terima kasih sudi singgah.....buat susah-susah jeeeeeee....teeehehehehe..

✿cayang2 rosalina✿

Showing posts with label dekorasi dapur. Show all posts
Showing posts with label dekorasi dapur. Show all posts

Thursday, July 24, 2014

[DEKORASI] dapur in progress 5

Assalamualaikum..




okey, kali ni baru ada kesempatan nak update entry. cadangnya nak buat semalam tapi semalam busy sangat sebab tetibe ada keje jatuh dari langit. dapat bayangkan kerja yang jatuh dari langit tu tak? ditambah pulak dengan sakit hati ni haaa.. nak cerita, tapi tu lain kalilah saya cerita yee. entry ni nak cerita pasal dekorasi je. :p




sebelum tu, tengok gambar² kat entry INI dulu. kalau tak tengok, camne nak tau perkembangan terbaru. kan? tu pun kalau korang nak tengok. taknak tengok ye takpeeee.. tak paksa pun.




okey, meh nak belanja gambar sepanjang progress dapur kali ni. pasang tiles!! amboi kenmaen ko kan alin, nak tiles² bagaaaiii.. mihmihmih.. abah saya yang pasangkan. nak upah orang lain pasang memang kami tak mampu.. ni pun rasa serba salah jugak nak mintak abah pasangkan. nasib baik abah nak tolong jugak. sayang abah lebih lah camni. muehehe..





pasang tiles pun amek masa 3 minggu. almaklumlah abah buat sorang² je. pastu bulan puasa pulaknye. kesian. mesti letih sangat. T_T Alhamdulillah siap jugak pasang tiles kat lantai dapur. haaa lantai dapur je. bawah kabinet tu belum siap sebab saya cadang nak pakai tiles warna hitam. tu pasang lepas raya je lah. asalkan lantai dapur dah siap pasang. selesa sikit nak pijak lantai. hehe.. :p eh eh eh abaikan barang kat bawah tu. lalalalala~






okey, gambar bawah cerita pasal cat pulak. yeee.. penat kooo nak mengecat lagi. dah lama tak main ngan cat ni. saya pun tak tau okey ke tak warna cat tu. saya main pilih je. asalkan cat. lantakkkkkkkk.. lagipun kat dapur je. belasah je lah warna pape je pun.


SEBELUM



SELEPAS



gambar bawah ni, sebelum letak peti ais. nampak tak peti ais kat sebelah tingkap tu? ko dapat bayangkan tak ktorang alihkan peti ais dari situ nak ke tempat yang sekarang??



haaa kat sini [tengok gambar bawah]. dapat bayangkan tak?? dah lah saya je yang alihkan. sakit kaki, sakit tangan, sakit pinggang. adoi doi doi.. nasib baik dapat alihkan jugak. nampak tak yang ktorang ni gagah?? kihkih.. :p




okey, aritu pergi Ikea lepas buka semata² nak beli rak yang kat gambar bawah ni. sempat sangat kannn.. sanggup pecut laju² sebab nak cepat sampai. nasib baik jalan tak jammed n tak ramai orang kat Ikea. dapatlah kami shopping dengan suka hati.. eh, masa shopping kat Ikea, terjumpa ngan cik epal blogger tu. dapatlah borak sekejap. gambar? nan hadooo sebab saya tengah selekeh. kahkah.


 

yelahhh.. mampu pakai rak ni je. mane mampu nak pakai kabinet dapur cantik² macam uols. jangan tengok stok makanan tu. memang sikit je. yang lain letak kat almari kecik sebelah peti ais tu. kalau letak semua makanan kat rak tu kang habis kena makan ngan cik titi. (--")




okey tu je dapat cite pasal dapur. tunggu entry lain jap g. ade nak story pasal dekorasi lagi.. ehhh.. esok kot. ke lepas raya. miaahahaha.. tak payah tunggu lah senang. kalau ada, ada lah. kalau takde, takde lah. :p




tata.



Friday, July 11, 2014

[DEKORASI] PROJEK RAYA

Assalamualaikum..




hai.





dapat bagi ni je.



#abaikankotoranyangkelihatanitu


tata.


Thursday, January 30, 2014

[DEKORASI] tagging²

Assalamualaikum..





hai uols. hari ni bosan sangat sangat sangat sangat sebab tu rasa nak update blog. hari ni close account so kerja dah siap pagi² lagi. pastu petang dah tak tahu nak buat ape dah. esok cutiiiii.. yahuuuuu.. em em emmm nak pergi mana ye? takkan duduk rumah je kan? bosanlah.





entry ni nak story pasal tagging². mengada sangat kan nak buat tagging². kat rumah sendiri je kottt.. hiiii.. sebenarnya masa saya buat tagging² ni untuk buat kat pantry opis saya. saje main print² kat rumah. nampak macam comellah pulak. amek je lah yang saya print tu tagging kat rumah sendiri. hahahaha.. untuk opis print lain. :p




sebelum tagging..









lepas tagging..





kat rumah saya takde milo. tapi saya print untuk milo pulak. hahahaha.. membazir je. takpelah simpan dulu. manelah tau nanti beli milo pulak kan? tinggal tagging je lah nanti. :)





saya tagging ni pun sebab saya risau tertukar amek tepung. almaklumlah ade dua jenis tepung kat dapur saya tu. tepung jagung dengan tepung gandum. sampaikan saya kena sorok tepung jagung tu kat rak lain. bila dah tagging camni takdelah risau lagi. alang² tu saya tagging semua sekali yang ada. :)





uols punye dapur camne pulak? ada buat tagging² macam saya tak?? :)





okey tu je nak cite. tata. selamat bercuti. :)





**UPDATE: disebabkan ramai yang bertanya kat mana saya dapat template tu, korang boleh download kat SINI.. selamat bertagging!! :)

Monday, August 12, 2013

[DEKORASI] dapur in progress 4

Assalamualaikum..



wahhhhhhhhh banyaknya update entry hari niiiiiiiiiiiiiii.. tu lah, dah lama tak update, sekali update, hamekau. baca je lah sampai bernanah mata. okey, entry ni nak update pasal progress dapur. dah masuk 4 episod dah ni. ecewah nak episod bagai. ape ingat ni cerita Setia Hujung Nyawa?? eh, cite tu dah habis, takde kena mengena.





bersempena nak raya haritu, abah berusaha jugak siapkan dapur. even bukan 100%, tapi dapatlah jugak ghope dapur tu camne.. so kalau korang tengok gambar nanti jangan tercekik kuih raya pulak sebab terkejut tengok dapur saya yang yang yang. em, tak tau nak describe camne. tengok je lah camne rupa dapur saya tu.

sinki yang bakal dicabut nyawanya
keadaan lantai sebelum disimen. masih berpasir. :p

oh abah!! (T_T)

dua hari sebelum raya abah usaha jugak untuk menyimen lantai dapur tu. Alhamdulillah, siap jugak simen. tiles?? tu nanti²lah. tunggu ada budget. banyak nak guna budget ni wei. buat dapur pun nak habis dekat RM2k. kena kumpul lagi ni.






ni lah keadaan dapur lepas dah dikemas. kemas ke camni?? hahahaha.. kabinet belum ada. ye barangnya bersepah². tikus pun rajin masuk sebab pintu dapur belum ada. eeeee sakit pulakkkk hati kite.




cat?? tu projek lainlah.. haaaa yang tu kena tunggulah. sementara ni undercoat dulu. sebab tu lah kat dinding ada yang dah cat n ada yang tak dicat. belum finishing lagi ni. yang takde cat tu nak letak tiles. abah ni seorang yang teliti. sebab tu nak siapkan dapur pun ambil masa yang lama. kalau tak buat betul², nanti takut tercabut balik. sementara belum pasang tiles kat lantai, kami pasangkan tikar getah je. takpelah. asalkan boleh dipijak. lagipun, lantai tu masih simen kasar. abah cakap, kalau nak pasang tiles tak boleh simen halus nanti tak melekat.




meja makan tu kami letak kat dapur sebab saya rasa macam ruang dapur tu besar. nasib baik muat. kalau nak biar kat ruang tengah memang tak muat sebab ada peti ais. tapi tak taulah nanti camne kot² kami berubah fikiran nak letak meja makan tu kat ruang tengah balik ke kan?? :p




dapur ni belum 100% siap. jangan pulak korang nak kutuk². taulah dapur korang cantik. emmm.. [tetibe nak sentap]  tu je kot cerita pasal dapur. kalau nak tengok gambar dapur saya sebelum jadi yang macam sekarang ni boleh tengok kat SINI, SINI, dan SINI. nampak sangat perbezaannya. kan??




okey, selamat berkongsi. :)


Tuesday, May 28, 2013

kau ingat kau hebat??

Assalamualaikum..




dah Selasa lah.. eh, bajet macam selasa tu macam hari Jumaat je plak kan?? mentang² kerja dah siap dah boleh golek golek depan pc. em, camne nak golek golek depan pc kat opis ni?? okey, tak payah nak bayangkan. (--")




sambil menaip, sambil tahan sakit perut. boleh tak?? saya kan hebat. kahkahkah.. ape motif ni?? heyyyy saya pun tak faham. saje menaip ikut suka hati. bosanlah. nak main Candy Crush tapi "hati" dah habis pulak. kene tunggu kawan bagi "hati" jap. dah macam ape je nak kena tunggu kawan bagi "hati". ape ingat hati ayam?? :p




actually tajuk entry takde kena mengena langsung dengan isi entry. tetibe je jari ni nak taip camtu, hahhhh layankan aje lah. nak delete pun pastu nanti dah tak tau nak taip ape pulak. ye dak?? biarkan je lah.




ohhh!! lupe nak story pasal progress dapur. esok lusa je lah ye?? tak pun tunggu dah siap baru story. amacam?? hehehe.. malas nak snap gambar. pape tah saya ni kan?? snap gambar pun malas. padahal cuma tekan je button kamera. pemalasssss!! erm. whatever.




ape nak bebel lagi ni?? tu je lah kot. takde idea. HAHAHAHAHAHAHAHAHAHA.. sorry, buang masa korang baca entry ni.




tata. (^^)Y

Friday, February 22, 2013

[DEKORASI] dapur in progress 2

Assalamualaikum..




salam Jumaat semua. semoga semua dalam keadaan sihat dan diberkati hendaknya. [dah macam nak tulis kat kad raya]. hari Jumaat adalah hari malas. hihi.. boleh tak?? :p sebenarnye ade kerja. tapi tadi buat tajuk entry, pastu berhenti menaip, buat kerja jap. sekarang kerja tu dah siap. magic tak?? magic tak?? 




ni kenapa sampai nak buat "dapur in progress 2" ni?? pe jadah ni?? pe jadah ni?? sampai ade episod 2 pulak. sebenarnye ade gambar tertinggal. malas nak edit. lagipun nak bagi nampak macam ade banyak entry je. kihkih.. pun bolehhhhhhhhhh.. :p





kat entry lepas takde gambar abah saya tengah buat dinding sebelah kiri tu. sebab semalam lupa nak bawak kamera. heee.. hari ni bawak, pastu transfer, siap edit letak watermark lagi tu. hakhak. 

 

abah saya bancuh sendiri simen ni. takde guna lori simen pun. hew hew. kesian pulak tengok abah buat sorang². kami cuma tolong bila ade kene tolong je. 
 

nampak tak rupa asal ruang tu camne. abah saya dah potong besi bahagian bawah tu sebab nak letak batu. kalau tak buang, camne nak letak batu. ye dak?? :)  ni gambar curi². nanti kantoi saya amek gambar abah tengah buat kerja. abah buat kerja khusyuk betul. hehehe..




dah tu je. tak boleh nak cerita lebih² sebab tak tahu nak cerita ape lagi. hihihi.. lain-lain cerita kat next entry. okey?? tata.




#notakecik : Alhamdulillah, disebalik kepahitan pasti ade yang manis. :)

Thursday, February 21, 2013

[DEKORASI] dapur in progress

Assalamualaikum




lamenye saya tak update blog. hihihi.. kebizian melanda. lagi satu malas nak update. boleh kan bagi alasan camtu?? :p okey, entry ni nak cerita pasal progress dapur rumah kami. huhu.. dah lame tak story pasal dekorasi. ececehh dekorasilah sangggattt [tangan dibahu].. layan jelah ye?? :)





rasanya korang semua tak tahu lagi camne keadaan rumah kami terutamanya bahagian belakang masa kami mula² masuk rumah tu. nak tau tak?? okey, nak tunjuklah ni. :p



hahahaha.. heip heip jangan nak geli geli pulak. tapi memang itulah hakikatnya. penyewa lama tinggalkan rumah tu dalam keadaan yang yang yang... haih tak tahu nak describe camne. korang sendiri dah nampak kan?? lantai tu. erghhh.. geram pulak kite.




kami jugaklah yang kene basuh. eh, bukan saya yang basuh. cik abang yang basuh. hehehe.. saya tolong siram² je. dia yang berus². kuikuikui.. lubang saluran tu dah tersumbat. cik abang jugak yang call Indah Water suruh settlekan. nasib baik dorang datang cepat. :)




dah settle semua, basuh lagi sekali. yeahhh.. barulah selesa sikit nak duduk rumah tu. :p kami angkut barang sikit² masuk dalam rumah. eh eh, ni nape nak cerita lagi?? semua dah cerita kat entry² lepas. baca je lah ye. kihkih.. :p [malas nak taip punya pasal]





dengan rezeki yang ada, kami guna duit tu untuk tambah dinding batu. sekarang ni guna besi, tak tahan lama sebab berkarat. baik tukar dinding batu. lagipun memang nak duduk situ lame. :) kami tak upah orang luar. tapi kami mintak tolong abah saya buatkan. abah saya pun baik hati nak tolong. tapi, lambat sikitlah siapnya. sebab dia pun sibuk. takpe, kami tak kisah. asalkan siap. hihihi.. terima kasih abah!! :) 





dinding sebelah kanan memang dah ada. kat situ dah menjimatkan kami. hehehe.. jiran sebelah yang buat. dia pun tambah belakang jugak. so kami cuma tambah belakang dengan sebelah kiri. abah saya dah siapkan yang sebelah kiri. sekarang nak pasang belakang tu pulak. nak letak pintu dan tingkap. :)


ya ampunnnn.. dapur sapelah ni. [geleng-geleng kepala]  HAHAHAHAHAHA.. camnilah keadaan dapur kami. nak masak kena pakai selipar, sebab berpasir. takpelah. sekejap je semua ni. jap lagi nak dapat dapur baru!! yeeehaaa.. tapi lame lagilah. :p


takde tempat nak simpan. terpaksa letak situ. hew hew. banyak sangat barang dalam rumah kami. tak tau nak simpan kat mane. (--") besi² tu abah saya punya. kotak tu?? takpe, takde isi pun dalamnye. hahaha.. bile ntah nak buang. :p


saya bagi cadangan kat cik abang, nak tambah satu bilik untuk laundry area. dan saya dah usulkan kat abah saya. abah saya cakap boleh.. hmm.. camnelah rupa laundry area tu nanti. hehehe.. tunggu jelah.





okey tu je buat masa ni. abah saya stop buat sebab orang kedai salah bagi rangka tingkap. tergendala semuanya. cis. semoga dapur kami cepat siap. semoga abah dikurniakan kesihatan yang baik supaya dapat siapkan dapur kami. Amin.. InsyaAllah.. saya sangat sayang abah saya. :)




tata.




#notakecik : hujan diluar. saya lapar. T_T

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...