terima kasih sudi singgah.....buat susah-susah jeeeeeee....teeehehehehe..

mintak tolong klik, nak buat rumah. terima kasih.. :)

✿cayang2 rosalina✿

Thursday, April 17, 2014

[AUDIO] wanita maki operator tol

Assalamualaikum..





nak share sikit,










dah dengar?? okey. pendapat saya.




kalau saya kat tempat dia, memang saya marah jugak. tapi takdelah maki² sampai camtu sekali.. yelah, balik kerja penat, nak kena mengadap jem lagi. bila nak sampai rumah?? kan?? kesian kat anak² tak dapat jumpa mak ayah setiap masa. jumpa pun anak dah tidur. esoknya pergi kerja dah kena keluar awal. tak pasal² hubungan dengan anak² jadi renggang.





sebab tu saya dah tak naik kereta. dan bukan naik motorsikal sendiri even saya memang ada motorsikal. cik abang tak bagi saya naik motorsikal sendiri sebab takut eksiden lagi. bagi dia, hantar dan ambil saya depan mata dia lagi puas hati. tapi, saya kesian dengan dia. sebab dia kena ulang alik dari tempat kerja dia kat Bukit Raja Shah Alam tu untuk hantar dan ambil saya kat Bukit Kiara, KL. hm.





waktu perjalanan tu memang singkat sangat kalau nak dibandingkan dengan drive kereta. risiko tinggi?? memang naik motorsikal risiko untuk eksiden tinggi. tapi even kita bawak secara berhemah mana pun kalau benda nak jadi, lori yang bawak kontena besar tu pun boleh eksiden. kena percaya Qada dan Qadar. kalau Allah kata JADI, maka JADIlah ia. janganlah kelam kabut sangat. kalau dah tau lambat bangun tu, rileks je. kalau pecut pun nanti lambat jugak. sama je kan..






saya selalu bayangkan kalau ramai yang naik motorsikal kat jalanraya tu. mesti jalan tak jem kan?? hujan?? pakailah baju hujan. takde susah sangat pun kalau pakai baju hujan. saya okey je. best tau kalau naik motorsikal. saya selalu gelakkan orang yang drive kereta laju² last² tersadai jugak kat jem. sorry kalau orang itu adalah korang. hikhik. :p





papepun, tak payahlah susahkan diri sendiri nak naik kereta. naik motorsikal je senang boleh cilok². papepun saya cuma bagi pendapat je.. jangan nak salah tafsir pulak.. :)





okey tu je tata.

No comments: