terima kasih sudi singgah.....buat susah-susah jeeeeeee....teeehehehehe..

mintak tolong klik, nak buat rumah. terima kasih.. :)

✿cayang2 rosalina✿

Wednesday, October 16, 2013

[DEKORASI] wall cabinet

Assalamualaikum..





okey, entry ni baru nak story pasal barang yang aritu shopping kat IKEA. hehe.. lame ke tunggu?? sabar.. nak ceritalah ni. penat tau nak pikir ayat. HAHAHA.. kebetulan tengah tak busy, bolehlah update blog jap. kalau tak, memang tak dan nak menghapdet. tapi baca blog orang lain sempat je. cuci² mata katenyeeee..





orang lain sebok buat persiapan raya masak memasak tapi saya dengan cik abang sibuk memasang wall cabinet kat dapur. kikiki.. takpelah.. mak mentua offer makan kat rumah dia, jadinya saya pun tak masak. mak pun offer makan jugak.. wahhhh heaven sungguh. :p










cik abang kena conteng. aurat. hikhik. nampak tak cik abang yang kena buat sorang²?? hehe saya jadi tukang tengok n amek gambar je. sorry sayang. :p takpe cik abang tak kisah.. saya tolong amek² barang je. tolonglah jugak tu kan?? lalalala..




yeahhhhhhhh dah siap pasang.. tapi, korang nampak tak sesuatu yang pelik kat wall cabinet tu?? kikikiki.. cik abang silap pasang handle pintuuuuu!! tak tau nak gelak ke nak marah. benda dah buat pun kan. nak bukak kang nanti jadi tak cantik pulak kalau ada lubang². nasib baik memang nak beli lagi satu. so saya bagitau kat cik abang, biarkan dulu. nanti kalau dah beli lagi satu just tukar pintu tu je lah... :)




yang bawah tu pun beli kat tempat yang sama. rasanya satu nama jugak kot. saya carik kat website tak jumpa lah pulak. kuikuikui.. ada kisah disebalik wall cabinet ni tau. masa cuci² mata tu cik abang cakap yang ni nampak cantik. saya ingat nak beli sama ngan za, member kat tempat kerja. ktorang ni memang tengah gila deco rumah. konon nak beli sama. tapi cik abang berkenan ngan yang ni pulak. saya pun on je lah.





masa nak ambik stock tu saya tengok kat tag tu tag warna kuning, means kena contact ngan staff situ. tapi saya tak tanya pun ngan staff IKEA tu. sebab saya confident barang tu mesti ada kat bawah. cik abang pulak beriye suruh tanya staf IKEA tu tapi saya taknak jugak. degil kan?? pastu masa nak carik barang kat tempat barang tu, jenuh dah pusing² tapi tak jumpa jugak. lastly, saya tanya staf IKEA jugak.. penat wei carik tak jumpa. rupanya memang kena tanya staf kat tempat kitchen tu untuk keluarkan invois. HAHAHAHAHAHA.. amekau kena naik balik.





first time kena camtu. lepas dapat invois, pastu bayar, baru boleh collect barang kat customer service. adoyai.. kalau tanya dari awal, takdelah saya kena naik atas balik pergi kat tempat kitchen tu balik. saya yang carik pasal kan, so saya sorang je lah naik. padan muka kat diri sendiri.. :p takpelah, nak sangat kan barang tu. sanggup tu naik balik. hehe.. berbaloilah jugak kot sebab barang tu dah dapat. hikhik. :)





lepas ni dah tau dah camne nak shopping kat IKEA. lain kali tak boleh nak blagak sangat, penat telinga nak tadah keperlian dari cik abang. huaaaaa.. korang jangan pelik tengok dapur saya comot². belum siap lagi tu. saya dah geram ngan cik titi asyik baham makanan je. sebab tu saya beli jugak. kalau tak habis semua makanan. okey tu je nak cerita. sebenarnya ada mende lain nak cerita tapi next entry lah. hihihi.. okey tata.

1 comment:

MrsYajid said...

hihi.. kelaka la kamu nih.. :)