terima kasih sudi singgah.....buat susah-susah jeeeeeee....teeehehehehe..

mintak tolong klik, nak buat rumah. terima kasih.. :)

✿cayang2 rosalina✿

Wednesday, January 20, 2016

cerita kedai kopi

Assalamualaikum..





perampas. eh, bagi salam terus taip perampas. (--") memang nak cerita pasal perampas pun. sape nak jadi perampas?? kau nak jadi perampas?? aku pun tak teringin nak jadi perampas. dulu dan sekarang. eh, sekarang?? sekarang dah kawen nak jadi perampas pe mendenye?? setia dengan laki sendiri je sudah. yes. setia. Insyaallah. sampai ke Jannah. doakan kami.





yang aku nak cerita ni masa sebelum kawen. aku pernah di label jadi perampas. aku tak ingat aku pernah cerita kat sini ke belum. lol! faktor usia sangat. sebenarnya malas nak scroll² pastu carik balik. (--") yup. aku pernah dipanggil sebagai perampas. kononnya aku rampas pakwe dia [sekarang laki aku]. lepas kawen pun aku masih tertanya² yang aku ni perampas ke?? yelah, dah kena tuduh perampas kan, mestilah tertanya². kawan² pompuan tu pun dok kutuk² aku kata aku ni perampas lah, bahagia atas airmata orang lain lah, perempuan tak tau malu lah, sampai sekarang wei aku ingat kata² dorang tu. orang kata kite camtu mestilah ingat kan?? mana boleh lupa.





sampai lah satu masa tu aku tanya kat cik abang, "abang, sayang ni perampas ke??" cik abang pandang aku. aku tanya lagi, "sayang ni perampas ke??" cik abang pun jawab, "kalau sayang ni perampas, takkan abang pulak yang ajak sayang kawen??" aku pun terdiam. tapi, memang betul pun laki aku yang ajak aku kawen. masa dia ajak aku kawen pun macam lawak. jap lagi aku cite. :p





dulu aku dengan dia satu kawasan tempat kerja. entah macam mane boleh dapat satu kawasan. aku kerja kat INTAN Bukit Kiara, cik abang pulak [masa tu masih kawan] kerja kat KLGCC depan INTAN tu. masa tu borak pun biasa² je panggil pun masih kau aku. kat situlah aku start kenal cik abang lagi rapat. kerja KFC dulu tak de lah rapat sangat ngan cik abang. biasa² je.. lagipun masa tu memang masing² dah ada pasangan sendiri. kebetulan pulak masa tu ktorang tengah ada problem dengan pasangan masing². eh malas nak cerita part yang tu. :p





pastu ada satu hari tu cik abang sms, dia bagitau moto dia pancit so dia tersadai kat tepi jalan dekat selekoh yang ada Tesco Setia Alam. hahaha.. padan muka. :p eh gurau je. aku tak kejam camtu. tak de lah sampai nak biarkan dia tersadai tepi jalan. kebetulan aku pun otw nak balik. jalan untuk balik rumah memang sejalan ngan jalan yang dia lalu tu. aku pun tak tau nape lahhh aku baik hati sangat pergi tolong dia. padahal dia bukan sape² pun. cuma kawan je. dah nampak kelibat dia, aku pun tolong dia. aku naik moto dia, then dia naik moto aku sambil tolak guna kaki. ehh korang tau kan kalau tolak moto camne. malas pulak aku nak explain. lol.





ktorang berhenti kat stesen minyak berdekatan situ. dia tunggu kawan dia datang. eh, kawan dia tu kawan aku jugak sebab kebetulan ktorang amek part time sama² kat KFC Tesco Setia Alam. semualah kebetulan. memang dah jodoh agaknya. :p stesen minyak tu dekat je ngan Tesco. sementara tunggu kawan tu sampai, aku tunggu sekali dengan dia. kononnya temankan dia lah.. nasib baik kawan tu memang dah balik kerja. pastu aku tak tau ape jadi. bila kawan tu sampai aku pun balik sebab nak masuk keje malam pulak. cik abang tak masuk kerja part time sebab dah lewat sangat. :p





lepas tu ktorang terus rapat. masa tu lah ada konflik ngan pompuan tu. masa tu aku dah clash ngan boyprennn sebab.................. tak nak cerita. hahahahahahahahahahahahahahahahahaha.. yelah² aku bagitau. sebab dah tak sehaluan. dia sibuk ngan kerja dia je. ada sekali tu masa keluar dating aku nampak sms dari pompuan lain kat enpon dia. dia kate tu kawan. hm. boleh percaya ke camtu?? pastu bila keluar dating, aku jugak yang keluarkan duit. sikit² aku. sikit² aku. dia takde pun. kalau ada pun boleh dikira dengan jari. kedekut.. haaa.. sebab tu lah. daripada habiskan duit, baik putus. hew hew.. hati aku dah tawar pun masa tu. dia nak couple balik pun aku taknak dah. pastu terus senyap.





konflik ngan pompuan tu plak pasal berebutkan cik abang. eh, tu cik abang yang kata. bukan aku yang kata. perasan betul laki aku ni. sampai sekarang dia asyik mengungkit, dia kata "abang kan jadi rebutan" perasan lettewww.. bagi aku takde pun rampas² ni sebabnya cik abang dah putus pun ngan pompuan tu masa ktorang keluar dating. cik abang pun mengaku yang aku memang tak rampas dia dari pompuan tu. kalau cik abang dah kata camtu aku nak kata ape lagi, kan?? jangan kata cik abang pulak yang salah. dalam hal ni takde sape pun yang salah. dah Allah tentukan jodoh cik abang ngan aku, siapa kita untuk menolak takdir Allah?? ecewah. berfalsafah pulak dah aku ni. puii.. [eh tetibe malu pulak cerita pasal ni. DUSH!!]





tapi, tak lama lepas tu pompuan tu contact balik ngan cik abang sebab pompuan tu nak balik kat dia. ek eleh. padahal pompuan tu yang mintak putus siap pulangkan semua barang yang cik abang bagi. sudahnya, cik abang bakooo barang² tu semua. dia kata dah taknak ada kenangan lagi dengan perempuan tu. tapi pompuan tu merayu² jugak nak balik kat cik abang. then cik abang tanya pendapat mak dia, mak dia pun suruh pilih aku. aku pun happy happy happy happy laa.. kihkih.. masa tu dah sayang, sape yang tak suka, kan?? :p eh, jangan kata aku kejam pulak. bukan aku yang paksa cik abang pilih aku, mak dia sendiri yang suruh. lagipun, aku takde pun kata bukan² kat pompuan tu. kawan² dia je yang over kutuk² aku. tak tau cerita yang betul, tak payahlah nak lebih². nyampah aku. adik dia lagilahhh tuduh cik abang hack fb dia. kahkahhhhhh!! benda paling kelakoooo n paling bodoh aku rasa. cik abang nak bukak fb pun berzaman baru dia bukak, tang mana pulak dia reti hack fb orang?? aku yang hack?? lol!! email pun tak tau nak hack kejadahnya?? cara nak hack pun aku tak reti ooiiiii.. kalau aku tau hack fb orang, aku dah hack fb Johny Depp. :p





dah lah. malas pulak aku nak ingat cerita pasal tu. ni nak cerita pasal lain pulak. ada satu hari tu ktorang pergi kerja sama². tak ingat dah sebab ape n camne ktorang boleh pergi kerja sama². cerita 6 tahun dulu mana nak ingat. (--") yang aku ingat, masa bulan April. balik dari kerja, cik abang kata nak bawak pergi satu tempat. aku pun ikut je lahhh. kang tak ikut camne nak balik?? banyak duit pulak nak naik teksi?? dah sampai tempat tu tetibe cik abang masuk kedai Poh Kong. lahhhh, nak belikan untuk sape?? aku dah cuak. takkan belikan untuk aku?? [padahal dalam hati dah berbunga². kahkah!!]





kat dalam kedai tu tetibe cik abang cakap, pilih lah nak cincin mana satu. tapi jangan yang mahal² tau. aik aik aikkk?? kenapa nak belikan cincinnnn?? cik abang kata tu hadiah birthday.. segan oii tetibe cik abang nak hadiahkan cincin.. amboi, time birthday terus dapat cincin. kihkih. orang nak bagi, kite ambik jeee.. :p lepas pilih n bayar, cik abang pegang dulu cincin tu. biarlah dia nak pegang. takkan aku tak malu pergi mintak cincin tu kat dia kan?? nanti kata aku ni gila harta plak. kekekekeke..





lepastu ktorang singgah makan kat kedai mamak. kalau korang tau restoran Berkeley tu, haaa situ lah tempat ktorang makan. sementara nak tunggu makanan, cik abang bukak bekas cincin then sarungkan kat jari aku then wish "Happy Belated Birthday" aku dah segan oii.. mane ade orang lain selain arwah mak pernah bagi cincin kat aku?? arwah mak bagi cincin pun cuma bagi camtu je. cik abang kata "tarikh ni, 30 April 2010, tarikh declare jadi couple"  sebab tu kat email aku pun ada 3004. kahkah!! motif sangat nak bagi ingat tarikh. 





cik abang ajak kawen?? okey citenye camni. masa tu ktorang keluar dating. lepas da makan, tengok wayang, pastu makan lagi, [makan je lah kerja ktorang], tetibe dia kata "jom kawen" omaigod dag dig dug di dalam dada. orang ajak kawen sape tak nervous oii.. aku pun malu-malu kucing lah masa tu. kahkah!! masa dia ajak kawen tu takde lah sampai nak melutut² bagai. just cakap "jom kawen" je. aku pun jawab "jom". dah dia ajak kawen, aku setuju je lah. kahkah!! nampak sangat gelojohnya. balik dating terus cerita kat abah ngan arwah mak. senyum² je abah ngan arwah mak bila tau anaknya nak kawennn. uhuk uhukkk aku pulak yang sedih.. 





tak lama lepas tu mak kepada cik abang datang rumah sebab nak jumpa ngan abah n arwah mak untuk bincang pasal kawen.. kira macam datang merisik lah.. simple je datang merisik. takde pun nak grand².. hahahahaha dah nama pun merisik. simple je lah. macam datang menziarah. tapi masa datang tu tak bawak pun cincinnya. sebab cincin tu sarung masa tunang.. sebenarnya cik abang lupa nak bawak cincin tu. kahkah!! saboooo je lah. nasib baik mak ngan abah tak kisah. so cincin tu disarung masa majlis tunang ktorang..





17 April 2011 ktorang tunang.. lepas birthday aku n tarikh birthday abah. masa majlis tunang tu ada cerita sadis. time mak mentua aku nak sarungkan cincin merisik, boleh pulak tersangkut kat tulang sendi jari. alah, jari kan ade tulang timbul kannn.. haaa tulang tu laaa.. pastu mak mentua aku main sarung je kat jari. huwaaaa sakitt oiii.. tu la beli cincin ngam² kat jari. nasib baik muat jugak. kalau tak muat aku salahkan cik abang sebab salah beli cincin. kahkah!! padahal salah diri sendiri pilih cincin yang ngam².. dengan kata lain, aku dah gemokkkk.. lol!! tak banyak sangat cerita pun sepanjang tunang. hihiii.. macam biasa je keluar dating, keluar makan, keluar makan, keluar makan, keluar makan lagi. kahkah!! makan sampai gemok. 





29 Jun 2012. tarikh nikah. sebelum nak nikah tu, aku takuuutttttt sangat wei. seram pun ada. rasa macam tak nak kawen pun ada. macam nak keluar dari masjid pun ada. tapi aku terus mengucap. semua tu bisikan syaitooonnnnnn.. kalau aku layankan sangat mesti tak jadi kawen masa tu. uhukkk!! dahlah time nikah arwah mak tak ikut pergi masjid. aku punyalah mengharap arwah mak ada masa nikah, last² arwah mak cakap dia nak tunggu kat rumah. takut nanti ada saudara-mara datang.. so, adik aku je lah yang ikut. kawan aku?? haraammmmm.. takde sorang pun yang datang masa aku nikah. ingatkan ade lah sorang dua yang datang temankan. tapi hampeh. sedih oiii sebab takde kawan datang. dulu aku sanggup amek cuti sebab nak tengok kawan aku nikah tapi bila time aku nikah takde yang datang pun. maybe aku memang takde kawan kot?? time susah je baru tanye "ingat aku lagi tak??" motif ko?? nak mintak tolong ke ape tu?? hahhh time susah boleh pulak carik aku ekk?? time aku perlukan ko, ko pergi mana?? #sentap






aku memanglah harapkan sorang dua kawan yang datang tapi memang takde ponnn.. ini cerita benar. sekarang ni kawan² siap jadi bridesmaid. huntongggggggglahhh.. boleh pulak ko jadi bridesmaid orang lain. time aku?? dalam mimpi pun takde. huhu.. ade yang kata sebab adik beradik aku dah ramai. ko ingat adik beradik aku ada masa nak melayan or temankan aku ke?? dorang semua sibuk rewang kat dapur tu haaaa.. sebab hari Jumaat?? kena kerja?? aku pun sanggup cuti, takkan ko tak boleh?? aku siap tolong rewang pun ada. haihh.. takpelah benda pun dah lepas. sebenarnya malas nak mengungkit tapi entahlah. maybe sebab terkilan kot. nasib baik ramai jugak kawan yang datang masa majlis. cuma kawan yang dok menyibuk kat bilik pengantin takde lahhh.. yang ade pun adik aku je lah sebab dia yang jadi pengapit aku. sebab tu aku malas nak pergi wedding orang lain. bukan tak pergi langsung. ade je aku pergi. lepas makan salam mak bapak pengantin then terus balik. pastu, kalau pergi pun wedding kawan yang agak rapat. tu pun macam ada takde je. :p





tahun ni nak masuk 4 tahun ktorang kawen.. masih berdua lagi. bertiga tu entah bila. belum ada rezeki lagi.. hehehehe.. ktorang redha je. dah Allah tak bagi lagi, nak buat camne kan?? orang nak cakap² belakang tu lantak ko lah. tu, suruh anak ko jaga cucu ko elok².  kahkah!! #geram asyik menyeeeeeboookkkkk je tanya² bila nak dapat anak. makcik² yang dok rumah ni memang ituuuu je lah kerjanya. tau lah anak ngan menantu dia subur. hishh!! rimas aku. kalau tolong doakan takpe jugak.





soal jodoh, rezeki, ajal, maut, semua tu Allah je yang tau. belum tentu ko couple ngan Saheizy Sam ko dapat kawen ngan dia. tengok, last² dia kawen ngan Syatilla Melvin. ehhh?? #tetibesangat kalau ktorang belum ada rezeki anak, tak semestinya ktorang tak bahagia. kan?? betul tak?? macam korang jugak. bukan semua benda yang buat korang tak bahagia.. tak dapat berak je yang buat korang tak bahagia kan?? eh, ape kaitan ngan berak plak ni?? (--") ktorang bahagia je sampai sekarang. don't worry.. Insyaallah sampai mati. doa je lah yang baik²..





sorrylahhh.. panjang pulak entry ni. baru muncul tapi cerita panjang lebar. selalu bukak jugak blogger tapi nak update rasa malas. as usual. malas is my bff. kahkah!! hade haku kesahhh??!! lol!!





dahlah sampai sini je dulu. tahun depan update lagi. :p ehhh kalau ko nak sentap ngan entry aku, tu lantak ko lah ye?? sebab, sebenarnya aku lagi sentap ngan ko tau?!! sentap ngan orang yang sentap. so marilah kita sentap bersama². kbai. 





#musimsentap



2 comments:

nor isneini mohd ayob said...

Wowowowow sejarah percintaan.. dalammm persimpangan iniii..eh tu lahu jerat percintaan..lahu pulakk lagu laguuu..hahahaha malas padam...

Alahhh berdua pon bahagia sgt2 aku tgk korang...jeles iolss..kikiki..

alin said...

@nor isneini mohd ayob kahkahkah sejarah sangaattt.. :p