terima kasih sudi singgah.....buat susah-susah jeeeeeee....teeehehehehe..

✿cayang2 rosalina✿

Showing posts with label INTAN Bukit Kiara Kuala Lumpur. Show all posts
Showing posts with label INTAN Bukit Kiara Kuala Lumpur. Show all posts

Friday, January 3, 2014

penat

Assalamualaikum




maaf. andai entry ni mengguris. cuma nak meluahkan. sebenarnya aku dah penat. kadang² kerja yang dibuat jadi tak ikhlas. bukan taknak buat kerja. semua aku buat. semua aku siapkan. kalau boleh aku nak sempurnakan semua. ya, aku bukan lari. aku sentiasa ada. tapi, bila dalam keadaan tertentu, bila aku takde kat tempat, macam hari nak kiamat.




bila orang lain punya kerja, ade je yang tolong buatkan. kerja aku?? aku jugak yang siapkan. bila aku tak buat, mulalah nak kate belakang. aku tau. even sikit, mesti ade terdetik kat hati kan?? nak kate aku tak buat kerja, katelah. yang selama ni aku buat tu bukan kerja agaknya. kerja orang lain, boleh pulak mintak orang lain buatkan. kerja aku?? kena tunggu aku ada baru aku buat.





bengang.




untuk FELO ni, aku kena join koir. dah lah aku tak join kursus koir. satu hape pun aku tak tau. latihan pun tak dapat nak bagi komitmen. sebab kena buat kerja. okey, aku boleh balik buat kerja even aku tengah practice lagu. takpelah. aku dahulukan kerja. sebab aku datang sini nak kerja. koir cuma aktiviti. bila tak aktif nanti kate aku taknak join aktiviti. bila dah join, pastu event di buat masa AKB. mane tak stress?? yang buat felo ni pun, janganlah buat awal tahun. ergghh..




camne aku nak bahagikan masa?? dua² datang serentak. kalau tak join koir, boleh. tapi, aku tak sampai hati nak biarkan family koir kekurangan orang. dah lah Alto takde orang. tapi kalau boleh aku memang nak join felo ni. sebab boleh masukkan dalam e-latihan. hmm.. tapi kerja camne??




aku harap sangat dapat team mate yang memahami. aku tolong kau, kau tolong aku. kan adil?? please. janganlah mengharap kat aku je. benda senang. tolong menolong amalan mulia. kan??




harap sangat takde benda yang tak diingini jadi. em. aku nak join koir.




tata




---


Tuesday, September 3, 2013

rasa macam nak sepak orang

Assalamualaikum..




okey, bosan sebab rehat tapi tak keluar pergi mana². tapi nak keluar pun malas. camne?? hikhik. asyik malas je lah saya ni kan. malas malas malas. member opis dah ajak keluar tadi tapi malas nak follow. hehe. kat luar hujan pulak. kalau tidur ni syok jugak. tapi nak tidur pun malas jugak. camne?? HAHAHA..




gila ke ape semua malas. nasib baik buat kerja tak malas. eh saya rajin tau. kalau saya malas buat kerja mesti ada kerja yang tak buat. semua dah buat dah. nak bukti?? nahhhhhhhhhhhhhhh..


bersih dan kemas je meja saya kan?? eh eh jangan nak tengok sampai bawah² meja. lempang kang. wayar tu memang serabut. kalau kat rumah je saya rajin kemas. kat opis?? MALASSSSSSSSSSS!! :p




sebenarnya saya tengah sakit gusi ni. sakit sampai rasa macam nak sepak orang. sape nak kena sepak meh sini!! gigi bongsu baru nak tumbuh, sebab tu sakit. menderita sekejap. sobs. ade ke patut abang opis suruh tumbuk² tempat yang sakit tu. nanti orang ingat kena dera. :p takpelah. bukan selalu pun dapat sakit camni. jap lagi gigi dah tumbuh semua baru okey la kan?? tu pun entah bila nak okeynye. T_T





eh dah pukul 2 ni. nanti bos menjelingggggggggg je tengok saya bukak blog. kikiki.. ampun bos. :p dahlah. lain kali sambung.

ni muka tengah menahan sakit gusi. rasa macam nak lempang tak?? :p

tata.

Wednesday, July 10, 2013

pindah opis #3 - opis baru

Assalamualaikum..




woooiii bosannya hari ni. meh update blog lagi. hehe.. aritu update cerita pasal pindah opis kan. ni nak sambung cerita pasal opis lagi, opis baru. tempat baru. mula² je bau kedai bila masuk opis ni. lama² hilang bau kedai tu. tak syok.. hahaha..

inilah work station saya. :)



:)

berhabuk meja. makcik cleaner cuma lap depan je. (--")
cermin mesti kena ada. :p

cop pun nak enterprem gak. :p

ni nak cerita pasal opis ke, pasal work station ni?? hahahaha saya pun tak paham. ahhh layankan je lah ye. rajin pulak saya nak amek gambar opis ni kan. tak kuasa mak!! hope bila dah kat opis baru ni, semangat untuk bekerja tu makin berkobar². insyaAllah.. :)




bersepahnyalah meja saya ni. sape rajin?? tolong kemaskan boleh?? har har har..  banyaknya warna pink kan?? tahun ni saya dah addict sangat² dengan pink. kihkihkih.. asal nampak pink rasa berbunga² je mata ngan hati ni haaaa.. kalau boleh nak beli semua yang warna pink. heeee..




okey, dah masuk waktu zohor. jom solat. :)


Wednesday, June 26, 2013

pindah opis #2 - selamat tinggal opis lama T_T

Assalamualaikum..




tetibe rasa sebak pulak tinggalkan opis lama. sebab kat situlah saya belajar buat kewangan. dan saya kenal dengan kawan² saya. tapi semuanya dah tinggal kenangan.. sekarang dah kena pindah opis. em, memang opis baru lebih besar tapi meja kecik. boleh?? hehe.. [tak bersyukur betul aku ni] akak opis pun cakap meja kecik. haaa.. bukan saya je yang cakap tau. heeee.. sebab akak yang cakap tu buat kerja gaji. memang memerlukan ruang yang saaaaaaaaaaaaaangat besar. sedangkan meja kat opis lama pun sampai melimpah² fail, ini kan pulak meja kat opis baru. camne ntah rupa meja tu nanti. agaknya meja pun dah tak nampak langsung. :p





meja tak nampak okey lagi. jangan dengan akak² tu sekali tenggelam dengan fail. hihihihihi.. saya rasa setakat ni okey lagi kot. sedang membiasakan diri dengan tempat baru. harap² saya akan terus selesa dengan tempat baru ni. lepas ni saya dah tak boleh nak online sangat sebab bukak pintu je terus nampak pc saya. hagagagagagagaga.. dangerous!! :p semalam saya baru perasan kat lengan saya ada lebam. bila masa ntah muncul lebam tu. (--")

 
selamat tinggal sayang. akan ku kenang kamu dalam blog ini. :'(

keadaan opis lepas dah angkut barang.. KOSONG.

lepak² kejap ambik barang yang tertinggal.

tata cermin ajaib. terima kasih sebab selalu bagi peluang kepada saya untuk nampak lebih kemas. eh, opis baru takde cermin ke?? nak cerminnnnnnnnnnnnnn.. T_T

tempat duduk CC. i'll miss this area. tempat saya menimba ilmu dengan CC Hamzah.

okey, last. snap lagi gambar tempat duduk yang bakal ditinggalkan.

opis baru?? ha, tu lain kalilah cerita. gambar pun tak amek lagi. har har har. tunggu je lah ye. :)




#notakecik : mengantuk. tapi bantal kat dalam kereta. lupa nak bawak naik opis. @_@

Friday, June 21, 2013

pindah opis #1

Assalamualaikum..




Alhamdulillah kita masih lagi bernafas sampai saat ni. dah jumpa Jumaat semula. dan harini kena kemas² opis sebab nak kena pindah opis baru.. lepas ni unit kewangan dah tak berpecah.. senanglah orang nak berurusan nanti. tak payah nak penat² kejap² kena naik atas, kejap² kena turun bawah.

tulisan sapelah tu. buruk bebeno. (--")


penutup kotak pun bolehlah. :p

dah clear.. tinggal nak angkut je. :)

ni baru kena kemas barang peribadi. belum kemas 1 unit. hew hew.. takpelah. slow². bukan jauh sangat pun opis baru tu. kat tingkat bawah je.. hehehe.. ahad kena datang sebab nak kemas² kat opis baru pulak. minggu depan dah kena duduk opis baru. :)



tetibe ada karipap. nak?? dah kena ngap dengan saya pun. :p sebenarnya ni karipap pagi tadi. baru makan untuk tengahari sebab pagi tadi ada buat jamuan sikit sempena budak praktikal kat sini nak habis buat praktikal.. :)


ni la budak ngengada yang nak habis praktikal. berminat?? sila hubungi nombor............................................. tak tau. hahahahaha.. jangan marah ye edan. :p




cerita lain pasal opis baru tunggu dah pindah baru cerita. tunggu je lah next entry. tak pun next next next entry. kalau ada kerajinan. sanggup tunggu?? tu pun kalau nak baca. sobs T_T




dah. tata.

Friday, March 15, 2013

Team DVS @Cameron Highland

Assalamualaikum. 




sebelum korang komplen banyak², ni na habaq mai. takde menda pun kat entry ni. cuma gambar je yang banyak. nape?? tak percaya??

gambar ni credit to Nurul Nadieya :)
muka lapar

strawberry coklat

strawberry coklat

gadis ayu sedang makan strawberry coklat. saya punya statement kena lebih. kahkah.

shopping bantal

kau hado??

peace!!

pandang sane buat ape??

3 sekawan. :)

besar tak buah?? :p

angkat tinggi sikit jari tu.

macam duta teh tak??

teams. tapi tak semua. :p

my sisters in DVS.. :)

kanak² nak naik bas. :p

hilangkan bosan dalam bas. ni lah keje dorang. :p














.













.















nak tengok lagi?? jap.













.












.













.













.













.












takde. tu je yang rajin letak. tata.





#notakecik : kenyang makan mee rebus. burpp. Alhamdulillah. :)

Thursday, January 3, 2013

candid

baru saya tau muka saya camne bila kena candid. bhahaha.. ni semua gara² En. Azizi lah ni, nak amek² gambar saya dengan Fiza.



camne boleh kena candid?? ha, meh nak story sat. mase tu ada majlis akhir tahun untuk koir INTAN, En. Azizi tu duduk 1 meja dengan kami. borak punya borak, terbukaklah cerita pasal cara² amek gambar. dia nak tunjuk pasal background gambar je, pastu ktorang buat je lah gaya gitu² je. ingatkan dia tak bagi semua gambar tu kat Pengerusi Koir, rupanya dia bagi semuaaaaaaaaaa.. tergelak-gelak kami tengok gambar tu. hahahaha..




tengok muka saya pelik² je. dah la tengah makan. cuba bayangkan muka orang tengah makan camne?? ish, terserlah muka orang kebulur. kuikuikui..




nah, tengok gambar ni. saya tepek kat bawah.




ni je yang boleh letak. yang lain tak boleh. hahaha..




tata.



#notakecik : hari ni ade latihan koir!! yeeehaaaa.. :)

Friday, November 9, 2012

[GAMBAR] team DVS for KIK KEBANGSAAN @Langkawi

Assalamualaikum..


kalau ikutkan entry yang LEPAS, saya kena pergi oustation [lahhh sangatttt!!] eh, keluar dari tempat kerja kira outstation jugaklah kan?? nak jugak outstation. :p




tiba² rasa pelik pulak taip guna keyboard baru. kat tempat kerja dah tukar pc baru. weee.. eh eh melencong plak. 





okey sambung. em saya kena pergi Langkawi sebab kena buat persembahan koir. ececece.. bajet artis pulak dah. gerak dari rumah lepas zuhur. pastu pergi makan tengahari kat luar je sebab tak sempat nak masak. heee.. nasib baik cik abang tak kisah.. :p





pastu gerak dari INTAN pukul 5 petang. mula² gerak pukul 3 KATANYEEEEE.. tapi delay jadi pukul 5 pulak sebab urusetia tak siap barang lagi.. err.. whateverlah. pastu sampai kedah. [tetibe dah sampai kedah. HAHAHA.. malas nak cerita panjang²] kat kedah tu tidur kat INTURA dulu. esoknya baru gerak pergi Langkawi.






pergi Langkawi naik feri jeeee.. ape ingat semua orang kerja kerajaan naik flight?? dalam mimpi jelah ye gamaknye. pastu tetibe saya dah malas nak taip panjang² sebab lepas ni nak tepek gambar banyak². tau dah korang bukan baca entry ni. terus skip and then tengok gambar je kan?? [angkat² kening]





okey okey takmo taip lagi.. jom tengok gambar jom.. :)






practice make perfect.. :)








candid orang yang suka amek gambar sendiri..kihkihkih.. :p









makan ramai².. part ni paling seronok sangat²!! :)

shoppingggg!!

balikkkkkkkkkk!!


bye bye feri.. :p

ni lah hasil dari Langkawi.. :p


tata!! :)




#notakecik : tak sabar nak tunggu minggu depan.. yeehaaaa.. HAHAHAHAHA.. :p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...