terima kasih sudi singgah.....buat susah-susah jeeeeeee....teeehehehehe..

mintak tolong klik, nak buat rumah. terima kasih.. :)

✿cayang2 rosalina✿

Thursday, April 28, 2011

cukup sampai di sini..

aku rasa aku dah tak boleh nak tahan semuanya..cukup lah sampai di sini..aku nak hilang dari semua orang..

minta maaf kalau aku ada buat kau orang marah,meluat,benci,or pape je lah..MINTA MAAF sangat2..

aku akan kembali bila aku rasa nak kembali..wassalam..

Tuesday, April 12, 2011

jom main kira-kira keserasian pasangan :)

hai guys..hihihi..sapa2 kat sini yang suka main kira2,meh ler main kira2 keserasian antara kau orang dengan pasangan kau orang..ngaaahahaha..

bunyi sebutan nama [dalam huruf jawi]..iaitu jika bunyi di :-

Depan  : Markah 9
Atas      : Markah 8
Bawah  : Markah 5


Contoh :

Nama Lelaki : Mohammad Firdaus
Sebutan : Mo + Ham + Mad + Fir + Da + Us
Markah : 9 + 8 + 8 + 5 + 8 + 9
Jumlah : 47

Nama Perempuan : Rosalina
Sebutan : Ro + Sa + Li + Na
Markah : 9 + 8 + 5 + 8
Jumlah : 30
 
Jumlah Keseluruhan : 47 + 30 = 77
 

Mencari baki :

Jumlah 77 dibahagi pula dengan nombor 9, 7, 5 dan 3.

Iaitu :
 
77 bahagi 9 = baki ialah 5
77 bahagi 7 = baki ialah 0
77 bahagi 5 = baki ialah 2
77 bahagi 3 = baki ialah 2 


kira dengan cara manual tau..bukan guna kalkulator..
baki yang aku dapat ialah 5, 0, 2 dan 2 [baca dari atas ke bawah]

 
Peringkat perjalanan usia perkahwinan [9, 7, 5, 3]

9 - Di masa muda [awal perkahwinan]

7 - Di masa memasuki pertengahan 

5 - Di masa menghadapi masa tua 

3 - Di masa tua [penghujung perkahwinan]

 
Jika baki :-

0 - Bulan Purnama
Di waktu ini rumah tangga sangat bahagia, hidup penuh dengan aman dan damai. Tidak berlaku kekecohan. Jika pasangan ini subur kemungkinan mendapat ramai anak.

1 - Biji Di Tasik
Di waktu ini pasangan hidup dengan keadaan kewangan yang hanya cukup makan. Tidak mewah (dengan kadar masing-masing) dengan kata lain tidak cukup duit atau susah sedikit untuk mendapatkan duit. Rezeki payah.

2 - Anak Raja Sekandang
Di waktu ini pasangan suami isteri romantis, rasa secocok, rasa sama padan dan saling memahami. Maka rumahtangga menjadi bahagia.

3 - Anak Raja Kepanasan
Di waktu ini sering berlaku pertengkaran, bergaduh, bermasam muka iaitu dengan kata lain perselisihan faham sering berlaku. Jika dibiarkan berlarutan rumahtangga akan hancur.

4 - Abu Atas Tunggul
Di waktu ini duit ada tapi tidak pernah cukup. Jika dapat wang pun hanya sekadar dapat lihat sahaja. Wang itu cepat habis digunakan. Ada-ada saja perkara yang hendak dibelanjakan. Senang datang senang habis. Poket sentiasa kosong.

5 - Telaga Di Bawah Bukit

Di waktu ini rezeki datang melimpah-limpah. Tidak menghadapi masalah kewangan. Hidup senang.

6 - Tanduk Seberkas
Di waktu ini pasangan menjadi romantis, penuh kemesraan dan penuh kasih sayang.

7 - Naga Seru
Di waktu ini pasangan tidak tenteram kerana masalah kuat cemburu. Selalu tidak percaya pada pasangan.

8 - [sama seperti nombor 0]

=

=

=

=

=

=

=

wei..wei..kau orang jangan percaya sangat dengan semua ni tau..ni sekadar untuk mengisi mase lapang kau orang je..daripada kau orang asyik korek2 idong kan,buat kira2 ni okey jugak pe..hahahaha..sekurang2nye dapat jugak challenge diri kau orang sama ada faham soalan or tak..kehkehkeh..

ape2 pun kau orang kena Percaya dengan Qada' dan Qadar k.. ^_^Y

okebai..

-end-

*notakecik : ape cik abang nak bagi untuk birthday aku nanti ye??kihkihkih.. ;p

Sunday, April 10, 2011

oh diari merah!!

okey,malam ni proses mengemas ape2 yang patut..aku nak buang baju2 lama yang aku tak pakai..wat semak almari aku je..waaahahaha..

sedang khusyuk mengemas,tbe2 aku ternampak something yang membuatkan aku teringat memori2 lama..yaaa..diari merah aku..tempat aku luahkan segala2nya mase aku study kat uitm dulu..OMG..diari itu..

hmm..bila aku baca,aku rase sebak,sayu,sedih,dan airmata mula bergenang..betapa banyak kenangan2 yang SANGAT PAHIT dah aku lalui dalam hidup aku..sepanjang aku hidup kat bumi Segamat tu,kenangan manis aku cuma dengan kawan2 aku..tapi secara peribadi,semuanya PAHIT!!!

aahhh..persetankan semua itu..aku taknak ingat lagi..semua cerita dah lepas..ya!aku MESTI lupakan semua tu..aku perlu hargai dan lalui apa yang ada depan mata aku..

kepada cik abang,no wonder la saye tak banyak cerita pasal mase saye study dulu..hope awak faham..bukan setiap apa yang kita lalui tu manis2 belaka or kita akan ingat semuanya..tapi,selalunya,yang pahit tu lah yang melekat dalam ingatan..that's why saye taknak ingat..nanti hati saya CEDERA..

seboleh2nye,lepas ni,aku taknak ungkit kisah2 lama..even aku masih sakit hati dengan PEREMPUAN TU,aku kena usaha lupakan semuanya demi masa depan aku,cik abang dan anak2..err..anak2??ohh,abaikan..berangan je tu..

alamak!!aku lupe aku kena kemas almari la..adoooiiii...okeyla,nanti2 sambung..tata~

*notakecik : malas pulak nak kemas2 ni..haihh.. T_T

Monday, April 4, 2011

GEGAR 1 RIBU BLOG APRIL BERMULA

tiba2 rase nak join plak..hahahaha..sebelum ni aku rase malas giler nak join macam2 sebab otak tengah serabut nak pikir banyak hal..haihhh..

aku gedik2 nak join sebab tajuk tu bulan APRIL..theehehe..ade kene mengena ke??eh,op kos la..sebab aku lahir bulan APRIL..hihihi.. *blushing~


 haaa..sape nak join,jom ler..meh klik SINI sementara stok masih ade..hihihi..


*notakecik : bulan APRIL bulan bersejarah bagi aku..hihihi..lagi 2minggu!!aawww...nervousss!! ;p