terima kasih sudi singgah.....buat susah-susah jeeeeeee....teeehehehehe..

mintak tolong klik, nak buat rumah. terima kasih.. :)

✿cayang2 rosalina✿

Tuesday, October 1, 2013

[DEKORASI] air freshener yang tak sakit hidung





Assalamualaikum




payah bebeno nak cari air freshener  yang bau dia ringan n fresh. kebanyakannya buat hidung saya sakit. pastu jadi selesema. maybe sebab bau dia kuat sangat kot. dah pernah guna Glade, mula² je okey. pastu sakit hidung. Air Wick pun sama. Ambi Pur pun sameee.. senang cerita yang sembur² semua sama.. kadang² rasa macam saya telan menatang tu. yakssss..




semalam jalan² kat Aeon Bukit Raja konon nak beli refill dia je sebab yang kat rumah memang dah habis. semua dah sembur n bau. semua tak sedap. ada yang bau tandas pun ada. nanti kalau beli kang orang ingat ruang tamu tu tandas pulak. so tak jadi beli. tetibe terpandang pulak kat menatang ni.




wangiiiiiiiiiiii.. takde sakit hidung pun. bau dia fresh. macam shampoo pun ada. harga pun murah. RM15.90. kalau habis boleh refill. ada jual sekali. tak payah guna bateri. biarkan camtu je. tapi kena bukak penutup dia dululah. kalau tak camne cecair tu nak turun?? ye dak?? boleh jadi barang perhiasan. bentuknya pun cantik.




puas jugak pujuk cik abang. cik abang ingat takde refill so dia kata kalau beli pun membazir. dan² tu jugak saya cari ada refill ke tak. hikhik. nasib baik ada. bau yang ni lagi best dari bau air freshener sembur² tu sebab bau dia sentiasa ada. tak payah nak tunggu 5 - 10 minit sampai bau dia keluar. :)




berminat?? pergi beli sendiri. XD




tata.

No comments: