terima kasih sudi singgah.....buat susah-susah jeeeeeee....teeehehehehe..

mintak tolong klik, nak buat rumah. terima kasih.. :)

✿cayang2 rosalina✿

Friday, May 3, 2013

perihal PRU13 : abang posmen

Assalamualaikum




hai. pekabo semua.. hope korang sihat² selalu dan sentiasa diredhai oleh-NYA. hihihihi.. macam nak tulis kat kad raya pulak. :p dah ramai ke yang balik kampung arini?? almaklumlah nak mengundi kannnn.. kompem jalan lengang balik ni. yeeeeeehaaaaaaaaa.. :p




meh nak habaq mai cerita pasal PRU13 ni. tapi bukan nak cerita pasal mana² parti. cuma nak cerita sikit luahan cik abang. dia kan abang posmennnnnnnnnnnn.. so banyaklah cerita dia..




kat rumah korang tu ada tak dapat surat dari PM yang pasal BR1M 2.0 tu?? alah yang sampulnya ada warna kuning tu. maybe korang tak fokus kot dengan benda tu. ataupun korang tak bukak then terus buang. em, maybe. saya tak tuduh. benda memang dah terjadi. kalau tak, takdelah saya cerita kat sini. kalau yang baca tu, baguslah.




kenapa saya kata bagus?? sebab yang jadi tukang lipat, yang jadi tukang tampal alamat, yang jadi tukang gam sampul, yang jadi tukang hantar tu kerja posmen. ya, cik abang pun ada termasuk sekali buat semua tu. kenapa saya nak timbulkan cerita ni?? okey, saya nak cerita lah ni. aritu cik abang ada mengadu kat saya. dia pos surat tu kat rumah sorang pakcik ni. pakcik tu tanya cik abang, "surat ape ni??" cik abang pun jawablah "surat dari PM". pastu pakcik tu bukaklah surat tu depan cik abang.. bila pakcik tu nampak je perkataan BR1M, pakcik tu terus cakap "eleh, duit BR1M dah habis baru nak bagi surat" sambil keronyok surat tu dan buang. DEPAN cik abang a.k.a posmen.




andaikan diri korang tu posmen, pastu orang keronyok dan buang surat depan korang, ape korang rasa?? rasa dihargai tak?? ingat senang ke kerja posmen?? korang senang je nak pos² surat pastu bila surat tak sampai² dok maki² posmen. tapi korang tau ke camne kerja posmen?? kadang² Sabtu Ahad kena kerja. masa hari pekerja aritu sepatutnya cuti tapi kena kerja jugak. hmm..




tak boleh ke tunggu posmen tu pergi dulu, pastu nak buang ke, nak keronyok ke, terpulang. sekurang²nya hargai kerja posmen tu depan mata dia. camne orang nak hargai diri kita kalau kita sendiri tak hargai orang?? walaupun benda tu remeh, tapi bila kita beri ucapan "terima kasih" pun dah cukup berharga.




kadang² saya kesian dengan cik abang sebab selalu ada je cerita pasal kerja dia. tapi nak buat camne kan, dah memang tu kerja dia. asalkan dia suka dengan kerja yang dia buat, tu dah cukup memadai. enjoy with your work. kalau buat kerja yang kita tak suka, hidup kita takkan happy. balik rumah je muka stress. kat tempat kerja muka dah tak macam muka.camne tu?? :p





.





















.












nak undi pape tu terpulanglah. tapi janganlah sampai mengguris perasaan orang. janganlah sampai nak semakkan mata orang lain.. orang sana dok kutuk² orang sini. yang sini kutuk² orang sana. last² dua² sama je perangai. tak boleh ke undi senyap²?? sebab tu lah dikatakan undi tu adalah rahsia. kalau bukan rahsia, ha, camnilah jadinya. saudara sendiri pun sanggup dijadikan musuh.





ada otak tu fikir.





tata.


3 comments:

Nana Liena said...

hhu..kalau saya kat tempat posmen tu pun sedih kot..rasa mcm jatuh maruah..macam la kita ni tak ada perasaan..

alin said...

Nana Liena : kannn?? huhuhu.. kesian cik abang saya. eh? hihihi.. :p

Nuraida Binti said...

Org2 yg biadap 2 kena bg try keja posmen 1hari je.. biar diorg rasa mcm mana peritnya keja posmen..