terima kasih sudi singgah.....buat susah-susah jeeeeeee....teeehehehehe..

✿cayang2 rosalina✿

Monday, August 22, 2022

HAPPY BIRTHDAY RAISHA ♥

Assalamualaikum..



okey tak jadi nak tunggu seketul lagi keluar, blog dah update. LOL! kali ni nak story pasal celebrate birthday Raisha kat taska.. kat rumah tak buat pun.. sebab 20hb tu pun kebetulan Raisha n Raiqal tak sihat.. so bawak pergi check in kat klinik je lah. tengok gambar bawah, nampak macam tak sakit kan? sebenarnya dua² pun tengah demam. tapi bila dah jumpa mainan, memang tak ingat sakit lerrrr budak² ni..


yang pasal birthday party kat rumah tu, tengoklah nanti kalau tetibe nak buat sekali dengan Raiqal punya. sebab Raiqal pun bulan Ogos jugak.. tapi kan, masalahnya yang Raiqal punya pun tak sure nak buat ke tak. memandangkan isu budget ni terlampaulah banyak yang kena cut, so wait n see je lah. hahahaa.. paling tidak pun makan kek slice je lah. Raiqal bukan makan kek pun. kikiki.. ye lah, sejak dah duduk rumah baru, husband pulak dah kena tukar tempat kerja, memang budget banyak lari bertempiaran ke sana dan ke sini dan ke sinun dan dan dan mana² je lah. ktorang tak dapat nak adapt lagi dengan situasi sekarang ni. takpe, SLOWLY BUT SURELY. insyaAllah semoga Allah permudahkan semua urusan kami sekeluarga.. ♥



okey, skip jap. cerita pasal Raisha pulak. :)


****


♥ 20.08.2018 - 20.08.2022 ♥


Happy Birthday yang ke 4 tahun kesayangan mommy, Tengku Raisha Sofea.. 🎊


Ya Allah, panjangkan umur Tengku Raisha Sofea, murahkan rezekinya, kurniakan kesihatan yang baik buatnya, lindungi dirinya dari kejahatan dan muslihat manusia. Jadikan anakku anak yang solehah, rajin menunaikan solat, rajin mengaji al-Quran, rajin pergi sekolah, rajin membantu mommy dan ayah, menghormati orang yang lebih tua, menyayangi orang yang lebih muda, tolong mommy jaga adik, dan semua yang baik² untuk Raisha.. 🌹


mommy saaaayyyyyaaaanngggg Raisha dunia akhirat. terima kasih sayang sebab datang dalam hidup mommy.. mommy beruntung ada anak macam Raisha. Raisha selalu tolong mommy jaga adik. terima kasih jugak sebab jadi teman mommy masa mommy happy, jadi tempat luahan mommy masa mommy sedih even Raisha macam faham tak faham je, takpe yang penting Raisha jadi pendengar setia mommy. dan walaupun kadang² Raisha buat mommy jadi raksasa tapi mommy marah² sebab mommy nak yang terbaik untuk Raisha.. 


semoga Raisha membesar dengan baik.. I love you my little princess.. ♥


-mommymu yang canteeekkkk-


****

sekejapnya Raisha dah 4 tahun.. dulu Raisha kecikkkk je. Alhamdulillah Raisha makin bijak, makin cerdik, makin cantik macam mommy (tibehhh). mommy bangga sangat dengan Raisha.. 



sorry ye Raisha, mommy tak dapat nak buat birthday party untuk Raisha kat rumah.. mommy buat kat taska je ye.. mommy tengok Raisha pun seronok celebrate dengan kawan².. excited betul Raisha masa tengok mommy prepare doorgift untuk kawan² Raisha tu.. dari start packing (Selasa), asyik tanya mommy, "mommy, dah hari Jumaat ke?" sebab majlisnya buat hari Jumaat.. hahaaa.. jenuh nak jawab. Alhamdulillah ada rezeki sikit untuk buat semua tu.. mommy happy tengok Raisha happy.. :)



okey belanja gambar jap. walaupun gambar nampak sama tapi kite upload je semua HAHAHAHAHA.. nak pilih?? malehhh..









menu simple² je.. takde menu berat pun. cuma ada kek, sandwich, roti, pastu doorgift. tu je lah.. kek birthday Frozen tu order kat Kedai Kek Shah Alam. tak sure rasanya macam mana sebab kek tu habis kat taska. hahahahaaa.. next time lah order lagi. orang kata kek tu sedap.. Insyaallah kalau ada rezeki, nak beli untuk birthday Raiqal pulak. :) . sandwich sedap order kat Mr Mama Delicious. sedap hingga menjilat jariii uiiii..



lega dah settle part Raisha.. sebenarnya tak plan pun nak buat kat taska tapi sebab Raisha kata nak makan kek kat school, kite pun layankan je lah kehendak dia. sape tak sayang anak uiii.. yang penting dia happy tu je. duit boleh dicari, kebahagiaan anak tu, susah nak cari. untuk anak² ni memang kite kalah. even kalau dia orang sakit, kite sanggup korek tabung mana² untuk bawak pergi klinik. takpelah kalau terguna duit untuk renew roadtax pun, yang penting dia orang sihat. tu je. eh, tetibe masuk cerita renew roadtax dah kenapa? LOL!



btw, dah alang² ni kan, kite nak bagitau. kalau ade yang nak renew insurans & roadtax kenderaan tu boleh je roger² kite.. hahahahahaa sempat iklan jap. okeylah tu je. jumpe lagi next entry. bye.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...