terima kasih sudi singgah.....buat susah-susah jeeeeeee....teeehehehehe..

✿cayang2 rosalina✿

Showing posts with label cantik. Show all posts
Showing posts with label cantik. Show all posts

Thursday, April 24, 2014

mata cantik boleh buat iklan cermin mata

Assalamualaikum..




hai. baru nak update blog. sorry. hihi.. nak cerita ni.. sebelum tu, jangan ingat saya ni perasan ke menggedik ke ape ke kan. ni saya cerita berdasarkan ape yang orang kata. okey?





okey.





selalu kalau datang opis pagi², lepas masuk opis, saya keluar kejap beli makanan kat cik Os. orang INTAN je tau cik Os tu jual makanan kat mane. alah, anggap je lah dia bukak gerai makanan untuk jual nasik lemak bihun kuih muih ngan teh. saya suka beli kat situ sebab murah. pastu sedap. berbaloilah beli kat dia. eh, ni bukan nak cerita pasal beli breakfast. ni nak cerita pasal emmmmmm.. uols baca je lah conversation kat bawah ni ye. conversation antara pegawai gred 54 (lelaki), dengan sorang pakcik rambut merah (err, orang INTAN yang baca blog ni (kalau baca) mesti tau sape).. :p





dua minggu lepas :

saya baru lepas beli nasik lemak then nak bayar. saya tanya kat orang yang tolong jagakan gerai tu ada lagi tak yang datang. biasanya akan ada trip kedua datang sebab saya nak beli donat. saya tanya tanya tanya dia tak jawab soalan saya sebab dia tengah busy borak dengan orang lain. saya jerit la "cik Othman, nanti ade lagi tak yang datang??" tetibe ade pulak pegawai gred 54 tu dengar then cakap "nape panggil cik, panggillah abang baru dengar" sambil pandang² saya dua tiga empat lima kali. oh myyyyyyy.. terdiam kejap. dah lah tak pernah tegur dia sebab segan. kan dia gred atas. saya ni kuli je. saya senyum je. lepas bayar terus balik opis. (--")





minggu lepas :

saya tengah masukkan nasik lemak n donat dalam plastik. tetibe pakcik rambut merah datang. then saya terpandang dia sebab dia sibuk tengok saya je. masa tu pegawai gred 54 tu pun ada jugak tengah ambik bihun.

saya     : nape tengokkkkk.

(pegawai gred 54 pandang saya. maybe dia ingat saya cakap dengan dia..)

PRM    : eeeee sukalah tengok mata dia..

(saya senyum je. malas nak layan.)

PRM     : macam mata ular..

PG54     : ehhhh mana ada macam ular.. cantik.. boleh buat iklan..

saya cuma mampu gelak je. :p






semalam : 

macam biasa saya beli brakfast. saya ambik nasik lemak ngan donat. masa tu pegawai tu je yang ada. pakcik rambut merah takde. masa tengah ambik donat, pegawai tu cakap,

PG54      : ada tak carik iklan mata? iklan cermin mata ke..?

saya        : ???????????????? takde.. hihi..

PG54       : rabun kan? pakai cermin mata kan? [saya angguk] haa boleh masuk iklan cermin mata.. mata dah cantik dah..

saya  TERDIAM. senyum je yang mampu. dalam hati, [iklan???? hahahahahaha.. sape pulak nak amek aku masuk iklan?? ]


cepat² bayar then terus balik opis.






macam²lah dorang ni. mata ular lah. iklan lah. esok lusa mata ape pulak? mata biawak? mata dinasour? mata kerbau? bukan tak suka orang puji cantik, tapi, seriously saya segan. dalam hati mesti kata (cantik ke?? aku tengok biaseeeeee jeeeeeeee. tang mana pulak cantiknye?? ) betul wei. saya segan. janganlah puji banyak². tapi, ni anugerah Allah kan, semua ciptaan Allah cantik. uols pun cantik.. :)





dah. tak boleh cerita lebih². nanti kang ade jugak yang termuntah kat sini. meluat. kan?? haha..





tata.


Tuesday, April 8, 2014

[TESTIMONI] cantik dengan Maixara C-Sential

Assalamualaikum..




ramai yang tanya, saya pakai produk ape. sebenarnya saya tak berani nak suggest sebab takut lain pulak jadinya kat orang yang saya suggest tu. tapi disebabkan ramai sangat yang tanya, meh saya bagitau.





sebelum ni saya ada bagi tau yang saya pakai pencuci muka Collagen Plus tu. saya ada cerita kat SINI. tapi disebabkan ada desas desus mengatakan yang sabun tu bahaya, so, saya stop suggest kat orang. saya pun baru je bertukar ke Safi Rania. almaklumlah, untuk perempuan yang makin meningkat dewasa katenyeee.. bukan tua okeyyy.. hakss. tapi ada jugak yang still lagi nak guna sabun Collagen tu. bagi saya kan, elok je sabun tu. tapi tu lah, tu baru jangka pendek. jangka panjang kite tak tau. kan? kalau rasa benda tu elok, teruskanlah pakai.. kalau rasa tak elok, better stop.




ada pakar kecantikan cakap, sebenarnya tak elok guna pencuci muka sebab sel² kulit kita akan makin nipis. kalau nak cantik better cantik secara dalaman. cantik dapat, sihat pun dapat.





untuk kecantikan dalaman, saya makan Maixara C-Sential. setakat ni saya rasa okey. jeragat kat muka pun dah kurang. pastu kulit cerah sikit dan tak kusam. pastu kan, kulit uols akan rasa makin gebuuuu.. aumm.. serius tau ni!! hihi.. :) best tau makan ni. sedap pun sedap. nyammm..




Maixara C- Sential
 
VITAMIN C + KOLAGEN + GLUTA + EKSTRAK STRAWBERRY 10000mg

 
Gabungan daripada extrak strawberry menghasilkan vitamin C, kolagen dan gluta dalam satu tablet. Kolagen yang digunakan dari sumber ikan tilapia. Tidak memberikan kesan alahan jika anda alergik kepada seafood seperti pure collagen marine (PMC).

Fungsi utama Maixara C-Sential:
1) Mencerahkan dan mengebukan seluruh badan dgn sekata
2) Melembabkan kulit dan menghaluskan kulit dan seluruh badan
3) Menganjalkan kulit (agen anti oksida dan anti penuaan)
4) Merawat jerawat, mengurangkan jeragat.

Satu tablet mengandungi 10000mg (Pertama di Malaysia)
Kesan dpt dilihat seawal 7 hari.
Minum air dengan banyak. Sekurangnya 2 ke 3 liter sehari.
Kesan yang dapat dilihat dalam 7 hari ke 10 hari: Kulit cerah dan berseri, kulit menjadi lembut dan halus. Parut jerawat dan jeragat semakin pudar dan muka tidak kusam lagi

Boleh diambil oleh:
○ Orang lelaki & perempuan umur 13 tahun ke atas
○ Ibu menyusu dan Ibu mengandung ( seelok slps 5 bln )
○ 100% Halal dan Selamat, Tiada gelatin, Produk Bumiputera dari kilang bertaraf GMP Muslim.

Cara penggunaan: 1 kotak mengandungi 60 biji tablet Ambil 1 biji slps mkn mlm
Tablet boleh ditelan atau dihisap atau dikunyah sepertui gula gula




meh saya belanja gambar saya. tapi jangan menyampah pulak tengok gambar saya. tau!! sebab saya tak secantik uols. :(


gambar saya ni takde edit² tau. maybe gambar selepas tu saya amek kat bawah lampu sebab tu nampak cerah sikit. kalau uols perhati betul² kat gambar sebelum, ada jeragat kat pipi. kat gambar selepas tu jeragat dah tak nampak sangat n muka jadi pink. takde kusam sangat macam gambar sebelum.. pastu kalau uols perasan, gambar sebelum tu hidung saya macam berkilat (berminyak).





terpulang kat uols nak percaya gambar atau tak sebab susah nak bagi orang percaya kat gambar ni. yang saya tau, memang ramai yang tanya camne kulit muka saya nampak cantik. jadi, saya suggestkan Maixara C-Sential ni. :)





camne nak beli?? boleh beli pada adik saya. untuk sebarang pertanyaan, boleh contact dengan adik saya. boleh singgah BLOG NANI untuk tengok produk² lain.





opsssss!! ini bukan nak promote bisnes adik sendiri. cuma nak suggestkan apa yang terbaik je. dah alang² adik saya memang buat bisnes ni, so, uols dialu²kan untuk membeli pada adik saya. :) sebelum ni pun saya beli kat kawan tempat kerja saya. sama je beli kat mana². jangan beli yang tiruan sudahlah. bahaya. daripada cantik terus jadi tak cantik.




saya pernah minum Aura White tapi saya stop sebab leceh sangat nak bancuh². makan yang ni lagi okey tau. papepun terpulang pada uols. saya cuma bagitau ape yang orang selalu tanya kat saya.




okey selamat mencantikkan dalaman uols. :)


Tuesday, June 25, 2013

cantik selepas umur 40??

Assalamualaikum..




hai uolls. lamenye saya tak hapdet belog yang hampir² berkabus ini kan?? takde habuk² pun. cuma kabus je yang banyak. jerebu katekannnnnnnnnnn.. kekekeke.. jerebu pon bolehhhh.. nak update tapi kena tunggu waktu rehat. selain dari tu adalah waktu bekerja. hehe. kat rumah?? ohh tu waktu untuk saya buat kerja rumah. kerja jugak ape kan?? :p




saya nak cerita sikit ni. sikit je lah. kot. benda sikit je. tapi nanti bebelnye yang banyak. ada satu hari tu saya tengah duduk². tetiba saya telah didatangai seorang pakcik. pastu borak²lah sikit dengan dia.. pastu tetibe dia cakap "kamu ni nanti umur 40an mesti lagi bertambah cantik.." saya terkedu. ------ saya tanya pakcik tu, "yeke?? mane pakcik tau??" pakcik tu jawab "selalu perempuan akan nampak lagi cantik bila dah masuk umur 40an. sekarang kamu dah cantik, nanti kamu mesti lagi cantik.." saya hanya senyum je. "betul ni saya cakap.. kamu jagalah diri kamu tu.. jangan sampai orang kacau² kamu.. " 





pakcik tu terus nasihatkan saya.. saya cuma mengangguk dan senyum je. :) InsyaALLAH selagi saya bernafas, saya akan jaga peribadi saya. tapi kan, belum masuk umur 40an pun, sekarang dah ada yang kacau. camne tu?? (--") bangga?? tak pun. rimas wei. kadang² kalau jalan kat luar sorang² rasa macam nak tulis kat dahi "DON'T DISTURB ME".





tapi, betul ke perempuan akan nampak cantik bila dah cecah 40an?? patutlah Che Ta nampak cantik. kan?? eh, mak saya lagi cantik. :) perempuan memang kena jaga kecantikan. sama ada luaran atau dalaman. nak cantik senang je. kena senyum selalu.. kalau orang taknak balas senyum tu lantak dia. hahaha.. pastu kalau nak masak nasik tu kan, air basuhan beras tu jangan buang.. asingkan. boleh buat basuh muka. insyaALLAH kulit bersih tapi takdelah bersih sangat. cuma nampaklah jugak kesegaran kat muka tu.. saya kadang² buat kalau teringat. kalau tak ingat takdelah buat. :p pastu kalau nak lagi cantik kan, tepeklah bedak banyak². ha, sampai nampak cantik. hihi..




cantik ke, tak cantik ke, bersyukur je lah dengan apa yang ada. :)





dah, tu je nak cerita. tata.




#notakecik : tak tau nak buat ending ape. hahahahaha..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...