terima kasih sudi singgah.....buat susah-susah jeeeeeee....teeehehehehe..

✿cayang2 rosalina✿

Showing posts with label IKEA Damansara. Show all posts
Showing posts with label IKEA Damansara. Show all posts

Friday, July 11, 2014

[DEKORASI] dressing table

Assalamualaikum..





okey, baru ada kesempatan nak update pasal dressing table yang tak macam dressing table ni. dressing table ke?? boleh lah kan kalau nak kata dressing table sebab memang macam dressing table jugak pe. kahkah. cerita putar belit tul ko ni alin. lantaklah nak kate mende ni ape. dressing table ke, dressing table ke, dressing table ke.. same jugak sebab memang taip dressing table 3 kali. LOL!!





okey, kat bawah ni gambar sebelum tukar kepada dressing table yang baru. meja tu rendah sangat. kalau nak amek pape kena buat senaman perut. tunduk² amek sikat. pastu amek krim muka. pastu amek bedak. pastu amek eyeliner. pastu amek lipstik. pastu tak kempis² jugak perut ni. makin boncet lemak adeee..





haisshhh.. janganlah tengok barang² yang bersepah tu.. memang buat semak mata pun.. almari kecik yang pink tu sekarang dah takde sebab dah tukar dengan rak. eh, boleh tengok kat SINI.





sebenarnya bukanlah dressing table pun.. cuma beli almari tiga laci ni kat IKEA.. mesti korang tau kan almari ni buat isi ape. ehhh betullah tu, buat isi baju. tapi saya beli buat dressing table. puas sikit nak simpan barang² make up saya tu haaa.. nak kate banyak pun, jap, banyak ke? tapi macam bersepah je. kalau dah bersepah tu maknanye banyaklah kan?? tapi, saya tengok macam sikit je. kihkih..



saya dah kepenatan shopping dari awal pagi sampai petang. pegi IKEA awal sebab taknak jalan jammed. lagi satu senang nak dapat parking. muehehe..


\/


\/


\/


\/


\/


\/


\/


\/


\/


\/


\/





kecalaran, kebalaran. kesekian keterimakasihan. *nangis. sedalam² luka pada almari, dalam juga luka dihatiku. ecehh.. hm, takpelah. redha je. T_T






akhirnya siap jugak. cermin tu pun beli kat IKEA jugak. kalau tak, saya nak beli yang lain, tapi takde pun cermin tuuu.. hm, bolehlah pakai cermin ni. nampak moden gittewww.. hikhik.



okey tu je. tata. :)

Monday, July 7, 2014

[CPUV NUFFNANG] IKEA - JUNE SALE CAMPAIGN

Assalamualaikum




haaiii.. update blog sebab dapat CPUV dari Nuffnang lagi. wiii wiii.. best best best!! terima kasih Nuffnang.. sayang Nuffnang sangat. muah muah muah!!



sekarang Ikea tengah ada sale tau!! serious ni. kan dah masuk iklan kat radio. hehehe.. aritu saya shopping dengan adik saya kat Ikea, then saya beli wall shelf yang LACK ni, kat situ harga dia RM59 kan, saya beli dapat harga RM39 weeeeiii!! murahhhh!!




nasib baik memang nak beli 1 je. kalau saya tau menda tu murah, memang saya beli 2 -3 tau. hihi.. dekat resit baru keluar harga RM39 tu. dan saya guna kad Family Ikea. tak taulah kalau tak guna kad tu boleh dapat murah ke tak. :p




jom jom jom shopping kat Ikea!! semua barang best². tempat pameran pun dah renovate, so, memang semua dah nampak baru.. cuma dorang tak habis renovate lagi lah, tapi still boleh jalan² n tengok kat dalam tu lagi. :)




nak tau pasal rak ni?? tengok entry lepas ni. hihi.. okey tu je. tata.

Thursday, October 17, 2013

[DEKORASI] malas nak kemas stor

Assalamualaikum..




silalah percaya dengan kenyataan tersebut bahawasanya saya memang tengah malas nak mengemas stor. alah stor yang kat bawah tangga tu. kalau korang tengok pun mesti nak pengsan banyak² kali kat dalam tu. hew hew.. ada tak yang nak offer diri jadi bibik stor?? eh eh eh eh eh.. bibik stor pun boleh.


nampak tak?? contoh seperti di atas. sebenarnya bukan contoh. tu lah ghope sebenar keadaan dalam stor. HAHA.. sila pengsan sekarang. camne nak kemas ni wei?? alahai.


bahagian tu nampak lapang sebab drawer dah dikeluarkan. alah drawer plastik tu haaa.. lupe nak amek gambar sebelum. kikiki.. memang tengah mengemas pun masa ni. pastu stop kejap sebab nak solat. pastu tergendala terus. malas. haha.. rasa macam nak sumbat semua barang tu dalam box tapi belum beli box lagi. sebab tu tergendala semua proses mengemas stor. :p





saya dah beli rak kat IKEA untuk sumbat dalam stor ni. nasib baik ngam² je. tapi lupe pulak nak amek gambar. hikhik. nanti²lah saya amek. tunggu dah siap kemas sumua. ngeee.. saya nak sumbat semua barang² tu dalam box macam ni.. [tengok gambar bawah]


beli kat Giant. nak beli yang besar mak oooiii mahal. rasa macam nak terkeluar bijik mata tengok harganya. dah lah bawak duit sikit. nasib baik yang ni tengah offer. RM16... brape ntah. tak ingat. RM16.90 kot. :p barang yang atas box tu tak payah tengok. tak penting. heee..




nanti bila dah siap kemas saya cerita yeee.. sekarang tengah malas. balik kerja sampai rumah pukul 7 mane sempat nak mengemas semua. penat penat penattttttt.. tunggu sabtu ahad je lah. (--")




tata.

Sunday, September 1, 2013

[DEKORASI] storage

Assalamualaikum..




disebabkan hari ni hari Ahad, makanya saya nak update blog. ada kena mengena ke?? kikiki.. okey, memang takde kena mengena. update sebab dah tak tahu nak buat apa. nak pergi wedding kawan pun kejap lagilah pergi. InsyaAALAH..




sebenarnya dah lama nak buat entry pasal ni tapi asyik tak terbuat je sebab gambar semua kat pc rumah. nak transfer² kat pendrive pun malas. hahahaha.. semualah malas. bila ntah nak rajin. :p




disebabkan ruang dalam bilik warna biru tu macam kosong je n takde tempat nak menyimpan barang, so kami decide nak letak rak dalam bilik ni. ecewah macam banyak je barangnya. hihi. sekurang-kurangnya kalau ada rak ni nampaklah kemas sikit. takdelah bersepah je barang² tu semua. takkan semua nak sumbat dalam laci?? nak cari lagi payah.




jadinya, kami pergilah ke IKEA sebab nak cari rak. dah situ je yang murah. kan?? hikhik.. murah n berkualiti. yeke berkualiti?? saya pun tak tahu. kekekeke.. ingatkan nak beli rak yang warna coklat tu. alah yang ada corak kayu tu..


tapi nampak macam biasa sangat then kami pun jalan jalan jalan lagi sampailah kami nampak rak yang macamni. harga pun lagi murah.


nasib baik ada so terus decide ambik yang camni. yang ni brand BESEBO. tapi rasanya dah tak jual sebab saya search balik kat website IKEA dah takde dah. patutlah masa kami beli tu dorang letak harga murah. memang rezeki kamilah kot.



barang² tu saya main letak je. nak beli box tak beli² lagi. nantilah ada masa pergi IKEA lagi, kami nak beli box pulak sebab rak ni terbuka sangat. :p


bakul ni saya beli kat AEON je. konon² nak letak majalah kat ruang tamu. tapi bila dah letak kat ruang tamu jadi perangkap habuk pulak. stress wei. hari² kemas pun still ada habuk. maybe sebab lubang bawah pintu tu besar sangat kot. nampak sangat suruh saya kemas rumah hari²(--") eh, abaikan barang² yang bersepah dalam bakul tu. HAHAHAHAHAHA..




disebabkan saya ni kadang² menjahit,  so saya carik tempat untuk simpan semua barang² jahitan tu. nasib baik ada kat DAISO. jenuh jugak nak mencari bekas camtu. nasib baik jumpa. tu pun dah 3 DAISO saya pergi. rupanya ada kat Setia City Mall je. nasib baik dekat. berbaloilah jugak pergi SCM tu. :p




oh, barang² jahitan tu pun saya main letak je situ. saya cadang nak letak dalam box jugak. hm. tengoklah nanti camne. :)


bekas stationary tu saya beli kat DIY je. daripada letak pen bersepah², baik letak dalam bekas camni. senang nak cari pen. sebelum ni nak carik pen pun susah. sampai cari² dalam laci pun tak jumpa jugak. dah ada bekas ni senanglah sebab dah tau mana nak cari pen, gam, pisau, gunting semua. :)




saya suka main game puzzle. sebab tu sanggup beli. yang lama² punya mane ntah. dah banyak hilang kot. ni je yang selamat simpan sebab angkut sekali masa pindah sini. :p



cadangnya kami beli rak ni pun sebab nak simpan Al-Quran. sebelum ni saya simpan dalam wardrobe je. disebabkan baju semakin banyak, dah takde space nak simpan. that's why kami beli rak. dalam masa yang sama bilik ni pun jadi tempat untuk solat, lagi senanglah saya nak capai Al-Quran tu. :)




magazine box tu saya beli kat IKEA jugak. brand KASSET. em, saya tak sempat nak kemas. tengoklah tu ntah pape yang saya sumbat kat dalam tu. wakakaka.. -jangan tiru aksi ini- saya beli pun bersebab jugak tau. bukan saje² je nak beli. kan saya selalu pergi kursus, n setiap kali pergi kursus mesti dapat note. so, saya ingat nak sumbat note² saya dalam magazine box tapi saya tengok macam banyaklah pulak notes saya tu. alahai.


okey gambar yang ni takde motif. saja nak letak jugak. kikikiki.. baru perasan jam tu senget. :p




okey tu je yang saya nak share pasal storage. setakat ni lah. nanti kalau ada perubahan pape saya share. btw, terima kasih sebab baca blog saya. tata. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...