terima kasih sudi singgah.....buat susah-susah jeeeeeee....teeehehehehe..

✿cayang2 rosalina✿

Saturday, January 23, 2016

orang dalam

Assalamualaikum.





hai. selamat hari Sabtu. kat luar macam mahu kehujanan. jadi, marilah kita ramai² update blog. kalau malas update, meh baca blog ni. kahkah!! cerita merapu je banyak. nak bagi amaran awal² ni. kalau rasa taknak sentap ngan entry ni, baik jangan baca. kang jap lagi ko sentap ngan aku, ko doakan macam² pulak kat aku.





ni aku nak cerita pasal orang dalam. macamlah ko tak biasa tuduh² orang lain "ni mesti guna orang dalam niii" kan kan kannnnnnnnnnnn?? selalu ade kannnnnnnnnnnnnn?? eleh taknak ngaku. mesti ade punya. even sikit mesti ada jugak. jangan tipulah. tak baik tipu. tipu dosa, nanti mati kena seksa. nak??






macam yang ko tau lah kan, aku ni sekarang kerja kat JPJ. masalahnya, aku bukan kerja bahagian kaunter, cek saman, cek roadtax, cek lesen kejadah semua tu aku TAK BUAT. aku ni kerja kat unit kewangan je, bahagian admin. bayar claim² dorang tu je haaaaaaaa.. yang ko beriye² tanya macam² kat aku tu pasal ape weiii.. aku bukan tau sangat pun.. okey fine, kalau korang tanya, aku jawab lah mana yang aku tau. ni siap nak mintak aku tolong buatkan macam² ko ingat aku takde kerja sendiri yang nak kena buat??





malas beratur panjang?? ape masalah ko kalau nak kena beratur panjang²?? dah ko datang lambat, beratur je lah.. alahai. kalau nak cepat datang awal pagi sebelum pukul 8 tu haaa.. aku ni memang malas nak buat kerja orang lain yang bukan kerja aku. aku cuma tau buat kerja kat unit aku je. kerja kat kaunter tu memang aku tak tau wei. ko tanya aku lebih² pun buang masa ko je sebab aku tak tau. :p





nak kata aku sombonglah tu. wei, ni aku nak bagitau ni. andai kata lah kan aku tolong buat macam², pastu ada orang nampak, pastu orang yang nampak tu kata aku ni amek rasuahlah, buat kerja lain lah, nanti yang kena sape?? aku ke ko?? mesti aku kan?? nama aku busuk, nama unit busuk, nama jabatan pun busuk jugak wei. lagipun dah ada orang yang jaga bahagian tu, ko sabar je lah sikit kalau kena tunggu lama pun.. yang kerja tu pun manusia jugak. kerja pulak guna sistem. kadang² dorang kerja cepat tapi sistem buat problem, memanglah lambat..





tak payahlah nak harap sangat aku boleh tolong buat itu ini. memang aku malas nak layan. ko nak buat, pergi buat sendiri. tak pun ko pergi carik orang lain yang boleh tolong. aku renew lesen pun kat pejabat pos, ni ko nak suruh aku buat macam², ek eleh APAHAL?? aku dah taknak, ko nak paksa² plak, APAHAL??





tak pernah tegur, tak pernah tanya khabar, tetibe contact aku tanya "sihat ke tak". ko ingat aku tak tau ko nak ape?? memang takkkkkkkkkkk ler aku nak tolong wei. kalau ko nak, ko buat sendiri. balasan setimpal?? ko doakan aku kena balasan setimpal sebab tak tolong ko?? ko nak kata kat aku, "nanti ko susah takde yang tolong". jap, selama ni aku susah, aku ada mintak tolong ko ke?? oh, okey fine. kalau aku ada hutang ngan ko, bagitau aku ye?? nanti aku bayar balik hutang tu. tu pun kalau ada lah. nak cerita kat orang lain pasal aku, terpulang. aku cuma jaga nama aku je. aku taknak disebabkan ko, aku plak yang kena. orang kata buat baik berpada² kan?? haaaa..





family aku pun takde mintak tolong camtu, ko yang orang luar nak paksa² aku buatkan untuk ko. amboi. lebih nampak.. dah lah kutuk² JPJ pastu tak malu nak mintak tolong kat aku. ek eleh. APAHAL?? sebab orang macam ko ni lah aku jadi tawar hati nak tolong. sedap² mengutuk, pastu time susah carik² aku nak mintak tolong itu ini. APAHAL?? APAHAL?? APAHAL?? nampak tak aku tengah marah ni?? lol.






okey. abaikan semua di atas. pointnya kat sini cuma nak bagitau, aku kerja kat unit kewangan, bukan kaunter dan aku tak tau pasal kerja kat kaunter. FULL STOP. kbai.





sentap ke tak?? lol.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...