terima kasih sudi singgah.....buat susah-susah jeeeeeee....teeehehehehe..

✿cayang2 rosalina✿

Monday, February 4, 2013

[DEKORASI] tangga

Assalamualaikum.



sebelum ni tak sempat nak buat entry pasal tangga. malam ni baru ada kesempatan nak buat sebab baru je lepas snap gambar kat tangga!! bhahahaha.. mane tak nye, baru je siap settlekan area tangga minggu lepas. even bukan 100% siap tapi ade lah sikit perubahan.




kalau diikutkan, sebelum ni kat kawasan tangga rumah ni memang nampak terang even takdelah terang sangat. tapi still boleh nampak anak tanggalah jugak. maybe sebab faktor warna cat memainkan peranan. sebelum ni warna cat kat tangga tu warna cream. so, maybe cahaya lampu tu terpantul. tu yang nampak terang.




pastu kami tukar warna cat jadi warna pink, so kat kawasan tangga tu jadi gelap. lampu dah pasang pun still nampak gelap jugak. cik abang pun bagi suggestion pasang lampu lagi 2 biji kat tangga. saya tak kisah asalkan cik abang nak buat wiring tu. kihkihkih.. yarghhh dera cik abang!! :p




okey, saya nak tunjuk gambar sebelum dan selepas bagi kawasan tangga. :)

jom mengecattttt!! :)
kat bawah ni gambar sebelum kawasan tu bertukar warna. tinggi woooo.. lenguh leher saya ni haaa sebab nak kena pandang atas je.


in progress..  cat kat kawasan yang rendah dan boleh dicapai dulu. hehe..



settle bahagian kanan dan kiri. tinggal nak cat bahagian tengah tu je. mula² plan nak cat ikut warna cat yang pink cair tu je. rasanya macam susah kot nak buat. hmm..


kesudahannya, terpaksa cat macam gambar kat bawah ni. sebab nak mengecat bahagian situ memang amat menguji kesabaran. keadaan  roller untuk mengecat tu tak mengizinkan. kalau cat warna pink cair kat bahagian atas yang ada lubang² tu, nanti takut mencacatkan bahagian lain pulak.




terpaksa ubah plan dengan mengecat dua warna. warna pink cair tu saya cat ikut ketinggian yang saya dapat capai masa panjat tangga. selebihnya ikut warna kiri dan kanan. :)



cik abang rajin sangat nak buat wiring, ha, biar dia buat je. kuikuikui.. tapi casing tu nampak jugak even dah cat ikut warna dinding tu. takpe, maybe kena cari inisiatif lain untuk sorok casing wayar tu. :)


ni pulak pemegang tangga. warna asal adalah coklat. memang tak masuk dengan warna pink. lagipun dah berkarat² dan cat dah terkopek.


kami tukar warna cat ni dengan warna putih. barulah nampak kemas dan baru. hihihi.. oh, anak tangga tu kami tak sempat nak cat lagi. kena pilih waktu yang bersesuaian sebab takut cat untuk anak tangga tu ambil masa yang lama untuk kering.


lampu kat tangga ni kami beli kat Ikea. rajin sangat pergi Ikea kan, kalau tak beli nanti macam takde point pulak pergi Ikea tu. baik beli je lampu kat Ikea tu je kan?? kami beli 3 biji. lampu asal yang 1 biji tu kami tukar dengan yang camni jugak sebab nak bagi nampak sama. takkan nak lain² pulak kan?? tak cantik pulak nanti. :)


ape motif gambar ni?? saya pun tak tahu nak letak caption ape. bhahaha.. nexttttttttttt!!


okey, nampak tak lampu tu?? tu lah lampu lama. dinding tu belum dicat lagi. sebelum ni orang yang duduk rumah ni catkan dinding tu dengan 2 warna. warna bawah tu warna hijau lumut [kot??] kami tak suka warna tu. HAHAHAHA.. so, mintak cik abang undercoat kan bahagian tu semua dari atas sampai bawah. sepatutnye ni gambar first. dah malas nak edit². kihkihkih.


okey, kat bawah ni gambar selepas. frame kat dinding tu ayat 1000 dinar. InsyaALLAH kami akan baca ayat tu. moga² dengan adanye ayat tu, kami akan sentiasa dilindungi. Amin.. :)


kami beli frame ni kat kedai Pakistan. biasanya ada jual kat Pasaraya² yang bahagian luar tu. kebetulan kami tengah shopping kat Carrefour Klang yang sekarang dikenali AEON BIG, so singgah kejap kat kedai Pakistan betul² kat pintu masuk tu. memang niat nak singgah sebab nak beli carpet untuk ruang tamu. pastu Pakistan tu bagitau ada offer untuk frame tu. sekali dengan tulisan ALLAH dan MUHAMAD. lagipun, memang nak carik warna camtu sebab nak matchkan dengan warna kat rumah ni. benda dah offer lagi murah kan, sape yang taknak?? so, kami pun beli..



kesian kat cik cerminmata sebab kena tompokan cat.

tu la frame yang lagi dua tu. letak kat situ je. gambar ni ambil dalam keadaan gelap. sebab tu flash dia lain macam. heee.. :p


rumah kami dah hampir sempurna. Alhamdulillah sebab dipermudahkan.. :) lepas ni tinggal nak fokus bahagian dapur je. semoga semuanya berjalan lancar. :)



semua bahagian kat rumah ni saya yang cat sendiri. saya tak bagi cik abang yang cat sebab nanti saya tak puas hati. tapi ade jugak cik abang tolong. sebab dia kesiankan kat wife dia ni yang terjengket² sebab tak sampai. hihihi.. penat tu memang penat tapi untuk kepuasan sendiri, baik buat semua tu sendiri, kan?? :)



uwarghhh mata dah mengantuk. mahu tidurrrrrrrrr.. selamat malam+pagi semuaaaaaaa.. Assalamualaikum.. :)



#notakecik : ala, Liverpool seri pulak. :p

3 comments:

adventure mama said...

wahh,,pink sgt tangga tu..hehe

♥ Chacha said...

fuyoooooo cantikkk umahhh.. dah macam hotellll.. fuyooooo lagi sekaliiii.. hahahaa...

ehem! tunggu aku beli rumah nanti nak mintak tolong upah cat boleh tak? ngeh3

alin said...

Zuraidah Butang : hahaha.. tetibe terbeli warna pink.:p

♥ Chacha : xpayah nak fuyoo fuyoo sangat. mane de macam hotel.. hahahahaha.. nak aku catkan?? boleh, nnti aku cat buruk² je tau. hahahaha.. :p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...