terima kasih sudi singgah.....buat susah-susah jeeeeeee....teeehehehehe..

mintak tolong klik, nak buat rumah. terima kasih.. :)

✿cayang2 rosalina✿

Wednesday, September 10, 2014

ape?

Assalamualaikum..





hai uols, iols tengah memaksa diri untuk menaip dengan lebih panjang gara² entry sebelum ni semua pendek² je. tak, ini bukan paksaan dari sesiapa. ini adalah sukarela. walaupun memang malas gila nak menaip, tapi paksa jugak. kan.. takpe lah paksa diri sendiri sekurang²nya jadi jugak entry yang panjang even isinya semua mengarut. miahahaha.. :p





masalahnya sekarang ni, iols tak tau nak cerita ape. takde idea lah pulak. alahai. kang nak bagitau cik abang belikan itu ini kang uols kate iols ni menunjuk pulak. kahkah. heeiiii tak kuasa mak jemah nak tunjuk ape yang cik abang belikan. dulu ye lah, rajin sangat nak update itu ini. tapi sekarang nape ntah malas bebeno nak snap² gambar pastu upload kat ig or fb. tapi kadang² ade jugak terlepas upload. uols pejam mata je lah ye kalau nampak. anggap je lah iols buang tebiat. LOL!!





kalau uols nak snap² gambar pastu upload kat ig or fb tu lantak uols je lah ye. tapi kannnnnnnnnnn.. iols musykil gak kat uols yang suka snap² gambar itu ini pastu tunjuk kat ig or fb sepanjang masa. tak takut ke orang mengata? mengata tu satu hal. tak risau ke orang lain cemburu?? ke memang itu niat uols? waahahahaha.. :p sejak cik abang tegur bila iols upload gambar² kat ig or fb, tak kisah lah barang ape² yang cik abang bagi, iols terus kurangkan upload. kalau gambar makanan takpe. sebab habis terus masuk mulut. kalau barang berharga tu, takut jugak kalau hilang ke, kena curik ke, rosak ke, sayangg ooiii.. lagi bertambah sakit mata kalau tengok balik gambar² barang yang dah takde tu. sakit hati kann?? cik abang kate, biarlah kita² je yang tau. tak payah nak upload² selalu. sebab tu lah iols dah jarang update pasal rumah. hihi.





ada member cerita kat iols, ada lah si polan tu asyik uploaddddddddddddddddddddd je semua yang laki dia bagi kat ig or fb. dia kate kat iols, "si polan tu macam nak menunjuk je. laki aku bagi macam² pun takde lah nak upload kat ig or fb. menyampah pulak bila aku tengok. ni bukan jeles ke ape. aku tak jeles langsung sebab laki aku bagi lagi banyak dari ape yang dia dapat. tapi agak²lah nak upload. pastu ayat dia memang nampak sangat macam nak menunjuk yang dia dapat itu ini. macam dia sorang je ada laki. meluat. " uihhh.. memang makan dalam kan kata² tu?? kihkih.. dah tu, tak sedar² lagi ke? terase? eh eh eh eh eh.. nampak sangat uols yang buat. LOL!! alah kalau setakat nak upload 1 ke 2 ke n tujukan kat laki sendiri sebab nak say thank you takpe jugak. ni tak. kalau setiap gambar tu semua barang yang laki dia bagi, pastu ayat caption macam menunjuk, haaaaaaaaaaaa memang nak mintak kena sumpah jadi pasu lah kannnn..





ehhh dah lah. malas pulak iols nak cerita pasal orang yang perangai camtu. iols pun ade buat jugak. tetibe tersentap sendiri. kahkah. tapi, iols takde lah sampai nak upload semua. :p




iols nak upload ni je, boleh kan??


kihkih..





tata.




#nampaktakisimengarutdahjadisatuentry

No comments: