meminta maaf dari kau..
tapi kau tidak mahu memaafkan kami..
sedangkan NABI pun mengampunkan umatnya..

ya Allah...
lembutkanlah hati wanita itu..
ampunkanlah dosa dia..
dia terlalu mengikut perasaan..
aku tidak berdendam dengan dia..
aku terima segala kata2 kesat itu..
aku terima segala2nya..
berikanlah ketenangan 
dalam hatinya..

ya Allah..
berikanlah kebahagiaan kepada kami..
jauhkanlah kami dari segala 
perkara yang buruk..
jauhkanlah kami dari perkara
yang boleh merosakkan hubungan kami..
tambahkanlah kasih sayang 
antara kami..
redhailah hubungan kami..
jauhkanlah kami dari anasir2 yang jahat..
jauhkanlah kami dari pendengki..
jauhkanlah kami dari manusia 
yang berniat tidak baik kepada kami..
sesungguhnya KAU lagi MAHA mengetahui..
amin...

2 comments:

Farid Fernandez said...

aku single rileks jer...


kecoh tol~

rossa alina said...

itu ko..
aku lain..
huhu..