terima kasih sudi singgah.....buat susah-susah jeeeeeee....teeehehehehe..

✿cayang2 rosalina✿

Showing posts with label label 5s. Show all posts
Showing posts with label label 5s. Show all posts

Monday, April 7, 2014

[DEKORASI PEJABAT] pantry

Assalamualaikum..




carta organisasi sudah. carta pergerakan sudah. kali ni nak update pasal pantry pulak. pantry kat unit saya ni bukanlah besar mana pun. masih dalam proses nak mencantikkan lagi. yang saya berkesempatan buat cuma melabel nama je. meh saya belanja gambar sat..


background untuk pegawai bertanggungjawab tu saya design sendiri. tapi, sumber dari internet jugaklah especially polka dot tu dengan frame. nak buat senang je. hiii.. korang buat mesti lagi cantik kan? :)


sanggup sangat kan singgah DAISO dengan opismate masa shopping barang opis semata-mata nak beli bekas tisu ni. rimaslah tengok tisu merata-rata. ni saya dah beli, kalau bersepah jugak tak tau nak kata ape. (--")


ni kedudukan sebelum. nampak messy sebab lapik bawah tu dah lama. angkut dari opis lama. pastu saya tukar guna pembalut hadiah. then saya tukar letak tempat pinggan mangkuk naik atas. kalau tak, bakul merah tu [tengok gambar selepas] letak kat bawah. rasa macam tak elok pulak kan pinggan letak bawah. sebab tu saya angkut letak atas. :)




ni gambar yang dah di ubah kedudukan tempat balang² tu. ohh tempat simpan balang yang macam tangga tu saya buat sendiri guna penutup kotak kertas A4. guna jelah ape yang boleh guna. daripada membazir. kan? asal boleh. kalau nak lagi cantik, beli je yang kat luar. tapi, ada ke? hm. belum carik. :p




satu je yang saya rasa cacat kat rak tu. bekas sudu garpu n pisau. saya rasa tak sesuai guna mug sebab nampak tak sesuai. maybe saya akan cari satu bekas kat DAISO lagi untuk bagi nampak kemas. tapi, lain kali je lah. sekarang tengah busy. hiii.. maybe akan ade perubahan lain untuk pantry ni. pape pun nanti saya update kat blog je lah.




okey, tu je nak cerita. tata. :)


Sunday, April 6, 2014

[DEKORASI PEJABAT] carta pergerakan [kot?]

Assalamualaikum..




hai, meh nak update sat pasal carta pergerakan kat setiap tempat duduk staff means kat setiap partition. eh betul ke nama menatang ni carta pergerakan? saya pun main belasah je. tak tau nama dia ape. hahaha.. abaikan je lah.. :p





sabtu lepas [bukan semalam] saya dengan kawan opis saya telah merajinkan diri untuk membuat carta pergerakan ni. dah alang² baru lepas buat carta organisasi kan, ade mounting board lebih² tu, saya buat carta pergerakan ni terus. nak buat nanti² kang terus jadi malas pulak nak buat. tengah rajin ni baik buat je. kannn??



bunga ni saya design sendiri. mula² rasa macam nak google pastu tiru je orang punya. tapi macam tak jumpa pulak. dah tu saya buat je lah design camni. saya buat kat paint je. ahh lantaklah. asalkan ade. nasib baik comel. hikhik.. saya print guna kertas untuk print gambar. disebabkan tempat kerja saya memang dah ada unit percetakan, jadi, memang memudahkan kerja saya sangat lah kan. tak payah nak pergi kedai gambar semata² nak print kat kertas gambar tu. hiii.. jimat.. jimat.. :p


belakang bunga tu  saya tampal lagi guna kertas keras. alah, guna cover untuk buat folio je. mula² nak tampal kat polystyrene tebal tu tapi bila potong guna pisau tak cantik lah pulaaaakkkk.. pemotong polystyrene ade beli sekali tapi salah beli bateri. baru tau bateri ade banyak saiz. hakhak. 

ini bukan tangan saya :D
dah siap.. tinggal nak tampal je. :)
bilik bos.

dah tampal. okey tak? :) [abaikan gambar perempuan gemok tu]

cantik? terima kasih.. tak cantik? takpe. korang buat memang lagi cantik dari ape yang saya buat. :) okey tu je nak taip. malas nak taip banyak². hiii..




tata.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...