terima kasih sudi singgah.....buat susah-susah jeeeeeee....teeehehehehe..

✿cayang2 rosalina✿

Tuesday, June 11, 2013

[DEKORASI] dapur in progress 3

Assalamualaikum..




saya mengalami Tuesday blues. boleh tak saya nak Tuesday blues?? bolehlah.. bolehlahhhh.. semalam takde Monday blues sangat. tetibe hari ni rasa blues. sebab tu nak update blog. dah tak tau nak buat ape dah ni. kerja dah siap. tunggu petang sikit tengok ada kerja ke tak. semalam satu hari jugaklah siapkan kerja. so hari ni rileks sikit. sikit je lah. esok busy balik. hew hew..





masuk entry ni dah kali ketiga story pasal progress dapur. alalalalalaaaa bilalah nak siap. nak dekat raya dah ni. huhu. kalau tak siap takde beraya sakanlah nampaknya.. nak buat camne kan. abah saya yang buatkan.. lainlah kalau upah orang buat mesti dah siap. heeee.. abah buat sorang² je pulak tu. saya tolong sikit² je.. hmm.. abah, alin ni menyusahkan abah je kan?? T_T





even lambat nak siap tapi abah rajin datang buatkan.. bukannya tak datang terus. kalau tak datang pun sebab ada jemputan kenduri. ataupun faktor kesihatan. takkan nak paksa buat jugak kan. Alhamdulillah ada lah jugak perubahan sikit.. Insyaallah lepas ni tinggal nak plaster je. ngan pasang siling kat dapur.. :)





jom tengok gambar. :p



kayu untuk pasang siling. :)


tengok bekas sabun pun letak bawah je. sedihhhhhh.. eh, ape bekas pink tu buat kat situ?? mane saya dapat pun saya tak ingat. hahahahaha.. :p
jadi tempat simpan basikal. hehehe.. :p

abaikan je lah barang² yang bersepah tu yeee.. hehehe.. dah nama pun tengah renovate kan. mesti bersepah semua. :p




bilik kecik tu saya buat laundry area. senang. sekarang ni sidai baju kat bilik atas. pasni sidai baju kat situ je. iron pun kena letak situ. semua lah kena letak situ. :p tapi basikal tu tak tau plak nak simpan kat mane. alahai. oh, saya tak sidai baju kat luar sebab risau baju hilang. akak jiran sebelah cakap baju dia pun banyak hilang. masa mula² tengah renovate dapur tu memang saya sidai kat luar. betul² kat sebelah pintu masuk. pastu tetibe cik abang cakap, seluar dalam saya ada kat atas pintu gate. pelik tak?? saya rasa bukan pelik dah ni, tapi serammmmmmmmmmm.. nasib baik seluar dalam tu memamg baru beli. belum guna lagi. saya basuh dulu sebelum guna.. dah jadi macam tu takkan saya nak ambik jugak?? saya terus buang. risaulah kan kalau kena pape nanti. Nau'zubillah.





ada tingkap dalam rumah?? hehehehe.. tu plan abah saya. tapi nanti bila dah siap bukan jadi camtu pun. yang tu tungguuuuuuuuuuuuu.. em, nampak tak dinding besi kat pintu belakang tu?? abah saya tak nak bukak dulu sebab tunggu nak pasang pintu baru bukak. kalau bukak sekarang, risaulah kan mane tau jadi pape nanti. kot² ade orang pecah masuk ke. sekarang ni yang selalu masuk adalah cik tikus. geram pulak saya. dah lah tinggalkan najis² yang busuk. grrr..





okey, setakat ni dulu story pasal progress dapur. nanti kalau ada perubahan lain saya story lagi ye??





tata. :)





#notakecik : bos ingat saya tak kawen lagi. hikhik.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...