hai guys..hihihi..sapa2 kat sini yang suka main kira2,meh ler main kira2 keserasian antara kau orang dengan pasangan kau orang..ngaaahahaha..
bunyi sebutan nama [dalam huruf jawi]..iaitu jika bunyi di :-
Depan : Markah 9
Atas : Markah 8
Bawah : Markah 5
Contoh :
Nama Lelaki : Mohammad Firdaus
Sebutan : Mo + Ham + Mad + Fir + Da + Us
Markah : 9 + 8 + 8 + 5 + 8 + 9
Jumlah : 47
Nama Perempuan : Rosalina
Sebutan : Ro + Sa + Li + Na
Markah : 9 + 8 + 5 + 8
Jumlah : 30
Jumlah Keseluruhan : 47 + 30 = 77
Mencari baki :
Jumlah 77 dibahagi pula dengan nombor 9, 7, 5 dan 3.
Iaitu :
77 bahagi 9 = baki ialah 5
77 bahagi 7 = baki ialah 0
77 bahagi 5 = baki ialah 2
77 bahagi 3 = baki ialah 2
kira dengan cara manual tau..bukan guna kalkulator..
baki yang aku dapat ialah 5, 0, 2 dan 2 [baca dari atas ke bawah]
Peringkat perjalanan usia perkahwinan [9, 7, 5, 3]
9 - Di masa muda [awal perkahwinan]
7 - Di masa memasuki pertengahan
5 - Di masa menghadapi masa tua
3 - Di masa tua [penghujung perkahwinan]
Jika baki :-
0 - Bulan Purnama
Di waktu ini rumah tangga sangat bahagia, hidup penuh dengan aman dan damai. Tidak berlaku kekecohan. Jika pasangan ini subur kemungkinan mendapat ramai anak.
1 - Biji Di Tasik
Di waktu ini pasangan hidup dengan keadaan kewangan yang hanya cukup makan. Tidak mewah (dengan kadar masing-masing) dengan kata lain tidak cukup duit atau susah sedikit untuk mendapatkan duit. Rezeki payah.
2 - Anak Raja Sekandang
Di waktu ini pasangan suami isteri romantis, rasa secocok, rasa sama padan dan saling memahami. Maka rumahtangga menjadi bahagia.
3 - Anak Raja Kepanasan
Di waktu ini sering berlaku pertengkaran, bergaduh, bermasam muka iaitu dengan kata lain perselisihan faham sering berlaku. Jika dibiarkan berlarutan rumahtangga akan hancur.
4 - Abu Atas Tunggul
Di waktu ini duit ada tapi tidak pernah cukup. Jika dapat wang pun hanya sekadar dapat lihat sahaja. Wang itu cepat habis digunakan. Ada-ada saja perkara yang hendak dibelanjakan. Senang datang senang habis. Poket sentiasa kosong.
5 - Telaga Di Bawah Bukit
Di waktu ini rezeki datang melimpah-limpah. Tidak menghadapi masalah kewangan. Hidup senang.
6 - Tanduk Seberkas
Di waktu ini pasangan menjadi romantis, penuh kemesraan dan penuh kasih sayang.
7 - Naga Seru
Di waktu ini pasangan tidak tenteram kerana masalah kuat cemburu. Selalu tidak percaya pada pasangan.
8 - [sama seperti nombor 0]
=
=
=
=
=
=
=
wei..wei..kau orang jangan percaya sangat dengan semua ni tau..ni sekadar untuk mengisi mase lapang kau orang je..daripada kau orang asyik korek2 idong kan,buat kira2 ni okey jugak pe..hahahaha..sekurang2nye dapat jugak challenge diri kau orang sama ada faham soalan or tak..kehkehkeh..
ape2 pun kau orang kena Percaya dengan Qada' dan Qadar k.. ^_^Y
okebai..
-end-
*notakecik : ape cik abang nak bagi untuk birthday aku nanti ye??kihkihkih.. ;p