terima kasih sudi singgah.....buat susah-susah jeeeeeee....teeehehehehe..

✿cayang2 rosalina✿

Showing posts with label MC. Show all posts
Showing posts with label MC. Show all posts

Tuesday, October 9, 2012

cerita pasal ubat

minggu lepas pergi jumpa doktor sebab tak larat nak pergi kerja. doktor cakap saya hampir² nak demam. so dia bagi ubat. bagi MC sekali. hikhik. :p




balik rumah terus simpan ubat. malas nak makan. cuma makan ubat isap untuk tekak je sebab batuk melampau² sampai tekak rasa nak tercabut. cuba untuk ignore ubat² lain.





hari Sabtu cik abang kerja. saya kebosanan duduk rumah sorang² dan cuba membuang lemak dengan mengemas rumah. tiba² ternampak ubat² itu dan teringin nak makan. ngengada betteyyyy..




terus ambik yang dalam kotak sebab nampak kiut. goncang², tapi takde bunyi. kompius!! terus bukak kotak, lahhh ada botol rupanya.



keluarkan botol, goncang² lagi tetap takde bunyik. awat pelik sangat ubat nehhh?? (--") terus beriye bukak penutup botol ubat. laaahhhhh.. kat penutup tu ada menatang ape ntah namenye. eh, tengok gambar jelah ye.



bau oren!! nyammmm.. bau dia sedap je. terus keluarkan ubat tu. 



mak oi besarnyeeee.. camne nak telan ni?? tapi bau dia sedap!! mesti rasa dia lagi sedap. ahh lantaklah. kena isap macam ubat tekak tu kot. terus cepat² masuk mulut sikit. rasa guna hujung lidah dulu. 




baru kena lidah sikit tetibe rasa ada letup². makkkk!! kenapa ubat ni camni?? camne nak telan?? terus baca kat kotak kot² ubat dah expired. eh mustahil ubat expired. ngok jugak saya ni. (--")




tetibe terpikir, ubat besar camni mane boleh telan gitu je??? kalau dah tak boleh isap, mestilah kena rendam dalam air macam Panadol Soluble tu. terus pergi dapur ambik air satu cawan dan masukkan ubat tu. haaaaaaaaaaa..jadiiiii!! [batak] :p




orang tak suka makan ubat memang camtulah kan?? semua tak tau pasal ubat. tulah, taknak dengar betul² nurse tu cakap masa dia bagi ubat tu. ngokngek!!




bau ubat tu je sedap, bila dah masukkan dalam air, terus jadi tak sedap. yekk!! 




#notakecik : tak sabar nak balik. :p

Thursday, January 12, 2012

spontaneous

Assalamualaikum n selamat pagi..




kat sini[Meru, Klang] hujan selebat-lebatnya..n aku terjaga..kenapa mesti kena terbangun awaaalllll??pukul 4.30 dah terbangun..uwaaaa...tidur aku tak lena malam ni..asyik terjaga je..(╥﹏╥)



=




=




=




baru lepas iron baju..tiba² rasa mengantuk..tapi aku tak boleh tidooooo..kalau aku tido kang kompom terjaga pukul 1 tengahari..┒(⌣˛⌣'')┎




terpaksa tahan mata.. @_@ 




#notakecik : nak MC arini boleh tak?? (--")

Friday, November 18, 2011

tak tahu nak kate camne dah!!

ada orang cakap kat aku, "orang tak faham dengan keadaan aku.." atau "asyik aku je yang faham keadaan kau,kau pernah faham ke keadaan aku??"


begitulah alkisahnye bila kita ada rasa bengang or sakit hati dengan someone..mesti ayat camni keluar..kan??betul tak??hmm..


nak suruh faham camne kalau dia sendiri tak bagitau apa masalah dia..bila dah kena perli² baru nak bagitau??baru nak mengadu??hmmm..fikir sendirilah!!


aku memang suka gurau kasar..ohhh!!makan dalam ekkk??hmm tahu pulak nak terasa..selama ni aku diam..ya,aku diam sebab nak bagi kau fikir sendiri apa salah yang kau dah buat..makan dalam kat aku gak aku rasa..


aku malas nak kata,"kau tak faham keadaan aku.." sebab mende tu terlalu subjektif..ia melibatkan banyak maksud..kau faham ke ape yang aku maksudkan??tak faham kan??aku pun tak faham..okey,diam.


boleh ke kate kerja tak penting,tapi kesihatan penting..hmm kalau camtu aku pun nak kata camtu jugaklah..sebab hari² aku kena hujan,so aku taknak demam,aku nak jaga kesihatan aku,then aku nak MC..boleh tak??


kalau dah tak keje,camne nak beli ubat wei??kalau cakap tak fikir dulu memang camnilah jadinye.. "masuk tempat orang bawak otak,bukan pisau"


ada ke orang yang nak tanggung kerja aku ni??TIADA..sebab,orang tak reti sangat ngan kerja aku..aku pun kadang² pening dengan kerja aku sendiri..lagipun,masing² ada kerja sendiri..lagi banyak kot dorang punya kerja..


tapi kes yang ni,kerja dia aku buat,n kerja aku sendiri tertangguh..camne tu yeee??so,sape yang tak faham sape ni??jawapan aku?? "fikir sendiri"


aku tau orang yang aku maksudkan ni ada baca blog aku..tapi,dia ambik peduli ke ape yang aku cerita ni??hmm orang pentingkan diri sendiri memang camtu kot??haihhhhh.. *mengeluh panjanggggg~


oppsss!!aku dah tuduh bukan² pulak kat orang tu..nanti ada yang terasa lagi..sorry..


aku dah penatlah dengan manusia camni..aku tegur untuk kebaikan dia, tapi dia nak marah aku balik..kalau camtu,aku dah taknak bagitau ape² lagilah..n buatlah hal sendiri..


nak harapkan kebajikan diri sendiri terjamin,tapi kebajikan orang lain diabaikan..beb!!dunia ni sementara..kalau susah,cari member jugak..tapi ape yang ko dah buat??


muhasabah diri sendiri lagi bagus..


#notakecik : "mak,mak tak keje ke arini??" "malaslah!!mak MC arini..tapi bukan saje² je MC" lu pikirlah sendiri~
 

Tuesday, November 15, 2011

kalau dah diajar tu,buatlah notaaaaa.. ~_~"

Peah adalah seorang pekerja di Syarikat Y..dia baru kerja setahun..kira masih baru jugak laahhhh..Jijah,akak senior tempat kerja Peah ditugaskan untuk mengajar dia camne nak buat kerja,means,kerja yang dia memang kena buat..


berbuih² jugaklah mulut si Jijah tu mengajar dia buat kerja..pung pang pung pang pung pang,sampailah jugak setahun Peah kerja kat syarikat tu..


pada 1 hari,Jijah jatuh sakit..so,dia MC selama seminggu..baru 2 hari Jijah MC,tiba²,enfonnye berbunyi....


Peah : kak,camne nak buat closing ni??


Jijah : aik??kan akak dah ajar aritu??


Peah : saya lupe lah kak..


Jijah : aritu tak buat nota ke??


Peah : tak pun..


Jijah : &$@*&#*!#@&*^%$#@


dalam hati Jijah dah sumpah seranah si Peah ni.."buat penat je aku ajar budak nih..apeee pun tak boleh!!grrr.."



************



apelah si Peah ni..dah setahun kerja pun semua tak boleh buat..menyusahkan orang lain je..ehh..bukan menyusahkan orang lain,tapi menyusahkan diri sendiri..


agak² dalam dunia realiti ada ke orang camtu ekkk??ehh??terase??maknanye memang ade la tu kannnn??


ha,dah tu??pergilah belajar ape yang tak tahu..takkan asyik nak goyang kaki je??waaahhhh..melampau..


ehh??ehh??sorry kalau terase..tata..


-end-


#notakecik : badan dan kaki aku masih sakit..uwaaaa... T_T

Tuesday, November 8, 2011

status : MALAS

on facebook je mesti nampak status malas..nape ek??aku pun terikut jadi malas..kihkihkih..


ce buat status "waaahhhh aku sangat rajin arini!!" agak² jadi rajin tak??hahahaha..kalo rajin pun kompem rajin kat mulut je..dalam hati tetap rasa malas..betul tak??betul tak???


agaknye kan,setiap kali hari pertama nak masuk waktu kerja or study memang malas kot..tengoklah,hari ni hari Selasa tapi still ade yang malas² jugak..kaaaaaaaannnnnnnnnnnnnn??


aku tak taulah hari ni aku rajin ke malas..tengah² kot..kihkihkih..untung² aku tak MC arini macam sesetengah orang tu,nak sambung cuti,tapi tak apply cuti pun tapi ganti ngan amek MC..puiii!!


malas nak layan..okey,nak tido..dah masuk waktu rehat..papai..


-end-


#notakecik : sakit kepala..adooooiiii.. @_@

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...