terima kasih sudi singgah.....buat susah-susah jeeeeeee....teeehehehehe..

mintak tolong klik, nak buat rumah. terima kasih.. :)

✿cayang2 rosalina✿

Saturday, January 5, 2013

kecewa sangat bila niat di salah ertikan

Assalamualaikum..



salam Sabtu. wahh awal saya update blog ek?? kuikuikui.. pagi² camni tak tau nak buat ape. nak tido balik, dah tak mengantuk pulak. lagipun, nanti rezeki tak masuk pulak kalau tido balik. ye dak??




hm, tetibe fikir pasal rumah pulak. semalam abah saya call, dia tanye pasal tingkap dapur tu nak beli pattern camne. saya ni bukan tau sangat pasal tu. hihihi.. pastu abah saya cadangkanlah beli yang macam dapur kat rumah meru tu je. tak payah rendah sangat. means, beli beberapa biji [?] cermin je lah untuk 1 tingkap tu. ohh saya plan guna tingkap nako je untuk dapur. nak guna yang bukak² tu macam seram pulak. tingkap nako kan tak nampak dalam rumah sangat. :p nanti bila dapur tu dah siap, saya share kat sini ek.. :) 





actually, saya buat entry pasal dekorasi ni bukan nak menunjuk² tau. semua yang saya cerita pasal dekorasi, saya cuma nak share dengan korang je sebab rumah yang saya n cik abang duduk ni pun bukan besar macam banglo. just rumah kos rendah, ada 3 bilik kat atas, ruang tamu dan dapur kat bawah, toilet kat bawah. saya bukan tak bersyukur dapat tinggal rumah camni. bersyukur sangat². biarlah rumah kecik, barulah dekat dengan family. rumah besar² nanti tak tau mane suami, mana anak, sebab banyak sangat ruang.




ya, saya tau rumah memang mahal sekarang ni. rumah macam yang kami duduk ni pun dah mahal sekarang. saya share dekorasi ni pun sebab saya tau ramai yang nak tau jugak camne nak deko-deko rumah camni. ya, saya tau saya bukan pakar pun dalam nak dekorasi rumah ni tapi, saya share je apa yang saya rasa boleh share. camtu pun ada yang rasa saya ni menunjuk² ke?? pelik jugak.




tak salah kan kalau saya share kat sini?? kalau orang lain nak tiru ke, nak cari idea ke, saya tak marah pun. pilihan masing². kalau saya taknak bagi orang tiru atau tengok, buat ape saya share kat sini?? betul tak??


  

hm, terpulanglah orang nak kate pape pun. kalau nak jaga hati orang je, hati kite sape yang nak jaga?? kalau setiap ape yang saya share pun orang dah salah anggap, camne?? takpelah, kate lah ape yang korang nak kata. yang penting, niat saya, saya nak share dengan orang yang rumah sama macam saya, means, rumah kecik pun boleh di hias cantik² even takdelah secantik mana pun. asalkan kita rasa selesa.. tu je. bukan nak menunjuk² pun.




kadang² saya cemburu jugak bila tengok rumah orang lain cantik. tapi, cemburu tu saya jadikan positif. saya cuba nak cantikkan rumah saya pulak. means, bukanlah cemburu yang sia². manelah tau bila saya share kat sini, ada jugak yang nak buat macam yang saya buat. kan??





semua tu terpulang kat diri masing².. kalau rasa saya ni menunjuk², teruskanlah rasa tu. saya tak mintak pun korang kata saya ni menunjuk². korang yang rasa sendiri, kan?? ada jugak kawan² saya tanya saya beli perabot tu kat mane, meja makan tu kat mane. ya, saya bagitau je. kalau duduk area rumah saya, dorang tau lah. kalau yang duduk jauh², saya bagitau je. kalau sanggup datang, saya bagitau jalan. so, ape point orang nak kata saya menunjuk², kan?? 




macam yang saya kata tadi, yang penting, niat saya. dan Allah tahu apa niat saya. semoga orang yang cakap saya menunjuk² tu terbukak hati dan dilembutkan hati supaya tak kata saya camtu lagi. pape pun, terima kasih. :)



tata.




#notakecik : hujan di pagi hari. seeejuuukkkk!!

1 comment:

Carlos Santiago said...

post la gmbr deko..sy suka tgk deko yg cantik2...