terima kasih sudi singgah.....buat susah-susah jeeeeeee....teeehehehehe..

mintak tolong klik, nak buat rumah. terima kasih.. :)

✿cayang2 rosalina✿

Sunday, September 21, 2014

suke hati lah nak cakap ape

Assalamualaikum..





hai. nak membebel kejap ni. tak sure bebelan ni panjang ke pendek. tapi nak membebel jugak. tak boleh?? ahhh tak kira. nak jugak. :p saya ada terkesan dengan kata² seseorang, dia bagitau ade orang komplen saya buat kerja lambat. marah? ade sikitlah.. sebenarnya bukanlah pasal ape pun. yelah, kite beriye buat kerja, bila lambat buat sikit dah ade yang komplen. sape tak marah + geram + sedih?? okey, tetibe rasa nak nangis. T_T





cara kerja saya, saya tak suka tangguh² buat kerja. mesti kena siapkan jugak. bila tak siap tu rasa tak sedap hati je. tapi, bukanlah semua dapat disiapkan. kalau dah berat sangat kepala ni, takde maknenye saya nak teruskan buat kerja. letih. kompem balik terus tido. ye, memang betul pun. sampai rumah terus tido. sedar² cik abang kejut suruh solat maghrib. tau saya balik pukul berapa semalam?? lepas asar saya balik. means, ibarat saya buat kerja untuk sehari. semata² nak buat kerja yang tertangguh ni. ya, saya bukan kejam sangat. saya tak sampai hati nak simpan claim orang lame². that's why saya buat jugak even waktu cuti. rumah tak sempat kemas sebab pukul 7 lebih dah gerak keluar. breakfast tak buat. baju tak sempat basuh. lantai tak sempat sapu. meja tak sempat lap. semua tak buat. sebab kena buat kerja kat opis. hari ni datang opis lagi siapkan kerja yang tinggal. nasib baik cik abang temankan hari ni. kalau tak, tak tenang saya nak duduk sorang² kat opis ni. seram.





orang cuma tau nak komplen je saya buat kerja lambat. lambat?? yelah. okey. saya buat kerja lambat. salah saya. sebab minggu lepas saya cuti. tu pun baru nak merasa cuti lama² sikit. kalau saya tau orang nak komplen lambat, saya takde nak apply cuti. takpelah. kerja lagi penting dari masa dengan family. kan?? hm. kolot betul fikiran orang yang anggap camtu. orang lain happy² bercuti dengan family, cuti jauh², kite tunggang langgang buat kerja kat opis. takpelah. orang lain je boleh cuti. saya tak boleh cuti.





saya bukan sengaja nak buat lambat ke tak. selama ni saya kat opis pun bukan duduk goyang kaki je. saya buat kerja. oh lupa. orang tak nampak ape yang saya buat. memang tak pernah nampak. selalu suruh cepat² buat je. orang nampak macam senang je. tapi sebenarnya.. emm takpelah. orang tak faham. kalau saya cakap pun, orang akan kate, "macam dia sorang je yang ade kerja banyak" okey fine. kerja saya sikit je. kerja orang lain lagi banyak siap boleh online lagi. takpe.





sedih bila orang tak hargai ape yang kite buat ni. bila baru ade silap sikit, lambat sikit, orang dah komplen. ape salahnya doakan saya sihat supaya dapat siapkan kerja ni. ni tak, asyik nak komplennnnnnn je. dapat ape kalau komplen?? takdenye terus dapat claim tu kalau saya buat sekarang. kena ada proses jugak. hm, saya buat kerja bagus mana pun bukan dapat anugerah pekerja contoh pun. bukan dapat anugerah pekerja cemerlang pun. takde maknanya dapat. kuli batak je kan. ehhh saya tak mengharap pun anugerah tu. takpelah. Allah je yang nampak ape saya buat. ikhlas atau tak ikhlas DIA je yang tahu.





lagi satu, saya nak tau jugak, orang yang komplen tu kerja bagus sangat ke? kalau saya tau sape yang komplen tu memang saya boommm dia. jangan ingat saya diam² camni, saya tak boleh nak maki orang. orang tak kenal lagi saya ni camne. kerja kalau tak ikhlas memang duit cepat habis je. gaji tak berkat. dapat bayangkan tak kalau OT tu dah tak boleh claim?? dapat tak??





untung² saya dah tolong betulkan claim. kalau tak betulkan, kompem dapat sikit je claim tu. bila dapat lebih, diam je. bila dapat kurang, komplen pulak. napelah ade manusia yang tak bersyukur kat dunia ni?? patutlah tak dapat nak merasa duit yang dapat tu. sentap?? bagus. memang sengaja nak bagi sentap. bagi bukak sikit mata tu. jangan tau nak komplen orang je. tengok diri sendiri dulu ye sebelum nak komplen orang. pffttt..





dah lah. penat dah ni taip banyak². ni pun dah kena tapis banyak dah ni. kalau tak, kompem lagi panjang. okey. tata.