terima kasih sudi singgah.....buat susah-susah jeeeeeee....teeehehehehe..

mintak tolong klik, nak buat rumah. terima kasih.. :)

✿cayang2 rosalina✿

Friday, January 4, 2013

i miss them :')

Assalamualaikum..



bila kat atas jalan, mesti kita akan mengelamun sendiri secara tiba² kan?? pagi tadi tetiba saya teringat kat kawan² masa study kat UiTM Segamat dulu. rindu sangat². dulu masing² belum kawen, sekarang ni semua dah kawen. :')




dulu mase cuti Sabtu Ahad je mesti plan nak pergi outing kat Segamat even takde nak beli barang sangat pun. bhahaha.. just nak hilangkan bosan je. lagipun nak duduk kat hostel je macam bosan pulak kan. lainlah kalau ada aktiviti kolej (hostel) masa tu, memang susah jugak nak keluar.. 




eeee rindu sangat!! pastu tadi tengaok fb masing², sebab nak amek gambar dorang, then tepek kat sini. hihihi.. jangan mare ye korangggg.. :)


Fazi, Noly, saya, Sarah. aku tak tau kenapa muka aku camtu. (--") ade 2 kamera, saya dengan Sarah pandang kamera lain. :p
kawan yang first sekali kawen dalam 4 orang, adalah Noly. sekarang ni dia dah ada sorang baby girl. shommellll sangat baby dia tu. geram aku ngan dia. da la mata bulat. rumah Noly dekat je ngan rumah saya. kalau ada pape event yang melibatkan kawan² kawen, selalu kami pergi sama². hehehe.. so, antara empat² ni, yang paling rapat ngan saya, dia ni lah.. :)



yang kedua kawen, Sarah. dia duduk kat Pahang. masa dia kawen, tak dapat nak pergi sebab kebetulan masa tu kereta bukan dalam kondisi yang baik. tak dapat nak pergi jauh².. T_T dia pun dah ada baby.. tapi belum pernah jumpa baby dia lagi. cuma tengok kat facebook je. baby dia pun shommeeelll jugakkkk.. pipi tembam.. hihihi.. :)

 

yang seterusnya, Fazi. haaa.. yang ni kawen pun takde bagitau sebab dia kate, tetibe je dah kawen. bhahahaha.. dia cerita kat sorang member ni, dia buat persiapan pun last minit sebab husband dia kena pergi kerja jauh, KOT?? yang tu tak comfirm. ingat² lupa. hehehe.. papepun, dia dah bahagia dengan husband dia.. dapat tengok gambar je pun jadilah.. :)
 

 okey, yang paling last kawen, sayeee lahhhhhhhhhhh.. hehehehe.. nak jugak tepek gambar.. :)



hope sangat dapat kumpul balik. tapi yang selalu jumpa, tiga orang je. Fazi tu maybe dia dah busy kot.. hew hew. sebenarnya, ada jugak kawan lain.. macam, Hana, Farahiyah, Ain, Ecah, Mira n ramai lagilah. sekarang ni dah masing² busy, duduk pun rumah jauh² je. kalau jumpa pun, yang duduk dekat² je lah..





maybe satu hari nanti, kalau umur panjang, dapat jumpa balik ramai². best kan?? :')





#notakecik : mengantuk.

No comments: