terima kasih sudi singgah.....buat susah-susah jeeeeeee....teeehehehehe..

✿cayang2 rosalina✿

Friday, September 9, 2022

SAMBUTAN MERDEKA DI TASKA RAISHA

 Assalamualaikum..




hai uollsss.. sihat ke tuuu.. sis tak sihat sikit, dah dekat sebulan batuk².. ntah bilalah nak baik batuk ni. rasa macam nak cabut je tekak sis ni. tapi takpelah, Allah nak ampunkan dosa² kecil sis yang sis buat tanpa disedari.. semoga Allah ampunkan.. Aaamiinn.. doakan sis segera sembuh dan anak² sis dikurniakan kesihatan yang baik.. terima kasih pada yang mendoakan ye.. semoga doa² anda semua kembali kepada anda.. :)




actually entry ni sis nak post minggu lepas sebab event pun hujung bulan lepas kan.. tapi tu lah, sis kan RAJIN. kuikuikuiii.. ni baru ada kesedaran nak menaip panjang² dan komfemmmmm bosan untuk dibaca. LOL! takpe sis tak paksa uolss baca.. cuma ni untuk sape² yang sudi baca je.. tak sudi takpe sebab dalam ni pun sis cuma mengarut benda ntah pape. takut uolss muntah darah je bila baca. LOL! 




okey, untuk entry kali ni, sis nak upload banyaaaaaaaaaaaakkkkk gambar.. bolehlah tengok sampai muntah ye hahahahaa.. sorry, sis jenis malas nak pilih² aku pilih² lagi pilih² lagi eh ternyanyi pulak hshhshshsss.. sis malas nak pilih gambar. kalau kat FB pun sis upload je semua. lepas upload baru sis tengok balik, then kalau ada gambar yang mengaibkan baru sis delete. LOL! yang dah tengok gambar ni kat FB sis maybe boleh skip tengok kot.. cuma kat FB tu takdelah sis bebel merapu camni.. just upload gambar je. :p




nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor, dan lagu KEMAS




alalalalalaaaa comel² semuanya.. untuk pengetahuan uollss, anak² taska ni pakai cantik² camtu sebab ada pertunjukan fesyen show.. kemaen yeee taska pun ada buat fesyen show. hihi.. masa nyanyi lagu merdeka, semangat betul anak² taska ni. sis pun ikut semangat bila anak² taska ni semangat. pandai dorg nyanyi. mula² perhimpunan pagi dulu. lepas tu jalan sekeliling taska untuk perarakan sambil nyanyi lagu merdeka. 








seronok tengok budak² ni. macam Raisha sendiri, sebelum event lagi dia suka betul suruh mommy dia ni pasang lagu bendera [lagu merdeka. dia panggil lagu bendera..]. sis pun layankan je lahhh.. sepanjang jalan nak pergi taska, balik taska dengar lagu yang dia nak dengar je. mommy is redhoooooooooooooooo.. takpe bagi dia ada semangat patriotik sikit. asyik nyanyi lagu frozen je kan, nyanyilah lagu merdeka pulak.. hihihi..



lepas perarakan, pertandingan fesyen show pulak. meh tengok fesyen anak² taska ni. cantik² semuanyaaaa.. tapi yang penting Raisha paling vogue lahhh.. [ketawa sambil tutup mulut] . nasib baik takde over sangat. risau jugak kalau terover pakaikan Raisha. kang kena kecam pulak. biasalah netizen ni bukan boleh percaya. cakap cantik cantik cantik pastu belakang kite kutuk² hahahaaa tibeeehhhh shanggatt..



















ade video Raisha tengah catwalk. tapi kat TIKTOK sis lah. hahahahaa.. kalau nak tengok boleh klik SINI. lepas tengok, bolehlah follow ye.. kesian sis tak ramai followers. almaklumlah bukan retissss.. kuikuii.. :p 




cantik takkkkk?? semua sis buat sendiri tau.. sanggul kat kepala tu pun buat sendiri. beli je daun kat kedai bunga untuk orang kawen tu haaa.. tapi susah jugak nak carik sebab banyak dah habis untuk warna gold ni. dekat 3 kedai jugak dok carik daun tu nasib baik jumpa jugak. jenis sis ni selagi tak jumpa memang sis akan cari sampai jumpa. nasib baik sis pergi dengan kakak sis yang memang sekepala dengan sis tapi sis jugak yang menang kalau bab jalan pusing² cari barang ni. kadang² dia pun kepenatan jugak. kuikuiii.. kalau husband sis lagilah cepat surrender, kaki dia cepat penat. tu yang malas nak keluar dengan dia. sis lebih rela keluar sorang² hahahahaa.. 





untuk buat sanggul tu modal pun tak banyak.. cekak tu pun beli kat DIY jeee.. malas nak beli bahan yang betul² untuk sanggul tu sebab dah tau mesti lepas guna akan jadi perhiasan je. ataupun buat sepah merata². camni pun cantik je kan.. hihi..



baju Raisha pun jahit sendiri.. tapi sis cuma cantumkan je lah. yang tolong potongkan kain tu kakak sis. hihi.. nak dijadikan cerita, asalnya sis cuma nak belikan baju kurung biasa je sebab takut tak sempat siap jahit. lagipun takde idea langsung nak jahit camne. pastu tanya kat adik beradik sis, kebetulan kakak sis memang tukang jahit, so dia bagilah idea nak jahit baju camne. sepatutnya baju tu untuk customer dia, tapi sebab takde idea, sis pun tiru je lah designnye cuma ade lah tambah² sikit taknak bagi nampak kosong.. tambahkan diamond, tambahkan riben kat bahu tu, tambahkan line kat pergelangan tangan baju, pastu tambahkan ape mende ntah yang kat kain dia tu nak bagi nampak macam baju ala² princessss gitewww..



ade je sis survey kat PKNS Shah Alam tu untuk baju dah siap. tapi banyak baju ada bendera. means bendera dipotong untuk dibuat baju. so kalau beli macam tak berbaloi kot sebab mana boleh potong bendera.. rasa macam derhaka kat negara sendiri pulak. (--"). sebab tu sis buat keputusan untuk jahit sendiri. hari Jumaat cari kain, Sabtu siapkan jahit baju..




Alhamdulillah Raisha dapat jadi JUARA fesyen show.. menang pakaian terbaik untuk baju tema kemerdekaan.. tak sia² mommy jahit selama 8 jam nakkkkk.. dengan tak mandinya, tak makannya, kebetulan masa tu tengah cuti solat tapi dah hujung² lahhh.. haa bolehlah siapkan jahit baju terus maka siaplah baju tema kemerdekaan untuk Raisha.. first time buat sendiri ni. baju sendiri pun malas nak jahit, demi anak ku sanggup jahit. pastu make up Raisha pun sis tenyeh je.. mula² blusher hilang pastu cover balik guna lipstik.. barulah nampak sikit blusher tu.. tahniah sayang mommy.. rezeki Raisha jugak ni.. next time Insya Allah boleh join lagi.. tu pun kalau mommy rajin jahit lagi. ♥




okeylah. dah panjang sangat sis menaip ni. cramp jari sis. bagi sis rehat jap. kang panjang² nanti uollss penat nak baca. hahahahahaa.. see you! btw, thanks pada yang sudi baca blog sis yang sendu ni. bye. ♥

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...