terima kasih sudi singgah.....buat susah-susah jeeeeeee....teeehehehehe..

mintak tolong klik, nak buat rumah. terima kasih.. :)

✿cayang2 rosalina✿

Tuesday, April 16, 2013

lelaki pengikis

Assalamualaikum..




burpp kenyang lunch tadi Tuan Pendaftar belanja. semoga Allah murahkan rezeki beliau. amin. korang dah lunch ke belum?? heee.. lepas makan mengantuklah pulak. nak tidur tapi taknak tidur. eh ayat ape tu?? hahaha.. :p




kat entry yang sebelum entry ni, last sekali saya ada bagitau kan ade orang cakap suami saya tu pengikis. maaf. saya bukan nak aibkan sape². mulut orang kan?? ikut suka dia je lah nak kate suami saya tu pengikis ke tak. saya kenal suami saya. dia bukan camtu. kesian cik abang. tak pasal² je kena tuduh. T_T




tak payahlah nak bandingkan suami awak dengan suami saya. manusia ni kan lain². mane ade yang sama. kalau sama pun tu semua kebetulan. saya hairan kenapa sampai kena tuduh jadi pengikis. kat mana yang dia nampak suami saya tu pengikis?? dia bukan rapat ngan suami saya pun.




setahu sayalah kan, dia takde pun mintak² duit saya.. tapi, mustahillah kalau dia takde pinjam duit saya. ada tu memang ada. bukan banyak mana pun. selalunya cik abang pinjam bila dia tengah takde cash. tak pun, takde duit kecik, dia akan guna duit saya dulu.. saya yang suruh guna duit saya dulu sebab malas nak pusing² carik atm machine. TAPI, bila dia pinjam, mesti dia akan ganti balik. tak pernahlah dia tak ganti.




kalau nak diikutkan, cik abang memang bagi saya duit gaji dia. dia akan tinggalkan duit sikit untuk bayar rumah ngan belanja dia je. saya gunakan duit yang cik abang bagi tu untuk bayar bil² kat rumah tu. bukan saya beli macam² pun. kalau saya nak guna duit pun saya mintak permission dia. bukan guna sesuka hati melainkan guna duit saya sendiri. bila cik abang dah habis belanja duit yang ada kat dia tu, baru cik abang mintak duit belanja yang masih ada kat saya. memang ada lebih pun duit yang dia bagi tu. nafkah yang dia bagi pun saya dah asingkan siap². yang saya hairan kat sini, kat mane pulak orang kata cik abang tu pengikis?? seriously saya tak faham. (--")




sebelum nak judge orang, tanye dulu betul². jangan main tuduh² je. memanglah kalau dari pandangan mata kasar nampak macam cik abang yang mintak duit saya. tapi, sebenarnya tu duit dia. saya yang simpankan. sebab dia takut nanti dia terlebih guna. tu pun cik abang yang memang nak bagi kat saya. bukan saya yang nak mintak.




tak payahlah nak banding²kan suami saya dengan suami awak. saya tau suami awak yang camtu. bersabar je lah ye. sepatutnya awak kena pandai manage sendiri family awak. bukan banding²kan life awak dengan orang lain. cara hidup kita ni lain². bukan sama.




hope lepas ni tak payahlah nak banding²kan lagi ye?? better awak cermin diri sendiri dulu sebelum nak judge orang. sorry kalau entry ni buat awak terasa. tak tau nak explain dengan cara camne lagi. maybe kat sini dapat sampaikan apa yang saya nak sampaikan. hope awak baca.




saya tak marah. cuma terkilan. suami saya lagi terkilan. hal rumahtangga pun nak kecoh². ini cara hidup kami. kami tau camne nak jaga. dan kami tak pernah nak susahkan orang lain.




.





#notakecik : mengantuk @_@

No comments: