terima kasih sudi singgah.....buat susah-susah jeeeeeee....teeehehehehe..

✿cayang2 rosalina✿

Tuesday, May 27, 2014

cerita seram : jelmaan bos

Assalamualaikum..




sebenarnya dah lama nak buat entry ni. dah dekat sebulan kot benda ni jadi, sekarang baru ada kegagahan untuk menaip cerita ni. selama ni tak berani nak story sebab sorang² je kat opis bila petang² camni. arini ada opismate belum balik, so, saya ambil kesempatan ni nak story pasal satu cerita yang boleh dikategorikan seram jugaklah. tapi tak tau lah kalau korang rasa cerita ni tak seram. bagi saya seram sebab jadi kat diri sendiri.





setiap pagi, kalau rasa lapar, mesti beli breakfast kat en Os. hari tu memang rasa lapar betul. so, ajak kakak opis, kak Ekin, pergi beli nasik lemak. semantara nak tunggu kak ekin ambil duit n handphone, saya berdiri sambil pegang handphone dekat dengan kerusi kat tempat duduk kak ina, sebelah meja kak Ekin. tengah kusyuk tengok handphone, saya perasan ada orang masuk opis. ya, dari hujung mata saya, saya nampak itu bos, en Hamizam. bunyik tapak kaki pun dah kenal tu memang en. Hamizam. kak ekin pun nampak. saya siap toleh ke bilik en Hamizam sebab terdengar bunyik pintu ditutup dengan kuat. tanjat gegel tau. dalam hati terdetik "kuatnya en Zam tutup pintu. bad mood ke ape?" pastu kami terus keluar opis beli breakfast.





lepas beli breakfast, saya tengok bilik bos masih tertutup pintunya. pelik. saya fikir maybe dia tertidur kat dalam opis kot. tapi selalunya dia dah bukak dah kalau nak dekat pukul 8 pagi. okey, saya ignore je. just fikir positif.





pukul 10 pagi, lepas buat kerja sikit, saya toleh ke bilik bos lagi. pintu masih tertutup. eh? meeting lagi ke bos ni? semalam dia memang meeting, takkan dia meeting lagi kot? kerap pulak meetingnya? tak pe lah, maybe dia meeting kot, so pagi tu dia masuk opis kejap amek dokumen. maybe lah kan. tapi, rajin pulak dia nak patah balik opis then pergi meeting kat Putrajaya? mustahil je. okey, saya ignore lagi. positif.. positif..





lepas lunch, saya tengok pintu bilik bos masih tertutup. tetibe je mulut ni ringan nak tanya kat abang opis, abang Mi, kot² lah dia tau bos pergi mana. "abang Mi, en. Zam meeting ke?" pastu dia cakap "eh, meeting ke? tak tau lah.. cuba tanya kak Siti (CC) nanti".. pulak dahhhh.. ingatkan tahu. selalunya dia tahu je bos pergi mana. bila saya tanya kat CC, dia cakap bos cuti. ha? cuti? ye² je CC ni. betul ke bos cuti? saya ignore lagi. takpe, nanti saya tanya sendiri kat bos. tak puas hati. sebab, siapa yang saya nampak pagi tuuuuu.. (--") saya pun pelik dengan diri sendiri. selalu takde pun nak tanya² pasal bos tetibe hari tu nak tanya pulak.






esoknya nak tanya, setiap kali nak masuk bilik bos, mesti tak termasuk. esoknya lagi, saya cuba nak masuk bilik bos, tak dapat jugak. bila dia lalu nak keluar opis, mulut ni tak terbukak pulak untuk tanya soalan. asal nak tanya je ada je halangannya. at last, hari Jumaat, baru ada keberanian nak tanya. saya gagahkan diri ni jugak untuk tanya bos. "en. Zam, hari Selasa en. Zam ada datang opis tak?" pantas je bos saya jawab "tak lah, saya cuti" terkejut. serius saya terkejut campur cuak. saya tanya lagi kat bos, "betul ke en Zam takde datang opis? datang kejap pun takde?" sekeras-kerasnya bos saya cakap dia cuti. dia kata dia hantar mak dia pergi klinik. tergamam sekejap. saya tanya lagi kat dia, "betul ke takde? habis tu yang saya nampak tu............." saya diam. taknak habiskan. sebab bulu roma saya dah meremang. pastu bos tanya, "kenapa? awak nampak saya ke?" saya jawablah "a'ah, saya nampak en Zam masuk opis, bukak pintu bilik ni siap tutup pintu kuat. saya nampak en. Zam, serius saya nampak. kak Ekin pun ada nampak. betul ke en. Zam takde datang? kot² en. Zam datang kejap nak amek dokumen ke..?" saya tanya lagi sebab masih tak puas hati. dia tetap jawab takde datang. hari Selasa dia cuti.





"ish, betul ke en. Zam takde ni?" masa tu saya dah rasa macam nak menangis. dia mintak kak Ekin masuk sebab dia pun nak tau cerita yang saya sampaikan tu betul atau rekaan semata². then kak Ekin masuk, kak Ekin pun bagitau benda yang sama. pastu saya cakap, "eeee en. Zam, bulu roma saya dah meremang dah ni." pastu en Zam pun cakap "tu lah, saya pun sama". saya dah tak sanggup dah nak duduk situ lama² then saya terus keluar. seram.






sehari sebelum saya kena tu, saya balik lewat. dalam pukul 6.45 petang, saya masih tunggu kat opis sebab kerja tengah banyak masa tu so kenalah tunggu kat opis. kalau takde kerja, saya tunggu kat opis bawah. tumpang opis orang sebab driver ramai belum balik.. tengah kusyuk buat kerja, tetibe saya dengar bunyi plastik kat tempat abang opis saya, abang Firdaus. saya panjangkan leher tengok kat kawasan meja situ tapi takde orang pulak. sape pulak yang nak main plastik ni kan.. okey, ignore je. fokus je buat kerja. lepas tu bunyik kerusi bergerak pulak. Allah! dugaan apa ni wei.. dalam hati cuma mampu baca ayat Kursi je. harap sangat "dia" tak muncul depan mata. okey, saya teruskan buat kerja. lepas tu, bunyik printer on pulak.. alahaaaaaaiiiiiiiiii.. macam² bunyik dah ada ni memang nak suruh saya keluar ke camne? memang dah tak boleh tahan, saya terus kemas² meja then tutup suis lampu n aircond, terus kunci pintu. tak sanggup nak tunggu lama² dalam opis dah.





sampai sekarang masih ada lagi bunyik² tu kalau saya sorang² kat opis ni. jangan "dia" muncul depan mata sudahlah. saya ni bukan berani sangat. nampak je macam berani, tapi hati pink tau. :p sekarang ni kalau ada kerja ke, takde kerja ke, kalau saya sorang², paling limit duduk opis sampai pukul 6.30 petang je. pastu tunggu lah kat opis bawah. tak berani nak stay opis dah.





okey tu je ceritanya. pengalaman. selama ni tak pernah kena pun. hope sangat tu first n last. taknaklah jumpa lagi. nasib baik jumpa bentuk orang. kalau bukan orang? memang pengsan kat situ jugak. sebelum ni kakak opis yang selalu kena sebab dia selalu balik paling lambat. lepas dia pindah, saya pulak yang kena. staff² yang pernah kerja lama kat INTAN ni kata taman haruman kat depan opis ni memang selalu jadi tempat persinggahan "dia". nak² pulak opis unit kewangan ni baru lagi, sebelum ni memang jarang sangat orang masuk dalam ni. lepas tu unit kewangan dah pindah sini, haaa amekkk.. macam²lah ceritanya.





semalam tetibe cawan kakak opis jatuh dari atas meja. rasa²nya sapa yang tolak? korang rasa?





jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri..





tata.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...