terima kasih sudi singgah.....buat susah-susah jeeeeeee....teeehehehehe..

✿cayang2 rosalina✿

Tuesday, October 30, 2012

kembali setelah lama menyepikan diri.

tajuk entry nampak sangat menipu. bukan lama sangat pun kan sampai nak buat tajuk camtu. mengada nak buat tajuk entry camtu sebab tak tau nak buat tajuk ape. :p




kenapa ntah mood nak mengupdate blog tetibe hilang. saya sendiri pun tak tau. ke dah malas nak update?? ke dah malas nak bukak blog?? ke dah malas nak menaip?? ke ke ke.. em.





sekarang ni pun kene termenung dulu baru taip. termenung. taip. termenung. taip. (--")





macam buang masa je korang baca entry ni sebab takde input langsung. hikhik. dahlah. nanti² update lagi. tata!!



tengah carik idea nak deco rumah camne. hmm..


#notakecik : saya pelik tengok awak. kenapa awak begitu. :p
 

Monday, October 22, 2012

Monday Blues

selamat hari Isnin. selamat Isnin hari. hari Isnin selamat. hari selamat Isnin. pusing² pun tetap ada Isnin. (--") standardlah kan bila hari Isnin je mulalah rasa menyampah. :p




baru je nak menceriakan diri pagi tadi tetibe ada someone yang telah spoilkan mood Isnin saya. saya cakap elok² dengan dia, tapi dia sebaliknya. hmm.. terus rasa malas nak tegur semua orang. siapa?? tu pun nak tau ke?? tak payah tau lah. biarkan saya simpan sorang² je.





minggu lepas tak dan nak update blog sebab kena berkursus 3 hari. kalau bukan sebab kursus tak cukup, memang takdelah saya nak join kursus tu. eh macam terpaksa je kan bunyiknye?? tapi best jugaklah kursus tu sebab belajar benda baru. :)


nasib baik kursus kat tempat kerja je tapi tulah kena jalan kaki pulak. hikhik. ade lah dapat 2000 langkah untuk 1 hari.. sempat lagi tu nak kira ek?? yelah, kena jalan sorang² so buang tebiat kira langkah. waahahaha.. kalau jalan dengan member kan nanti mulutnya asyik nak potpet je. :p




............





tetibe ade titiktitik. oh tu tandanya dah tak tau nak taip ape. okeylah. selamat bekerja semua. jangan malas² ye. aku malas takpe. hakhak. tata.





#notakecik : menyampah.

Tuesday, October 16, 2012

MUFFIN COKLAT

masa majlis tunang adik saya aritu saya ada buat muffin coklat.. sebenarnya bukan pernah dan tak tahu buat pun, tapi mengada² gatal tangan nak buat. entah sedap ke tak rasa muffin tu tak tahulah kan sebab lidah orang lain²..:p




okey, saya letak sini bahan² dan cara² nak buat muffin coklat. kalau ada terkurang dan tetibe korang buat tak jadi tu maaf ye. hehehh..



Bahan A
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 1/4 cawan serbuk koko
  • 2 sudu kecil baking powder
  • 2 sudu kecil soda bikarbonate
  • 3 sudu teh nescafe
  • sedikit garam

Bahan B
  • 2 cawan gula kastor
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 cawan susu cair (atau susu segar)
  • 3 biji telur
  • 1-2 sb oren / blackcurrant Sunquick

Bahan C
  • 3/4 cawan air panas
Cara-Cara:-
  • Campurkan semua bahan-bahan B dan letak ketepi.
  • Ayakkan tepung bersama serbuk koko, baking powder dan soda dan campurkan semua bahan A di dalam mangkuk besar.
  • Masukkan bahan B ke dalam A dan kacau rata.
** Kemudian akhir sekali masukkan air panas ke dalam adunan tadi dan gaul rata. 
** Ceduk ke dalam muffin cup dan bakar pada suhu 150 C selama 15 minit




haaa camnilah ghope muffin tu.. :p


saya ni kedekut sikit sebab tu tabur hiasan tu sikit je. hahaha.. actually nak jimat, sebab saya beli menatang tu sikit je.. so nak budget² bagi cukup. kalau nak nampak cantik dan sedap, tabur banyak² pastu letak coklat cip sekali. :)




actually, saya nak simpan muffin tu dalam plastik je tapi macam tak cantik pulak.. dan takut hancur. so saya tukar plan isi dalam bekas dadih tu. dulu masa buat dadih, saya pernah carik bekas ni kat Tesco tapi tak pernah jumpa bekas yang kecik. kalau ada pun yang besar je. pastu saya ajak cik abang pergi pasaraya ANK dekat Meru, dekat dengan rumah mak, nasib baik ada.  :)

 

nak cerita pasal mini muffin pan kat bawah ni..



kat Econsave harga pan ni RM13.90 je.. tapi kat Tesco RM16.90.. mahalllll.. aritu beli 1 je kat Econsave pastu rasa macam lambat siap so pergi Tesco nak beli lagi 1 sebab kebetulan nak beli barang lain. sekali tengok harga RM16.90. mak aihhhh.. tapi.. tapi.. tapi.. terpaksa ambik jugak sebab dah malas nak singgah². menghabiskan minyak kereta je kan.. (--")




baik shopping kat Econsave je lagi murah. tetibe rasa menyesal. @_@"





#notakecik : arini kursus. best!! :)


Monday, October 15, 2012

adik saya dah tunang

14 Oktober 2012, tarikh keramat untuk adik saya sebab dia dah jadi tunang orang.. ecewah!! keramat ke?? LOL!! kat bawah ada sedikit gambar sempena majlis semalam.. malaslah nak taip panjang² so tengok jelah gambar ye. selamat menonton.. :p



baju buat sendiri. selendang buat sendiri. rajinnyelah. :p
selit menyelit :p

cakkk!! :p
nevesnye..nevesnye.. XD
rombongan
cincin dijari :p
makan makan makan
nani n yim
pelamin mini by MIM Collection :)
kek dari pihak lelaki
tengok aina tu dah nganga mulut. :p
makan lagi.. :p

hantaran dari pihak perempuan.. semua ni adik saya yang gubah sendiri..camne ntah dia boleh buat sendiri. kalau saya kan, ntah jadi ape kot hantaran tu. (--")

sireh junjung
tafsir Quran

tuala
wallet + belt
kemeja
baju nikah
rumah coklat :p
tshirt

sejadah
kasut

gula² nanas.. XD

cupcake
jeruk
buah²an
kek
bawah ni pulak hantaran dari pihak lelaki. kretif sangat hantaran dorang. actually ada banyak lagi tapi yang lain tu semua makanan. so dah selamat masuk dalam perut. hehehhh.. ni je yang selamat di ambik gambarnya. :)

baju nikah
 


tuala
sejadah
handbag
 
sireh junjung
kasut
telekung
perfume



ehem ehem amacam?? ada skill jadi photographer tak?? waaahahahahaha.. ni yang nak beli DSLR ni. cik abang,ape lagi?? nakkkkkk!! :p




kenapa ramai yang kate muka adik saya macam Shila Hamzah?? kihkihkih.. masa mekap je kot.. kan kan kan?? :p 




as usual, gambar orang yang jadi tukang snap mesti takde kan?? takpe, saya letak gambar ni.


hahaha. oketata.




#notakecik : penat kemas rumah. @_@

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...