terima kasih sudi singgah.....buat susah-susah jeeeeeee....teeehehehehe..

✿cayang2 rosalina✿

Friday, December 12, 2014

[CPUV NUFFNANG] banyaaaaaaaaakkkkkkkkkk

Assalamualaikum..




hai hai dan hai. salam Jumaat. update blog hari Jumaat je lah. hari lain kebizian. Jumaat je free. tu pun bukan selalu. kadang² je. ni pun sepatutnya ada kerja. tapi curik masa jap nak update blog. bosan punya pasal. sorang je kat opis. eh bukan sorang pun, ade je cc. tapi kakak² opis ada yang cuti, ade yang balik rumah. jadinye saya dok keseorangan je kat opis. dating dengan meja. tido pun ciom meja. LOL!!





awak kat mane.. awak awak kat mane.. DUSH!! tetibe keluar lagu ni kat radio. rasa macam nak joget² macam Taufik Batisah joget tu pulak. eh, jangan bayangkan saya joget ye. buruk. *tutup muka





entry ni nak cite pasal Nuffnang kok. nape tetibe pasal awak kat mana.. LOL!! okey, pasal Nuffnang. baru ada masa nak bukak Nuffnang. sekali bukak, aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa banyak pulak yang masih on going.


terima kasih Nuffnang kerana bagi banyak banyak banyak dan banyak cpuv.. nanti bagi lagiiiii!! hihihi.. lebiuuuuuuuuuu..





okey tu je. dah kate tadi kan entry pasal Nuffnang. tu je lah nak cerita. rajin pulak saya nak cite lebih². mihmihmih.. hey, jangan lupa klik iklan Nuffnang ye. tenkiuuu.. ♥





tata.

Friday, November 21, 2014

backdrop birthday party tema FROZEN n SMURF

Assalamualaikum..




hai. cakk!! update blog lagi. sebenarnya nak update minggu lepas tapi sebab ada hal, terus tak jadi nak update. hal ape? hal yang membuatkan hati iols sakit gila lah uoolllllssssssssssss.. tapi sekarang ni dah malas nak pk sebab hari² ngadap muka orang tu je kat 'sini' a.k.a bukan di rumah. jadinya dah tak terkesan sangat dah. lantak dia lah nak buat ape. yang penting iols takde kacau orang lain pun. i'm a happy person. :p





meh nak habaq mai cite pasal birthday party anak kepada ex opismate. cadangnya nak buat tema Frozen n SMURF tapi macam tak banyak pulak Frozen n Smurf nye. yang ada cuma warna je, biru putih. boleh lah kan daripada takde langsung. kihkih. kalau nak masukkan dua² watak pun macam susah je. takut tak kena dua² watak tu sebab tu takde letak sangat kat backdrop. kenapa dua watak?? sebab yang celebrate tu 2 orang.. eh bukan, 3 orang. tapi dua orang tu yang budak kecik tu, yang lagi sorang dah besar. nak buat sekali katenye.. hihi..





oh, lupe nak bagitau. backdrop tu iols yang buatkan. cantik ke tak? nak kate tak cantiklah tuuuu.. mesti tak percaya kan kalau iols kate iols yang buat backdrop tu. lalalala.. tapi, percaya je lah ye.. ape ingat iols tak berseni?? tengok mata lahhh.. eh eh tetibe. :p bangun pukul 3 pagi semata² nak siapkan semuanya. nak siapkan awal.




tak kisahlah bangun awal ke tak. asalkan benda ni siap dah puas hati. kuikui. dah dah jom tengok gambar. yiihaaa..

yang celebrate birthday tu budak kecik yang tengah tu. di apit oleh princess Elsa. :p

dia nyanyi lagu happy birthday.. tu yang moncong² je mulut dia. hihi..

yang pompuan tema FROZEN, yang budak kecik lelaki tu tema SMURF.


candy buffet ni bukan iols yang buat. dorang yang buat sendiri. cantik kan?? :) iols cuma design props tu je.







eh tetibe ada gambar belon pulak. :p

okey tu je lah nak share. malas nak taip banyak². sebarang pertanyaan sila komen kat bawah ye. waaahahahaha macamlah ade yang nak komen. okebai.




.




.




.




.





jaga-jaga, ada Princess Elsa yang memerhati. hikhik.. :p



tata.

blog ini bakal ditutup??

Assalamualaikum..




hai hai hai lamenye tak update blog ni. disebabkan sekarang tengah takde kerja, mari kita update blog. lantaklah depa nak kate ape. iols bukan curik tulang k. kerja iols dah siap. selebihnya tak boleh nak proses sebab peruntukan tidak cukuppp.. *nangis sebab bosan tak buat kerja. rasa macam tak berkat pulak gaji iols bila tak buat kerja ni. haih..




eh eh blog ni bakap ditutup? seriously? adakah benar? atau propa semata? kau gila nak tutup blog ni? sayang gila naw naw kot. kalau tutup nanti iols nak bebel kat mane? nanti uols nak baca bebelan iols camne pulak? khennnn.. eh eh ade ke yang baca bebelan iols yang macam monyet dapat bunga ni? eh? takde kena mengena. tetibe pulak kan nak kaitkan dengan monyet. dapat bunga pulak tu.




iols kompius nape iols boleh keluarkan kata-kata sebegitu. monyet dapat bunga? pape ntah. *DUSH!! adakah kerana iols baru melepaskan hajat di bilik kecik? omg! kahkah. kantoi disitu. eleh macamlah uols tak buang hajat jugak. kan kan. weh, pesal entry ni macam ntah pape je ni?




nak tau nape tetibe iols boleh nak update blog arini? sebabbbb bateri enpon iols dah nak mampoih. lupa nak bawak charger. tetibe arini lupa nak bawak. aduhai. k tu je..





tata.


Tuesday, November 4, 2014

selamat tinggal INTAN, hai JPJ Shah Alam

Assalamualaikum..





hai. rindu update yang panjang lebar dari saya tak? klise sangat soalan ni kan? kahkah.. :p padahal baru je lepas update pasal Nuffnang. eh tu entry pasal lain. ni pasal lain pulak. actually entry ni sepatutnya nak update bulan lepas, tapi banyak pulak halnye. sebenarnya malas nak menaip. haaaaaaaaaaaaa.. yang tu barulah alasan yang betul.. kihkih..





okey.. okey.. taknak buang masa. saya cuma nak bagitau, sekarang ni saya dah selamat pun bertukar ke jabatan lain.. dah tak kerja kat INTAN dah.. uwaaa.. will miss you guys. sayang nak tinggalkan INTAN tapi atas sebab2 tertentu saya terpaksa bertukar jugak. memang ini yang saya nak pun dari dulu. akhirnya Alhamdulillah, tertunai jugak hajat ni.. saya apply tukar ni sejak dari tahun 2011 lagi. lame sangat tunggu tau. nasib baik dapat tukar jugak. meh saya nak cite sikit kronologi masa dapat tukar tu. maybe bagi uols benda ni tak penting, tapi bagi saya ini penting sebab ini boleh jadi kalender saya. kalau lupa bila saya dapat tukar, saya boleh refer entry ni balik. hikhik..






mula2 dapat call dari JPA tu masa 19 September 2014. orang tu tanye, "masih berminat nak tukar tak??" gila kalau kate tak minat. mestilah minat kan?? lame tu nak tunggu tukar. saya pun jawablah "ya, masih berminat lagi" pastu dia tanye balik, "puan mohon bertukar ke Klang dan Shah Alam kan?" saya pun jawab lah "ya saya.." pastu saya tanya dia balik, "saya dapat tukar ke?" dia jawab, "tunggu je dulu, sebab sekarang tengah nak susun" susun ape ntah saya pun tak tau. saya pun ye kan je lah. lepas dari hari tu, saya asyik tertanya2 je, dapat tukar ke tak ni?? opismate suruh call JPA balik tapi saya malas. hahahahaha.. saya memang malas pun nak call2 orang ni. tak reti nak cakap directly. hikhik..






22 September 2014, JPA call saya lagi. dia cakap, dia call saya tapi saya tak jawab pun. padahal takde pun missed call dari JPA. pelik jugak tu. lantaklah sane. dia salah orang agaknye. sebab time tu dia call guna telefon opis. saya tanya dia, "saya dapat tukar ke??" dia cakap "tunggu je surat, kalau jadi, lapor diri 9 Oktober2014" saya cuma mampu cakap, "okey.. okey.. terima kasih.." pastu saya terus letak. lupe pulak nak tanye surat pertukaran dah keluar atau belum. LOL!! tu lah terlampau eksaited lah kot sebab tu semua lupa. hahaha.. nak call balik dah malas. so, tunggu je lah JPA call balik.. tunggu2 punya tunggu, takde pun call. sedihlah jugak hati ni kan, sebab saya tertunggu2 dan terus tertanya2, saya ni betul2 dapat tukar ke tak?? sebab tunggu sampai seminggu takde pun surat pertukaran sampai kat opis.. pastu cc saya call kan JPA, sebab yang arrangekan pertukaran tu pun kawan cc saya.. rupanya surat pertukaran memang dah siap, tapi belum sign lagi.. sebab tu la lambat pos. haihh sabar je lah.. pastu cc saya tanyakan saya dapat tukar mana, orang tu cakap, "Shah Alam, Bomba kot?" bomba? hihi.. beriye saya ingat dapat bomba. tapi, dalam hati saya tak rasa pun yang saya dapat Bomba tu.. so, tunggu je lah dapat surat.






2 Oktober 2014, dapat call dari JPA lagi.. dia tanye, "nak ambik surat by hand ke atau nak pos?" saya jawab "ambik by hand lah, cepat sikit" dia tanye lagi, "ambik hari ni ke esok?" boleh pulak lah saya cakap nak ambik esoknya. alahai.. pastu saya bagitau cc saya, saya dapat tukar, surat tu saya ambik esok.. pastu cc saya tanya, kenapa taknak ambik hari ni? senang, nanti tak de tertunggu2.. terus saya ubah fikiran then follow akak opis pergi Putrajaya sebab masa tu memang turn dia jadi despatch. hehe.. perasaan masa nak pergi ambik surat tu memang berdebar2. macam nak dapat ape je. sebab saya tak tahu dapat tukar mane. dah dapat surat baru tahu.




Alhamdulillah saya dapat juga bertukar.. sebenarnya kat page belakang tu ada bagitau saya dapat tukar mane tapi saya tak snap gambar. lupa. hahahahahaha.. nape saya asyik lupa je ni?? LOL!! kat page belakang tu bagitau saya dicadangkan ditukarkan ke Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Selangor, means, yang kat Padang Jawa tu. haaa.. memang dekat sangat la dengan rumah. bersyukur sangat2.. hikhik.. :p tapi, saya kena lapor diri kat Kementerian Pengangkutan Malaysia dulu sebelum pergi lapor diri kat Jabatan Pengangkutan Jalan.. banyak jugak proses nak bertukar ni. penat iols..





9 Oktober 2014, saya pergi lapor diri kat Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT). mula2 saya ingatkan MOT tu kat Kompleks D, rupanya MOT tu dah pindah bangunan baru.. nasib baik ada akak senior masa sekolah dulu pun dapat tukar under MOT jugak so, dia lah yang bagitau. kalau tak, memang ulang alik lah nak pergi carik tempat tu. nasib baik jumpa bangunan baru tu. takdelah susah nak carik pun sebab guna waze. kihkih.. kat MOT je pun kena tunggu lama semata2 nak tunggu surat. bayangkan sampai sana dalam pukul 10 lebih, pastu dapat surat pukul 4.15 petang. lemau tunggu lama2. dah lah lepastu saya kena pergi JPJ Putrajaya pulak sebab saya nak tangguh 2 minggu. so, kena bagi surat tangguh kat situ. nasib baik cuma bagi surat je. tak payah nak tunggu lama2.




27 Oktober 2014, lepas habis tangguh tu, saya lapor diri kat JPJ Putrajaya. nak carik parking dia ya ampunnnnnnnnnnnnnnnnnnnn memang bercinta. berapa kali ntah saya tawaf kat bulatan Putrajaya tu. at last saya mintak tolong kat Fiza, nasib baik dia kerja kat MOF. dan nasib baik dia nak tolong. kalau tak, camne lah saya nak parking kereta. nak parking kat luar kompleks nanti kena saman pulak. ishh taknaklah cacatkan rekod. hew hew.. pastu bila dah sampai, ingatkan tak payah tunggu dah. rupanya kena tunggu jugak. aduhaii.. kena tunggu lagi. lemau.. lemau.. so, terpaksalah tunggu dalam library. Fiza?? kesian dia kena tunggu lama kat dalam kereta sebab memang takde parking pun. dia tunggu kat luar kompleks D. sampai pukul 12 tak dapat surat lagi. malaslah saya nak tunggu lama2 lepas tu saya terus keluar ajak Fiza makan. sampai pukul 2.30 lepas makan n solat baru pergi JPJ Putrajaya semula. nasib baik sampai2 terus dapat surat. kalau kena tunggu jugak, tak tau nak kate ape. terima kasih Fiza sebab sanggup sangat tolong aku, dah lah kena tunggu lama pulak tu. sorry n thank you very much!! sayang ko sangat2!! muah muah lebiu.. :)




nak tunggu surat ni siap pun lama. sabar jelah ye. yang penting dapat tukar. mihmihmih.. ingatkan saya nak terus je pergi JPJ Shah Alam tu tapi sampai Setia Alam pun nak dekat pukul 5, memang terus baliklah kan?? kalau pergi sana pun kompem orang dah siap2 nak balik rumah.





28 Oktober 2014, barulah saya lapor diri kat JPJ Shah Alam, dan ditempatkan di Unit Kewangan.. di sinilah rutin saya selepas ni dan sampai bila tu saya tak tahu.. semua ni perancangan Allah.. memang plan dah taknak tukar, tapi, masa akan datang kita tak tahu kan?? :) ramai yang cakap "nanti bolehlah nak settlekan saman", "nanti bolehlah hello2 ko kalau ade pape", "nanti senanglah nak renew rotek", macam2 pesanan ada. tapi terus terang saya cakap ye, saya bukan taknak tolong tapi, kerja saya lebih kurang banyak jugak kat unit tu. takde masa kot nak layan pesanan penaja uols. sorry eh. saya minta maaf awal2. jangan ingat saya sombong pulak. better settlekan sendiri je lah. lagipun saya masih baru. tak tau prosedur kat situ lagi. so, please, jangan mintak macam2 kat saya. hew hew..







okey tu je update untuk hari ni. sebenarnya saya ada hutang entry lagi ni. tapi bila ntah nak buat. hahaha.. dah lah. dah malam ni. mahu zzz zzz dulu. esok kerja.. hihi. tata..




























eh jap..

























nak belanja gambar INTAN besar ni.. saya dah keluar dari INTAN baru siap.. sedih tau tak dapat tengok depan mata. sedih ke?? sedihlah sangat kan.. poyo je lebih. kihkih.. cantik tak?? :p






okey tata..


terima kasih Nuffnang

Assalamualaikum..





terima kasih En Nuffnang.. sorry lame sangat tak update pasal En Nuffnang. jangan merajuk nak bagi iklan kat saya lagi tau. saya bukan lupakan awak, cuma macam2 benda jadi akhir2 ni.. hew hew.. :p


okey, mulakan bulan November ni dengan pujuk En Nuffnang. hihihih.. papepun thanks again sebab tak lupakan saya. lebiu muah muah. pasni bagi iklan lagi banyak banyak banyak banyak banyakkkkk.. hihi..  :)




jangan lupa klik iklan ye. terima kasih.. :)

Wednesday, October 22, 2014

Rindu

Assalamualaikum.. 




Rindu. Satu perasaan yang memang tak boleh hilang. Bila bersendirian, makin menebal perasaan rindu tu. Memang tak boleh dinafikan aku amat merindui insan itu. Ya, sangat sangat rindu.





Kalau rindu, mesti rasa nak peluk cium. Tapi bila depan mata, dapat tengok muka pun dah rasa senang. Bukan tak nak peluk cium. Asal jumpa je mesti dia tengah buat kerja. Jadi, aku taknak ganggu. 





Tapi, itu dulu. Sekarang wajah tu dah takde. Senyuman tu dah takde. Kehangatan tubuh tu dah takde. Belaian tu dah takde. Semua tu aku rindu. Aku rindu untuk merasa kasih sayang dia. Rindu sangat!




Terlalu awal untuk aku hilang kasih sayang dia. Selalu jadi tempat untuk aku mengadu domba. Selalu jadi tempat untuk aku bermanja. Aku rindu kenangan itu.





Detik dia tinggalkan aku, hati aku luluh. Sekarang, rindu itu jadi sangat tebal. 




Alin rindu mak. Alin sayang mak. Semoga mak tenang kat sana. 




Al-Fatihah.




Saturday, October 18, 2014

Sembelit

Assalamualaikum




Hai. Minggu ni kursus. Selalu kalau kat tempat kursus mesti sembelit. 


Terima kasih kat bos (Pn. Ita) sebab bagi 2 botol. Pagi2 dapat membuang. 





Okey tu je nak share. Tata!!



Monday, October 13, 2014

emak

Assalamualaikum..





sorry sebab macam lama sangat tak update blog. maybe ramai yang tak tahu cerita ni. kalau saya cerita pun mesti ramai yang terkejut sebab berita yang saya nak sampaikan ni pun berita mengejut. kalau yang dah tau tu saya ucapkan terima kasih sebab bagi saya kekuatan untuk menempuh hari mendatang. ya, saya memang tak kuat. saya lemah. bila saya sorang2, saya akan menangis. saya rindu kat arwah mak. rindu sangat..





5 Oktober 2014, lebih kurang pukul 6.30 pagi mak dah bangun pagi pastu whatsapp kat group family. borak2 sampai nak masuk pukul 10 pagi, mak tanya saya, "alin tak balik sini ke? tak nak makan nasi impit?" saya reply, saya senggugut, taknak keluar rumah.. tunggu dah elok baru saya balik. cik abang pun ada ajak balik rumah mak lepas zohor. tapi sampai ke maghrib, kami masih kat rumah lagi. lepas maghrib baru saya ajak cik abang keluar. tu pun keluar pergi jalan2 kat shah alam. cadangnya nak pergi uptown shah alam tapi tengok macam semua kedai tutup je. maybe sebab raya kot. sepanjang perjalanan tu memang kat fikiran ni asyik ingat kat mak je. maybe sebab saya kata nak balik tapi saya tak balik. rasa macam saya ni jahat sangat. ya, saya memang jahat. emak ajak balik, tapi saya tak balik. lepas pergi uptown, saya ajak cik abang jalan2 tempat lain pulak. sudahnya, sampai ke Putrajaya kami pergi.





lepas jalan2 kat Putrajaya, kami terus balik. ya, kami balik rumah sebab dah pukul 12 tengah malam. niat hati nak balik rumah mak terpaksa ditunda sebab dah malam sangat. ingatkan nak balik esok pagi. sampai rumah, saya tak bukak tudung pun. terus duduk sofa, then bukak AF yang saya record. bila saya tengok part #ninaaf cakap "mak dah takde" tetibe saya jadi sebak. kenapa perasaan saya jadi lain macam pulak ni? dan2 tu jugak saya nangis. tak lama lepas tu adik saya, Tiha, call. suara dia lain. dia nangis2 suruh balik. "alin, baliklah.." saya tanya, "ha? kenapa.. kenapa..??" dalam hati saya sangka dia nak main2. tapi pelik jugak sebab dia tak pernah call saya. selalu dia sms atau whatsapp je. tapi malam tu dia call saya nangis2 suruh saya balik. dia cakap "baliklah.. mak sakit" masa tu saya dah tak fikir apa, rasa macam kaki tak pijak tanah. saya terkedu, saya cakap, "sakit?? sakit ape??" adik saya cakap "tak tau.. mak sesak nafas.." masa tu saya tak tau ape dalam fikiran saya. saya rasa badan saya kaku, saya terus cakap kat adik saya "okey okey aku balik sekarang" terus saya tutup tv, then naik atas kejutkan cik abang.





banyak kali saya kejutkan cik abang tapi dia tido mati. sampai menangis2 saya kejutkan dia, baru dia bangun dalam keadaan yang tercengang sebab tetibe saya menangis, "awakkkk bangunlahh.. bangunnn.. mak sakittt" cik abang pun kelam kabut bangun. pastu saya terus ambik beg dengan charger enpon (memang selalu bawak kalau keluar). masa tu tak fikir panjang, terus balik rumah mak. dalam fikiran cuma ingat mak. dalam hati saya doa sungguh2, "ya Allah, panjangkan umur emak" itu je lah ayat yang keluar dalam hati. kalau boleh taknak ape2 jadi kat mak. saya rasa belum masanya lagi untuk perkara yang tak diingini berlaku kat mak. kalau boleh taknak. memang taknak.





sampai2 je saya terus meluru masuk bilik mak. mak dah terlantar tak sedarkan diri. masa tu cuma Allah je yang tahu apa perasaan saya. takut. saya takut kehilangan mak. saya taknak mak sakit. saya taknak ape2 jadi kat mak. saya kejutkan mak, "mak..makk.. bangunlah.. janganlah camni mak.. bangunlah.." mak tak bagi respon. kakak saya dah urut2 badan mak sebab taknak bagi mak kejang. kakak cakap mak sesak nafas pastu kejang sampai keluar buih kat mulut. kakak cakap mak kena kancing gigi. bila mak tak sedarkan diri saya jadi bertambah risau.





saya panggil mak lagi. "mak.. bangun mak.." mak masih tak bagi respon. muka mak dah nampak lain. saya terus nangis. tak boleh tahan. kenapa mak tak bangun?? saya terus peluk mak. saya panggil lagi "mak.. mak.. makk.. bangun mak.. alin sayang mak.. alin mintak maaf sebab tak balik tengok mak.. bangunlah mak.." mak tetap tak bagi respon. tetibe mulut mak bergerak macam baru lepas nazak. ya Allah.. kenapa mak taknak bangun.. nak tunggu ambulans datang memang lambat sangat. setengah jam baru sampai. ambulans sampai je, paramedik terus masuk bilik mak, check tekanan darah, check nadi. saya dan kakak saya terus2an panggil mak dengan harapan mak dengar. lama jugak paramedik tekan dada mak. mak tetap tak bagi respon. tak lama lepas tu paramedik qiamkan tangan mak. saya dan kakak saya tanya, kenapa dengan mak?? paramedik tu gelengkan kepala, cakap mak dah takde. ya Allah.. masa tu airmata kami mencurah2 makin laju. rasa macam tak percaya..





6 Oktober 2014, lebih kurang 12.30 pagi mak pergi meninggalkan kami. memang tak percaya semudah tu je mak pergi. abah yang selama ni tak pernah nangis depan kami, gugur jugak airmatanya. sebak. sayu je tengok keadaan abah. abah cerita sebelum mak tak sedarkan diri, mak mengadu sesak nafas kat abah, "abah, kenapa rasa nak pitam je ni?" lepas tu mak terus sesak nafas, then terus pengsan. pastu terus tak sedarkan diri. sampailah mak disahkan meninggal dunia. abah cakap mak kena darah tinggi. masa check doktor, darah mak naik 200 lebih. memang tak sangka sangat emak yang selama ni jaga kesihatan, tetibe disahkan mengidap darah tinggi, dan pergi dulu meninggalkan kami.





dalam hati saya tetap rasa bersalah kat mak sebab tak balik jenguk mak. saya menyesal tak balik jumpa mak. Allah.. besarnya dugaan ni.. hari pertama mak meninggal, saya memang takde selera langsung nak makan. cuma linangan airmata je yang jadi teman saya. waktu mak dimandikan, dikafankan, saya tak menahan sebak. terus2an airmata ni mengalir. tapi, kalau saya menangis airmata darah sekalipun, mak tetap tak bangun semula.. waktu mandikan mak, saya dapat pegang mak walaupun bukan keseluruhannya. kalau boleh saya nak pegang mak buat kali yang terakhir. untuk kucupan terakhir, saya cuma dapat cakap "alin sayang mak"  dengan harapan mak dengar dan tahu yang saya betul2 sayangkan mak. selalu saya cium pipi mak yang hangat, tapi waktu tu saya cuma dapat cium dahi dan pipi mak yang dah sejuk dan kaku, dan saya takkan dapat cium lagi sampai bila2.. lepas ni kalau nak lepaskan rindu, saya cuma dapt cium gambar mak je. T_T





Alhamdulillah upacara pengkebumian mak berjalan dengan baik. cuaca pun redup je. malam waktu mak meninggal pun hujan turun. Allah memang sayangkan mak. sebab tu Allah ambik mak cepat2. insyaallah, saya akan jadi anak yang solehah untuk mak, yang tak lupa untuk sedekahkan doa untuk mak.





hari ni masuk hari yang ke lapan. pada waktu ni lah mak hembuskan nafasnya yang terakhir. wajah mak yang tenang tu sentiasa segar dalam fikiran saya. sentuhan dan belaian mak yang lembut masih terasa lagi sampai sekarang. semua tu memang takkan saya lupa. saya tak ingat langsung pun pasal mak marah saya. saya cuma ingat ape yang mak nasihatkan saya.





mak.. alin rindukan mak.. waktu alin taip entry ni pun alin tengah rindukan mak.. alin rindu belaian mak.. alin rindu nak borak2 ngan mak.. alin rindu nak gelak2 ngan mak.. alin rindu nak baring kat riba mak.. alin rindu nak peluk mak.. alin rindu nak cium pipi mak.. alin rindu bau mak.. semua pasal mak alin rindu.. alin menyesal mak, sebab alin tak balik masa mak suruh balik tu.. alin mintak maaf ye mak..




Allah.. airmata ni memang tak boleh berhenti dari mengalir. setiap kali teringat dan rindukan mak, mesti menangis. ya Allah.. berikanku kekuatan untuk menempuh hari yang mendatang ya Allah.. berikan aku kesabaran untuk menghadapi dugaan dan ujian dari Mu ya Allah..




mak, tunggu alin. insyaallah kita akan berjumpa lagi kat SANA. ya Allah.. ampunkan dosa mak.. ringankanlah siksaan mak di dalam kubur.. tempatkanlah mak ditempat2 orang yang beriman, iaitu tempat orang2 yang kau beri nikmat, ya ALLAH.. amin..


alin sayang mak.




:'(


Thursday, October 2, 2014

Rezeki minyak naik 20sen

Assalamualaikum... 




Hai. Sekarang tengah rajin nak update blog ni. Sekarang je lah. Esok lusa belum tentu lagi rajinnye. Ni pun update kat enpon je. Kira rajin jugak lah ni kan?? Daripada tak update langsung. Kihkih..





Okey entry ni bukan nak update pasal politik ye.. Ni nak bagitau yang saya dahhhh em em emmmm saya dah hihihuhuhuhohoho ehem ehem saya daaahhhhh dapat tukarrrr!! Hihi.. Alhamdulillah rezeki bulan Oktober ni akhirnya dapat jugak bertukar.. Tragedi oktober katenye.. Di samping tragedi yang lebih tragis iaitu harga minyak naik 20sen. Kihkih.. Pasni insyaallah boleh jimatkan minyak.. 


Ke mane?? Alahhh tu tunggu entry lagi satu la ye?? Enpon ni kecik sangat tak puas nak taip. Hehe.. 





Lame jugak nak tunggu turn untuk tukar ni. Ade lah jugak dalam 3 tahun.. Setelah bersabar dan terus bersabar, akhirnyaaaa.. Yaaaa dapat tukar jugak.. Hope sangat tempat baru nanti okey.. Kalau tak okey mampoih den. Da la susah nak rapat ngan orang. Hihi.. 




Okey tu je nak bagitau.. Tata.

Wednesday, September 24, 2014

Longkang

Assalamualaikum..




Hai. Buang tebiat jap untuk update entry malam2 ni. Belum rasa nak tidur lagi. Hiii..





Saya masih tertanya-tanya. Kenapa orang lebih suka tegur saiz badan seseorang?? Tak kisah lelaki atau perempuan, same je. Kalau yang mulut longkang tu siap tegur cakap nampak bonjolan bonjolan. Why eh?? The problem is, dia langgggsungggg tak sedar sebenarnya diri dia pun bukanlah kurus mane. So so je. Hairan kan?? 





Siap tegur jangan pakai baju itu ini sebab nampak macam pregnant. Kahkah. Motifnye ape?? Nak belikan baju baru ke camne?? Terima kasihlah kalau nak belikan baju.. Baju saya pun memang sikit je. Yelah, orang tak mampu kan.. Betul ke nak belikan??





Lantaklah nak kate ape pun. Dah malas nak layan. Memang ade rasa sakit hati jugak ni. Tapi malas nak benci2 orang kan, sebab tu buat do no je. Maybe lepas  cakap camtu dia puas hati kotttt.. (--")




Dah lah. Ngantok pulak. Sudah mahu ketiduran..Sambung next next next next time. 





#ataskatiltaipentrygunaenponcapayam



Saturday, September 20, 2014

pakai produk lain pulak

Assalamualaikum..





saya ni kan, asyik tukar² produk je. aritu pakai collagen plus. sekarang pakai babies blink pulak. nasib baik kulit muka bukan jenis sensitif. saya dah tak pakai collagen plus sebab katenye merkuri kuat. sebab tu dah tak pakai. pastu adik suggest pakai babies blink pulak. so, pakai lah babies blink. pastu dengar cite babies blink ade merkuri jugak. tapi, babies blink ni dah ada pengesahan KKM. means, selamatlah nak pakai. jadi, saya terus je lah pakai babies blink.






setakat ni saya pakai okey je. takde pulak perit kat muka macam pakai collagen plus tu. masa collagen plus nak habis, tetibe je muka saya rasa macam panas. nasib baik memang nak habis. terus tak pakai dah. pastu saya pakai safi rania tu. tapi kejap je pakai. hahahahaha.. ade lagi kat rumah tu jadi penganggur. sebab saya dah start pakai babies blink so simpan safi rania diam² kat rak.




saya pakai macam set yang kat gambar atas ni. saya tengok kat blog adik saya ada set lain. tak sure harga sama atau beza. kena tanya sendiri lah kat dia. tak pun pergi je baca kat blog dia.:p





Maixara? yang tu saya makan jugak tapi jaranglah sebab selalu lupe nak makan. kalau makan maixara, pagi² mesti nak pergi buang air. pastu kerap haus. ehh maixara tu untuk sape yang nak kulit cantik dan kalau nak putih pun boleh makan tu jugak. pada pendapat saya lah kan, tak semestinya nak cantik kena putih. kalau kulit gelap, tapi kulit cantik pun dah rasa macam cantik sangat dah. maixara ni okey jugak kalau korang nak makan.. :)





kalau nak beli macam² produk, boleh pergi kat blog adik saya http://n-nanie.blogspot.com/  kat situ ada banyak produk yang dia jual. pergi lah tengok sampai lebam. kalau berminat boleh terus whatsapp dia. mane tau boleh dapat harga murah?? besday dia bulan depan. haaa kot lah kan dia nak bagi harga special. kihkihkih.. mandai je aku ni kan.. :p




okey tu je nak story. nak buat kerja ni. haaa laaa.. kerja di hari sabtu uolsss.. tata. 


Friday, September 5, 2014

[GAMBAR] DVS in da house!! @FELO INTAN, PWTC KL

Assalamualaikum..




salam Jumaat semua. tengahari ni rajin sikit nak update blog. nak update petang nanti kang jadi malas pulak kannn.. lagipun sekarang selalu balik awal. so takdelah masa nak online ke, nak skodeng ke, nak update blog ke, semua² tu lah.





eh malas pulak nak taip banyak². tengok gambar je lah ye. :p














a'ah.. tak banyak pun gambar masa majlis felo tu. gambar lain dari kamera orang lain. nak masukkan kat sini nanti uols muntah pulak tengok gambar banyak sangat. ini pun dah kira banyak jugak ni kan? hihi. gambar yang uols tengok tu kalau yang terang lain macam tu sebab lampu spotlight tau. sakit mata deknon nak nengok.





okey dah tu je. malas nak cerita banyak². takde idea nak bercerita. cukuplah cerita sikit je ye? bukan uols baca pun. tengok gambar je kan?? kan kan kannn?? wekkk!! :p





tata.

Thursday, September 4, 2014

[CPUV NUFFNANG] Jacob's-Simple Pleasures & Xperia Z2

Assalamualaikum




hai, pagi² update blog sebab nak update pasal Nuffnang. kihkih..


terima kasih encik Nuffnang sebab bagi CPUV. lebiu much much much much more. :p nanti bagi lagi yeee.. :)





uolss.. jangan lupa klik ye. thanks. :)





tata.


Friday, August 29, 2014

[GAMBAR] Majlis Hari Raya Unit Kewangan INTAN

Assalamualaikum..




hai. baru nak update blog. raya dah habis. baru nak muncul gambar raya. tapi ni gambar masa jamuan raya opis je lah. gambar raya family tak update pun. tu nanti² lah kalau rajin. kihkih..





jamuan raya tahun ni exclusive sikit tempatnye sebab buat kat taman. miaaahahahaha kelas kau jahhh.. taman gittewww.. ngko ade? mula² saya ingatkan buat kat bilik kuliah macam tahun lepas. tapi kelas tu full pulak.. takde yang kosong. nak buat kat opis tak muat. almaklumlah kecik je opis kewangan ni. tempat duduk pun terhad. tu yang buat kat taman. nasib baik depan opis je taman tu. :p





dua ni saya buat. rajin sangat kan siap nak buat photobooth. kahkah. dah lah buat last minit. tu yang senget² je spek mata tu. misai yang sepatutnye tegak pun senget jugak. ngko ade misai senget tak? kalau takde boleh mintak saya. :p backdrop photobooth tu saya pakai kain je. mula² ingat nak pakai crepe paper tapi payah sangat nak jumpa. then tanya adik saya, dia cakap guna kain. balik keje terus pergi Kamdar beli kain. alah, tak payah mahal² beli yang murah je. saya beli 2meter setiap warna. saya beli banyak warna. tema colorful katenye kannn.. :)





ehhh bukanlah saya sorang je yang buat. saya bagi idea je, saya carik semua tu kat internet then opismate tolong potong²kan.. kalau saya yang buat sorang, mau tak jadi misai tu kang.





okey, saya nak belanja gambar jap.






semua masih bertutup sebab amek gambar dulu sebelum start. kalau amek gambar lambat nanti tak dapat amek gambar makanan, dapat amek gambar bekas makanan je.saya bawak dadih dan muffin coklat. dorang kate muffin tu sedap. dorang yang kate, bukan saye yeee.. lalalala.. tagging kat makanan tu pun saya yang buat. cantik takkkk?? :p


dia pun datang.. mestilah kena datang. kalau tak datang tak cukup korum. hihihi.. :p













i'm Mr. Potato. hihi


Alhamdulillah majlis tu berjalan dengan lancar. ramai jugak tetamu yang datang. dah macam jamuan raya INTAN dah ghopenye. mihmih.. bajet?? bajet kami takdelah besar mana pun. makanan tu pun pakai duit kelab unit kami, then kami masing² ada sponsor makanan. tu yang nampak macam banyak. mula² tengok macam tak cukup je, tapi nasib baik, Alhamdulillah cukup semua. cuma ade lah makanan yang cepat habis sebab sedap sangat kot. menu pun ade macam² jenis kan, tu yang tak nampak sangat makanan habis. hihi.





okey, next year nak buat camne pulak? kihkih.. tahun ni pun belum habis, ade hati nak plan untuk tahun depan pulak kannnn?? DUSH!!





dah tu je. tata. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...