terima kasih sudi singgah..♥

✿cayang2 rosalina✿

Tuesday, September 15, 2026

I'M BACK.

Assalamualaikum.


haaaaaiiiii. yuuhuuuuuu.. i'm baaaaack... 



cewahhh.. kejadah hapeee nak back back bagai. hahaaa.. aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa lamanya tak menaip kat blog. ni bukan setakat sawang. aku rasa dah macam rumah pusaka hampir runtuh dah ni. wkwkwkwk.. tetibe rasa rindu nak bukak blog sendiri. pastu tetibe rasa rindu nak bebel bebel kat sini walaupun takde idea nak bebel ape. maka terjadilah bebelan yan takde arah tuju yinnihhh.. yan? kenapa typo jadi yan? rindu kak yan kot? LOL!



sebenarnya nak testing laptop baru. eh, aku takde niat nak show off tau. kikikiii.. eeiii tak biashhewww lah taip guna LAPTOP BARU ni. ehh tercapslock. kahkah!! tibehhhh.. laptop lama dah rosak.. huhuu.. beli pun tahun 2011 memang rosaklah citer diaaa.. habissss semua memories dalam tu. dah takde dah kenangan lama lama doluuu.. huhuu.. yang ada FOMO ni je. lahhh tibehhhh.. padahal gambar ni bukan kat laptop lama pun. sebenarnya nak cite gambar ni macam gambar lama. laptop tu je yang lama. eh? perlu ke aku explain? kalau orang tak faham tu biar je lah ekkk?? hahahaa bukan ada orang baca blog pun. kahkah!


eh, mestilah kena FOMO jugak. mana boleh ketinggalan. sis kan up to date. kahkah. yang chatgpt ni pun, nak menipu pun agak agak lerrr.. lain benooo muka. dah nama pchatgpt ekkk.. ikut dan dia je. aritu tanya kenapa muka lain? dia cakap, sebab guna penjanaan semula wajah. kalau nak muka asal kena mention situ "kekalkan wajah asal" haaaa githewwww.. tapi yang original lagi cantik kan? lahhh tibehhh.. 



pastu edit gambar ni. tetibe ada bangunan jpj. hahahahahahahaa.. mentang²lah ayah dorang keje jpj. eh, lupa. mommy pun jpj tapi mommy tak saman orang. mommy jaga duit gomen. ahhh kauuu cite nak gebang je. kihkih.. btw, masyaAllah cantik²nya anak mommy ni.. moga sentiasa dilindungi Allah..moga terhindar dari penyakit ain.. aamiinnnn.. 



kan aku dah cakap [taip] entry ni takde arah tuju. pastu ntah pape yang aku taip. hahahahaa.. nak cite pasal "i'm back" tapi terselit FOMO gambar 80an. haa memang betul² back years dah ni.. dah lah. tetibe perut lapar plakkk time² ni.. hadoiii camnelah tak gomokkk?? ahh lantak. makan je lah. orang cantik mana boleh lapar. kalau aku sakit bukan kau yang jaga. tibehhh..



dah. tu je. okebai.


Wednesday, December 31, 2025

BYE 2025, WELCOME 2026

 Assalamualaikum..



hai.. lamanya tak update blog hahahahahahahaha.. dah hujung tahun 2025 baru terhegeh² nak creat post baru. kau dah kenapa Rosalinaaaaa.. 



oh, btw. anak sis dah masuk tiga ketul.. wkwkwkwk.. aritu last entry cite pasal sis tengah peknen kan, haaa.. ni budak kecik tu dah nak masuk 2 tahun dah bulan depan.. begitu pantas masa berlalu ye.. kedutan di muka pun sudah jelas kelihatan. tibehhhh.. jangan suruh tambah² lagi. cukuplah dengan yang 3 ni je. yang ni pun kerja asyik nak gaduh je. 



pastu nak cerita apa pun tak tahu dah. hahaaa.. okeylah. just nak wish HAPPY NEW YEAR SEMUAAAA.. semoga tahun baru 2026 akan memberi sinar yang baruuuu.. semoga Rosalina dikurniakan kesihatan yang baik & maintain cantik. lahhhh tibehhhh.. 




okey tu je. malas nak taip panjang². hahahaa.. bye. 




Wednesday, November 8, 2023

2023

 Assalamualaikum..



hai. i'm back. hahaa after one year baru nak muncul. nampak sangat dah malas nak menaip. entah. sejak dah beranak pinak ni jari jemari sis yang mulus ni terlalu malassss nak menaip panjang². tengok, nak buat ² kecik ni pun kena google balik camna cara nak buat. kahkah.. 



weii Daisypath dah expired pun sis tak tahu. hahaaa.. adoiii.. malasnya nak mentelaah balik cara nak manage blog ni.. banyak yang dah expired rupanya. tengoklah nanti esok lusa tulat tonggeng terbalik kalau rajin nanti sis manage balik semula. tu kalau rajin. ntah² kena tunggu lagi tahun depan. kihkih..




dah lah lepas setahun baru nak bukak. pastu tengah peknen anak ketiga pulaknya. takkan asyik nak cerita pasal peknen je kan. nanti orang kata keje sis ni asyik peknen je kakakakakakaka.. btw, sis ngan family kecik sis sihat je Alhamdulillah walaupun takde yang tanya takpe sis bagitau je. manalah tau masih ada yang mencari sis lagi kan. hidup kenalah bajet retissss.. takkan asyik nak bajet lawooo je hahahaha tibehhhh..


doakan sis dan family kecil sis ni bahagia sentiasa.. :)



dah lah. malas nak taip banyak². tunggu lah tahun depan sis bukak blog ni. atau maybe lepas beranak ke kan. tak pun tunggu je lah.. kalau masih ada yang sudi nanti dan kalau masih dipanjangkan umur Insyaallah sis akan merajinkan jari jemari sis untuk update blog ni. 




dah habis waktu rehat. haaa yeeee.. sis taip ni masa kat opis. nak taip kat rumah memang malehhhh.. tapi rajin layan koreahhh je dengan harapan muka baby nanti comel macam korea.. ehhh tak naklah. baik comel macam sis je. dah comfirm² comel semula jadi. kahkah.




eh okeylah. jumpa lagi next entry. tata titi tutu.. :)

Friday, September 9, 2022

SAMBUTAN MERDEKA DI TASKA RAISHA

 Assalamualaikum..




hai uollsss.. sihat ke tuuu.. sis tak sihat sikit, dah dekat sebulan batuk².. ntah bilalah nak baik batuk ni. rasa macam nak cabut je tekak sis ni. tapi takpelah, Allah nak ampunkan dosa² kecil sis yang sis buat tanpa disedari.. semoga Allah ampunkan.. Aaamiinn.. doakan sis segera sembuh dan anak² sis dikurniakan kesihatan yang baik.. terima kasih pada yang mendoakan ye.. semoga doa² anda semua kembali kepada anda.. :)




actually entry ni sis nak post minggu lepas sebab event pun hujung bulan lepas kan.. tapi tu lah, sis kan RAJIN. kuikuikuiii.. ni baru ada kesedaran nak menaip panjang² dan komfemmmmm bosan untuk dibaca. LOL! takpe sis tak paksa uolss baca.. cuma ni untuk sape² yang sudi baca je.. tak sudi takpe sebab dalam ni pun sis cuma mengarut benda ntah pape. takut uolss muntah darah je bila baca. LOL! 




okey, untuk entry kali ni, sis nak upload banyaaaaaaaaaaaakkkkk gambar.. bolehlah tengok sampai muntah ye hahahahaa.. sorry, sis jenis malas nak pilih² aku pilih² lagi pilih² lagi eh ternyanyi pulak hshhshshsss.. sis malas nak pilih gambar. kalau kat FB pun sis upload je semua. lepas upload baru sis tengok balik, then kalau ada gambar yang mengaibkan baru sis delete. LOL! yang dah tengok gambar ni kat FB sis maybe boleh skip tengok kot.. cuma kat FB tu takdelah sis bebel merapu camni.. just upload gambar je. :p




nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor, dan lagu KEMAS




alalalalalaaaa comel² semuanya.. untuk pengetahuan uollss, anak² taska ni pakai cantik² camtu sebab ada pertunjukan fesyen show.. kemaen yeee taska pun ada buat fesyen show. hihi.. masa nyanyi lagu merdeka, semangat betul anak² taska ni. sis pun ikut semangat bila anak² taska ni semangat. pandai dorg nyanyi. mula² perhimpunan pagi dulu. lepas tu jalan sekeliling taska untuk perarakan sambil nyanyi lagu merdeka. 








seronok tengok budak² ni. macam Raisha sendiri, sebelum event lagi dia suka betul suruh mommy dia ni pasang lagu bendera [lagu merdeka. dia panggil lagu bendera..]. sis pun layankan je lahhh.. sepanjang jalan nak pergi taska, balik taska dengar lagu yang dia nak dengar je. mommy is redhoooooooooooooooo.. takpe bagi dia ada semangat patriotik sikit. asyik nyanyi lagu frozen je kan, nyanyilah lagu merdeka pulak.. hihihi..



lepas perarakan, pertandingan fesyen show pulak. meh tengok fesyen anak² taska ni. cantik² semuanyaaaa.. tapi yang penting Raisha paling vogue lahhh.. [ketawa sambil tutup mulut] . nasib baik takde over sangat. risau jugak kalau terover pakaikan Raisha. kang kena kecam pulak. biasalah netizen ni bukan boleh percaya. cakap cantik cantik cantik pastu belakang kite kutuk² hahahaaa tibeeehhhh shanggatt..



















ade video Raisha tengah catwalk. tapi kat TIKTOK sis lah. hahahahaa.. kalau nak tengok boleh klik SINI. lepas tengok, bolehlah follow ye.. kesian sis tak ramai followers. almaklumlah bukan retissss.. kuikuii.. :p 




cantik takkkkk?? semua sis buat sendiri tau.. sanggul kat kepala tu pun buat sendiri. beli je daun kat kedai bunga untuk orang kawen tu haaa.. tapi susah jugak nak carik sebab banyak dah habis untuk warna gold ni. dekat 3 kedai jugak dok carik daun tu nasib baik jumpa jugak. jenis sis ni selagi tak jumpa memang sis akan cari sampai jumpa. nasib baik sis pergi dengan kakak sis yang memang sekepala dengan sis tapi sis jugak yang menang kalau bab jalan pusing² cari barang ni. kadang² dia pun kepenatan jugak. kuikuiii.. kalau husband sis lagilah cepat surrender, kaki dia cepat penat. tu yang malas nak keluar dengan dia. sis lebih rela keluar sorang² hahahahaa.. 





untuk buat sanggul tu modal pun tak banyak.. cekak tu pun beli kat DIY jeee.. malas nak beli bahan yang betul² untuk sanggul tu sebab dah tau mesti lepas guna akan jadi perhiasan je. ataupun buat sepah merata². camni pun cantik je kan.. hihi..



baju Raisha pun jahit sendiri.. tapi sis cuma cantumkan je lah. yang tolong potongkan kain tu kakak sis. hihi.. nak dijadikan cerita, asalnya sis cuma nak belikan baju kurung biasa je sebab takut tak sempat siap jahit. lagipun takde idea langsung nak jahit camne. pastu tanya kat adik beradik sis, kebetulan kakak sis memang tukang jahit, so dia bagilah idea nak jahit baju camne. sepatutnya baju tu untuk customer dia, tapi sebab takde idea, sis pun tiru je lah designnye cuma ade lah tambah² sikit taknak bagi nampak kosong.. tambahkan diamond, tambahkan riben kat bahu tu, tambahkan line kat pergelangan tangan baju, pastu tambahkan ape mende ntah yang kat kain dia tu nak bagi nampak macam baju ala² princessss gitewww..



ade je sis survey kat PKNS Shah Alam tu untuk baju dah siap. tapi banyak baju ada bendera. means bendera dipotong untuk dibuat baju. so kalau beli macam tak berbaloi kot sebab mana boleh potong bendera.. rasa macam derhaka kat negara sendiri pulak. (--"). sebab tu sis buat keputusan untuk jahit sendiri. hari Jumaat cari kain, Sabtu siapkan jahit baju..




Alhamdulillah Raisha dapat jadi JUARA fesyen show.. menang pakaian terbaik untuk baju tema kemerdekaan.. tak sia² mommy jahit selama 8 jam nakkkkk.. dengan tak mandinya, tak makannya, kebetulan masa tu tengah cuti solat tapi dah hujung² lahhh.. haa bolehlah siapkan jahit baju terus maka siaplah baju tema kemerdekaan untuk Raisha.. first time buat sendiri ni. baju sendiri pun malas nak jahit, demi anak ku sanggup jahit. pastu make up Raisha pun sis tenyeh je.. mula² blusher hilang pastu cover balik guna lipstik.. barulah nampak sikit blusher tu.. tahniah sayang mommy.. rezeki Raisha jugak ni.. next time Insya Allah boleh join lagi.. tu pun kalau mommy rajin jahit lagi. ♥




okeylah. dah panjang sangat sis menaip ni. cramp jari sis. bagi sis rehat jap. kang panjang² nanti uollss penat nak baca. hahahahahaa.. see you! btw, thanks pada yang sudi baca blog sis yang sendu ni. bye. ♥

Monday, August 22, 2022

HAPPY BIRTHDAY RAISHA ♥

Assalamualaikum..



okey tak jadi nak tunggu seketul lagi keluar, blog dah update. LOL! kali ni nak story pasal celebrate birthday Raisha kat taska.. kat rumah tak buat pun.. sebab 20hb tu pun kebetulan Raisha n Raiqal tak sihat.. so bawak pergi check in kat klinik je lah. tengok gambar bawah, nampak macam tak sakit kan? sebenarnya dua² pun tengah demam. tapi bila dah jumpa mainan, memang tak ingat sakit lerrrr budak² ni..


yang pasal birthday party kat rumah tu, tengoklah nanti kalau tetibe nak buat sekali dengan Raiqal punya. sebab Raiqal pun bulan Ogos jugak.. tapi kan, masalahnya yang Raiqal punya pun tak sure nak buat ke tak. memandangkan isu budget ni terlampaulah banyak yang kena cut, so wait n see je lah. hahahaa.. paling tidak pun makan kek slice je lah. Raiqal bukan makan kek pun. kikiki.. ye lah, sejak dah duduk rumah baru, husband pulak dah kena tukar tempat kerja, memang budget banyak lari bertempiaran ke sana dan ke sini dan ke sinun dan dan dan mana² je lah. ktorang tak dapat nak adapt lagi dengan situasi sekarang ni. takpe, SLOWLY BUT SURELY. insyaAllah semoga Allah permudahkan semua urusan kami sekeluarga.. ♥



okey, skip jap. cerita pasal Raisha pulak. :)


****


♥ 20.08.2018 - 20.08.2022 ♥


Happy Birthday yang ke 4 tahun kesayangan mommy, Tengku Raisha Sofea.. 🎊


Ya Allah, panjangkan umur Tengku Raisha Sofea, murahkan rezekinya, kurniakan kesihatan yang baik buatnya, lindungi dirinya dari kejahatan dan muslihat manusia. Jadikan anakku anak yang solehah, rajin menunaikan solat, rajin mengaji al-Quran, rajin pergi sekolah, rajin membantu mommy dan ayah, menghormati orang yang lebih tua, menyayangi orang yang lebih muda, tolong mommy jaga adik, dan semua yang baik² untuk Raisha.. 🌹


mommy saaaayyyyyaaaanngggg Raisha dunia akhirat. terima kasih sayang sebab datang dalam hidup mommy.. mommy beruntung ada anak macam Raisha. Raisha selalu tolong mommy jaga adik. terima kasih jugak sebab jadi teman mommy masa mommy happy, jadi tempat luahan mommy masa mommy sedih even Raisha macam faham tak faham je, takpe yang penting Raisha jadi pendengar setia mommy. dan walaupun kadang² Raisha buat mommy jadi raksasa tapi mommy marah² sebab mommy nak yang terbaik untuk Raisha.. 


semoga Raisha membesar dengan baik.. I love you my little princess.. ♥


-mommymu yang canteeekkkk-


****

sekejapnya Raisha dah 4 tahun.. dulu Raisha kecikkkk je. Alhamdulillah Raisha makin bijak, makin cerdik, makin cantik macam mommy (tibehhh). mommy bangga sangat dengan Raisha.. 



sorry ye Raisha, mommy tak dapat nak buat birthday party untuk Raisha kat rumah.. mommy buat kat taska je ye.. mommy tengok Raisha pun seronok celebrate dengan kawan².. excited betul Raisha masa tengok mommy prepare doorgift untuk kawan² Raisha tu.. dari start packing (Selasa), asyik tanya mommy, "mommy, dah hari Jumaat ke?" sebab majlisnya buat hari Jumaat.. hahaaa.. jenuh nak jawab. Alhamdulillah ada rezeki sikit untuk buat semua tu.. mommy happy tengok Raisha happy.. :)



okey belanja gambar jap. walaupun gambar nampak sama tapi kite upload je semua HAHAHAHAHA.. nak pilih?? malehhh..









menu simple² je.. takde menu berat pun. cuma ada kek, sandwich, roti, pastu doorgift. tu je lah.. kek birthday Frozen tu order kat Kedai Kek Shah Alam. tak sure rasanya macam mana sebab kek tu habis kat taska. hahahahaaa.. next time lah order lagi. orang kata kek tu sedap.. Insyaallah kalau ada rezeki, nak beli untuk birthday Raiqal pulak. :) . sandwich sedap order kat Mr Mama Delicious. sedap hingga menjilat jariii uiiii..



lega dah settle part Raisha.. sebenarnya tak plan pun nak buat kat taska tapi sebab Raisha kata nak makan kek kat school, kite pun layankan je lah kehendak dia. sape tak sayang anak uiii.. yang penting dia happy tu je. duit boleh dicari, kebahagiaan anak tu, susah nak cari. untuk anak² ni memang kite kalah. even kalau dia orang sakit, kite sanggup korek tabung mana² untuk bawak pergi klinik. takpelah kalau terguna duit untuk renew roadtax pun, yang penting dia orang sihat. tu je. eh, tetibe masuk cerita renew roadtax dah kenapa? LOL!



btw, dah alang² ni kan, kite nak bagitau. kalau ade yang nak renew insurans & roadtax kenderaan tu boleh je roger² kite.. hahahahahaa sempat iklan jap. okeylah tu je. jumpe lagi next entry. bye.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...