terima kasih sudi singgah.....buat susah-susah jeeeeeee....teeehehehehe..

mintak tolong klik, nak buat rumah. terima kasih.. :)

✿cayang2 rosalina✿

Monday, December 24, 2012

Lebih baik bunuh je, dari nak fitnah²

Assalamualaikum..




salam Isnin. mengantuknye. @_@ ramai ke yang cuti hari ni?? sebab jalan tadi lengang semacam je. syoklah cuti.. boleh bangun lambat sikit. tadi saya terlajak tidur, sudahnya, sampai opis pun lambat. (--")





bangun lambat sebab tidur lambat. tak sedar khusyuk sangat kemas rumah sampai nak dekat pukul 2 baru stop kemas rumah. pastu mandi jap sebab badan rasa melekit. nak terus tidur tak selesa pulak. pastu tak sedar pukul berapa tidur. pukul 3 or 4 pagi kot?? tidur lambat, bangun pukul 7, pagi² mata nampak sembab. bawah mata jadi hitam. oh tidak!! dan sekarang tengah tahan ngantuk. tak sabar nak tunggu pukul 1 ni. nak tidur puas². @_@




kenapa mesti nak lari topik ye?? bhahaha.. tajuk entry lain, tapi isi lain. dah biase dah kan?? kan?? kan?? hew hew. boleh tak kalau saya nak cerita something kat sini?? em em tapi, takpelah. tak jadilah nak cerita. hihi..




bukan nak cerita ape pun, cuma tak puas hati dengan certain people yang suka fitnah². tak tau pape cerita pastu pandai² buat andaian sendiri, pastu pergi hebohkan kat orang lain. sudahnya, jadi cerita yang tak betul. kenapa sampai nak fitnah orang lain semata² nak jatuhkan orang lain?? perlu ke semua tu?? pastu bila kena perli, tau pulak nak benggelabah macam mak nenek. orang takde sound dia lebih² tapi dia punye menggelabah semacam je. tau pulak nak menggelabah kan.. dah tu, sudah²lah nak memfitnah orang. kata tak suka orang menyebok hal dia, tapi dia tu jaga setiap helaian benang kat kain orang. kalau taknak orang buat kat awak, baik awak jangan buat kat orang. got it??




lagi satu, kenapa nak perasan ada orang nak ambik tau hal dia?? kenapalah mesti ada orang yang perasan?? kita tak usik, tak jentik, tak buat pape, tiba² dia kata kita bukan² pulak. oh men.. pleaselah bukak sikit mata tu. berhentilah jadi seorang yang kuat perasan. awak tu bukan artis pun. eee tak kuasa nak ambik tau hal awak. tak hingin pun. annoying tau tak??




pastu bila dah delete dari contact, lagi kene tuduh jadi wartawan pulak?? dah delete, nak jadi wartawan pe jadahnye?? bukan wartawan je, kene tuduh jadi malaikat la, syaitan pun kena jugak. can u stop talking about the bad thing?? urghhh!! sebab awak dan awak suka kata benda² laghahlah saya delete tau tak?? kat luar mulut manis, tapi kat laman sosial ayat macam "tutttt"!! salah ke saya taknak tau ape yang korang kata tu?? saya taknak dosa dengan gambar² yang tak elok yang awak suka post tu. salah ke saya buat camtu??





tu hak saya kan?? saya buat, dan saya tak menyesal dengan semua tu sebab sekarang saya rasa lega dan aman. takde istilah "hati tak tenang" dah. tu ayat yang someone bagi. kihkih. ke hati dia yang tak tenang tu tak taulah. wallahua'lam. sekarang "benda-benda" negatif tu dah takde dalam diri saya dah. syuh² pergi main jauh². buat semak je.






sebelum terlupa kan, nak pesan ni. sebelum nak kata orang, silalah tengok diri sendiri dulu ye. tak payahlah nak tuduh² orang lagi. pelik jugak bila kena tuduh "message gedik-gedik dengan lelaki orang". sape ntah lelaki orang tu saya pun tak tau. kalau nak kata abang tempat kerja saya, rasanya saya kawan je dengan dia. saya TAK PERNAH keluar dengan suami orang. message gedik² lagilah takde. tang mane dia kata gedik tu??




mustahil orang tau sesuatu "cerita" tanpa tau butir² kalau bukan mereka sendiri yang carik "cerita" tu kan?? kalau orang lain yang bagitau pun, kompem lepas tu carik sendiri "cerita" tu. kalau tak, camne boleh tau SEMUA "cerita" tu?? faham tak maksud saya?? kiranya macam kate tak minat nak ambik tau tapi ambik tau jugak. sape yang penyibuk sekarang?? haaaaaaaaaa.. musykil gak ni.





cik abang tak pernah kata dia menyesal kawen dengan saya. dia kata dia makin sayang kat saya ade lah. camne orang lain boleh tau cik abang MALANG kawen dengan saya ekkkkkkkk?? yang ni laaaaaaaaaaagi musykil. (--") saya RATU DRAMA?? eh, memang pun. sebab tu ramai yang suka dan benci saya. kaaaaaaaaannnnnnnnnnnn?? bhahahaha.. lagi ramai orang suka kita, lagi ramai jugak yang tak suka. kadang² orang jadi tak suka kita sebab ramai yang suka kat kita!! jeleslah tu. HAHAHA.. 




nak kata saya kaki gaduh pun katalah.. tapi kelakar pulak bila kena kata kaki gaduh. nape nak kata orang lain tu kaki gaduh ek?? nape tak kata diri sendiri?? kadang² kita tak mulakan pun, tau² je dah kena tuduh bukan². uwalaaa.. jangan nanti ape yang korang kata tu patah balik kat diri korang sendiri yeee.. eh, takpelah. saya tak terase pun. sebab saya anggap semua yang orang lain kata tu, dorang tujukan kat diri dorang sendiri. bhahahaha..




kali ni takde nak say sorry dah. orang bash saya, saya bash orang balik. nak buat baik? kalau kita bagi bunga 1 gunung kat dia tapi dia bagi najis kat kita balik buat ape?? ingatkan nak senyap je. tapi, bila senyap, makin menjadi² pulak perangainya.




nak kata saya tak matang?? kata je lah. tak kisah pun. orang selalu nasihat itu ini tapi kadang² orang yang bagi nasihat tu pun buat jugak. camne?? sebab tu orang selalu kata sebelum kata orang lain, tengok kat diri sendiri dulu. kalau nak tegur baik² takpe, ni siap nak maki "bodoh", "bangang" semua keluar. what's that??





aduhhh entry panjang betul ni. kalau boleh memang nak lagi panjang. biar takde sape nak baca sebab orang memang tak suka baca panjang² ni. okey, nak cerita tu je. sape yang suka kena fitnah, kan?? daripada nak fitnah bukan², baik bunuh je lah orang yang korang fitnah tu. dosa fitnah lagi besar dari membunuh kan?? ha, bunuhlah orang yang korang fitnah tu. pastu bila dah bunuh jangan carik saya tau. :p





eh, tadi kata taknak cerita tapi cerita jugak. bhahahaha.. tapi, ni cerita sikit je. bukan semua pun.. uurghh terus celik bila cerita pasal fitnah² ni. okey, sekarang mengantuk balik. dahlah. malas nak cerita pasal ni lagi. baik cerita pasal deko² lagi bagus. hewhew.. tata!!




#notakecik : cuaca mendung, mata jadi makin mengantuk. @_@

No comments: