terima kasih sudi singgah.....buat susah-susah jeeeeeee....teeehehehehe..

mintak tolong klik, nak buat rumah. terima kasih.. :)

✿cayang2 rosalina✿

Monday, April 8, 2013

cemburu tak bertempat

Assalamualaikum..




salam Isnin. ye. Isnin. bukan Isneini. Isneini tu adik saya. ni hari Isnin. bukan hari yang membosankan. tapi hari yang em, entah. kerja banyak. tapi takde banyak sangat. eh, camne tu?? saya pun tak faham. cubalah faham sendiri. sesungguhnya saya cuma membuat intro yang entah pape. waakakakakakakikikikikikukukuku.. noktah. okebai.









































































belum habislah. ade lagi nak kena baca ni. sape kat sini kuat cemburu?? saya!! saya!! mestilah saya kuat cemburu. tapi takdelah cemburu sampai terus tak suka kat orang tu. cemburu biasa² je kot. pelik je kalau tetibe terus tak suka. tu dah tahap kronik dah tu. cemburu saya masih boleh dikawal. :)




certain people tak dapat nak terima orang lain dapat dan ada apa yang dia ingini. maksudnya, kau beriye nak benda tu tapi orang lain yang dapat dulu. ape kau tak cemburu?? dah cemburu pastu terus benci. boleh?? LOL!! 




Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah kerana telah melimpahkan rezeki kepada saya dan suami walau tak banyak mana tapi saya dan suami mampu hidup lagi tanpa sebarang kesulitan buat masa sekarang. kalau kesulitan tu ada, maknanya itu adalah dugaan buat kami. maybe masa tu kami alpa dengan apa yang kami ada sampai lupa nak bersyukur. sebab tu Allah bagi dugaan. sebab tu kena selalu BERINGAT SEBELUM TERKENA. :)




tak perlulah nak cemburu dengan segala harta benda yang kami ada. semua tu bukan harta kekal. niat kami buat semua tu untuk keselesaan kami. bukan nak menunjuk² yang kami kononnya banyak sangat duit. kalau banyak duit mungkin kami akan beli sebijik banglo siap ada kolam renang, sebijik kereta mewah. amekauuuu tinggi betul cita². hikhik.




setakat Myvi tu semua orang mampu beli. kalau ikutkan hati saya, memang saya taknak tukar kereta tu sebab memang dah habis bayar. buat apa nak tambahkan hutang. betul tak?? hutang yang sedia ada pun belum tentu terbayar. bil² bulanan yang tak tentu nilainya. road tax, servis, semua tu kena ambil kira. bukan dengan suka² hati je nak beli kereta baru yang tak seberapa baru tu. tapi disebabkan enjin kereta Kelisa tu selalu meragam, sape yang boleh tahan?? setiap bulan kena spend RM 700 - RM1000. korek idong cepat, saya nak tengok sape yang mampu. 




mesti takde yang mampu. kalau mampu pun mesti tak sanggup nak gadaikan duit untuk kerosakan kereta. memang nangislah kat kedai tu kalau kena bayar banyak tu. melainkan kau ade bengkel kereta sendiri. saya tak sanggup. suami lagi tak sanggup. masa tu kami memang nekad, nak tukar kereta even bukan kereta baru. cukuplah kereta second hand. sekadar untuk beri keselesaan kepada kami dan anak-anak. anak-anak?? InsyaAllah.




rumah. ya, saya tau saya sangat beruntung sebab mak mertua bagi kami tinggal kat rumah yang kami duduk sekarang ni. sikit² kami beli barang² dalam rumah tu untuk keselesaan kami bersama. kami bukanlah beli semua barang sekaligus gedebuk haaa terus dapat semua. kami beli sikit². biasalah. bukan setiap bulan ada dapat banyak gaji. cukuplah jugak untuk makan minum pakai semua. dan Alhamdulillah kami selesa duduk dalam rumah tu. daripada takde pape, kami beli sikit² sampai penuh barang dalam rumah tu. 





saya percaya setiap orang ada rezeki masing². cuma cepat dan lambat je. just doa je hari² semoga kita dimurahkan rezeki. bukan asyik cakap "takde duit"  "takde duit" tu memang doakan diri sendiri takde duit lah tu. nak sangat takde duit kan, Allah tarik betul² rezeki tu. 





jadilah diri sendiri. jangan hipokrit. kenapa mesti nak cemburu dengan orang lain?? kenapa mesti nak iri hati dengan orang lain?? kenapa mesti nak tiru orang lain?? i mean, orang tu ade kereta, kau pun nak kereta jugak. orang tu ada rumah, kau pun nak rumah jugak. orang tu ade handphone baru, kau pun nak handphone baru jugak. tak perlu semua tu. sebelum buat, fikir dulu kemampuan kita kat mana. maaf. bukan nak merendah²kan kemampuan korang. tapi, saya pun buat camtu jugak. saya dapat semua tu sebab saya tau tahap kemampuan saya dan suami. kalau ikutkan nafsu, memang nak je beli kereta Mercedes. fuuuuuuhhhhhhhhhhhh..tapi kemampuan kami cuma Myvi je. tu pun second hand. Alhamdulillah..





cukup-cukuplah nak cemburu dengan orang lain. kalau nak, USAHA. nak, seribu daya.. taknak, seribu dalih. kalau nak ape yang kita impikan, usahalah dapatkan impian tu. bukan cemburu, pastu benci, pastu tak buat pape. memang tak dapatlah kan. sia² je cemburu. buang masa. 




saya teringat satu kisah ni:

Suatu ketika, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam kelihatan lemas kerana menahan lapar. Abu Thalhah yang mendengar hal itu akhirnya menemui isterinya. Abu Thalhah dan isterinya berniat mengundang Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam untuk makan.

Dipendekkan cerita, Abu Thalhah dan istrinya hanya memiliki makanan yang sedikit. Namun Rasulullah  shallallahu ‘alaihi wa sallam mengajak ramai sahabat untuk ikut makan ke rumah Abu Thalhah. Abu Thalhah menjadi cemas; makanan sedikit apakah cukup untuk menjamu tamu sebanyak itu?

Akhirnya, Rasulullah  shallallahu ‘alaihi wa sallam dan sahabat-sahabatnya tiba di rumah Abu Thalhah. Sebelum majlis dimulakan, Rasulullah  shallallahu ‘alaihi wa sallam mendoakan makanan yang dihidangkan. Setelah itu para tamu diminta makan bergantian. Yang pertama makan adalah 10 sahabat. Lalu, 10 sahabat berikutnya, kemudian 10 sahabat berikutnya, dan seterusnya.
 
Akhirnya semua sahabat yang datang itu makan sampai kenyang, sedangkan jumlah mereka waktu itu 70 atau 80 orang. Setelah itu, barulah Rasulullah  shallallahu ‘alaihi wa sallam dan keluarga Tholhah makan hingga kenyang pula. (Sumber: H.r. Al-Bukhari, no. 3385; Muslim, no. 2040)





tak rugi pun kalau kita dahulukan pape untuk orang lain yang lagi susah dari kita. kadang² ada jugak saya terdetik nak jadi orang yang pentingkan diri sendiri. tapi saya tak sampai hati. saya selalu bayangkan nanti bila saya dah susah, pastu nak mintak tolong, tetibe takde sape pun dapat tolong. lagi sedihkan??




jika kita sesusah mana pun, kita kena selalu beringat ada lagi insan yang lagi susah dari kita. andaikata dalam tangan kita ada RM50. tapi ada kawan nak pinjam RM10. bagi jelah pinjam RM10 tu. jangan kedekut. kalau kita tolong orang yang lagi susah dari kita, InsyaAllah rezeki kita akan digandakan. sometimes saya belanja family & kawan² saya makan². saya tak mengharapkan pun mereka belanja saya balik. cuma saya cakap kat mereka, "aku taknak mintak pape, just doakan aku murah rezeki" moga² doa dari mereka tu sampai kat kita. ape yang penting, hati kena ikhlas.




ya. saya baru sedar entry ni saaaaaaaaaaaaaaangat panjang. ada ke yang nak baca ni?? kalau ada yang baca, terima kasih. semoga apa yang saya maksudkan ni kepada mereka.





tata.





#notakecik : penat menaip. :p

No comments: