terima kasih sudi singgah.....buat susah-susah jeeeeeee....teeehehehehe..

✿cayang2 rosalina✿

Showing posts with label blog. Show all posts
Showing posts with label blog. Show all posts

Monday, June 10, 2013

lembab sangat!! (--")

Assalamualaikum..




baru je ingat nak update blog malam tadi tapi tak dapat sebab internet takde connection.. dah banyak kali restart pun still tak boleh.. nak kata tak bayar bil, saya dah bayar dah aritu. ke memang celcom tengah problem malam tadi?? T_T





punyelah berkobar² nak update pasal progress dapur. last² tak dapat nak update. nak update kat opis macam tak syok pulak. lagipun gambar dah tranfer kat pc rumah. alahai. sudahnya, tak dapatlah nak update. (--")




nanti balik nak update lah. kalau biar lama² nanti basi pulak cerita tu. kihkihkih.. tu pun kalau internet okey. kalau tak okey jugak kenalah tunggu sampai okey. okey tak?? entah bilalah nak okeynye. kang tak pasal² terus tak terupdate. muehehehe.. :p




dah, tak boleh lama². nanti kena jeling ngan bos. hihihihihihihihiihihi.. tata.

Friday, June 7, 2013

update belog di kala kebosanan itu sangat ohsem!!

Assalamualaikum semua..




ada yang dah tidur ke?? rilek brader.. malam masih muda.. kuikuikui.. dah pukul 11, muda kejadahnye?? okey, saya update belog lagi hari ni sebab saya tengah bosan. cik abang pergi main futsal. dan saya update belog lah ape laaaggggiii.. hihihi..




sambil update belog, sambil tangan menggaru kaki sebab nyamuk banyak!! eee tensen betul!! nyamuk halus pulak tu. kalau nyamuk beso tu boleh lagi nampak. ni tak nampak langsung. tau² dah gatal. T_T




eh, entry ni macam takde menda je nak story. tapi, bosan pulak kalau tak story. hehehehe.. gosip nak tak?? eh eh kalau pasal gosip laju je ek?? dah macam minah kepoh la pulak nak gosip² bagai. boleh ganti kiah propa tak?? keh keh keh..




actually saya tak faham dengan certain orang yang selalu perasan saya ni ikut dan buat ape yang dia buat. ehhhh.. no.. no.. rasanya saya tak de pun nak tiru² orang ni. semua saya buat sendiri.. euhh gelimat mat mat. asyik nak perasannnnnnnnn je kejenye. pelik.




kalau pasal blog ni, semua saya carik dan buat sendiri. just google and then try buat. kalau error, cuba lagi sampai dapat. bukan macam sesetengah orang tu. perasan sangat saya tiru dia. oh pleaseeee.. dia tak ingat kot dulu² dia jugak yang tanya saya macam² pasal blog.. camne nak tambah itu, camne nak tambah ini. pastu pasal benda remeh je mula lah nak tuduh saya tiru?? eee tak tahu malu betullah. shame on you!! kesian pulak dengan orang yang camni. yelah yelah. nak sangat kan kata saya tiru.. takpe, amek je lah.. tapi nak tengok jugak blog dia tu. menarik sangat ke sampai nak kata saya tiru?? tengok sikit??




eh, tak payahlah tengok. buang masa pulak. bukan ade yang menarik pun. saya punya blog pun memang blog syok sendiri. tapi dia punya lagi syok sendiri. HAHAHAHAHAHA.. eh eh terketawa pulak. nak nangis sebenarnya ni.. sedih. sedih sangat² sebab ada jugak orang yang nak bandingkan ape yang dia buat tu dengan saya punya. yelah, kesian, kannn.. dia nak dapat namalah tu. iskk iskk.. sedih. *srooottt srooottt.. [lap hingus]





kalau orang lain boleh hentam saya kat blog, jangan ingat saya tak boleh nak hentam balik. jangan ingat selama ni saya diam, saya tak tahu ape yang orang buat kat belakang saya. saya percaya pada ALLAH, dan yakin ALLAH akan bantu saya.




cukup-cukuplah perasan ye. sebelum mengeluarkan pape statement, fikir dulu. jangan nanti termakan dengan kata² sendiri.




tata.

Tuesday, May 28, 2013

kau ingat kau hebat??

Assalamualaikum..




dah Selasa lah.. eh, bajet macam selasa tu macam hari Jumaat je plak kan?? mentang² kerja dah siap dah boleh golek golek depan pc. em, camne nak golek golek depan pc kat opis ni?? okey, tak payah nak bayangkan. (--")




sambil menaip, sambil tahan sakit perut. boleh tak?? saya kan hebat. kahkahkah.. ape motif ni?? heyyyy saya pun tak faham. saje menaip ikut suka hati. bosanlah. nak main Candy Crush tapi "hati" dah habis pulak. kene tunggu kawan bagi "hati" jap. dah macam ape je nak kena tunggu kawan bagi "hati". ape ingat hati ayam?? :p




actually tajuk entry takde kena mengena langsung dengan isi entry. tetibe je jari ni nak taip camtu, hahhhh layankan aje lah. nak delete pun pastu nanti dah tak tau nak taip ape pulak. ye dak?? biarkan je lah.




ohhh!! lupe nak story pasal progress dapur. esok lusa je lah ye?? tak pun tunggu dah siap baru story. amacam?? hehehe.. malas nak snap gambar. pape tah saya ni kan?? snap gambar pun malas. padahal cuma tekan je button kamera. pemalasssss!! erm. whatever.




ape nak bebel lagi ni?? tu je lah kot. takde idea. HAHAHAHAHAHAHAHAHAHA.. sorry, buang masa korang baca entry ni.




tata. (^^)Y

Saturday, April 13, 2013

siap jugak akhirnya :)

Assalamualaikum




fuuhhhhh lega dah siap tukar banyak benda kat blog yang tak tahu nak kata warna pink ke purple. amek masa jugak nak buat semua ni. sakit mata saya asyik ngadap screen pc je. rasanya tu je kot yang nak kena tukar. background, width, cursor, gambar, pastu ada ubah² sikit kat saiz gambar. okey, saya puas hati dengan hasil yang sekarang. tu bagi pandangan saya. pandangan orang yang tatap blog ni tak tahulah camne. ntah² bosan. hahahaha..




bukan senang nak tengok saya rajin edit² blog ni. bila dah rajin, semua nak ditukar. pastu gatal tangan pergi tukar template, pastu habis semua ntah kemana. hilang. nasib baik saya pernah save kod html untuk blog. kalau tak, memang jenuh lah nak cari n ingat satu².




tak biasalah dengan template baru. kalau sebelum ni kena tick expand widget pastu baru tekan CTRL+F. kalau yang baru ni macam pelik je. mula² saya tak tahu camne nak carik guna CTRL+F sebab bila saya tekan CTRL+F je mesti tak keluar result. rupanya kena klik kat dalam box html tu dulu baru boleh CTRL+F. yang mula² tu keluar kat bawah, memanglah tak jumpa sebab dia cuma cari kat luar kotak je. bila dah klik kat dalam kotak html barulah keluar box search tu kat atas dia je. ceh. buat penat je saya scroll n cari satu². (--")




korang rasa blog ni okey ke tak?? kalau tak okey, saya nak tukar lain pulak. tu pun kalau rajinlah. hahahaha..




tata.




#notakecik : sakit hati betul ngan Celcom ni.

Friday, March 8, 2013

dah bayar broadband boleh update blog dengan suka hati

Assalamualaikum..




hai semua. salam Jumaat. macam lame pulak tak update blog. last update aritu pun pasal nak bagitau saya tengah berkursus. letih ni. [angkat² kening]. tetibe dah menguap. nak tidur boleh?? zzzzzzzzz..





eh, tak boleh nak tidur sebab banyak entry nak buat ni. hihihihihihihi.. pasni bacalah sampai muntah. tu pun kalau ada yang sudi baca. jap, ade ke?? anggap je lah ada. kalau takde, syok sendiri je lah baca blog sendiri. kuikuikui.. :p




letih wei kursus non-stop. erghh!! hari Sabtu sampai Isnin kursus kat Cameron. nasib baik bukan kursus berat. tapi kena catch up semua tu dalam 3hari tu yang macam letih. eh, bukan macam tapi memang. (--") kat Cameron tu kursus koir. sempena untuk MAPPA Isnin nanti. haaaaaaaa.. sape yang koje gomen tu mesti tau MAPPA tu ape. kalau tak tau jugak, search lah sendiri kat internet. :p




koir ni bukan nyanyi macam dalam jamban tu. alah, selalu korang bajet diri korang macam Siti Nurhaliza kan?? pastu syok sendiri nyanyi dalam jamban kan?? elelele taknak ngaku lettewww.. saya masuk dalam group Alto. nak kene ingat tone suara tu yang payah. kalau silap dah jadi sumbang. (--") cuma yang pernah masuk koir tu maybe faham kot. kalau yang tak pernah masuk tu memang akan kata "alah, nyanyi je saya pun boleh buat.." wahh gittewww..




okey, habis cite pasal koir. benda belum settle tak boleh cerita lebih². nanti tak syiokkkkkkkkk.. okey, lepas kursus koir tu, balik KL hari Isnin. maghrib baru sampai. esoknya (selasa) sampai Khamis, nak attend kursus Excel 2010 pulak. laaahai. ape ingat Excel tu macam belajar ABC?? susah woi!! jawab test pun main belasah je. takpe, asalkan dapat sijil kursus udah ler.. ngeh ngeh ngeh..




Alhamdulillah dah dapat 6hari berkursus.. nak kena carik lagi 4 hari ni. mane pulak nak carik?? tapi bukan sekarang kot?? sebab banyak benda nak kena buat. lagi² pasal kerja. kena catch up kerja baru sebab saya buat reshuffle dengan member opis. hew hew. takkanlah dari mula kerja sampai pencen nak buat kerja yang sama je kan?? tak berkembang otak+ilmu.




eh mak jemah ni nape bebel panjang sangat?? haaa amekau panjang lebar gaya penulisanku ini. nak muntah tak?? nak muntah tak?? hati². baik pergi check doktor kalau nak muntah. maybe korang kena penyakit "takbolehbacatulisanbanyakbanyak" :p




Berlian kat hidung?? Watsdet?? T_T .... ade jerawat pun masih buat muka happy. Lempang kang minah ni. (--")




tata.




#notakecik : entry takde ending. :p

Thursday, February 28, 2013

nak muntah tengok blog sendiri

Assalamualaikum




Salam Khamis, Salam Sejahtera, Salam hmmmmm.. terus lupa ape nak taip bila nampak muka pompuan ni. hish!! semak!! saya teruskan je lah taip ape nak taip ye?? hew hew




tetibe rasa nak muntah pulak tengok blog sendiri. macam bosan pulak. hahahaha.. lagi² header blog ni. yaksss.. macam ape je. sekadar tulisan. alahai. nak edit² gambar malas pulak. nantilah tunggu rajin. hehehe..




nak tukar background pun tak boleh. nape ntah. kok tetibe tak boleh. haa amekau jawa keluar. HAHAHA.. eh seriuslah tak boleh nak tukar background blog ni. ape ntah yang saya dah buat aritu. nak tengok kod² html kang nanti juling pulak. pening kepala. tunggu je lah rajin. hahaha.. 




hish. semak!! semak!! semak!! terus takde mood nak taip panjang².




tata.




#notakecik : "mak aku masak lagi sedap dari KFC" ayat budak² tacing. kahkahkah. kbai.

Thursday, February 14, 2013

bermula dari bawah...........again.

Assalamualaikum




salam Khamis. semoga kita menempuh Khamis ni dengan penuh kesyukuran dan ketabahan. InsyaAllah. eh dah macam nak berucap pulak. hihi.. sape yang selalu baca blog saya mesti pelik sebab tetibe je tak boleh bukak blog saya. saya tengok followers pun ade berkurang. hihihi..




it's okey kalau followers berkurang. maybe sebab mereka tak dapat nak bukak link blog lama tu. huahua.. then mereka pun stop following my blog. and ade jugak saya block some people dari follow my blog. mereka tu tak membantu pun. ibarat macam parasit. kerjanya nak caci maki saya. macam takde kerja lain. (--")




dulu link blog saya lain jugak. saya tukar sebab nama link blog tak best. hehehe.. alah, kisah lame. link blog pun nak gabung² ngan orang tu. sebab tu tukar nama link blog. kali ni saya tukar link blog sebab taknak kumpulan tu tahu pasal blog saya. tapi kalau tahu jugak, hmmmm no komen. sebab tu saya nak mintak tolong sangat² kat korang yang kenal ngan kumpulan tu, please!! JANGAN bagitahu nama link blog saya yang baru ni. kalau korang sayang saya as your friend, sila bantu. terima kasih. :)




saya pelik, kenapa some people yang saya kenal cakap saya ni hacker. waduh waduh waduhhh.. seriously, saya tak pandai nak hack account orang. hacker?? NOT. but stalker, YES!! hahahaha.. i like to stalk people. but certain people je lah. semua orang boleh jadi stalker. yes!! we can. selagi kita guna internet ni, selagi tu perasaan ingin tahu jadi makin menebal untuk tahu pasal seseorang.




tapi takdelah sampai nak meroyan sorang² pastu update kat blog/fb/twitter, cakap orang tu gila, orang tu sakit jiwa. apa ittewww?? saya rasa orang yang cakap camtu kat orang lain tu yang gila dan sakit jiwa. kesian kan?? semoga hati mereka tenang. hihihi.. biarlah dorang nak jadi gila ke, sakit jiwa ke, yang kita tau kita memang tak kacau dia langsung. orang yang gila ngan sakit jiwa je yang terase tetibe, perasan sendiri. (--")




sebelum ni kalau taip pape je pasal dekorasi kat Google mesti keluar nama blog saya. tapi sekarang dah takde lagi. tapi saya tak kisah. maybe saya kena bermula dari bawah macam mula² buat blog dulu tu.. hihihi.. lagipun, saya bukan nak jadi blogger tegar pun. just suka² je berblogging sambil share pape ngan u olls. memang tak ramai yang komen kat blog tapi saya tau ada yang baca blog ni. thanks korang. :)




.




.




.




.




.




tetibe tak tau nak taip ape dah. tata.




#notakecik : jangan cari masalah kalau takde masalah. :)

Friday, February 8, 2013

bertindak

Assalamualaikum.




tadi saya dah tidur awal. tetibe terjaga dan teringat belum solat isya'. masa saya terjaga tu saya terfikir. ya, saya perlu bertindak. saya dah penat dengan fitnah² yang saya rasa nonsense. mulut orang, suka hati mereka je kan nak kata pape yang buruk² pasal kita, asalkan mereka puas hati, dan rasa mereka menang. even kita senyap camne pun, mereka tetap jugak nak tindas kita.




takpelah. saya akan mengalah. malas nak panjangkan benda² mengarut ni. kita tak buat pape pun mereka still tuduh bukan². kate kite nak ambik tahu pasal mereka. katenyeeeeee.. meluat pulak rasa. mereka tu sape?? perlu ke saya ambik tau pasal mereka?? takde bawak kepentingan pun. baik tak payah kenal ngan orang camtu lagi senang. menyesal.




"memang rugi sapa yang tak kawan ngan aku" 




amboi statement dia. orang yang rugi ke, dia yang rugi?? eleh, ngaku je lah nak suruh orang kawan ngan dia. bhahaha.. jangan disebabkan perangai kita, nanti satu persatu orang yang kat sekeliling kita akan meninggalkan kita. behave lah. 




saya mengalah, sampai saya kena block dia, saya tukar link blog ni, saya tukar header blog, kalau boleh semua saya nak tukar. dan kalau boleh taknak ada sape² di antara mereka yang dapat tau pasal saya. hakikatnya, memang saya dah taknak tahu langsung pasal mereka even mereka dah takde dalam dunia ni.




saya dah penat berdiam diri. biarlah saya je yang menghilangkan diri dari pandangan mereka. itu lebih baik. memang sah lah mereka tu yang berpenyakit. cepat melatah. lepas ni kalau mereka ada kata bukan² pasal saya dan kawan² saya tu tak tahulah. yang paling jelas mereka berkata tentang saya. almaklumlah, bak kata mereka, saya ni perempuan gila, orang sakit jiwa. takpe, saya terima semua tu. pandangan orang kan..




"orang bijak adalah orang yang selalu mencari kesalahan diri sendiri dan perbaiki kesilapan tu. 

orang bodoh adalah orang yang suka mencari kesalahan orang lain"  




korang tergolong dalam golongan yang mana. sama²lah kita muhasabah diri. mungkin dulu saya adalah orang bodoh. tapi saya akan cuba perbaiki diri saya sendiri. semoga kita semua dapat berubah menjadi manusia yang bijak. :)




saya edit blog header, saya edit nama blog, saya edit nuffnang, saya edit networkblog, semua saya dah edit sampai tak sedar dah nak pukul 5 pagi. saya nak tidur. mengantuk ni. esok kompem tidur je kat opis. alahai. 




tata.




#notakecik : DONE!!

Thursday, February 7, 2013

buang masa

Assalamualaikum




lamenye tak update blog. gahahaha.. lama lah sangat. padahal baru berape jam je tak update. actually sekarang tengah bosan. biasenye waktu camni memang tengah takde kerja. dah tengahari baru ade. tapi tu pun depends. baru awal tahun kan. kerja memang tak banyak.




aritu saya ada bagitau bos pasal nak tukar kerja. means tukar secara dalaman ngan sorang opismate. katenye berkuatkuasa bulan Februari. katenyeeee.. wah, gittew tetibe nak nye nye plak. nye tu refer to bos okey. hikhik. tapi satu memo pun tarak bagi camnoooo?? takkan nak tukar ikut suka hati je nanti kate ktorang mandai² pulak.(--")




saya dah buat kerja ni dah 3 tahun lebih. em, ade lah jugak lebihnye tu. eh, ade nye lagi?? :p bukan nak tunjuk yang saya dah expert atau mahir buat kerja sekarang ni, cuma dah bosan. nak jugak belajar buat benda lain, ye dak?? nanti takdelah tercengang je bila ada orang tanye. tak pun, boleh jugak jawab untuk exam BITK yang kali keeeeeeee.. ntah tak ingat pulak. kuikuikui.




jap, nape tetibe cite pasal kerja?? muahahaha.. eh, kalau korang nak beli baju, jomlah shopping kat SINI. dia jual murah tau!! kat kedai luar, orang jual nak dekat RM200. dia jual bawah RM100 je. 


EDLstore

EDLstore

cantik tak?? jangan lupe cuci mata tau. :p



hah, dah cukup²lah ni buang masa. nak buat koje jap. tata. :)




#notakecik : "jangan terlalu confident yang kite tidak melakukan kesalahan. ALLAH lebih tahu. jangan tunjuk kejahilan kite melalui perbuatan atau pertuturan yang sia². manusia dikurniakan akal untuk berfikir. jadi, fikir dulu sebelum berkata² atau melakukan sesuatu. :)"


Wednesday, January 2, 2013

dah name pun blogger

Assalamualaikum..




hai, ni entry pertama untuk tahun 2013. actually, dah mengantuk mata ni. tinggal nak lelap je. pastu tadi blogwalking kejap nak bagi makin mengantuk banyak. hihihi... dah nama pun blogger kan, pergilah blog orang lain nak "stalk". eh, kalau blog dah open camni, bukan stalk namanye kan??





certain people memang tak suka bila blognya di baca oleh orang lain. tapi, kenapa ek?? mesti sebab taknak orang amek tau hal dia la tu kot?? tapi, kalau tak baca, risau pulak meroyan macam orang kurang kasih sayang. "takde ke yang nak singgah blog aku..?? *nangis " hikhik. sorry, terkasar bahasa pulak. :p





kalau taknak bagi orang "stalk" blog, baik jangan buat blog. tak pun, privatekan je blog tu. ha, tak pun, buat diari biase je yang kat buku tuuuuuuuuuuuuuu.. tu laaaaaaaagi secure!! tak payahlah nak melatah bila ade orang baca blog, sebab korang memang dah open kat semua orang. 




kadang² saya kesian kat certain people yang selalu perasan kite stalk blog dia. tapi kenapa mesti dia kata kite stalk blog ek?? sedangkan dia memang tak private pun blog mereka tu. pelik jugak ngan manusia camni. dia kata kite stalk blog dia kan?? tapi, dia tak sedar ke yang dia pun stalk blog kite jugak?? haaaaaaaaa.. yelah, kalau dia tak stalk, camne dia boleh tau ape isi dalam blog kite, betul tak?? nak tunjuk pandai kononnye, tapi dia tak perasan yang dia tu bodoh. opsss.. bahasa kasar lagi. hikhik.. maaf. :)




saya tak kisah pun sape² yang nak baca blog saya. sebab saya tahu saya dapat share something even tak banyak. sekurang²nya saya tak kedekut ilmu. dan Alhamdulillah followers pun bertambahlah jugak even tak banyak macam blogger² famous. sebab saya sedar saya memang tak famous pun. 




tu pun dah kire untunglah kan kite "stalk" blog dia, bertambahlah jugak rating blog.. daripada takde yang baca langsung, laaaaaaagi kesian. hmm.. baik delete terus blog, buat diari. hikhik.




tata.




#notakecik : pelik. paku dulang, paku serpih, mengata orang, dia yang lebih.

Tuesday, June 5, 2012

"stop following this site"

eh,aku bukan suruh korang stop follow blog aku..ishh..cubit kangggg..aku cume nak bagitau, aku dah UNFOLLOW blog² yang tidak lagi aktif dan blog² yang telah diprivate sebab rasanye macam no point aku simpan blog² ittewww..




blog yang aku follow dah limit so terpaksalah UNFOLLOW..kalau tak unfollow camne nak follow blog lain yang aktif..kan??lagipun,banyak lagi blog² best yang aku boleh follow.. :)




even aku tak rajin komen blog orang tapi aku suka baca..hihihi..oh okey,nak update tu je sebab nak buat kerja..tata~





#notakecik : tiap² pagi mengantuk..aiyooo~ @_@


Tuesday, May 22, 2012

jangan bodoh sombong sangatlah!!

dahlah bodoh,sombong pulak tu..adehhh..cuba bayangkan kalau ada orang cakap camtu kat korang directly.ape perasaan korang??uuuuiiiihhhhh..mesti rasa terbakar je kan??kuikuikui...



eh,ni aku bukan tujukan kat sape² lah..nanti kang ada pulak yang terase..hik hik hik..tak payah nak terasa sangatlah!! :D



andai katalah kan bila korang tak tau sesuatu perkara tu,pastu korang buat ikut suka hati korang je..kira macam yakin dengan apa yang korang buat tu, pastu tup² dapat tau, salah pulaaakkkkk..korang malu tak??



emm emm kalau aku yang kena camtu,kompem aku rasa maluuu sangat²!!huee..yelah,buat ikut suka hati je kan,pastu salah plak..adoi..banyak kali aku kena kot..kihkihkih..tu lah,yakin sangat dengan jawapan sendiri kan.. :D



sebab tu lah sekarang ni kalau aku tak yakin,aku tanya..kalau yakin sangat pun tak boleh jugak..hmm..tapi, kalau banyak tanya pun tak boleh jugak kan??betul tak..mesti orang yang kena tanya ngan aku tu stress..kahkahkah..sorry yek..



so,pasni kena ambik tau semua perkara..nanti kalau ade yang nak hentam,kita boleh bidas..ngeh ngeh ngeh..pape pun, sila jangan jadi bodoh sombong dan jadilah seorang yang berdikari..bukan bikin orang sakit hati..yeahhh!!




tata~




#notakecik : 37 days to go~ya ampuuuuuunnn.. (--")

Tuesday, April 24, 2012

LIMIT!!300!!

saje bukak blog,sementara belum ada kerja baik tengok² blog orang dulu..pastu follow..follow..follow..owww owww owww..




kerja aku??akan wujud lepas opismate atau aku sendiri balik dari Putrajaya or kawasan² yang sewaktu dengannya..




oh!!opismate yang kena pergi sana belum balik..




tengah sedap² follow..




"You are already following the maximum number of Blogs (300). Unfollow some other blogs first."




ciss!!




rasa sayang plak nak unfollowwwwwww.. T.T



 
......


































no idea!!



#notakecik: sudah cukup sudah~

Friday, April 20, 2012

dah pulangkan pun masih kena kata

ingatkan bila dah pulangkan senyap terus..rupanya, lagi kena kata..YA ALLAH..memang dasar mulut manusia ni kan memang tak boleh nak tutup.. (--")




kalau cerita tu betul takpe jugak..masalahnye,cerita tu tak betul..takpelah, kalau aku story kat sini kang nanti lagilah jadi bahan cerita..aku ni kan jahat + buruk perangai + buat orang menyampah + macammacammacammacamlagi~




takpelah..orang dah kata aku macam² kan..manusia cuma tahu menilai luaran je..kalau aku diam buat hal aku pun nak jadi bahan cerita jugak tu terpulanglah ye..




malas nak ambil tahu..





#notakecik : kekenyangan~

Sunday, April 8, 2012

blog kene remove.. :(

tengah busy buat kerja tiba² member BBM, "blog ko nape tak boleh bukak??dah kene remove wei..cube la ko bukak..asal wei??sayangnye..follower ko ramai wei..sayang gile.." lebih kurang gitu lah ayat dia..banyak betul "wei" dia..



pastu aku pun bukak blog aku kejap..mak oi!!memang betul² kene remove..awat ni kene remove..aku dah mula cuak dah.. @_@



pastu try sign in blogger,pastu dia mintak verification code..pastu kuar la macam² perkataan banyak² malas nak taip kat sini sebab aku pun dah lupe ape yang keluar banyak² tu.. :D pastu,baru boleh bukak..fuuhhhhh~



memang sayang giler kot kalau blog kene remove..blogger ni tengah bengong ke ape..ceyt!!mentang² aku jarang update blog..mula la tu gatal² nak remove..mencik betteyyyy~



okey,sekarang dah rajin sikit update blog..sikit je la..takde la rajin banyak pun..ngaaahahahaha..



kalau lepas ni jadi lagi camni memang aku dah malas lah nak berblog..waahahaha..boleh tak camtu?? ;p
 


eh,ni entry minggu lepas..tapi tak siap,so,publish arini..kekekeke..



tata~



#notakecik : kejap² hujan..kejap² panas.. 



Monday, April 2, 2012

lamenya tak update bloggggg~

dah lame tak update..makin lame makin sikit plak aku pnye entry..haih..




dulu rajin nak update,sekarang ni malas sebab PC kat rumah dah kene angkut keluar dari bilik aku..selalu aku boleh sukehati aku je nak online..sekarang ni,payah bebenor..almaklumlah pelanggan ramai sangat..kekekekeke..




ni pun amek mase sikit nak update kat opis..kalau tak memang tak terupdatelah aku punye blog..mesti korang rindu kan..kan??kan??kan??HAHAHA~




dah tak ramai dah yang baca blog aku ni sebab makin lame makin tak aktif dah..haishh..pape je la..




pasni ade latihan koir plak..sempena Puspanita..ha!!aku tau lagu Puspanita..korang tau??kihkihkih.. *okey,takde motif




mengantuk!!nak tido jap..tata~




#notakecik : lambatnye nak balik..

Wednesday, March 14, 2012

selamat kembali ~_~"

waahhh lame giler kot tak update blog..untuk bulan Mac ni,arini baru dapat update..kebizian melanda..bukan untuk diri sendiri pun..tapi untuk kerja..kerja semata²..waaahhh gittuuuu~




minggu ni ade audit pasal kontrak..minggu depan audit espkb plak..aiyooo..audit je memanjang..baru ingat nak rilek sikit..memang tak sempat nak rilek..ade je keje yang kene buat..sampaikan aku buat laporan pun salah².. T_T




takpelah..dah name pun kerja kan..so,buat je lah seikhlas hati..nanti hasilnya,masuk dalam perut jugak..baik jangan jadi orang yang berkira..bersyukurlah dengan kerja yang ada n dapat tu..ceeewaaahh!! ;p




busy sangat dengan kerja,sampai persiapan kawen pun tergendala..banyak lagi tak buat..borang tak siap isi, HIV test tak buat lagi, doorgift tak cari, blaa..blaa..blaa..huhh!!tension plak tiba²..aku ingat lepas member aku yang beranak tu masuk kerja,baru aku nak siapkan semua tu..tapi kalau dia tak masuk kerja.................................................hmm..



 
aku nak bangga diri jap boleh??aku rasa macam aku plak bos kat bahagian Akaun tu..HUAHUAHUAHUAHUA..mane tak nye,bos aku tu, cuti sebab bini dia beranak n dia sambung cuti sebab baby dia kene kuning..





pastu opismate aku yang beranak tu cuti sampai bulan depan..so tinggallah aku terkontang kanting sorang²..kadang² orang call² tanye pasal akaun,ade yang aku tak dapat jawab,ade yang aku boleh jawab..haihhh..fenin!! -_-"




kesian tak kat aku??tak ke??oh!!memang korang takde sifat perikemanusiaan..kihkihkih...gurau jek!! ;p





eh,minggu lepas aku pergi kursus kat Langkawi..kursus dalam kelas je seronok..yang lain tak seronok..lagi² tempat menginap kat situ,sebab aku kene kacauuuuuuuuuu..




kalau kat hotel maybe tak kene kacau kot..tapi ni kat Institut Koreksional Langkawi tu haaaa..belakang hutan..memanglah macam² jadi..banyak monyet pulak tu..ishhh..ignore je lah..maybe tu perasaan aku je kot.. @_@




tapi kan,kenapa kat muka aku ade kesan kene gigit??dah jadi tak cunnn..ahhh..malas nak pikir..maybe momok tu tak suke aku berak tempat dia kot??hmm..




dah la. pasni turn abah aku pulak nak online..kemain lagi abah aku ni sejak ade pesbuk,hari² online..ni pun dia suruh aku cepat..kihkihkih..




okey,stop sini dulu..lain kali sambung lagi..tata..




#notakecik : @_@

Saturday, January 7, 2012

friend request di Facebook..approved??tak??

korang ade Facebook??mesti ade kan??eh,aku pun ade lah..tapi ade jugak yang takde..kan??kan??kan??macam mak ngan abah aku,mane ade facebook..kikikiki..




friend list korang ramai tak??mesti ramai kan??sampai beriban riban eh??orang femesssssss..mestilah ramai..tak macam aku ni ha..tak femes langsung..sebab tu tak ramai..wakakaka.. *PANG 




pernah dapat friend request dari orang yang tak kenal tak??mesti pernah kan??entah sape²lah yang add korang tu..eh,aku pun pernah..tapi aku tak approved..takut orang tu cuma nak jadi stalker je..hehhhh..




pernah dapat PM dari orang pastu orang tu suruh add tak??mesti pernah kan??korang layan tak??yang ni aku pun pernah jugak..terkilan ade,sakit hati pun ade kot??alahaaaiiii..saboooo jelah..




orang tu PM aku suruh add dia sebab dia tak boleh nak add aku..dia kate nak kawan ngan aku lah kononnye..bila aku dah add,and dia dah approved,rupe²nye dia agen DUIT SMS..penuh kat wall dia tu cerita n wall post pasal tu..aduhhh menyesal aku layan..wei,yang aku cite ni perempuan tau!!bukan lelaki..




last² aku removed balik..bhaahahahahaha..jahat tak??aku tak minat nak berkawan ngan orang yang camni..dah paksa aku add,pastu dapat tau,agen itu ini pastu suruh jadi downline la ape la..tu bukan ikhlas nak berkawan..tapi tu nak menggunakan orang lain..puiii!!memang tak layan..




pasni aku dah malaslah nak add orang..biar orang yang add aku..wakakaka..jangan mare..




-end-




#notakecik : baju nikah dah siap..eh??awalnye.. XD

Monday, January 2, 2012

positif thinking or negatif thinking??

kenapa??kenapa??kenapa??kenapa semua orang cepat terasa dengan kata² aku??salah ke aku berterus terang weyhhh??sekurang²nya aku tak kata belakang..aku post kat sini,then,pandai²lah fikir apa maksud yang aku nak sampaikan tu..haihhh..


aku buat status kat BBM,orang terasa..aku buat status kat FB,orang terasa..aku tweet kat TWITTER,orang terasa..kat BLOG pun orang terasa jugakkkkk..alaahhhaaaaiiiiii..


tapi kalau orang post pape,takde pulak aku nak melatah ke ape..memanglah aku terasa jugak..pehh orang kata bukan²,sape yang tak terasa kan??


tapi kalau aku asyik nak fikir pasal ape yang orang kata,macam buang masa pulak..boleh dapat duit ke??boleh dapat emas ke??kalau dapat,syok jugak..tapi kalau tak dapat,better buat bodoh je lah..


disebabkan apa yang aku post tu,aku rasa semua orang dah benci aku..rasa je la..tapi,maybe tu cuma fikiran negatif aku je..bukan semua orang benci aku..even ada dua tiga yang benci,tapi sebenarnya ramai lagi yang sayang aku..ecewahh!!


dahlah,malas nak fikir..lantaklah orang nak kata apa..mulut orang kan,takkan aku nak stapler mulut dorang kot..nanti kang dah cacat pulak ghopenyeee..


layan movie lagi syok..tata..


-end-


#notakecik : think positif..think positif..

Thursday, December 22, 2011

pertanyaan,atau memang nak menguji??

kalau ada orang tanya pasal movie kat tempat kerja,maknanya ape??maybe dia memang betul² nak tanye kot..tapi aku rasa dia macam nak menguji je..macam nak tahu sape yang tengok movie kat opis..hew hew hew..


kat tempat kerja,aku memang jarang tengok movie..kalau aku betul² tengah takde kerja baru aku tengok..tapi biasanya memang jaaaaaaarang sangat!!so,kalau orang tanye aku pasal tengok² movie ni aku memang tak tahu..hahahahaha..


rasa macam bosan je tengok movie kat pc..aku selalu download,pastu tengok kat rumah je..lagi syok takde orang kacau..nak tengok kt opis macam pelik je..kihkihkih..


ehhh tipu lah kalau aku tak pernah tengok kat opis..pernah je..tapi,aku rasa macam tak syok la tengok kat opis..rasa tak best,rasa tak sedap hati..nanti orang nampak,ingat aku tak buat kerja pulak..hew hew hew..


cehh..konon macam nak tunjuk baik je kaaannnn..hikhikhik..menyampah kat diri sendiri..tapi memang betul pun aku buat camtu..takut jugak tak berkat duit gaji aku..hmm..maybe sebab tu lah aku rasa duit gaji aku tak cukup..ni mesti sebab aku asyik online blog je ek??kihkihkih..padan muka kat diri sendiri..


kalau blog,memang aku tak pernah miss..kalau tak bukak blog rasa macammmmmmmm ishhhh ketagih!!hahahahaha..bengong..tapi bukan setiap masa aku bukak..bila ada masa free je..takkanlah asyik nak mengadap blog je manjang kan..macam lah aku takde kerja lain..


okey,masa rehat dah habis..*ting ting ting* so,better aku berhenti mengadap menatang ni..kang tak terbuat pulak kerja aku tu..


dah,taknak bebel banyak²..aku nak sambung buat kerja..lain kali update blog lagi..heee..tata titi tutu~


#notakecik : hujan kat luar..sejuuuuukkkkkkkkkkk.. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...