KLANG, 10 Ogos (Bernama) --  Jabatan Kesihatan Selangor mengesahkan kes  keracunan makanan yang dialami dua keluarga yang dipercayai berpunca  daripada juadah berbuka puasa di sebuah Bazar Ramadan di kawasan Meru  dekat sini, bukan akibat wabak kolera.
Pengarahnya Azman Abu Bakar berkata pihaknya telah mengambil sampel  najis daripada kesemua mangsa keluarga terbabit untuk dianalisis dan  keputusan  mendapati ia negatif kolera ataupun taun. 
"Mula-mula kita suspek taun atau pun kolera dan keputusan sampel  analisis  mendapati (kes keracunan makanan) bukan disebabkan wabak  kolera," katanya  ketika dihubungi Bernama di sini, Rabu. 
Akhbar melaporkan seorang kanak-kanak perempuan berumur 11 tahun  meninggal dunia Isnin lepas setelah muntah dan cirit-birit dan  keluarganya pula dimasukkan ke hospital selepas mengalami simptom yang  sama, dipercayai setelah menikmati juadah berbuka puasa seperti  otak-otak serta air batu campur di sebuah bazar Ramadan di kawasan Meru. 
Menurut Azman, sekeluarga lagi turut mengalami simptom yang sama  dipercayai setelah menikmati juadah berbuka puasa di bazar Ramadan yang  sama, namun tiada kes kematian dilaporkan. 
Mengulas lanjut, Azman berkata Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan di   kementeriannya turut mengambil sampel makanan dari bazar Ramadan  terbabit Isnin lepas untuk dianalisis dan pihaknya sedang menunggu hasil  keputusannya. 
"Kita telah mengambil sampel tertentu daripada peniaga makanan dan   tumpuan kita kepada peniaga otak-otak, air batu campur dan beberapa  makanan  lain," katanya. 
Azman menasihatkan orang ramai agar mendapatkan rawatan di hospital  jika didapati muntah-muntah dan cirit-birit setelah menikmati juadah  berbuka puasa di bazar Ramadan di Meru. 
Sementara itu, Pemangku Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang (MPK),   Ikhsan Mukri dalam kenyataan berkata MPK telah mengambil sampel makanan  dan minuman yang dijual di bazar Ramadan di Jalan Kenangan dan Jalan  Haji Salleh, Meru di sini. 
Beliau berkata pihaknya melalui Unit Kawalan Makanan sudah membuka  bilik operasi dan menjalankan pemeriksaan di kawasan terbabit. 
"Selain itu, operasi ini akan diteruskan dan bilik gerakan juga sedang  beroperasi di kawasan berkenaan untuk memantau keadaan," katanya. 
 
--BERNAMA
sumber : SINI 
************ 
@ ini adalah susulan dari berita SEMALAM..ape² pun,kita kena berhati² bila membeli juadah berbuka kat luar..kang tak raya pulak nanti kangggg.. 
@ take care!! ^_^.
# notakecik : semalam dapat buka murtabak!!hihihihi..
 
 
 

1 comment:
hati2 beli juadah di bazaar huhu
Post a Comment