terima kasih sudi singgah.....buat susah-susah jeeeeeee....teeehehehehe..

✿cayang2 rosalina✿

Showing posts with label how to know your colour. Show all posts
Showing posts with label how to know your colour. Show all posts

Thursday, May 8, 2014

cara mengetahui warna baju/tudung yang sesuai dengan kita

Assalamualaikum





hai. entry kali ni nak buat tips pulak. almaklumlah kan dah nak dekat raya ni, mesti ramai yang nak beli baju raya. wahhhh awal gitu kan beli baju raya. puasa pun belum dah cerita pasal raya. ehhh tailor pun dah ada yang tutup tempahan raya tau. so, rasa-rasanya saya yang cepat ke, uols yang cepat? hehe..





kalau rasa-rasa nak nampak lebih menyerlah masa raya nanti, atau bila-bila lah kan, kenalah baca entry ni sampai habis. [perlu ke mention camni?] sebenarnya, warna baju pun memainkan peranan jugak tau. bukan semua warna je boleh dibelasah pakai. ada certain orang yang boleh masuk bila pakai baju warna apa-apa pun. tapi, ada certain orang bila pakai baju putih, lagi menampakkan diri dia bertambah kusam. camne nak tau?? haaaaaaaaa!! that's why lah kena baca entry ni sampai habis. nampak tak permainannya? [kena mention banyak kali ke? LOL!!]





okey, uols pun tau kan, kita ni bukan ada warna kulit yang sama. kadang² uols punya kulit cerah, tapi adik uols kulit gelap. bila dia guna camera 360 je baru nampak cerah. eh eh eh.. japppp.. ni contohhh.. haha. jangan sentap pulak.. :p jadi, warna kulit jugak ada memainkan peranan dalam pemilihan warna baju/tudung ni.. kulit kita ni terdiri kepada COOL n WARM. nak tau ape COOL n WARM ni? sila baca lagi sampai habissssssssssssss.. [mention lagi?]





COOL undertone

ciri-ciri:


:: mempunyai kulit yang berwarna pink/rosy atau "blueish" undertone. 

:: biasanya berkulit cerah atau gelap(seperti african american) dan kulit tidak mudah gelap walaupun berada di bawah cahaya matahari.


::mata berwarna hitam atau coklat gelap.


:: warna urat nadi berwarna biru.


:: sesuai memakai barang kemas berwarna "silver".





jadi, warna yang sesuai untuk orang yang kulit camni adalah seperti warna² pastel, biru gelap, merah, hot pink, biru pastel, merah jambu, plum atau ungu lavendar.

contoh warna yang perlu dielakkan adalah warna² tanah, hitam, krim, orange dan warna emas sebab warna-warna ini akan membuatkan kulit anda nampak kusam.






WARM undertone


ciri-ciri:


:: mempunyai kulit yang berwarna kuning atau "golden" undertone.

:: biasanya berkulit cerah(kuning langsat) atau gelap(hitam manis) dan kulit mudah gelap ketika berada di bawah cahaya matahari. 


:: warna urat nadi berwarna hijau.

:: sesuai memakai barang kemas berwarna emas.



Warna yang sesuai untuk orang berkulit warm adalah warna² tanah, ivory, hijau, merah cili api, turquoise, krim, oren, warna emas, peach, coklat gelap atau warna kelabu.

Warna yang perlu dielakkan adalah warna² pastel atau putih.




kat sini saya share palet warna yang sesuai untuk uols pilih..

COOL sebelah kiri--------------------------------------------------WARM sebelah kanan



haaaa ape lagiii?? sebelum beli baju/tudung, pilih dulu warna yang sesuai. barulah naik seri muka tu. kalau main belasah je beli, pastu tak kena dengan warna kulit kita, menyesal pulak nanti. tak pasal² kena tegur, "ehhh kenapa nampak makin gelap??" tak ke haruuu?? habis lah mood nak beraya nanti. kikikiki..





saya dah tau kot saya punya dalam kategori mana. kot lah.. hihi. sebelum ni main beli je baju ape-ape. asal nampak cantik semua nak beli. :p lepas ni kena tengok sesuai dengan warna kulit ke tak, baru boleh beli. kalau tak, nanti tak nampak cantik. hikhik.. hope entry ni dapat dijadikan panduan untuk uols nanti. sebenarnya, panduan untuk diri saya tapi nak share kat sini jugak. sharing is caring katenyeeeeeee.. kihkih..




tata.




p/s: boleh klik SINI juga. :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...