terima kasih sudi singgah.....buat susah-susah jeeeeeee....teeehehehehe..

mintak tolong klik, nak buat rumah. terima kasih.. :)

✿cayang2 rosalina✿

Wednesday, April 19, 2017

HAPPY ME

Assalamualaikum..




hai. lamanya i tak pot pet kat sini.. malaslah nak taip banyak². selalu rajin selfie je. kalau tak percaya, sila rujuk ig i. :p actually banyak jugak yang nak story kat sini. banyak gila weiii.. banyak sangat story yang tergendala ni. hakhak.. tu lah malas lagi kannn.. entah ingat ke tak semua benda tu. tapi kannn, nak kena story jugak ke?? kalau tak story pun takpe kan?? sebab tak penting.. kuikui.. 





saje nak cerita ni. i tahu memang takde yang tanya pun. kahkah.. okey, kalau yang follow ig and friend kt fb maybe dah tahu i dah kawen. yup!! kawen. hehee.. i pun tak sangka boleh kawen. err boleh ke jawab camtu. :p tak sangka jugak secepat itteww.. maybe dah jodoh. siapalah i ni untuk menidakkan takdir dari-Nya kan.. jawapan yang sama je macam entry lepas².. sebab memang tak tahu nak jawab ape. tu je lah jawapan yang sesuai. :) 




i tak story lagi camne i kenal ngan husband i kann?? nanti²lah i cerita. tak cukup masa nak cerita ni. rasanye berhari² baru boleh habis cerita sebab nak kena ingat balik camne jumpa ngan dia. boleh gitteww?? hahaa.. takpelah, meh lah i cerita sikit. sikit je tau. :p




sebenarnya, i tak terfikir langsung pun nak kenal dan berkawan rapat ngan dia sebab dia gelap. dah lah gelap. tak ensem plak tu. haha.. jahatnya i ni. kalau baru keluar dari akademi mmg la gelap kann.. hehe. husband, jangan marah yeee.. minta maaf.. gurau je. :p camne boleh kenal?? entah. tegur gitu² je macam tegur orang lain. layanan pun sama macam kawan lain. kawan pun kat fb je. tu pun takde nak chat sangat. dah nama pun kawan, kan?? faham² sendiri je lah. whatsapp tu ade jugak. tapi benda penting je sebab dia pun busy. oh, lupa pulak nak bagitahu. dia kerja kat JPJ ni jugak.. :p




tak lama lepas tu, bila dia tahu i single, dia terus ajak kawen. kawen?? jeng jeng jeng.. kenal pun baru je terus ajak kawen. (--") . jarak tak lama. sebulan je preparation. tak percaya?? sila lah percaya. tapi Alhamdulillah sangat² sebab dipermudahkan semuanya..




cerita selanjutnya, next entry. tunggu i rajin menaip. hahaaa.. okey. i nak balik. doakan i happy² je k. bye.




XOXO

Friday, March 17, 2017

TIK TOK



:)


#rosalinaXtengkushaifulfazuan


Sunday, March 5, 2017

jiwa kacau

Assalamualaikum..





hai. sekarang pukul 1.18 am. ya, dah tengah malam. tadi punyalah mengantuk sampai pejam² mata masa cakap kat fon. pastu tetibe tak boleh nak tido. semua gara² tangan gatal meng-google yang bukan². pastu mulalah jiwa ni kacau. pastu baru perasan, i tengah cemburu. dan² tu pulak nak cemburu². adehhh.. rasa nak tampo diri sendiri. tapi nanti sakit. LOL!





ya. i cemburu. padahal semua tu kisah silam dia je. perlu ke i cemburu?? kan?? ni semua syaitooonnnn lah yang berbisik². i pun satu, pergi main google² pastu terjumpa sesuatu, pastu terbaca, pastu jadi sakit hati, pastu cemburu. huwaaaaaaaaaaa.. ape nak jadi ngan i niiii.. T_T . makin nak dekat tarikh, makin cepat cemburu. dah lah ntah ape² yang di carik kat google tu. kalau google pasal hantaran ke, contoh gubahan ke, tak pe jugak. eh, ni ape tetibe masuk cite pasal hantaran plak?? haihh..





macam hari tu. tetibe je gaduh sebab benda kecik. kahkah.. weii mengarut sangat i cemburu sebab dia keluar jumpa kawan lelaki. pastu i tak percaya then dia siap snap gambar kawan dia. HAHAHAHA.. adehhh.. first time i jadi camni. biol ke hapeee.. dia dah bagi gambar kawan dia pun i still tak percaya, i cakap kat dia yang dia tipu. pastu gaduh gaduh dan gaduh and lastly dia diam. hmm.. lalu i pun tidur bertemankan airmata. kahkahhh!! tapi esok paginya i carik dia jugak. pastu mintak maaf sebab overthinking sangat. hew heww.. tak bolehlah gaduh lama² ni. nanti rindu. :p





over nye iolsssssssssssss.. kan?? nak cemburu tak bertempat. kuikuii.. tapi entahlah. since i kenal dia, then makin hari makin kenal, bila dia kata nak jumpa orang, even kawan lelaki pun i macam cemburu. macam ke?? memang kot.. kahkahh.. giloo.. dia bukan gay pun. choiii!! i hope NOT!! HAHAHA!! tapi kan, betul ke kalau cemburu ni tandanya sayang?? betul ke?? ke tak betul?? ehh, jap. nape i tanya soalan sayang² pulak ni?? dah memang sayang kan?? kikikiii.. sayang keee?? [malunya nak taip perkataan tu :p] #tutupmukalajulaju





sebenarnya nak cerita banyak² pasal dia kat blog ni. tapi segan lahhhhh.. hihi.. nanti²lah ekk.. tunggu dah jadi halal baru cite. halal?? cia cia ciaaa.. :p . insyaallah.. hm, part camne ktorang boleh rapat pun i tak story lagi. nanti² lah ekkk..




okeylah. mata dah mengantuk. mulut ni pun dari tadi asyik menguap je. nak suruh tidur lah ni. huhu.. nanti kalau i free i update lagi. goodnight!! :)





XOXO


Thursday, February 23, 2017

tak tahu nak letak tajuk apa :p

Assalamualaikum..




hai. tetibe jadi menggila nak update entry lagi. kuikui.. hari ni balik lambat sebab nak tengok orang main bola. sekarang tengok orang main bola je lah. lagi syok. takde serabut kepala. cuma stress je sebab tak gol. :p . takpelah i support ape yang boipren i suka. tak lama lagi nak jadi husband jugak. opss!! kahkah!! tetibe rasa gerun bila sebut perkataan husband. tetibe je rasa seram. tetibe je rasa nak pengsan. tetibe jari i menggigil². tetibe je kan. tetibe sangat ni. HAHA.. [poyo].





actually, i takut. takut orang berkata². takut orang mengata. takut nak ke "alam" itu. takutttt.. sangat² takutt.. kalau boleh taknaklah cepat² ni. tapi entahlah. camne ntah hati ni boleh terbukak untuk dia itteewwwww.. :p yelah, tetibe dah ada orang yang nak kat i, siapalah i ni untuk menidakkan takdir dari-NYA?? i pun rapat je lah dengan dia. sebelum ni pun just kawan biasa sama macam kawan dengan orang lain. pastu tup tup jadi makin rapat. pastu dia amek berat pasal i. pastu eh eh eh ehhhhh dia ajak kawen. wakakakakakakakkakzzmsbnfrwehyfoqwejpmxm.. blerghhhhh.. [geli]





sorrylah kalau uols menyampah bila baca apa yang i post kat atas tu. tu adalah ayat yang i taip petang semalam sebelum balik kerja. i baca sendiri pun i geli. inikan pulak kalau uols yang baca. kompem muntah. bukan setakat muntah hijo. kuning coklat oren, ayam yang uols makan tadi pun keluar balik.. :p tu baru baca yang kat atas. belum baca yang kat bawah lagi. hm, ni baru nak sambung menaip. semalam tak sempat nak habiskan apa yang nak update sebab dah takde orang kat opis. i seram hokehhhhh..





okey sambung. nak cite pasal ape tadi ekk?? lupa. jap nak scroll. oh, okey. pasal dia yang kononnya boipren i tu. eh, bukan kononlah. memang boipren. eh, bukan boipren, bakal suami. HAHAHAHAHAHAHAHAHA.. gediknyeewwwww.. [dush!]. sebenarnya i pun tak tahu lah kenapa i boleh nak terima dia. kenal pun kejap je. tetibe je nak kawen. macam tak percaya je kannnn.. tapi, Allah dah tentukan jodoh i dengan dia, camne?? doakan je lah yang baik². yang penting dia pandai jaga i n takde amek kesempatan kat i.





i ingat lagi masa mula² dia call. dia ni memang suka bergayut kat telefon rupanya. selagi tak panas telefon tu, selagi tak sakit telinga, haaa selagi tu dia bercakaapppp je dalam telefon tu. dia kata dia boleh dapat call free sebab tu rajin call. i pun layankan je lahhh.. kalau tak, malas jugak i nak layan dia punya call tuuu. tetibe je dia rajin sangat nak ajak borak dah kenapeeeeeeeeeeeeee kannnn?? tapi sebab kesian, layan je lah. kuikuiii. lepas dah borak borak bebel bebel, ada satu part tu dia kate dia nak makan kuih. tu pun nak bagitahu, kannn?? nak makan, makan je lah. pastu dia baca Bismillah. haaaaaaaaaaaaaaaa tetibe je hati i cair. HAHHHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA.. geli pulak nak taip perkataan ittewww.. tapi memang betul pun. tak pernah i jumpa lelaki yang baca Bismillah bila nak makan. :p .





lepas tu makin rapat, sampailah sekarang. ktorang takde special date pun. tau² je dia ajak kawen. KAHKAHH!! tak payahlah nak date² bagai. bukan penting pun. ingat tarikh nikah je lah. HAHAHAHHAHAHAHAHA.. ehh apesal banyak sangat gelak ni. bengong dah i ni. :p sebenarnya yang suruh kawen cepat tu family dia. i terkejuttt hokehhhhh.. tetibe je suruh kawen. dah lah baru kenal. pastu i tanya dia, "kenapa cepat sangat??" dia cakap, "benda baik buat ape lambat²??" hmm.. okey, i terdiam. i pun ikut je lah. sebab family dia dah suruh, i pun tak boleh nak kata ape.. maybe dah tertulis dia memang jodoh i kot?? dia cakap, sementara tengah ada duit untuk kawen, baik dia kawen. hew hew.. pape je lahhh.. yang penting family dah restu. :p





mula² rasa macam taknak je kawen. yelah, sebab cepat sangat weii.. nanti mesti akan ade yang berkata². tak percaya, tengoklah nanti. tapi, mulut orang kan?? camne nak tutup?? biar je lah ternganga. :p i harap sangat pilihan i tak salah. i taknak benda lepas jadi balik. macam yang i bagitahu tadi, i takut. i selalu tanya dia, "takpe ke pilih saya??" dia cakap, "saya pun bukan sempurna sangat. yang penting saya dah sayang awak."  huhuu.. tapi, betul ke sayangggg?? tapi tengok apa yang dia sanggup buat tu, nampaklah yang dia betul² sayang kat i. hmm.. ehhhhhhhhhhhhh.. ni ape tetibe cite pasal saiyanggg² niiiii?? HAHHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA.. sila jangan muntah hokehhhh.. 





dahlah. daripada i bebel cerita ntah ape² tu kan, baik i stop. kang ada pulak yang buat muka menyampah kat sini. setiap kali baca, muntah. setiap kali tengok blog, muntah. jangan sampai ada yang setiap kali tengok i, muntah. tu melampau sangatlah tuuu.. kannn?? HAHA. i pun bukan pandai nak sweet² tahap kencing manis ni. biasa² jeee.. tapi kalau nak suruh i makan tu i on je. bagi je lah makan ape² kompem i tak tolak. tapi janganlah bagi batu. nanti i baling batu tu kat uols kang. [garang tak??]. tetibe cite pasal makan dah kenape?? takde kaitan pun.





okeylah. dah malas nak taip banyak². i pun dah nak muntah tengok tulisan banyak² ni. lain kali i update cerita lain. tu pun kalau ada cerita lainlah. kuikuii.. kbai.




XOXO



Wednesday, February 22, 2017

hmm

Assalamualaikum..




hai. rindu i tak?? ehh ade ke?? ohh, okey. takde yang rindu pun. ke uols rindu nak baca bebelan i?? tak rindu jugak?? okey, takpe. [tutup muka dengan bantal laju laju]. tak kisah lah rindu ke tak. sebab i tahu mesti ada jugak yang baca ape yang i update kat blog ni. kuikui.. it's okey. kalau taknak bagi orang baca baik tak payah update. kaaaannnnnnnnnnnnnn?? :p i update pun untuk bagi i ingat sendiri ape yang i dah buat sepanjang tahun ni. kan i ni pelupa. kadang² benda baru beberapa saat nak cakap, tup² terus lupa apa nak cakap. adoii.. adakah ini faktor usia?? i taknak masuk angka 3 tu boleh tak?? sobss.. T_T





hm, i pun tak tahu nak update ape. nak bebel ape pun tak tahu ni. hahahaha.. aritu ingat nak update masa balik Kelantan, ehh balik?? kuikuii sejak bila asal dari sana?? :p nak update cerita masa kat Kelantan pun mane ntah gambar tu semua. HAHA!! adakah sudah terdelete?? sebenarnya malas nak scroll² kat enpon ni ade ke takde. dah banyak sangat gambar sampai full memory. i kan pemalas. tak kan lah tak tahu. hm.





takpelah, i update je lah masa i pergi kampung boipren i tu. eh eh ehhh tetibe ada boipren. camne boleh ada boipren?? nantilah cerita. jangan tamak. baca dulu cerita pasal ni dulu. cubit kang. okey, sambung cerita. aritu ikut dia balik, sebab nak rasa suasana kat sana. kuikui.. i kan tak pernah jejak kaki ke sana. so bila dah sampai sana tu, seronok jugak lah. dapat kenal ngan family dia, pastu.. feel dia lain. tak macam kat sini. serabut kepala otak ni haa.. hew hew.. pergi sana tenang je hati. pastu dapat jalan² pergi Thailand. ecececeee bunyik macam obersiii sangat padahal jiran sebelah je haaa.. nasib baik bawak passport. :p dia ajak pergi Tak Bai ngan Sungai Golok.





mula² pergi Tak Bai. pergi sana pun bukan nak shopping. saja nak rasa suasana kat sana je. tapi kan, rasa macam batak pulak sebab jumpa biri² merayap tepi jalan siap masuk dalam kedai lagi koooo.. hahaaa.. selalu kat sini nampak kucing je banyak. boleh lah share² ayam goreng. ni ada biri² nak share ape?? biri² tu yang share "black pearl" ada lah. merata² ada. :p bukan biri² je ada. kambing pun ada jugak. dorang kat situ suka bela kambing agaknya. (--")




esoknya baru pergi Sungai Golok. tu pun takde shopping apa². pergi sana jalan² pastu carik makan. tak tahu nak shopping apa. tujuan pergi sana pun bukan nak shopping. :p so, cuci² mata je lahhh.. tapi, nak cuci mata ape pun tak tahu. sebab sampai sana kedai belum bukak!! HAHAHAHAHAHA!! kat sana kan lewat sejammm.. hm, kesudahannya keluar balik, cuci mata kat Rantau Panjang. LOL!!













ehhh gambar bersepah. malas nak susun². bukan masuk exam pun sampai nak susun gambar. uols tengok je lah gamba² itteww.. tu pun kalau nak tengok. kalau taknak tengok takpe. tak dapat hadiah pun. :p



first time makan sotong sumbat ni. umi boipren i yang masak. nyam nyammm.. sangat sedappp.. tetibe rasa macam nak lagi sebab aritu makan seketul je. huwaaaaaaaa.. tulah, aritu belagak sangat. jual mahal konon. tadi tengah edit gambar ni dah terliur. post gambar ni lagi lah menjejessss.. sobss..





ehhh dah lah. tu je nak cite. lain kali cite lagi ehh.. sebab dah pukul 2. nak sambung buat kerja. tata. jangan rindu i tau. kbai.




XOXO


Monday, February 13, 2017

terpaksa update. zzzz..

Assalamualaikum..





first of all, i nak bagitahu ni dulu. emmm.. maybe ni bebelan terpanjang kott.. ehh, rasenya mana² yang i post memang akan jadi panjang kalau i dah post kat blog ni. lol. pelik ekk tetibe gambar kambing. kesian kambing. tak pasal² kena jadi model jap. :p






okey. sebenarnya i cuma nak cakap terima kasih sebab ada jugak yang nak amek berat pasal i. terima kasih sangat² tau. i terharu. :') . tapi, kalau ada yang kutuk belakang tu, takpelah kot. hew hew.. yelahh.. i faham. maybe tu memang rutin harian dia. btw, terima kasih lagi sekali tau. yelahh.. kadang² i rasa down, kadang² macam tergedikkkk pun ade jugak. kadang² terbuat orang naik menyampahhhhh pun hadeeeeee.. kannn?? tapi, it's okey lahh kott.. at least, i takde nak jadi fake. tapi kalau still ada jugak yang nak ngate i, terpulang. siapalah i ni untuk menghalang hati dan perasaan orang dan juga mulut orang dari mengeluarkan kata yang sia² ittewww.. ehhh tetibe rasa macam retisss sanggattttt!! kahkahh!! wekkk..





em, i nak mintak maaf jugak ni.. yelahh.. kot la i terpost benda atau cerita yang mengarut². sorry again kalau menyampah meluat nak muntah hijau coklat oren semua tu lah. biasalah, orang kurang kasih sayang memang jadi camni perangainya. lol. sekarang je baru nak rasa dihargai. so, faham² je lah ekkk.. bagi chance lah kat i ni haaa.. :p





haaa, untuk sape² yang rasa nak buat part time jadi penyampai kat orang sana tu, dipersilakanlah yeee.. dah malas nak halang. lantak kau lah sana. maybe boleh dapat rumah sebijik kot kalau jadi penyampai tu. tak pun dapat jajan. ehhh takpeeee.. i okey jeee.. bagitahu je lah dia.. tak pun, tanya je lah elok² kat dia tu haaa.. tapi, tak payahlah nak bersusah payah screenshot gambar² yang i post kat fb ngan ig then bagitahu kat orang sana. motifffff??






disebabkan orang tu, tetibe i kena perli macam². dah kenape pulakkk nak perli² i. bukan ada apa² lagi pun.. takkan lah i nak kawen pun tak boleh?? habis tu?? nak suruh i mereput sorang²?? camtu?? kang cerita kat sini nanti kata i bukak aib pulak. aritu pun dah terkena. kata i ni burukkan kat blog. tahu pulak sentap. kalau i ni jahat, i dah cerita macam² kat blog ni. tu pun dah kira bertapis tau. yang i ni dimalukan depan family n kawan² tu tak kira pulak ehh?? pfftttt!! pape je lah. malas nak ingat. buat sakit hati je.




ya, memang. memang i jenis yang suka share cerita. suka share ape yang i rasa. sebelum ni i cuma share yang happy² je sampai orang tak tahu ape yang dah jadi. orang tak tahu apa yang tersirat kat hati i ni. bila i reveal gambar ehem ehem i tu, kecoh pulak dahhhh.. sekarang ni, biar. biarkan semua tahu. sebab, kalau tak share kena ngate. share pun kena ngate jugak. camne tu?? so, sama je kan?? mulut orang kan.. nak kena bagi tahi baru senyap. :p





tak. i tak salahkan sape² pun. benda dah nak jadi. tapi, salah ke apa yang i buat ni?? salah ke?? salah ke i nak cari kebahagiaan i sendiri?? salah ke i nak happy?? salah ke i nak isikan hati i yang kosong ni?? hmm.. bukan, i bukan nak harta benda pun. i cuma nak dihargai je. bukan dibiarkan hidup sorang² seolah² i takde siapa². cukuplah semua tu. cukup. sekarang, biarkan i happy. okey?? [geli pulak buat statement camni] 





ya. i dah happy. memang i happy dengan apa yang i pilih. dan i takkan menyesal. i yakin dengan ketentuan Allah. Insyaallah.. mudah²an semua berjalan dengan lancar. doakan i ye?? em, ikutkan hati i, i memang nak senyap je. taknak bukak cerita ape². sebab i fikir i pernah hidup dengan dia. tu je. tapi bila kena ungkit macam², i jadi geram. sangat² geramm.. yang bagi nasihat macam² kat i tu, terima kasih sangat² tau. tapi, hidup kita tak sama. ya, berbeza sangat. jangan samakan apa yang dah jadi kat i ni dengan life uols. memang tak sama dan takkan sama. haihhhh..





okey. mata dah mengantuk. sebelum mengarut lagi panjang, better i stop sini dulu. dah lah letak gambar kambing. pape ntah ekkk.. takde kena mengena langsung. :p takpelah, saje nak bagi kambing ni femes. jauh ni i snap gambar kambing. dari obersiii hokehhh.. nuuuu kat Tak Bai, Thailand. pandai kambing ni posing.





dah lahh.. melalut ape pulak cite pasal kambing. sebelum ada yang muntah darah baik i stop. ehh tadi kata nak stop tapi tak stop² jugak. lol. yeeee... dahh dahh dahhhhh.. selamat malam. kbai.





XOXO

Wednesday, February 8, 2017

takpe

Assalamualaikum..




hai. selamat hari Rabu. hari ni i cuti. cuti bukan sebab nak bersuka ria tauuu.. ni semua sebab nak settlekan hal rumah. pasal ni lah yang buat i jadi stress sampai nangis nangis dok fikir camne nak settlekan. nasib baik ehem ehem i sudi temankan i kejap even dia kena kerja!! terima kasih awaaaaaaaaaaaaakkk. sayang ketat ketat.. eh eh ehhhh.. [gedik]. dia temankan sebab dia pun terikut jadi stress. hew hew.. sorry sangat sangat sangat sangatttt sebab selalu menyusahkan awak. iols malu hokeyyyyy.. #tutupmukalajulaju





sekarang dah lega sikit sebab dah tahu apa nak buat untuk next step. apa² hal pun kena tunggu keputusan dari developer. so, tunggu je lah. lepas tu baru boleh decide nak proceed atau cancel.





pastu kan, ni saje je lah nak menyelit cerita lain. sebenarnya bukanlah nak marah pun. cuma terkilan je sebab terkena kat diri sendiri. bukan ape sangat pun. cumaaaa.. emmm.. nak tahu je. kenapa mesti nak cerita pasal i belakang²?? kenapa tak nak tanya i directly?? i takde marah la.. i pun tak makan orang. i masih waras lagi. belum lagi ada rasa nak jadi kanibal atau zombie. daripada uols bercerita benda yang tak tahu sangat kesahihannya tu, baik uols bawak i keluar g makan². dapat jugak pahala sebab belanja makan. haaa gitteww.. ni takde. cerita kat group. i tak tahu lah apa yang uols cerita tu tapi i tahu uols bercerita pasal i. maybe sebab ni hal peribadi i kan?? so uols segan nak tanya. takpelah. benda tu pun dah tak jadi peribadi since i dah bagitahu kat entry lepas. maybe uols pun dah dapat jawapan. so, clear tak??






hm. takpelah. benda nak jadi. i memang tak marah. cuma.. kalau ada cerita lain yang keluar tu tak tahu lah kan?? okeylah. tu je nak story. pape hal sekarang tunggu result untuk rumah pulak. dah. sambung cerita lain kat next entry. bai.





XOXO


Sunday, February 5, 2017

blocked

Assalamualaikum...





hai. selamat tengahari. sebenarnya tadi dah taip panjang². tapi macam tak sesuai pulak nak publish. so, i share cerita lain je lah. macam kesian pulak kat orang yang dalam post tu nanti kena kutuk. takpelah. i simpan. nanti² kalau dah terbukak hati nak publish, i publish lah cerita tu. :p





yang pasti i dah blocked orang² ittew kat media sosial. tunggu masa nanti i akan unblock balik. i block bukan sebab i benci. tapi i taknak dorang tahu apa yang jadi kat hidup i. lagi² ape yang i post kat instagram, i memang tak private. so dorang boleh tahu. mustahil tak stalk. kalau stalk senyap² takpe. ni takde. ade je yang jadi tukang sampai. tapi kannnnnnnn.. lama² macam dah malas pulak nak block orang. lantak oranglah nak buat cerita pape pun. nak annoying ngan i ke ape ke, terpulang. sebab macam takde function pun i block orang. nanti orang tu tahu jugak. hew hew..





i tahu, ade orang yang tak suka dengan apa yang i post. nak perli² i kat twitter, kat instagram, then nak kata i ni tunjuk baiklah. tunjuk macam tak bersalah lah. padahal kat luar i ni takde baik mana pun. it's okey. terima kasih sebab judge i camtu. i terima je. sebab orang tak tahu apa² pun pasal i even dia pernah jugaklah rapat ngan i [mata ke atas] . sebelum ni pun ada seseorang tu selalu jugak wassap i. borak lah jugak sikit². kadang² tetibe je kena perli sebab mak dorang komen kat facebook. dia cop i ni menantu kesayangan. hm, kesayanganlah sangattt. panggil nama i pun salah. lol!! lepas ni dia pulaklah jadi kesayangan. i dah undur diri. i taknak. so lepas ni jangan banding²kan dengan i tau. i tak suka. setiap orang ada cara masing².





takpelah. i pun dah happy sekarang. kalau nak cerita dari A sampai Z sebab apa jadi camni, memang takkan habis. lagipun bukan i yang nak sangat jadi camni. jodoh tak panjang. masing² pun dah buat hal sendiri. so, no point kalau nak cerita. i anggap je semua ni ketentuan dari Allah. kalau ikutkan, memang dah lama kot benda ni jadi. tapi i tahankan je even bernanah jugaklah hati i ni menahan peritnya. tapi tu lah, macam i bagitahu tadi, jodoh dah tak panjang. orang memang tak nampak apa yang jadi kat i. i pun tak nampak apa yang jadi kat orang lain. benda kena rahsiakan. tapi bila asyik i je yang dipersalahkan, kadang² geram jugak. nasib baik i tak marah² macam cocomix. ehh??!!





cuma nak pesan sikit, untuk orang tu, nanti dah jadi menantu, janganlah tak suka dengan mentua tu ehh.. jaga dia elok² even tahu camne perangainya. jangan nak sentap sangat even pasal kurma. dan untuk orang yang bakal jadi suami, jagalah keluarga tu elok². jangan nak menyibuk hal orang lain. jangan nak perati life orang sangat. peratiiiiiii life sendiri dulu.




okey tu je nak bebel. maaf kalau terasa. kalau tak terasa, nanti uols buat kat orang lain pulak. tak baik. kbai.





XOXO

Wednesday, February 1, 2017

stress :'(

Assalamualaikum..





hai. salam 1 Februari. salam minyak naik. dan salam naik minyak. :p dah pukul 1 pagi tapi mata ni taknak lelap pulak. padahal tadi punyalah mengantuk gila. haihhh.. takpelah. lepas update entry ni, nanti i pergi tido. esok kerja. kalau cuti kan syok. boleh membongkang je kat atas katil. HAHA!! ehh tahunya asyik nak cuti je kannn.. kerja main². patutlah gaji cepat habis, sebab tak berkat. [sobs]  T_T





sebenarnya i tengah fikir macam² sebab tu tak boleh nak lelap mata. banyak sangat benda nak kena settle kan. nak cerita kat sini, memang tak sesuai. rumit. serabut. rasa macam nak nangis je. tapi tadi i dah nangis dah. [kantoi] . yelahhh, sebab terlampau stress. T_T . dengan menangis je lah dapat legakan sikit serabut kat kepala otak ni. hmm.. bolehlahhh.. daripada terpendam lama². [muka redhoooooo].





cepatlah settle semua² tu. kepala otak i ni dah penat sangat nak fikir. T_T . sebelum ni i sabar sabar sabar. tapi sampai satu tahap tu memang dah tak boleh nak sabar dah. nak cerita kat orang, belum tentu orang dapat tolong. mengadu kat Allah je lah. Allah je yang tahu semua yang tersirat dan tersurat. uolsss just doakan i kuat. tu je. lagipun bukan semua benda yang i boleh share kat sini. kalau i cerita kat sini nanti ade orang yang tepuk tangan sebab dapat tahu i tengah susah. so, better tak payah cerita. hew hew.. ha, lagi satu, nanti ada pulak hamba Allah yang sound i. kuikuii.. :p





eh, i bukan nak tuduh sape² tau. i just cakap je. yelahh, i bukan tahu pun sape yang tak suka i, sape yang suka i, sape yang dengki ngan i, sape yang saiyangggggggg i. ehhh?! over nau nau nak saiyanggg saiyanggg puii. :p tak kisahlah ape orang nak buat kat i. nak cerita yang buruk² ke, nak mengumpat ke, terpulang. i taknak tahu. cuma nak cakap terima kasih je sebab bagi pahala kat i. HAHA!! [tetibe sangat]




harap sangat semua plan tahun ni dapat settle dengan jayanya. harap i tabah menghadapi dugaan dan cabaran tahun 2017. harap i jadi seorang yang kuat dan gagah. harap i.... emm.. ape lagi ek?? ehh!! dahlah. malas nak fikir ayat sambungan. mata dah mengantuk. mahu tidurrrrrrrr.. ada masa nanti i bebel lagi. goodnight!! bai. [mata separuh]





XOXO


Tuesday, January 31, 2017

Mexico man

Assalamualaikum..




hai. takde ape nak bebel pun. saje nak update cerita ntah pape. yelaaahhh.. sebab tengah waktu rehat ni kan, takde keluar pergi mana² pun. so duduk je lah opis diam² dalam kesejukan. sikit lagi nak beku. hew hew.. dan kebetulan boleh pulak bukak blog. jap lagi habis rehat tak boleh bukak lettew.. ke memang nak bagi i update blog?? lol!! :p. nak bukak facebook kat pc ni memang tak dapek lerr.. kalau nak, kena bukak kat enpon. tapi kat opis bahagian lain tu boleh je bukak facebook, youtube, and bla bla bla.. eh eh ehhh. terbagitahu plakssssssssssssssssssssssssssssssssss.. [tutupmulut]




tetibe buat tajuk Mexico man, tapi bebel ntah ape². HAHA!! okey okey okeyyyyy nak cerita la niii.. sebenarnya ade cerita di sebalik nama Mexico man tu ha.. :p gelaran untuk kawan i. sebab aritu dia tunjuk dia punya muscle ada bintik² macam orang kat America Latin tu. dia cakap kat badan dia ada bintik² camtu pastu i tanya dia, pergi berjemur ke ape tu?? pastu dia cakap, taklah. memang orang Mexico so memang dah ada dari kecik. lol!! sabar je lah. nak sangat ke jadi orang Mexico. kecek kelate tapi nak jadi orang Mexico. Mexico sangatttttt.. :p




i layankan je dia cakap. dia nak jadi Mexico ke, Jepun ke, Korea ke, tak kisahlah. asalkan dia sayang i. EHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH?? :p [nyorok bawah meja]. tetibe nak saiyang saiyanggg pulak kann..





haa tu lah ceritanya. dah. i tak tahu nak bebel ape lagi ni. dah nak pukul 2. sebelum kena block, better i stop sini. nanti² i sambung bebel lagi. bai.




XOXO ♥