terima kasih sudi singgah.....buat susah-susah jeeeeeee....teeehehehehe..

mintak tolong klik, nak buat rumah. terima kasih.. :)

✿cayang2 rosalina✿

Thursday, July 26, 2012

[WEDDING REVIEW] bilik pengantin

tak terpikir pulak aku nak buat review pasal bilik pengantin..hikhik..bilik tu aku hias simple² je sebab bukan nak bergambar dalam bilik pun..segan aih..




selalu yang nak tengok bilik pengantin pun makcik² yang datang rewang,tak pun saudara mara.. tu pun bukan semua nak tengok..kebanyakannya duduk kat luar je sebab kat dalam rumah panas..tapi kat bilik aku sejuk sebab ada air cond!!hikhik..




selalu yang memenuhkan bilik aku tu anak-anak kakak aku la haihhh suke sangat masuk bilik aku..sejuk katenye.. :p




okey, sini ada gambar bilik yang aku hias tu..takde semeriah mana pun..sekadar nak tunjuk yang tu bilik pengantin je.. :)




 

see??simple je kan??hehehehe..cat bilik tu beli kat Nippon..aku beli dua warna..kalau nak buat 1 warna macam bosan plak so aku buat dua warna bagi nampak ada kombinasi warna sikit.. :) eh, aku yang cat sendiri tau....abah aku tolong ajar je cara nak cat camne..heyyy nak cat dinding pun kena ada skill tau..bukan main cat je..bertompok² nanti..thanks abah.. :)



perabot kat bilik tu pulak aku yang susun camtu..kalau tak, susunannya lain..tapi aku tengok macam serabut je so aku susun camtu..senang sikit, ade ruang nak solat.. :)



langsir tingkap tu aku jahit sendiri..mak cuma jahit yang kecik tu je tapi yang kerawang² kat langsir tu aku la yang jahit..hihihi..jahit last minit tuuu..esok nak nikah, malam tu baru jahit..nasib baik sempat siap sebab malam tu akak² NEDHENNA nak datang pakaikan inai.. :)



bunga yang kat atas dinding tu aku yang gubah. hahahahaha..macam ape je ghopenye..pastu abang aku yang letak sebab aku kurang tinggi..hikhik..memang simple sangat² bilik aku ni haaa..asalkan nampak kemas kira okeylah tu..hahahaha hias last minit memang camtulah kan?? XD 




maaflah sebab bilik tu macam nampak serabut sangat kat sebelah katil yang dekat tingkap tu..situ ada ruang sebenarnye..aku buat space untuk simpan hadiah kawen..so memang menimbunlah hadiah kawen kat situ..hikhik..




okey, tu je nak story pasal hiasan bilik pengantin masa aku kawen aritu..maybe korang ada idea sendiri nak deco kan??ni aku buat 3hari sebelum, semua kelam kabut sebab carik barang pun last minit.. :p




orait, selamat menghias bilik pengantin!! :)



#notakecik : hujan..sejukkk!! @_@





No comments: