terima kasih sudi singgah.....buat susah-susah jeeeeeee....teeehehehehe..

✿cayang2 rosalina✿

Showing posts with label dekorasi bawah tangga. Show all posts
Showing posts with label dekorasi bawah tangga. Show all posts

Tuesday, November 12, 2013

[DEKORASI] kemas stor

Assalamualaikum..




hai, saya datang lagi!! sorry lama sangat tak ngadap blog ni. busy wei. ni tengah tak busy, bolehlah update blog kejap. nak update kat rumah internet takde pulak. nak topup pun kena pikir sejuta kali sebab duit dah nak surut. T_T




okey nak cerita pasal stor. kan saya pernah cerita saya beli rak kat IKEA kan?? nasib baik ngam² je wei.. kalau tak muat kang nak letak mane rak tu pun tak tau. nak letak dapur kang nanti semak pulak dapur tu haaa.. barang yang ada sekarang pun tak tau nak letak mana dah. ni kan pulak nak letak rak lagi. (--")




bila dah sumbat barang² kat dalam stor nampak macam sikit je barangnya. bila dah keluarkan ya ampun banyak banget sihhhh.. penat keluar masuk stor sebab nak keluarkan barang. sampai sakit² kepala saya sebab asyik terhantuk kat pintu stor. @_*




kat dalam kotak dapur gas tu ade isi tau. saya simpan dapur gas yang masa mula² beli time nak masuk rumah. jangan ingat saya suka² je nak simpan kotak besar gedabak camtu. buat penuh stor je. kuikuikui.. dapur gas tu saya bagi adik saya. kebetulan dia belum beli lagi, baik bagi je kat dia. elok lagi. saya beli lain sebab nak buat table top aritu. :p



kat rak tu saya belom kemas lagi. masih letak lagi barang ntah pape. hikhik. serabut pulak mata nengoknye haaa..


itulah ghope keadaan dalam stor lepas dikemas. sebenarnya masih memerlukan satu lagi rak sebab macam rimas pulak tengok barang² letak camtu je. nampak serabut.



rak ni saya letak barang kecik² je. nak letak barang yang besar² muat ke?? kang nanti roboh. :p oh saya ada letak barang sikit dalam box plastik. tapi tak amek pulak gambarnye. dah selamat bersemadi belakang almari pink tu haaa.. kalau rajin, scroll gambar atas ye. hihi. dalam box plastik tu saya sumbat barang². banyak no wayar kerja² wiring dulu. sumbat je dalam tu haaa habis cerita.




dah tu je lah cerita pasal stor. nanti kalau ada cerita lagi saya update. tapi tunggu saya rajin lah ye?? hehe..  malas nak taip dah ni. kbai.


Thursday, October 17, 2013

[DEKORASI] malas nak kemas stor

Assalamualaikum..




silalah percaya dengan kenyataan tersebut bahawasanya saya memang tengah malas nak mengemas stor. alah stor yang kat bawah tangga tu. kalau korang tengok pun mesti nak pengsan banyak² kali kat dalam tu. hew hew.. ada tak yang nak offer diri jadi bibik stor?? eh eh eh eh eh.. bibik stor pun boleh.


nampak tak?? contoh seperti di atas. sebenarnya bukan contoh. tu lah ghope sebenar keadaan dalam stor. HAHA.. sila pengsan sekarang. camne nak kemas ni wei?? alahai.


bahagian tu nampak lapang sebab drawer dah dikeluarkan. alah drawer plastik tu haaa.. lupe nak amek gambar sebelum. kikiki.. memang tengah mengemas pun masa ni. pastu stop kejap sebab nak solat. pastu tergendala terus. malas. haha.. rasa macam nak sumbat semua barang tu dalam box tapi belum beli box lagi. sebab tu tergendala semua proses mengemas stor. :p





saya dah beli rak kat IKEA untuk sumbat dalam stor ni. nasib baik ngam² je. tapi lupe pulak nak amek gambar. hikhik. nanti²lah saya amek. tunggu dah siap kemas sumua. ngeee.. saya nak sumbat semua barang² tu dalam box macam ni.. [tengok gambar bawah]


beli kat Giant. nak beli yang besar mak oooiii mahal. rasa macam nak terkeluar bijik mata tengok harganya. dah lah bawak duit sikit. nasib baik yang ni tengah offer. RM16... brape ntah. tak ingat. RM16.90 kot. :p barang yang atas box tu tak payah tengok. tak penting. heee..




nanti bila dah siap kemas saya cerita yeee.. sekarang tengah malas. balik kerja sampai rumah pukul 7 mane sempat nak mengemas semua. penat penat penattttttt.. tunggu sabtu ahad je lah. (--")




tata.

Saturday, March 9, 2013

[DEKORASI] stor tangga

Assalamualaikum..



entry ni nak citer pasal stor tangga. benda nilah yang ditunggu²kan.. lame beno nak siap. actually, bukan lame orang tu nak siapkan, cuma tarikh pasang tu yang buatkan semua jadi lambat sebab ramai sangat kot customer dorang. huhu..




korang dah tengok gambar sebelum pasang ke belum ni?? eleh, nengade. malas nak cariklah tu. jap lagi saya tepek kat sini, tengoklah puas². nak tengok sampai masuk mimpi pun boleh. :p




okey, saya letak gambar dululah ye?? nak taip panjang² pun korang bukan baca. cuma tengok gambar je. kan kan kannnnnnnnnn?? elelelee.. macamlah saya tak tau. sebab saya pun kadang² buat camtu jugak. HAHAHAHA.. :p




Sebelum :





gambar yang first tu kena tengok sebelah mata je tau. jangan ngengada nak tengok lama² pulak. sekeh kang. pastu gambar kedua ngan ketiga tu dah kemas sikit² dah sebab nak buat stor tangga kan. kalau tak buat, takdenye nak kemas camtu. kompem lagi teruk dari gambar first tu kot?? kot jelah. korang jangan percaya pulak. hek hek hek.. :p




eh, malas pulak nak taip. korang tengok sendirilah hasilnya camne.


 


camtulah ghope diaaaaa.. memang pilih warna ni pun sebab nak matchkan dengan penghadang tangga tu. lagipun, nak bagi nampak luas sikit. tapi rasa macam kosong plak kan?? hmm.. maybe kena buat decoration sikit kot. hehehhh.. tapi tu nanti²lah. malas pulak nak fikir. HAHAHA..




mata dah mengantuk. kalau broadband tak buat hal, mesti entry ni dah siap pukul 12.30 tadi. tengok, betapa lamenye kena tunggu baru line ok?? inilah punca saya malas nak update blog kat rumah. eh mak jemah ni tadi kate dah mengantuk tapi masih bebel² lagi.




okey tata.




#notakecik : tengah tengok gambar kawen. banyak lagi yang tak tengok rupanya. bhahahaha.. :p

Wednesday, February 13, 2013

[DEKORASI] bawah tangga

Assalamualaikum




okey, update blog lagi. dah kena sawan blog. jadi gian nak update blog. kesian kat diri sendiri. (--") entry ni nak tunjuk something yang akan buat korang terkejut kucing. meowwww!!!! HAHAHA.. taknaklah terkejut beruk, tak comel. tukar jadi terkejut kucing. hihihi.. boleh jugeeekkkkkk.. 



ya ampuuuunnnnnnnn.. rumah sapelah yang bersepah tu. HAHAHAHA.. mesti tak percaya kan?? memang tu lah keadaan bawah tangga kat rumah kami. bersepahhhh!! macam² ade kat situ. kotak HT pun masih ade lagi kat situ. sepatutnye dah boleh buang dah tu. waduh waduhhh.. rangka tingkap tu nak buat kat dapur, so parking kat situ jap. 




ape nak buat dengan barang² tu?? haaaaaaaaaaaaaaa.. kami dah ada perancangan. tapi, just wait and see je lah. sebab still in progress lagi. :) nampak tak tangga tu pun tak habis cat jugak. bhahahaha.. sebab sebab sebabbbbb.. ntah. hihi. tunggu je lah nanti. :p




tu baru barang kat bawah tangga. belum barang kat dalam bilik lagi. banyaknye barangggg.. tapi tempatan simpanan takde. alahai. nak kene tunggu dapur siap dulu. buat sementara ni tak boleh reveal sangat. tak surpriselah nanti. hihihi.. jeng jeng jeng..




dah. tu je nak cerita. tata!! :)




#notakecik : sakit pulak bahu kite. adoi.. T_T


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...