terima kasih sudi singgah.....buat susah-susah jeeeeeee....teeehehehehe..

✿cayang2 rosalina✿

Showing posts with label kereta. Show all posts
Showing posts with label kereta. Show all posts

Thursday, October 3, 2013

retak

Assalamualaikum..




hari yang sangat stress. pagi² mood dah spoil. mula² je okey, bila dapat tau berita yang meremukkan hati, mood hilang. rasa nak nangis pun ada. dah la tengah ABC [tau??] T_T




arini banyak kerja nak kena buat. sekarang dah settle. tunggu je lah kerja lain pulak yang datang. pagi tadi hampir² nak pitam. bukan sebab preggy. kalau tengah ABC boleh ke [preggy]?? nak pitam sebab senggugut yang sangat sangat sangat sakit. jalan pergi toilet pun macam orang mabuk. sakit senggugut. sakit nak berry. campur. nasiblah sapa yang masuk toilet tu. dahlah memang time peserta kursus rehat. hameklah bau yang semerbak dari saya. -haha-


kesiannya kat my baby ni. mentang²lah dah lama tak mandi, boleh pulak nak pecah. T_T semua gara² orang yang potong rumput kat rumah tu. pelik. depan rumah saya takde rumput pun. najis kucing banyaklah. rumah depan ada rumput. jauhnye batu melompat?? terer. semua ni membuatkan hati jadi tak tenteram nak buat kerja. tapi cekalkan hati jugak.





pelik ke bila saya dapat tau cermin kereta pecah time badan kat tempat kerja?? ape nak pelik? cik abang kan cuti. dia yang bagitau. dia tau pun sebab orang yang pecahkan tu yang panggil. nasib baik dia jujur. katenye nanti kalau dah tukar boleh claim ngan dorang. boleh ke?? agak²?? tengah was² jugak ni. takpelah. tunggu je lah nanti. hmm..





dah. tak boleh nak kata ape dah. tunggu je lah nanti bila dah tukar cermin. oh, insurans?? insurans tak cover cermin. saya tak amek. tak sangka pulak menda ni nak jadi. lepas ni kena letak langsir kat pagar rumah. ke?? pelik pulak. malas dah nak pikir. main candy crush je lah.





tata.

Tuesday, May 14, 2013

tak rasa bersalah ke??

Assalamualaikum..





orang yang buat kesan ni tak rasa bersalah ke?? takde ke niat nak bayar ganti rugi?? habis cik abang mengamuk. sebab kereta ni dia yang bayar. T_T




dah lame dah jadi camni. tapi takde pun kata² maaf yang kami dapat. dalam pulak tu. sampai kemik. cat dah tertanggal sekali. memang kena cat 1 pintu. benda bukan kami buat, orang yang buat. so, kami taknak keluar duit untuk itu.




asal nak keluar jenjalan naik kereta, bila cik abang nampak kesan tu je mesti cik abang mengeluh. emm. tapi, benda dah jadi kan?? dia selalu cakap, "baru nak jaga kereta cantik², dah ada kesan camni." ape saya boleh buat?? saya cuma boleh senyum tawar je. :(




kepada yang buat kesan tu, takde rasa bersalah ke?? T_T




sekian.


Friday, March 15, 2013

pagi Jumaat yang spoil. @_@

Assalamualaikum.



eh, dah Jumaat. best best best!! tapi Ahad kena pergi Putrajaya. tak best tak best tak best!! T_T baru ingat nak bangun lambat. hikhik. macam boleh je. rumah tu sape nak kemas?? amboi amboi amboi. eh, kalau baju² tu semua boleh bergerak sendiri, terlipat sendiri, best kan?? tak payah susah² nak lipat. err tetibe macam seram pulak baju gerak sendiri. (--")




boleh pulak pagi tadi lupa nak matikan lampu kereta. nasib baik akak opis kat admin bagitau. kalau tak, habislah bateri kereta. tak pasal² nanti tak dapat balik sebab enjin tak boleh start. naya je nanti kannnnnnnnnn?? camnelah boleh lupa. padahal dah bunyik warning dah. patutlah rasa lain macam je. haih. maybe stress kot sebab terpaksa meredah jem dan menghadap driver² biadab. 




memang biadap pun. nak masuk lorong kite pastu tak bagi signal. ibarat masuk rumah orang tak bagi salam. rasa macam nak sondol je bontot kereta orang tu. tapi nanti kereta saya pulak yang kemek sebab kereta orang biadab tu kereta besar. tapi kesian pulak sebab signal dia tak boleh nyala. terus saya geleng² kepala. pastu dia nak tukar lorong sebelah sana. eh eh boleh pulak nyala signal tu?? pffftttt!!




kesian pulak dekat driver² yang tak pandai bagi signal ni. rasa macam nak bagi pamphlet pasal signal je kat dorang. tu yang tak bagi signal. yang bagi signal pulak, orang dah bagi masuk pastu taknak pulak masuk lorong. cis. sakit pulllaakkkkk hati kite. (--")




orang tak bagi signal punya pasal terus spoil mood. sampai lampu kereta pun lupa nak off. terpaksalah turun balik pergi parking nak off lampu kereta. pastu nak pergi cafe naik tangga, hampir² nak terjatuh tangga. alahai. apakah nasibku ini. nasib baik takde jadi pape. 




rasa macam nak amek cuti seminggulah.















.











tata.




#notakecik : badan letih takde rehat. T_T

Tuesday, February 26, 2013

i'll miss u my baby kelly.. sob sob.. T_T

Assalamualaikum..




dah selasa!! dah selasa!! semalam saya cuti sebab ada urusan rasmi untuk diri sendiri. hihi.. sebab tu tak update blog. nak update blog kat rumah, broadband tak terbayar. kihkih.. boleh pulak terlupa nak bayar. alahai. sudahnya, tak dapatlah nak online. hmm.. online kat tab or handphone je lah gamaknyeeee.. [pejam mata angguk-angguk]




saya cuti semalam untuk urusan lain tapi dapat lain pulak. kuikui.. takpelah.. asalkan tak sia² cuti. sebenarnya saya punya kelisa a.k.a baby kelly [wahh nama nak gah] telah selamat terjual di kedai kereta. sedih sangat nak berpisah dengan kelisa tu. dah macam² buat kat kereta tu. uwaaa.. sedihhhhhhhhhh.. sob sob.. T_T




tak terniat pun nak jual. memang berat hati sebab dah terlalu sayangggggggggggg sangat sangat sangat. tapi keadaan memaksa. sebelum ni habis nak dekat RM2k untuk semua. aircond, enjin, accessories, rasanya bukan 2k tu tapi dekat 3k jugaklah. biaselah kereta dah lama kan, sebab tu kena banyak nak tukar. ingatkan lepas tu dah okey. pastu lama² tengok kat parking still ada leaking. alahai. terus bawak pergi bengkel, tanya berapa kos. pomen kereta tu cakap dalam RM400.. duit lagi?? tu baru suruh check je. nanti kang dia bukak² lain, ade lagi yang rosak pulak. tak sanggup den. sakit wei kalau tiap² bulan kena spend duit semata² untuk repair kereta. T_T





pastu tanya cik abang, "kalau nak tukar kereta okey tak??" cik abang pun ON je. dan² tu jugak kami pusing² carik kereta yang berkenan di hati. saya pilih kereta second hand jugak. saya tak beli baru sebab bulan² tetap akan mahal. hew hew. lagipun kalau kereta second hand, memang dah siap modified. kena pandai carik. kalau kereta baru nampak standard. puas kami pusing. cik abang pun jadi pemerhati. Alhamdulillah, akhirnya jumpa jugak kereta yang berkenan di hati. nampak masih baru lagi. dalam pun masih wangi macam kereta baru. maybe owner sebelumnya pandai jaga. :) cik abang suka sebab dah siap ada sport rim. yes, itu paling penting. :)






tak kisahlah kereta baru ke, second hand ke, yang penting bulan²  saya mampu bayar.. jangan nanti ikat perut sebab nak bergaya. kan?? betul tak?? :) mungkin rezeki saya dapat kereta tu sekarang, mane tau rezeki saya lain kali terus angkat BMW. wahhhhh!! cita-citaku bila ntah nak tercapai. :p





tetibe rindu pulak kat kelisa. T_T





baby, i miss u so much!! :'(

first time bawak kereta yang baru ni kekok sikit. nak brek pun dari jauh dah brek. HAHAHAHAHA.. serammmmmmmmmm.. dah macam orang baru dapat lesen naik kereta. rasa tak biasa. hihi.. tapi ni baru lagi kan memanglah tak biasa. nanti lama² maybe biasa.. :) harap² kereta yang ni takde problem lagi² kat enjin. tu ibarat jantung kepada kereta. kalau rosak, kita jugak susah.. (--")




bersyukur padaMU Ya ALLAH kerana permudahkan segala urusan kami dalam pembelian kereta yang sekarang ni. 2minggu je dah settle semua. ALHAMDULILLAH.. :) harap lepas ni ada rezeki lain pulak. heee.. tamak la pulak. heip heip!! 




tata.




#notakecik : mood : HAPPY + SEDIH (--")

Monday, September 26, 2011

baby asyik buat hal je.. T_T

kenapalah kereta aku asyik buat hal je...takpe²..aku faham..dah name pun kereta second hand kan..macam²lah perangai yang dia buat..


dah tu,macam tau² je aku nak gaji,pandai pulak dia pilih time..haishhh..bijak..bijak..


actually,kereta aku memang dah lame dah ade leaking..tapi aku buat bodo je..haaaa aku memang suka cari penyakit sendiri..memang padan muka kat diri aku sendiri kannnn..


dah tau leaking,main redah je guna kereta..mase tu takde buat hal sangat..sebab tu aku guna je..satu hari tu,aku mintak cik abang simpan kereta kat rumah dia..sebab aku malas nak drive..hahaha..


bila aku nak ambik balik kereta aku,aku start enjin,bunyik bising²..aku bukan tau sangat pasal kereta..check² minyak hitam,memang dah keringggg!!hahaha..hampeh betul aku ni..mulalah nak menggelabah..


aku terus ajak cik abang cari minyak hitam..nak buat camne..kena isi jugak minyak hitam..kalau tak,camne nak jalan??hew hew hew..


lepas enjin dah stabil sikit,aku terus hantar pergi klinik kereta Perodua..kereta aku kena tahan 1 hari..sebab dorang nak check ade leaking lagi or tak lepas dorang tukar menatang² dalam tu..


bila dah okey,dorang call suruh amek kereta..hueee terbang rm200.00++..tu baru tukar barang je..belum masuk minyak hitam lagi..so,total rm300.00++.. #pitam


mintak²lah kereta tak buat hal lagi..bulan November 2011 road tax kereta pulak mati..aduuuiiiii..banyaknye nak guna duit.. T_T


sabar je laaaaaaahhhhhhhhhhhh..banyak betul dugaan nihhhh..


harap sangat lepas ni janganlah ade dugaan yang lagi teruk..AMIN..


-end-


#notakecik : manusia memang sentiasa akan diuji oleh ALLAH S.W.T..supaya manusia sentiasa akan mengingati-NYA.. 


Thursday, August 4, 2011

dah lah kedekut,main jeling² pulak..cehh!!

hari ni hujan je kan??pergi kerja,hujan..balik kerja pun hujan..tension aku dok kat jammed je..tahun lepas naik moto,so takde la stress camni..sekarang ni dah naik kereta,macam tak best pulak..STRESS sepanjang jalannnn... T_T


aku ade berniat nak naik moto balik..tapi,kalau hujan camne??hueee cukuplah aku dulu sakit² sebab naik moto..aiyooo..terpaksa lah bersabar dengan dugaan² itteww..


hamboiii kemain panjang betul intro aku..kekekeke..dah la tajuk entry ngarut²..tetttt~ehhh tajuk entry ade makna la weiiii..baru je jadi tadi mase otw nak balik..


sape² duduk kat area Damansara,sila kembangkan idong laju²..ohh!!buruk benor ghope hanggg!!


tadi kaaannnnn...dekat tol Damansara kot,yang nak menghala ke NKVE..ntah lah aku main lalu je..name tempat tak tahu..kahkah..mase aku nak lalu tol kannnn..aku TERlajak..aku TERpergi kat lorong TnG..ingatkan lorong TUNAI pendek lagi..rupanya dah panjang berjelaaa..


pastu,aku try la nak potong 1 kereta ni..ehhh..bukan niat nak potong k..aku memang betul² dah TERlajak tauuuu..punyalah kedekut nak mamposss tak bagi aku masuk lane..ape,kau hengat jalan tu abah kau punye ke??


takde lah,maybe dia ingat aku ni sengaja nak potong ke kan..tapi,apeeee lah salahnye bagi je aku masuk lane??bukan aku tak bagi signal??aku bagi k..


hampeh betul la mamat ni..mamat??ha'aaahhh..memang lelaki yang drive kereta tu..cehh!!penat je aku bagi signal tauuu!!nasib baik driver lori belakang kereta mamat tu baik hati..


memang aku dah sumpah seranah kat dalam kereta tu..tapi,aku takde la mencarut²..kang kurang pulak pahala puasa aku..aku cuma lepaskan geram je..


aku cakap sorang²,"ooo ko kedekut ngan aku ye??takpe..takpe...ko tunggu la nasib ko..orang kedekut memang selalu rugi!!" penuh perasaan aku cakap weiiii!!


lepas dari tol tu,jalan masih jammed..aku saje je lalu sebelah kereta dia..pehhh!!jeling tak hengatttt!!hampeh betul..apeee??ingat kau sorang je ade mata??


aku terus cakap sorang² lagi.."pehal pulak nak jeling² aku??tengok,ko kedekut ngan aku pun,ko still stuck kat sini..padan muka!!"


tak lame tu aku tengok kereta dia dah hilang..ehhh takkk..rupa²nya dia follow belakang aku..hahaha..bajet macam boleh je nak follow aku kannnn..kereta dia besar..kereta aku kecik je..boleh main selit²..


last² kereta dia kena stuck ngan lori..pastu aku tak tahu ape jadi ngan mamat tu..sebab dah hilang dari pandangan mata aku..


tu lah,lain kali,jangan kedekut..lagi² bulan Ramadhan ni..lantak kau lah kau agama ape sekalipun,tapi kalau kite buat baik,kite akan di balas baik..kau buat tak baik ngan aku,so kau terima lah padahnye..kahkahkah..


okebai!!


-end-



# notakecik : arini buka lambattttt.. T_T
 

Thursday, December 2, 2010

baby kena operate!!!kesian... T_T

cian baby aku..kena operate aritu..baru je nak enjoy,dah kena operate..ciannye dier..huhuhu..aku baru dapat 2nd baby..alhamdulillah murah rezeki..dapat la baby sebijik!!hehh..sebijik??baby itu adalah sebijik kereta..[sila abaikan penyalahgunaan bahasa ini..]

baru kuar 2hari aritu,dah kena masuk ICU..terbang dah duit aku..semua problem tu dekat enjin..pe mende ntah yang rosaknye aku pun tak tahu..abah aku je yang tahu menahu..aku cuma tahu guna je..hahaha..

orang kedai jual kereta tu kate,kereta tu okey je..abah tengok pun okey..tapi bila masuk bengkel,nak check aircond sebab tak sejuk,haaa...hamek kau..terbang rm900++ untuk aircond SAHAJA..nasib baik ada fulus..kalau tak,mane nak korek??huhu..

hmm biasalah kan..kereta second..memang la banyak songeh..haaa..jangan tanye kenapa aku tak beli kereta baru..takpelah,aku bagitahu je..hahaha..aku tak minat lah kereta baru..macam tak bekualiti je..adik aku beli viva baru pun bocor kat bumbung..baik aku beli second..haaa..terus bayar cash..dah tak payah pikir pasal hutang kereta..hehehe..

tapi nak make-up kereta tu kena guna banyak duit gak kan??takpelah..slow-slow make-up bagi chanteq..kehkehkeh..

errr...nah,aku bagi tengok gambar..heee...

entah ape lah yang orang tu godek2..huhuhu..aku cuma mampu tengok je..
haa??pe lagi yang dia buat tu..tengok..tengok..kusyuk betul orang tu buat kerja..sampai tak perasan aku snap gambar..
aku tak paham pasal kete..abah yang tahu..so,aku serahkan kat abah..menatang ape yang orang tu pegang pun aku tak tahu..kuikuikui..

aku tak tahu ape yang orang tu cakap kat abah aku..sebab aku tak hamek port..kehkehkeh..

aku cuma boleh kata dalam hati "alamak..ape lagi yang rosak tu..terbang duit aku..terbang duit aku..$$$ T_T"

kenapa aku ketawa??ntah..aku pun tak tahu..har..har..har..

sempat lagi posing nih..hehehe..kononlah macam model kereta yang ada eye bag and wrinkles..huhhh..

tengok lah abah aku posing..seksi woo..hahaha..actually aku ngan abah aku tengah tengok orang kedai tu pasang radio..
muka sedih la pulak..cehhh!!macam orang meroyan pun ada jugak..kahkahkah..kalau tengok dekat-dekat,nampak bulu mata aku yang lentik asli tu..saje nak tunjuk kat kau orang..kuikuikui..

tengok!!!dah rongak..hehh..pastu dapat yang baru..sebab radio tu rosak..terbang lagi duit aku..hmm..takpelah..janji puas hati..
isyh..isyh..isyh..bersepah orang tu buat kerja..
jalan-jalan dalam kedai jap..mane tau ada aksesori lain..hihihi..

abah tengok ape??huhuhu..abah ni pandai jugak tawar menawar ngan orang kedai..hehhh..ohh abahku.. :)

ni la kembar aku..percaya tak??
psst2..actually aku nak post entry ni 2 minggu lepas..tapi..............lupa pulak nak publish..elok je kat draft..hehehe..

okey dah,tu je..bye!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...