terima kasih sudi singgah.....buat susah-susah jeeeeeee....teeehehehehe..

✿cayang2 rosalina✿

Thursday, December 24, 2015

abah dah discharge

Assalamualaikum..





hai. Salam Maulidur Rasul.. selawat dan salam atas junjungan nabi kita.. best ek arini cuti. huhu.. mesti ramai yang balik kampung. aku tak balik kampung pun. rehat kat rumah je. dok rumah diam² layan cerita kat tv je lah. abah dah discharge. discharge?? ya. discharge. korang yang tak follow fb or ig aku mesti tak tau kan abah aku kena tahan wad.





ceritanya camni.. khamis lepas tetibe je adik bagitau abah batuk² keluar darah. sebenarnya bukan batuk pun. nak bagi orang faham, sebab tu kata batuk. abah ni ada satu tabiat suka buang kahak. tak tau lah nape abah ada tabiat tu. abah cerita masa nak pergi kedai, tetibe je dia rasa semacam kat tekak dia. pastu dia pun ludahkanlah benda tu.. masa dia ludahkan tu, tetibe je ludah tu sekali dengan darah. mula² sikit je. pastu lama² jadi banyak. abah terus tak jadi masuk kedai, dia terus balik rumah. sebenarnya abah memang dah demam².. dah dua hari dah. pastu abah mengadu sakit tekak. tekak perit tak boleh telan makanan keras. aku tak sangka pulak boleh jadi seteruk ni. :'( aku rasa bersalah sangat sebab aku ada kat rumah abah bila abah ngadu sakit tekak. T_T






malam tu adik aku, nani, bawak abah pergi klinik. tak tau lah kenapa cuma bawak pergi klinik je. aku nak faham cerita dorang pun tak boleh sebab masa tu whatsapp aku tengah gila tak boleh nak appear whatsapp dari nani atau kakak aku. masa tu memang aku hangin jugak lah kenapa aku whatsapp takde sape yang jawab. rupanya dorang dah whatsapp cuma aku tak dapat tengok whatsapp dorang. padahal dorang tak block aku pun. gila ke ape adik beradik nak block. bukan ada masalah pape pun sampai nak block².. haihh..






esok paginya kakak aku pulak bawak abah pergi hospital klang. terus pergi kat emergency. dan² tu pulak terus kena tahan wad masuk zon kuning. masa tu hati sapa tak risau kalau bapak sendiri masuk wad, lagi² kalau kena kat zon² ni. masa dapat tau tu aku boleh tahan lagi. tak nangis pun. bila dah waktu balik kerja, aduhhhh masa tu memang aku dah nangis dah. nasib baik orang tak nampak sebab nangis dalam kereta je. biarlah aku sedih sorang² je. orang tak nampak. kalau happy, biar happy sama².. hm. hari jumaat memang tak dapat nak jenguk abah. entah kenapa badan ni rasa letihhhhh sangat nak keluar. aku dah tertidur dah. tak larat sangat. maybe penat kejar claim kot. huhu..






hari sabtu baru dapat jenguk abah. Alhamdulillah abah takde pape yang serius. doktor cakap kerongkong abah ada luka. pastu ada darah tinggi sebab tu kena tahan wad. tetibe teringat kat arwah mak. sebelum mak pergi pun mak ada darah tinggi jugak. :( abah ni kira bernasib baik sebab cepat² datang hospital. doktor cakap kalau lambat maybe cuma 50-50 je. korang faham kan maksud aku?? :'(






malamnya abah bagitau abah dah naik wad kat tingkat 8A. mak oii.. tingginye. tingkat paling atas tuuuu.. haiyooo.. ahad, aku datang jenguk abah. ingatkan boleh lawat tak kira masa pukul berapa pun. rupanya sama je waktu melawat. dah lah sampai 10 minit sebelum pukul 2. pastu nak carik parking punya susah. bila nak naik lift ramai pulak. sudahnya dengan rasa rendah diri naik tangga je. uihhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh dia punya penat macam pusing taman 10 pusingan. lutut dah terketar². haihh nampak sangat dah takde stamina. dulu okey je kalau naik tangga. sekarang ni semputtttttttttttt.. tapi Alhamdulillah berjaya jugak sampai tingkat 8. :p






masa dah sampai kat katil abah tu ramai rupanya yang lawat abah. oh!! lupa pulak nak bagitau. masa dah sampai kat parking tu aku terserempak dengan makcik dan nenek aku. so ktorang pun beriringanlah sekali jalan. tapi, dorang semua naik lift lah. aku naik tangga. :p nasib baik berjaya jugak sampai atas. hihi.. kat atas tu ada abang sepupu dengan wife dia. siap anta gambar selfie dengan abah kat dalam group whatsapp. masa kami sampai tu memang ngam² pukul 2. alahai. sekejap je dapat borak dengan abah. em. sebenarnya tak dapat borak pun sebab abah borak dengan makcik ngan nenek lepas abang sepupu balik. hew hew.. takpelah. lain kali boleh datang jenguk lagi.






semalam aku ada interview. lepas interview tu aku pergi makan. lepas makan tu ingat nak terus balik. tapi, tetibe je tergerak hati nak pergi hospital jenguk abah. waktu melawat pukul 4.30 petang.. tengah borak² tu abah cakap dia kena tukar wad 7 pulak. dah kenapa pulak nak kena tukar wad.. pastu abah senyap je. call pun tak jawab. masa dah nak naik tu tetibe perut ni pulak memulasssssssss.. adehhh macam² halll lahhhh.. dah lah jamban duduk. tak puas nak berry. lama pulak tu. kahkah!! eh, dah kenapa tetibe cerita pasal berry?? LOL!!





masa tengah berry tu abah bagitau dah boleh keluar.. SEKARANG.. haaa tuddiaaa besaqq naa tulisan yang abah aku whatsapp.. tak sabo nak keluar la tu. aku pun kelam kabut naik konon nak tolong kemas². rupa²nya dah siap kemas dahhhh.. ambooiii.. pantas betul abah mengemas. hehe.. semua dia sumbat dalam beg je. tapi, belum boleh turun pun. kena tunggu nurse yang tolakkan pergi discharge suite. lama jugak lah nak menunggu.. sambil² tu borak² lah dengan abah.. dekat setengah jam jugak la tunggu nurse nak bawak abah turun kot.. aku layankan je lah.. sebab masa tu dorang memang tengah busy.






dah sampai discharge suite pun bukan boleh terus keluar. nak kena tunggu surat dari doktor pulak. alahai. lama lah jugak nak tunggu. berejam jam jam.. sementara tunggu surat dari doktor, nurse kat discharge suite tu suruh buat pembayaran bil dulu. nasib baik abah pesara kerajaan. so, tak payah bayar pape pun. lepas tu tunggu lagi dan lagi dan lagi dan lagi.. sampai nak dekat pukul 8.30 baru nurse bagitau kena amek sendiri surat dari doktor tu kat atas. napeeelahhh tak bagitau awal². buat penat je tunggu lama². dah lah abah mengadu lapar. kesian kat abah. hm. lepas dah keluar dari hospital tu lega betul. uihh belengas badan oiii.. bayangkan dari pukul 6.30 pagi sampai ke 9 malam pakai baju kurung je. rasa macam nak berendam kat dalam air sejuk. pehhh..






sebelum balik rumah singgah makan dulu sebab abah cakap lapar. kat rumah pun bukan ada pape untuk di makan.. nak masak sendiri pun dah penat sangat. sudahnya berhenti makan kat kedai. asalkan abah dapat makan, aku dah rasa lega sangat dah. Alhamdulillah.. syukur sangat² sebab abah dah discharge. harap lepas ni abah akan terus sihat. sape yang nak tengok orang tua kita sakit, kan?? semua nak dorang sihat. emm.. korang doakan abah kita sihat selalu ehh.. terima kasih korang..





okey tu je nak story. ingatkan nak story pasal interview. tapi, nanti² je lah. malas pulak nak cerita sekarang. hew hew.. eh okeylah. tata..


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...