terima kasih sudi singgah.....buat susah-susah jeeeeeee....teeehehehehe..

✿cayang2 rosalina✿

Wednesday, September 26, 2012

WORDLESS WEDNESDAY



bestnye kutuk orang. orang tu tak sponsor pun saya boleh kawenlah. ha, dah selamat kawen dah pun. btw, bukan RM500 pun orang tu bagi. cuma RM150 je. pandainya dia putar belit. baca [SINI]



nak percaya cerita orang tu agak²lah. kesimpulannya, tolong jangan jadi buta. kesian betul dekat orang yang percaya tu.




sekian.




#notakecik : jangan tanya mana saya dapat menda ni. :)

Tuesday, September 25, 2012

[DEKORASI] TV dan Astro

hai!! saya lagiii.. hahahahaha.. jangan marah.. :p saya tengah bosan ni. dah alang² tengah takde kerja kan, so saya updatelah blog.. :p



sekarang ni asyik nak buat entry pasal rumah je. almaklumlah baru nak hidup berdua kan. saya tau, cik abang pun mesti tengah pikir pasal rumah jugak. hikhik. 



entry ni nak cerita pasal TV. LCD je yang mampu.. nak beli LED macam lagi mahal pulak. pastu ramai yang cakap LED cepat rosak TAPI kualiti bagus. saya bukan taknak amek yang berkualiti tapi saya risau je nanti dah ada anak, takut budak kecik ni ketuk² skrin TV je. contoh dah ada depan mata, anak kakak saya tu haaa.. hahaha sorry kakak, terpaksa amek contoh kat anak ko..




bersepah??hmm abaikan.


ohh kabinet TV tu pun baru beli. hm beli kat kedai perabot biasa je. tak mampu nak beli kat IKEA. ececece.. harga kabinet tu dalam RM290.00. tu pun harga promosi. kenapa beli yang kecik?? sebab nak terus bawak balik. tak payah nak susah²kan orang kedai untuk hantar satu barang je.




percaya tak kami bawak kabinet tu naik kereta kelisa je?? haaaa.. silalah percaya ye.. memang itulah hakikatnya. lagipun, ruang tamu rumah tu kecik je. so, tak perlulah beli yang besar². lagipun nak isi ape kalau beli besar².. buat penat je nanti nak kemas². hikhik.




Astro dah okey semalam. lega sikit hati boleh tengok Adam dan Hawa. heee.. piring Astro tu cik abang dah cabut siap² malam kelmarin. dia cabut sendiri weh!! sepatutnya, kena call Astro dulu sebelum nak buat pape. nak pindah rumah pun kena call Astro sebab biarkan mereka yang buat kerja. kita tak payah susah² nak bukak sendiri. tapi..............kami tak taaauuuuuuuuuuu.. so cik abang pun bukaklah sendiri.. (--")




dia bukak, dan pasang sendiri!! huhhh saya sangat kagum dengan cik abang. dia begitu gigih nak pasang Astro tu ha.. tapi apakandaya, bila dah pasang sendiri, tak hidup pulak. T_T tu yang terus call Astro mintak dia check ape² yang patut. semalam petang orang Astro baru datang check.




rupanya piring tu tak centre dengan point yang sepatutnya. orang Astro tu ada bagitau petua kalau² piring Astro tu kene kacau ngan monyet ke, teralih ke, kene ribut ke, manelah tau kan. orang tu cakap, "batang panjang yang pegang piring tu kena lurus, hujung kepala kat piring menghala ke arah kiblat, pukul 12, pastu dongakkan piring tu pada tanda 70 1/2 darjah [boleh tengok kat bawah piring] pastu pusingkan piring ke arah pukul 11 perlahan-lahan sambil tengok kat TV ada siaran tak..hati² kat pemancar kecik yang dekat piring tu ada kaca, takut pecah.." pastu orang Astro tu pesan, "kalau salah pasang, kena caj RM100.00, untuk allignment RM50.00"




faham ke tak tu ape yang saya taip?? saya pun tak faham sebab tu cik abang yang bagitau. HAHAHAHAHA..




okey. tu je. tata~




#notakecik : ramainya yang tegur saya dah gemokkkkkkkk.. eh, takpelah. tak kisah. gemok comel takpe. :)

[DEKORASI] cermin + ampaian dalam bilik mandi

hai, saya lagi.. hikhik.. maaflah asyik blog saya je yang terupdate. sepatutnya entry ni nak buat hari minggu aritu tapi sebab line internet sangat² slow, so tak dapat nak update. :p




okey, entry ni nak cerita pasal cermin dan ampaian dalam bilik mandi. disebabkan bilik mandi rumah kami tu tak luas a.k.a kecik, so kami pun beli yang kecik je. takkanlah nak beli yang besar pulak kan. buat semak je. lagipun ruang dalam bilik mandi memang terhad. :p





cermin tu kami beli kat Tesco. sebenarnya kat mana² pasaraya ada cermin camtu tapi kebetulan kami tengah shopping kat Tesco, ha, ape lagi, terus amek je lah. malas nak pusing² nanti. takpe, saya tak menyesal pilih yang ni. :p



plan kami yang asal, ampaian tu kami nak beli yang jenis besi punya ala-ala macam kat hotel gittewww.. tapi puas kami carik. kat Giant ada tapi ade kekurangan 1 barang dalam tu. nasib baik kami check dulu. kalau kami terus ambik mesti rugi.




kat kedai D.I.Y ada jual tapi masa kami nak beli tu, orang kedai tu kata stok dah habis. kecewa sangat masa tu. :( so kami tukarlah kepada yang macam kat gambar tu. bolehlahhh.. asalkan ada. tu pun kami beli kat Giant jugak. malas nak carik tempat lain. :p




tu je. ^_^Y





#notakecik : menyampah betul tengok warna cat kat bilik mandi tu. T_T


[DEKORASI] cantum cantum paip untuk mesin basuh

Assalamualaikum semua.. wahhh hari ni ramai yang senyum lebar.. masyuuuuuukkkkkkkkkk.. hikhik.. saya tak boleh nak senyum lebar sangat sebab banyak nak kena beli barang ni. hmm..




orait, entry ni nak story mory sikit pasal piping yang cik abang buat untuk mesin basuh kami. susah nak basuh baju guna mesin basuh automatik ni sebab nak kena ada paip sendiri.. kalau semi auto, kita boleh masukkan sendiri air guna baldi. tapi mesin basuh kat rumah kami tu automatik punya so terpaksalah buat piping baru.




saya ni bukan tau sangat pasal nak sambung² paip. saya cuma tau guna je. hikhik. nasib baik cik abang tau buat semua tu. mane ntah dia belajar sebab setahu saya masa kat IKM dulu dia belajar pasal Mekatronik. kot²lah ada pasal paip masa dia belajar dulu kan?? tapi, entah. tak tertanya plak.. huehue.. (--")




em, saya tunjuk kat gambar je lah ye dia buat camne. sebab tak tau nak terangkan camne. kuikuikui.


cik abang tambah paip kat pam tandas tu. nampak tak??
haaa..nampak tak tu??
gitulah rupanya.
paip tu menghala ke tingkap.
haa.. camnilah rupa dia. :)
ape ntah cik abang buat tu.
sambung lalu tingkap. kalau tak, cik abang nak tebuk lubang tapi dia kate nanti dinding jadi tak cantik. saya follow je. :p

sambungan paip tadi.

DONE!! camtulah ceritanya.. senang je kot nak buat tu. tapi kalau tak tau sila serahkan pada yang pakar. ni pun nasib baik cik abang DIY sendiri guna paip yang sedia ada. tak payah nak beli² lagi. cuma beli yang kecik² tu je la. pam tandas tu pun cik abang pasang sendiri. tukar baru sebab yang lama dah rosak dan pecah. air kat pam tandas tu jadi biru sebab kami letak ubat. alah beli kat Tesco je. kalau cari mesti jumpa. dia bentuk bulat ada 2 ketul dalam 1 peket. :)



sebelum guna, baca manual banyak² kali sebab tak faham. XD



yeayyy dah boleh guna.. lepas ni takdelah melambak je baju² kotor dan yang paling penting, takde nak rebut² mesin basuh lagi. hikhik. :p oh actually, saya ni jenis yang basuh baju asing² ngan family.  :)




selamat membasuh baju.. :)




#notakecik : duit mengalir macam air.. (--")

Monday, September 24, 2012

tak tau

sekarang saya tengah duduk atas kerusi (memanglah) depan pc, pastu tak tau nak buat ape. kenapa mesti hari isnin ni membosankan?? oh mannnn.. bosan sangat!!




kerja?? kerja dah siap dah. biasanya saya siapkan kerja dulu pastu baru rilek². selalunya ada je kerja yang mendatang tapi ni macam takde je. ape nak buat ni?? takkan nak update blog je?? macam takde mende lain je nak buat kan?? (--")




emm. takpelah. tata.




#notakecik : ape motif entry ni?? entry camni pun ada orang baca ke?? (--")

Friday, September 21, 2012

Dejavu vs I Don't Love You

hai!! saya kembali. bosan arini kerja tak banyak so buang tebiat dengar lagu kat youtube, blogwalking, update blog, kacau opis mate, bla..bla..bla.. (--")




okey, entry ni nak letak lagu lagi. hikhik. almaklumlah baru dengar lagu kat youtube. tadi baru dengar lagu Dejavu by ShahanShah.. baca komen kat bawah video tu ramai yang kata lagu Dejavu macam lagu I Don't Love You yang MCR nyanyi tu. actually, cik abang pun ada cakap camtu jugak.




mula² tak perasan pastu tadi terdetik nak dengar. bila dengar terus eh eh samalah. patutlah kat dalam kereta bila lagu Dejavu ni keluar, cik abang nyanyi lirik lagu I Don't Love You. hikhik.



nak bukti?? cuba dengar dari mula sampai habis pastu bandingkan. jom!!

Dejavu by ShahanShah






I Don't Love You by MCR



dah dengar?? dah bandingkan?? lagu dia je sama. tapi lirik lain. bukan nak kata ShahanShah ni tiru ke apa ke tapi tapi err tak tau nak kata ape. tapi saya suka dengar lagu Dejavu ni sebab lirik dia best.




terpulang korang nak nilai camna. :)




tata~



#notakecik : opis ni dah macam peti ais. @_@

Shila Amzah- (征服 Zheng Fu) The Winner of Asian Wave 2012

bestnye dia nyanyi... congrats Shila Amzah.. :)




hmm.. dengar ulang².




#notakecik : bosan pulak asyik update blog je. (--")

cara-cara nak hilangkan mengantuk semasa memandu

Assalamualaikum semua.. salam Jumaat.. semoga anda semua dalam keredhaan-Nya.. amin..




nak tau tak camne nak hilangkan mengantuk semasa memandu..?? saya buat memang berkesan tau!! hikhik.. kalau korang nak try buat jugak boleh jeeeeeee.. emm emm.. 

























.





















ni ha. 



betullah..korang kena mengunyah barulah tak mengantuk.. tak kisahlah nak makan jajan ape pun. eh janganlah mengunyah ayam goreng pulak. camne nak concentrate masa drive nanti.. pastu, bukan makan gula² tau. kalau makan gula² lagi mengantuk kot. tapi kalau nak gula² jugak, kena makan yang mint punya. 




nape saya kata makan gula² lagi mengantuk?? sebab kita isap gula² tu macam baby isap botol susu. kihkihkih.. tengok baby isap botol, mata baby terus layu kan?? haa.. samelah tu.



err.. tapi kalau berat badan bertambah sebab mengunyah dalam kereta jangan salahkan saya pulak tau!! yelah, sape suruh ikut idea ni. muaahahahakakakaka..




tata.




#notakecik : Jumaat sudah..yeeha..yeehaa.. :)

Thursday, September 20, 2012

SAYANG

okey, ada dua lagu yang tajuknya SAYANG.. dua-dua best. dua-dua aku layan. jom dengar.. :)

SAYANG by SHAE



lagu ni untuk orang bercinta bolehlah layan.. hehehhh.. mula² dengar memanglah rasa macam ntah pape. tapi lama² dengar best pulak.. :)




SAYANG by UNGU



lagu ni memang sesuai sangat sangat sangat sangat kat sape² yang nak mintak putus kat pakwe/makwe. hikhik.. kat suami/isteri???????????no no nooooo..




okeyyy selamat mendengar. tata~




#notakecik : sejuknya arini..


[DEKORASI] almari baju + rak pinggan

Assalamualaikum semua..



nak cerita pasal rumah lagi boleh tak?? hikhik.. best pulak cerita pasal rumah ni. emm 2hari lepas pergi shopping kat Jusco Bukit Raja, beli almari baju. tapi ni almari sementara je sebab almari baju kami belum ready lagi nak diangkut dari rumah family saya kat meru tu sebab besar sangat.




tau tak nak pasang almari ni telah menyeksa jiwa kami. sampai gaduh² sebab susah sangat nak masukkan cover dia tu. nasib baik gaduh kecik je. alaa gaduh manja² je.. hikhik.. :p baju dah angkut sikit². nak angkut semua takut takde space pulak nanti.. lagipun kami belum duduk rumah tu lagi.. kami pergi pun sebab nak kemas² je.:)




nampak tak tu rumah masih bersepah lagi. extension wire pun masih bersepah, dia pasang mirror box ngan ampaian kat bilik mandi. so dia letak je situ dulu. saya pun tak perasan, main amek je gambar. dah la kualiti gambar tak cantik. kuikuikui.. maaflah yeee..




carik rak pinggan mangkuk kat Jusco tak jumpa pun.. kalau ada pun yang kecik tu.. tapi tu dah beli aritu.. tapi saya nak yang besaaaarrrr punyaaaa... macam kat rumah family saya tu haaa.. senang sikit nak menyimpan.. kot²lah ada family nak datang rumah, tak payahlah nak sibuk² keluarkan pinggan kat kotak sebab dah ada yang standby..




so pergi kedai kat area Econsave Klang tu. deret² situ memang ada kedai barang² camni. sampai sana kedai dah nak tutup so saya cepat² masuk. HAHAHA.. nasib baik sempat dan memang kami bernasib baik sebab dapat jumpa rak pinggan tu.. yeehaaa.. ape lagi, kami terus beli!! :)



beli tong sampah pun kat situ.. pinggan pun kat situ.. kuali pun kat situ.. senang cerita banyaklah beli barang² kat situ sebab semua ada.. rasanya banyak kali jugaklah kami pergi kedai tu. eh eh maaflah ye dinding tu belum cat lagi sebab tu ghope dia camtu.. XD




pasni nak mulakan proses mengecat rumah pulak..tapi cat undercoat dulu lah.. hehehhh.. sebelum ni cat bilik sendiri sekarang kena cat rumah sendiri.. seronok pulak bila alami sendiri semua ni.. :)




eksaited sangat ni!! :p




Wednesday, September 19, 2012

Shila Amzah - Forever Love

bestnye..meremang bulu roma aku dengar dia nyanyi.. :)





#notakecik : lambatnye pukul 1..aku dah lapar ni..dari pagi tak makan pape.. @_@

Tuesday, September 18, 2012

[DEKORASI] beginning

seronok pulak baca blog yang cerita pasal deko deko ni.. hmm bilalah rumah saya nak start buat deko.. asal nak mula je mesti ada je barang yang kena beli, means, ade je lah yang tak cukup.. so kena guna banyak duit..




bila nak cat rumah pun tak tau.. kena kemas² dulu baru start cat rumah kot.. memang dah kemas dah, aritu pun saya kata dah basuh n kemas rumah kan?? hmm tapi rasanya hari² kena kemas sebab cik abang tu ada je menda yang dia nak buat. macam aritu dia pasang shower kat dalam bilik mandi.



actually shower memang dah ada before kami masuk rumah tu cuma sistem perpaipan yang orang tu pasang nampak tak kemas. nampak tak ada kesan warna putih kat gambar atas tu?? haa tu kesan dari ampaian yang orang sebelum ni pasang... cik abang cabut sebab nampak serabut. shower tu asalnya dekat situ. penyewa lama cuma tahan guna ampaian tu je bagi paip shower tu tak jatuh. dapat bayangkan tak camne rupanya?? memang sangat serabut tau!! (--")




cik abang alihkan shower tu kat situ sebab saya bagi plan kat cik abang, nak pasang water heater nanti.. hehehhh.. mengada kan nak pasang water heater.. takpelah, rumah sendiri kan, bukan rumah orang lain.. :p




cat tu pun tak menarik perhatian kami.. sakit mata tengok.. bahagian situ memanglah nampak kemas, tapi bila tengok bahagian belakang pintu n tandas, ya ampuuuunnnn.. macam cat tak ikhlas je. so kami decide nak tukar warna cat terus. tapi tu nanti²lah beli..hikhik..




kalau ikut plan kami, kami nak settlekan bahagian dapur ngan ruang makan dulu tapi tu lah kena kumpul duit banyak dulu, baru buat. almaklumlah sekarang duit banyak digunakan untuk barang² keperluan so kami hold dulu pasal hias² rumah. :)





kami percaya rezeki tu ada.. cuma cepat dengan lambat je.. pape pun, kami bersyukur sangat² sebab dikurniakan rumah untuk berteduh.. Alhamdulillah.. :)





balik kerja nanti kami nak survey perabot.. moga² jumpa yang berkenan di hati.. hikhik.. cik abang tahu saya ni jenis cerewet bab hias rumah.. lagipun dalam rumah tu kecik je. so takkan nak beli perabot besar² pulak kan?? :p




eh, shower tu cik abang yang pasang sendiri tau!! kami takde panggil orang suruh buat sebab cik abang tau buat sendiri.. beruntung saya kan?? hikhik.. Alhamdulillah.. :)




dah masuk Asar ni. nak solat dulu..lain kali sambung lagi..tata.. :)




#notakecik : berdoa..berdoa..berdoa.. ^_^


Saturday, September 8, 2012

Kenapa nak busuk hati sangat??

Manusia dengan busuk hati or dengki memang tak dapat dipisahkan kan??asyik nak menang je..kalau boleh nak dia je lah yang terbaik..kira macam taknak orang lain lebih dari dialah..




Kenapa mesti camtu ek??kenapa nak tindas orang lain??biaselah tu kan kalau orang lain lagi bagus..dah memang rezeki dia..tu pun nak busuk hati ke??ntah pape..




Biasenye orang yang busuk hati ni yang selalu akan kalah..yelah,niat tak baik..orang lain bagi pendapat pun taknak terima..camne??haaaa..




Tengok,last2 si Troy ngan Gabriella jugak yang dapat watak hero n heroin tu..hikhik..best jugak layan cite "High School Musical" ni..




Friday, September 7, 2012

Sore Eyes 5 Days MC - Nora Danish & Adi Putra Version

comelnye Nora Danish buat parody 5 days mc tu..hikhik.. :)


Wednesday, September 5, 2012

tanggungjawab isteri terhadap suami

1. Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud " Sesiapa sahaja isteri yang meninggal dunia sedang suaminya redha terhadap pemergiannya maka ia akan masuk syurga".

2.  Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud " Apabila seorang isteri telah mendirikan solat 5 waktu dan berpuasa di bulan ramadhan dan memelihara kehormatannya dan mentaati suaminya maka diucapkan kepadanya masuklah syurga dari mana-mana pintu syurga yang kamu kehendaki".

3. Seorang perempuan datang ke hadapan Nabi s.a.w. lalu berkata " Wahai Rasulullah s.a.w., saya adalah wakil kaum wanita untuk menghadap tuan. Berperang itu diwajibkan oleh Allah swt hanya atas kaum lelaki, jika mereka terluka maka mendapat pahala dan kalau terbunuh maka mereka adalah tetap hidup di sisi Allah swt, dan dicukupkan rezeki (dengan buah-buahan syurga). Dan kami kaum wanita selalu melakukan kewajipan terhadap mereka (iaitu melayani mereka dan membantu keperluan mereka) maka apakah kami boleh ikut memperolehi pahala berperang itu?"  

Maka Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud " Sampaikanlah kepada wanita-wanita yang kamu jumpa bahawa taat kepada suami dengan penuh kesedaran maka pahalanya seimbang dengan pahala perang membela agama Allah swt, tetapi sedikit sekali daripada kamu sekalian yang menjalankannya"

4.   Wajib bagi seorang isteri :
    1. Merendahkan pandangannya di hadapan suaminya.
    2. Tidak khianat terhadap suaminya ketika ketiadaannya termasuk juga hartanya.
    3. Menunaikan hajat suami bila diajak oleh suaminya biarpun sewaktu sibuk atau susah ( Rasulullah mentamsilkan walau berada di punggung unta sekalipun)
    4. Meminta izin suami untuk keluar dari rumahnya.

5. Diceritakan dari Rasulullah s.a.w. bahawa baginda bersabda maksudnya: "Sesungguhnya semua burung di udara, ikan-ikan di air dan malaikat di langit meminta ampun untuk seorang isteri yang berbakti kepada suaminya dan sentiasa dalam keredhaan suaminya. Dan sesiapa sahaja di kalangan isteri yang tidak berbakti kepada suaminya maka ia mendapat laknat dari Allah swt dan malaikat serta semua manusia".

6.  Sesiapa sahaja di kalangan isteri yang bermasam muka di hadapan suaminya maka ia dalam kemurkaan Allah swt sehingga ia dapat membuat suasana yang menggembirakan suaminya dan mohon kerelaannya.

7. A'isya r.a. berkata: "Wahai kaum wanita, seandainya kamu mengerti kewajipan dirimu terhadap suamimu tentu seorang isteri akan menyapu debu dari kedua telapak kaki suaminya dengan mukanya."

8. Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya "Jika seorang isteri berkata kepada suaminya 'tidak pernah aku melihat kebajikanmu sama sekali' maka hancur leburlah pahala amal kebajikannya."

9. Nabi s.a.w. bersabda " Sesiapa isteri yang meminta cerai daripada suaminya tanpa sebab-sebab yang sangat diperlukan maka haramlah bau syurga ke atasnya."

10. Hadith Nabi s.a.w. "Sesungguhnya Allah swt tidak melihat kepada seorang isteri yang tidak bersyukur kepada suaminya."

11. Nabi s.a.w. bersabda maksudnya "Urusan pertama yang ditanyakan kepada isteri pada hari qiamat nanti ialah mengenai solatnya dan mengenai urusan suaminya (apakah menjalankan kewajipannya terhadap suaminya atau tidak)"

12. Nabi s.a.w. bersabda bermaksud: " 4 perempuan yang berada di neraka ialah
    1. Perempuan yang kotor mulutnya terhadap suaminya; suaminya tiada di rumah dia tidak menjaga dirinya dan jika suaminya bersamanya ia mengherdiknya.
    2. Perempuan yang memaksa suaminya untuk memberi apa yang di luar kemampuan si suami.
    3. Perempuan yang tidak mempunyai tujuan hidup kecuali makan, minum dan tidur dan ia enggan berbakti kepada Allah swt dan enggan berbakti kepada sumainya ( seorang isteri yang bersifat begini akan dilaknati Allah swt kecuali bertaubat)
    4. Wanita yang tidak menutupi dirinya dari kaum lelaki dan keluar rumah dengan menampakkan perhiasannya dan memperlihakan kecantikannya (untuk menarik kaum lelaki).

13. Al-Hakim bercerita bahawa seorang perempuan berkata kepada Nabi s.a.w. "Sesungguhnya putera bapa saudaraku melamarku, oleh itu berilah peringatan kepadaku tentang kewajipan seorang isteri terhadap suaminya, kalau kebajikan itu sesuatu yang mampu aku jalankan, maka aku bersedia dikahwinkan."  

Maka baginda bersabda: " Andainya mengalir darah dan nanah dari kedua lubang hidung suaminya lalu dia (isteri) menjilatnya maka itupun belum dianggap menjalankan kewajipannya terhadap suaminya. Sekiranya diperbolehkan untuk manusia bersujud kepada manusia lain, nescaya daku perintahkan para isteri sujud di kaki suami mereka". 

Berkatalah perempuan itu, " Demi Tuhan yang mengutuskan tuan, aku tidak akan berkahwin selama dunia ini masih ada."

14. Seorang isteri hendaklah menyedari bahwa seorang suami bagi isteri adalah bagaikan ayah bagi seorang anak kerana taatnya seorang anak kepada ayahnya dan memohon keredhaannya adalah wajib. Seorang suami pula tidak wajib mentaati isteri.

15. Menjadi pendorong serta penasihat dalam hal-hal agama serta kebajikan.

16. Memahami hal-hal yang digemari dan yang dibenci oleh suami.

17. Segala tingkah laku dan perbuatannya hendaklah menyenangkan hati suami.

18. Sentiasa menambahkan ilmu agamanya serta amalannya dengan apa cara sekalipun seperti dengan membaca serta mengikut majlis-majlis agama.

19. Demi cinta terhadap suaminya, seorang isteri akan melakukan khidmat dan bakti kepada suaminya dari sebesar-besar perkara sehinggalah kepada yang sekecil-kecilnya seperti mengerat kuku, memotong misai dan meminyakkan rambut suami

20. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada Siti Fatimah r.a.: " Ya Fatimah, apabila seorang wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya maka Allah swt akan memberinya minum dari air syurga yang mengalir di sungai-sungainya dan dijadikan kuburnya menjadi sebuah taman yang indah dari taman-taman syurga."

21. Sentiasa menyediakan air di sisi suami. Selama ia berbuat demikian, selama itulah ia didoakan keampunan oleh para malaikat. Dikatakan sekiranya isteri membawakan air kepada suaminya dengan senyuman maka ia mendapat pahala amalan puasa sunat satu tahun.

22. Memasak mengikut kesukaan atau selera suami.

23. Menampal baju atau pakaian suami yang koyak.

24. Siapkan barang-barang keperluannya seperti sikat, celak, miswak, cermin dan minyak wangi di dalam satu bekas (sunnah).

25. Ikut kemahuan suami dalam masa bergurau senda, memicit, mengipas dan sebagainya


sumber : SINI     
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...