terima kasih sudi singgah.....buat susah-susah jeeeeeee....teeehehehehe..

✿cayang2 rosalina✿

Showing posts with label Unit Kewangan INTAN Bukit Kiara. Show all posts
Showing posts with label Unit Kewangan INTAN Bukit Kiara. Show all posts

Wednesday, April 2, 2014

puji-pujian

Assalamualaikum..





okey, hari ni idong saya rasa macam membesar sikit sebab ramai yang puji pasal carta organisasi yang saya buat tu. wiiiiiiiiiii.. (O)(O) < -------- [idong kembangggg]




Alhamdulillah, bos puas hati dengan hasil yang dibuat, n dia kate sangat cantik. kehkehkeh.. terima kasih bos sebab puji. nak RM4k boleh? wakakaka.. banyak canteeekkkk pulak saya ni kan nak mintak² duit kat bos. LOL!




pastu kan, dapat pulak calling dari akak tempat kerja. tapi dia dari unit lainlah, bukan unit saya.. dia kate dia nak mintak saya buatkan untuk dia. aw aw aw.. pengsan iols nanti. dia kate cantik, creative, lagi ape ntah dia kate. dah lupe. :p




boleh je kalau nak saya buatkan tapi, waktu yang terdekat ni tak boleh lah.. sebab kerja dah nak masuk. i busy uols. kang tak menang tangan kang. last² tido kat opis jugak nanti. hew hew..




bolehlah setakat buat carta organisasi ni apelah sangat. sekurang²nya saya membantu jugaklah nak mencantikkan tempat kerja sendiri.. keh keh. dah dah tak boleh cerita lebih². kang makin besar pulak hidong saya ni kang.





okey tata. (^_^)Y

Friday, March 21, 2014

[DEKORASI PEJABAT] carta organisasi

Assalamualaikum..




hai. salam Jumaat. meh nak update blog sat. nak update dari tadi asyik tergendala sebab sibuk dengar luahan hati opismate. hiiii..





Alhamdulillah dengan izin-Nya, dapat jugak saya siapkan carta organisasi untuk unit saya. penat jugak nak membuatnye ni. sebab kena potong² kertas tebal yang warna merah tu. mounting board kot namenye. hahahaha.. saya pun tak tau. dorang dok sebut menatang tu je, yelah tu kot nama dia gitu. :p





nak tengok takkk?? tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...


buat sorang?? em em em kebanyakannya buat sorang.. ade jugak opismate tolong sikit.. takkanlah saya buat sorang² kan.. dorang pun ade bagi pendapat jugak pasal warna tulisan n background semua tu..




okey, sebenarnya papan background tu order kat vendor, harga dalam RM1500 kot. saya pun tak sure. kena tanya bos. :p bos kate kalau upah vendor buat semua kena charge dalam RM4k. wowwww.. kalau buat sendiri tak sampai RM4k pun. ni saya kena mintak upah RM4k ke ape? kahkah.






frame gambar tu buat sendiri je.. pakai mounting board tu lah.. tampal banyak² bagi tebal. eh eh tak. saya tipu je. tampal bagi nampak jadi bentuk frame je.. heee.. camni.

comelnye.

nampak tebal kan?? memang tebal pun. ade 4 lapis. sepatutnya 3 lapis je. tapi bos kate nak buat macam frame, so saya tambah lagi selapis yang atas tu. sebelum ni saya buat takde tutup semua, means boleh lagi lah nak keluarkan gambar tu dari atas. tapi dah bos mintak buat camni, saya buat je lah. nasib baik cantik. haaaaaaaaahahahaha.. puji diri sendiri buat.. jenuh wei nak potong satu² sebab nak dapat bentuk camtu. nasib baik potong lurus je. kalau potong bengkok² kang tangan saya pulak yang bengkok.





pastu tampal kat belakang tu guna magnet je. sebab papan belakang tu boleh lekat magnet. senang sikit nak adjust bila ade yang bertukar keluar atau masuk. takdelah cacat papan tu nanti kena kesan cabut². ni pun idea bos. bijak kan bos saya? heeee..


okey tu je nak story. pasni nak story pasal lain pulak tapi tunggu minggu depan je lah ye. heheheheee.. nak pegi solat jap, pastu baru nak balik. eh eh eh. saya masih di opis. nice kan?? kihkih..





tata.

Tuesday, September 3, 2013

rasa macam nak sepak orang

Assalamualaikum..




okey, bosan sebab rehat tapi tak keluar pergi mana². tapi nak keluar pun malas. camne?? hikhik. asyik malas je lah saya ni kan. malas malas malas. member opis dah ajak keluar tadi tapi malas nak follow. hehe. kat luar hujan pulak. kalau tidur ni syok jugak. tapi nak tidur pun malas jugak. camne?? HAHAHA..




gila ke ape semua malas. nasib baik buat kerja tak malas. eh saya rajin tau. kalau saya malas buat kerja mesti ada kerja yang tak buat. semua dah buat dah. nak bukti?? nahhhhhhhhhhhhhhh..


bersih dan kemas je meja saya kan?? eh eh jangan nak tengok sampai bawah² meja. lempang kang. wayar tu memang serabut. kalau kat rumah je saya rajin kemas. kat opis?? MALASSSSSSSSSSS!! :p




sebenarnya saya tengah sakit gusi ni. sakit sampai rasa macam nak sepak orang. sape nak kena sepak meh sini!! gigi bongsu baru nak tumbuh, sebab tu sakit. menderita sekejap. sobs. ade ke patut abang opis suruh tumbuk² tempat yang sakit tu. nanti orang ingat kena dera. :p takpelah. bukan selalu pun dapat sakit camni. jap lagi gigi dah tumbuh semua baru okey la kan?? tu pun entah bila nak okeynye. T_T





eh dah pukul 2 ni. nanti bos menjelingggggggggg je tengok saya bukak blog. kikiki.. ampun bos. :p dahlah. lain kali sambung.

ni muka tengah menahan sakit gusi. rasa macam nak lempang tak?? :p

tata.

Wednesday, August 28, 2013

WORDLESS WEDNESDAY


Assalamualaikum..




gambar lain next entry. malas nak edit. :p

Wednesday, July 10, 2013

pindah opis #3 - opis baru

Assalamualaikum..




woooiii bosannya hari ni. meh update blog lagi. hehe.. aritu update cerita pasal pindah opis kan. ni nak sambung cerita pasal opis lagi, opis baru. tempat baru. mula² je bau kedai bila masuk opis ni. lama² hilang bau kedai tu. tak syok.. hahaha..

inilah work station saya. :)



:)

berhabuk meja. makcik cleaner cuma lap depan je. (--")
cermin mesti kena ada. :p

cop pun nak enterprem gak. :p

ni nak cerita pasal opis ke, pasal work station ni?? hahahaha saya pun tak paham. ahhh layankan je lah ye. rajin pulak saya nak amek gambar opis ni kan. tak kuasa mak!! hope bila dah kat opis baru ni, semangat untuk bekerja tu makin berkobar². insyaAllah.. :)




bersepahnyalah meja saya ni. sape rajin?? tolong kemaskan boleh?? har har har..  banyaknya warna pink kan?? tahun ni saya dah addict sangat² dengan pink. kihkihkih.. asal nampak pink rasa berbunga² je mata ngan hati ni haaaa.. kalau boleh nak beli semua yang warna pink. heeee..




okey, dah masuk waktu zohor. jom solat. :)


Wednesday, June 26, 2013

pindah opis #2 - selamat tinggal opis lama T_T

Assalamualaikum..




tetibe rasa sebak pulak tinggalkan opis lama. sebab kat situlah saya belajar buat kewangan. dan saya kenal dengan kawan² saya. tapi semuanya dah tinggal kenangan.. sekarang dah kena pindah opis. em, memang opis baru lebih besar tapi meja kecik. boleh?? hehe.. [tak bersyukur betul aku ni] akak opis pun cakap meja kecik. haaa.. bukan saya je yang cakap tau. heeee.. sebab akak yang cakap tu buat kerja gaji. memang memerlukan ruang yang saaaaaaaaaaaaaangat besar. sedangkan meja kat opis lama pun sampai melimpah² fail, ini kan pulak meja kat opis baru. camne ntah rupa meja tu nanti. agaknya meja pun dah tak nampak langsung. :p





meja tak nampak okey lagi. jangan dengan akak² tu sekali tenggelam dengan fail. hihihihihi.. saya rasa setakat ni okey lagi kot. sedang membiasakan diri dengan tempat baru. harap² saya akan terus selesa dengan tempat baru ni. lepas ni saya dah tak boleh nak online sangat sebab bukak pintu je terus nampak pc saya. hagagagagagagaga.. dangerous!! :p semalam saya baru perasan kat lengan saya ada lebam. bila masa ntah muncul lebam tu. (--")

 
selamat tinggal sayang. akan ku kenang kamu dalam blog ini. :'(

keadaan opis lepas dah angkut barang.. KOSONG.

lepak² kejap ambik barang yang tertinggal.

tata cermin ajaib. terima kasih sebab selalu bagi peluang kepada saya untuk nampak lebih kemas. eh, opis baru takde cermin ke?? nak cerminnnnnnnnnnnnnn.. T_T

tempat duduk CC. i'll miss this area. tempat saya menimba ilmu dengan CC Hamzah.

okey, last. snap lagi gambar tempat duduk yang bakal ditinggalkan.

opis baru?? ha, tu lain kalilah cerita. gambar pun tak amek lagi. har har har. tunggu je lah ye. :)




#notakecik : mengantuk. tapi bantal kat dalam kereta. lupa nak bawak naik opis. @_@

Friday, June 21, 2013

pindah opis #1

Assalamualaikum..




Alhamdulillah kita masih lagi bernafas sampai saat ni. dah jumpa Jumaat semula. dan harini kena kemas² opis sebab nak kena pindah opis baru.. lepas ni unit kewangan dah tak berpecah.. senanglah orang nak berurusan nanti. tak payah nak penat² kejap² kena naik atas, kejap² kena turun bawah.

tulisan sapelah tu. buruk bebeno. (--")


penutup kotak pun bolehlah. :p

dah clear.. tinggal nak angkut je. :)

ni baru kena kemas barang peribadi. belum kemas 1 unit. hew hew.. takpelah. slow². bukan jauh sangat pun opis baru tu. kat tingkat bawah je.. hehehe.. ahad kena datang sebab nak kemas² kat opis baru pulak. minggu depan dah kena duduk opis baru. :)



tetibe ada karipap. nak?? dah kena ngap dengan saya pun. :p sebenarnya ni karipap pagi tadi. baru makan untuk tengahari sebab pagi tadi ada buat jamuan sikit sempena budak praktikal kat sini nak habis buat praktikal.. :)


ni la budak ngengada yang nak habis praktikal. berminat?? sila hubungi nombor............................................. tak tau. hahahahaha.. jangan marah ye edan. :p




cerita lain pasal opis baru tunggu dah pindah baru cerita. tunggu je lah next entry. tak pun next next next entry. kalau ada kerajinan. sanggup tunggu?? tu pun kalau nak baca. sobs T_T




dah. tata.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...