terima kasih sudi singgah.....buat susah-susah jeeeeeee....teeehehehehe..

mintak tolong klik, nak buat rumah. terima kasih.. :)

✿cayang2 rosalina✿

Monday, February 15, 2016

apa dah jadi dengan dekorasi rumah?

Assalamualaikum..




hai. sape² yang pernah follow blog ni mesti pernah baca kan pasal dekorasi [konon] rumah aku yang aku post kat sini. dulu je lah rajin nak deko macam². serius memang rajin siap main tagging² kat rempah ratus. banyak jugaklah yang aku tag. pastu kalau ada beli pape mesti aku update. opss!! aku update bukan nak show off. cuma nak share je ape idea yang aku ada untuk rumah kecik macam aku. tu je. takde niat lain pun. kalau ko nak pk lain tu lantak ko lerr.. :p





sekarang ni, tagging tu ade lagi. aku tak tukar lain pun. still lagi masih melekat kat balang Ikea tu. pandai²lah jaga. jangan kenakan air. kalau nak basuh balang tu tanggalkan dulu tag tu. kalau kena air nanti rosak pulak. daaahhhh kena buat baru. tak kuasa mak jemah nak buat baru. :p tapi, cik abang aku ni bukan nak jaga macam aku jaga. dia g bantai basuh ngan air!! huwaaaaaaaaaaaaaa.. nak marah tapi benda dah jadi pun. T_T ada yang dah tak elok dah. yang dah tercabut pun ada. haihhh..





tapi seriously, sekarang ni aku dah tak rajin nak deko² rumah. busy wei. sejak cik abang aktif muzik balik, masa kat rumah pun kadang² cuma malam je. nak kemas dah penat. baju yang dah basuh pun kadang² masih terbiar kat bakul je. nak masukkan dalam almari tu memang kena tunggu rajin. kalau tak, memang bergununglah kat bakul tu. :p aku plak memang kena ikut cik abang je lah kalau band dia join gig or jamming session. sebabnya, aku je yang jadi tukang amek gambar ngan video. huhu..





aritu ada beli rak Ikea, tu pun tak tertampal lagi. bile ntah cik abang nak tampalkan kat dinding. (--") konon nak buat kat sebelah meja solek tu tapi tak terbuat² pun. pastu ingat nak tukar cat dalam rumah pulak. nak cat yang terang sikit bagi rumah nampak cerah n lapang kononnya. tapi tak beli² lagi catnya. semua angan² je tapi buatnye entah bila. hihi..





takpelah. nanti kalau dah rajin aku nak ajak cik abang deko rumah lagi. kadang² tengok rumah sendiri pun boleh stress sebab tak cantik macam rumah orang lain. kihkih.. korang please doakan aku jadi rajin. haha.. okey tu je. tata.. :)


1 comment:

cik hani said...

deko rumah still berjalan slow-slow..
tapi mungkin tak sepenuhnya kan..

kami ni pun banyak yang tak buat lagi, so stop dulu laa entry deko