terima kasih sudi singgah.....buat susah-susah jeeeeeee....teeehehehehe..

mintak tolong klik, nak buat rumah. terima kasih.. :)

✿cayang2 rosalina✿

Tuesday, December 31, 2013

busy

Assalamualaikum




hai hai hai uolls. lamenye kite tak bebel kat sini kan?? busy kebabom lah. orang kat kewangan memang busy nak² lagi bile dah akhir tahun ni. semua nak kena kejar. bayar itu. bayar ini. yang menghantar pun suka hantar last minit. tunggu dimintak baru bagi. (--")




hari ni tenang sikit. sebab tutup akaun. semalam pun balik pukul 8.30 malam. esok cuti tahun baru. lusa kena start busy balik sebab nak kena bayar ape yang tak terbayar untuk 2013. mesti tak sempat nak berak lagi. em.




alamak. alamak. cuaca kat luar macam nak hujan je. tadi elok je panas. alahai. takpelah. dah biasa. hari² kena hujan. redha. okey nak balik. tata.


Tuesday, December 10, 2013

tak tahu buat kerja

Assalamualaikum..




nak tau story tak?? pasal orang yang dulu kutuk saya and lastly bila terkena kat diri sendiri baru tau ape yang saya rasa. nak gelakkan, rasa jahat pulak nanti. baik senyap je. heee..




dulu.. aku yang dulu bukanlah yang sekarang.. eh eh ternyanyi pulak. hiks. bila saya tengah buat sesuatu kerja, pastu ada orang kacau saya buat kerja, mesti saya bengang. yelah, kite tengah busy, time tu lah orang nak mintak itu ini padahal benda simple je boleh carik sendiri. dalam hati terdetik jugak kata² "kalau malas tu cakap je lah malas.." tak pun "kalau tak tahu buat cakap je lah tak tahu.." bukan nak tunjuk yang diri saya ni pandai ke ape tapi kalau benda yang sendiri pun tahu buat, takkanlah nak mintak orang lain buatkan jugak. alahai. orang lain pun ade kerja jugak.. kerja orang lain tu lagi banyak dari kerja kamu. tauuuuuuuuuuu??




pastu saya ade jugak lepaskan geram kat seseorang pasal hal tu. dia pun ade jugak kutuk². alah, dah name pun 'kawan' kan.. dia setuju je la ape yang saya kate tu.. konon nak tunjuk yang dia tu kawan mithali. pastu bila ktorang dah tak rapat atas sebab² tertentu, mulalah dia nak jual nama saya yang kononnya saya kutuk² orang tu, kutuk² orang ni, padahal sebelumnya dia pun lebih kurang sama je macam saya. dia lagi banyak kutuk. takpelah. nak burukkan nama saya tu terpulanglah. seburuk² nama saya pun Alhamdulillah ada jugak orang yang masih nak percaya saya. dan saya tak lari pergi mana² pun. saya terus kerja situ sampai.. em sampai bile ntah.




then tadi saya gatal² stalk laman sosial dia, dan saya ternampak dia bebel² pasal bos dia suruh dia buat itu ini. dan dia kate dia tak suka bos dia. siap kutuk kate bos dia tak tahu guna komputer. ape yang dia kate pasal saya semua terkena balik kat dia. rasanye lagi teruk kot. kikiki.. tu lah. lain kali jangan kate orang lain yang bukan². lastly bila dah terkena kat diri sendiri, haaaa.. ambiklah. rasakan sendiri. baru tau kan ape yang orang lain rasa.




haih. tak tau nak kata ape dah. nak kata padan muka nanti kata saya ni jahat. papepun, terima je lah dugaan tu dengan sabar dan tabah. hiks. okey tu je nak gosip hari ni. tata..


Tuesday, November 26, 2013

tempat simpan tudung #DIY

Assalamualaikum..




hai hai haiiii.. rindu kat iolls tak?? mesti rindu rinduan kan?? lame gilos iolls tak hapdet belog tau. catat rekod jugak kot bulan paling sikit hapdet belog. aum aumm.. petang ni rajin sikit nak update entry sebab kena tunggu cik abang pick up.. OT katenyeeee.. terpaksalah tunggu lama banyak kat opis yang sejuk ni. daripada tercongok tak buat pape, meh update entry satu. hikhik..





entry sebelum ni belanja satu gambar je. haaa entry ni nak belanja banyak banyak gambar. eh macam banyak sangat kan padahal berape kerat je. :p saya nak share tempat simpan tudung. sebelum ni saya memang lipat kat almari tapi macam susah je nak amek bila nak pakai [sorry takde gambar]. alah lebih kurang camni..

shawl
 
pastu saya gantung tudung ikat hujung kat hanger macam kat bawah ni.

serabutttt

saya simpan inner pulak kat dalam bekas ni. beli kat DAISO.


inne


pastu kan bila tengok lama² rasa macam "pening arrr!!" serabut mata iolls.. kalau korang tengok pun rasa macam nak crop je gambar ni kan?? boleh ke?? boleh ke?? :p then saya pun google² sampailah dapat cara nak simpan tudung dengan kemas.. ape lagi, so saya pun mulakan proses men 'DIY' kotak tempat simpan tudung.. nak beli macam rugi je. jadi, ape kate kite DIY je.. jimat pun jimattttt.. hehehe..



saya buat sendiri kotak tu.. percaya tak?? percaya tak?? bila dah siap baru ingat nak snap gambar. lalalala.. korang carik je lah cara nak buat kotak ye.. alah korangkan pandai buat kotak.. heee.. :p


saya letak salotap kat setiap tempat nak balut kotak tu sebab taknak bagi nampak gelembung. lupa nak beli double tape. pakai ni pun bolehlahhhhhhhh.. (--")





mula² balut bahagian ni dulu..








.











.











.















.













ehhh tetibe dah siap.. HAHAHAHAHAHAHAHA.. lupelah nak snap gambar. jangan marah ye.. kalau korang nak tengok cara² nak buat camtu, try tengok kat SINI. saya punya cara bungkusan lain.. better korang ikut macam yang entry tu. saya punya tak cantikkk.. hew hew..





pastu saya try letak kotak ni kat satu bahagian dalam almari baju. memang ngam² je sebab saya dah ukur. pastu kan, bila tengok lama² rasa macam pelik..  sebab bahagian atas nampak kosong.





pastu saya transformkan jadi camni pulak. saya letak kat bahagian baju gantung².. kebetulan memang dah ada box gantung tu so saya letak buat simpan shawl ngan tudung awning. saya memang tak suka pakai tudung awning. dulu ngengada nak beli sebab tengok orang pakai macam cantekkkkkkkk je. bila saya pakai nampak macam orang tua. wakakaka.. so saya simpan je lah kat situ. habis cite. :p




okey tu je cerita untuk petang ni. saya nak balik dahhhh.. tetibe dah takde idea nak taip ape. hahahaha.. okebai.


new project #DIY

Assalamualaikum..




belanja gambar je. #teaser



entry panjang tunggu rajin yeeee.. hahahahaha.. kbai.

Wednesday, November 13, 2013

Hunger Games : Catching Fire

Assalamualaikum..




hai. update lagi. tetibe nak update pasal ni.






saya nak tengokkkkkkkkkkkkk.. kalau boleh nak tengok free. ade tak yang nak belanja saya nanti?? hihihi.. nape ntah saya addict dengan cerita ni. best sangat sangat sangat sangat. Suriafm taknak bagi saya ticket free lagi ke?? T_T




dah lama tak tengok wayang. :p

ambil kesempatan atas kesenangan orang lain

Assalamualaikum..




hai. ape nak update ni?? serius tak tau nak update pasal ape. kang nanti bebel² bukan ada yang baca. mustahillah ada yang nak baca kalau nampak tulisan banyak². lagi² cerita yang takde point. pastu takde gambar. haaaa lagilah terus taknak bukak kan?? kekekeke.. takpelah. saya redha je. kalau taknak baca blog saya lagi, it's okey. tak boleh nak paksa² orang baca blog ni nak² plak bukan blog artis pun. wakakaka..





nak main candy crush, tapi nanti mata bos membesar pulak dengan jayanya melihat tetikus komputer saya berlari² memecahkan jelly dan coklat. wahhhahaha ayat mak nenek dah keluar. tengah bosan ni haaa.. kenalah main game bagi release bosan tu. kerja saya awal² dah siap. eh macam lambat pulak nak pukul 5 kan?? [tetibe]





baru perasan hari ni dah Rabu. ya ampunnn.. bleh buat Wordless Wednesday dah ni tapi gambar pun takde tang mane pulak nak wordless wordless?? ni bukan wordless dah ni. memang bukan pun. eh memang bukanlah. eh eh bukan. eh degil. [PANG!!]





mesti rasa macam nak cubit saya laju laju kan sebab tajuk entry lain bebeno dengan isi entry. kihkihkih.. statement kat tajuk entry tu korang pikirlah sendiri ye. saya malas nak cerita sebab nanti ada yang sakit jiwa pulak. toink toink. eh dah azan. apa lagi tunggu?? moh le pegi solat yeeee..




sekian saja bebelan dar saya yang macam comel je macam cantik je macam gemok je eh eh eh kbai.

Tuesday, November 12, 2013

[DEKORASI] kemas stor

Assalamualaikum..




hai, saya datang lagi!! sorry lama sangat tak ngadap blog ni. busy wei. ni tengah tak busy, bolehlah update blog kejap. nak update kat rumah internet takde pulak. nak topup pun kena pikir sejuta kali sebab duit dah nak surut. T_T




okey nak cerita pasal stor. kan saya pernah cerita saya beli rak kat IKEA kan?? nasib baik ngam² je wei.. kalau tak muat kang nak letak mane rak tu pun tak tau. nak letak dapur kang nanti semak pulak dapur tu haaa.. barang yang ada sekarang pun tak tau nak letak mana dah. ni kan pulak nak letak rak lagi. (--")




bila dah sumbat barang² kat dalam stor nampak macam sikit je barangnya. bila dah keluarkan ya ampun banyak banget sihhhh.. penat keluar masuk stor sebab nak keluarkan barang. sampai sakit² kepala saya sebab asyik terhantuk kat pintu stor. @_*




kat dalam kotak dapur gas tu ade isi tau. saya simpan dapur gas yang masa mula² beli time nak masuk rumah. jangan ingat saya suka² je nak simpan kotak besar gedabak camtu. buat penuh stor je. kuikuikui.. dapur gas tu saya bagi adik saya. kebetulan dia belum beli lagi, baik bagi je kat dia. elok lagi. saya beli lain sebab nak buat table top aritu. :p



rak tu saya mintak cik abang yang masukkan. saya tak reti nak pasang. hahaha eh saje je nak mengada ngan cik abang kan. ape guna ade suami?? kannnnnnnnn?? :p kat rak tu saya belom kemas lagi. masih letak lagi barang ntah pape. hikhik. serabut pulak mata nengoknye haaa..


itulah ghope keadaan dalam stor lepas dikemas. sebenarnya masih memerlukan satu lagi rak sebab macam rimas pulak tengok barang² letak camtu je. nampak serabut. ni kena bodek cik abang lagi ni. agak² boleh dapat ke tak?? ngeee..



rak ni saya letak barang kecik² je. nak letak barang yang besar² muat ke?? kang nanti roboh. :p oh saya ada letak barang sikit dalam box plastik. tapi tak amek pulak gambarnye. dah selamat bersemadi belakang almari pink tu haaa.. kalau rajin, scroll gambar atas ye. hihi. dalam box plastik tu saya sumbat barang² kerja cik abang. banyak no wayar yang cik abang beli masa buat kerja² wiring dulu. sumbat je dalam tu haaa habis cerita.




dah tu je lah cerita pasal stor. nanti kalau ada cerita lagi saya update. tapi tunggu saya rajin lah ye?? hehe..  malas nak taip dah ni. kbai.


Wednesday, October 30, 2013

WORDLESS WEDNESDAY

Assalamualaikum..



nampak bersih. sebenarnya berhabuk. (--")



Saturday, October 19, 2013

terminate broadband (--")

Assalamualaikum..




frust dan kecewa. bukan sebab terminate broadband. tapi kecewa dengan service dari Celcom. bayar broadband mahal² tapi nak online ya ampuunnn kemaen lama nak tunggu loading. kat rumah ibu [mak mentua] boleh pulak dia nak laju. amboi pilih bulu nampak..





eh eh takkk.. gurau je. hikhik.. saya pun peliklah kenapa kat rumah saya ni susah bebeno broadband ni nak loading laju macam kat rumah ibu. takkanlah setiap kali nak online kena balik rumah ibu kot?? haiyoooooo.. kali ni memang betul² decide ngan cik abang, kena terminate broadband jugak. rugi woooo.. dah lah tak selalu online.




sebenarnya dah selamat terminate pun.. kikiki.. dah tu online pakai ape pulak ni kan?? ehh saya terminate je line broadband. dorang tak mintak pun broadband ni. sebab kan kita memang beli.. hehe.. ni saya guna simkad lain la. yang guna topup!! haaaaaaaa senang!! bila nak online je baru topup. habis cerita. setakat ni saya still guna Celcom jugak. laju kebebeh dah ni nak korek idong pun tak sempat. tak payah tunggu lama² dah. hikhik..




saya subscribe yang daily punya.. RM5 untuk 24 jam. okeylah tu. nasib baik laju. kalau macam siput jugak memang nak campak broadband ni dalam stor. ngeee.. dengan cara ni je kita dah boleh buat penjimatan tau!! tak payah dah nak bayar puluh² ratus² ringgit semata² online cuma 2-3 jam 1 hari. hohhh?? tak berbaloi langsung.




korang ada buat camni jugak ke tak?? sebenarnya saya risau jugak ni kang tak pepasal dorang suruh pulangkan balik broadband ni. kuikuikui.. mintak² takdelah. kalau tak, rugilah beli masa mula² dulu.. hew hew..




tata.

Friday, October 18, 2013

main mekap mekap

Assalamualaikum..





entry tadi cerita pasal penjagaan muka, entry ni pasal mekap pulak. korang jangan pelik pulak saya bawak mekap kat tempat kerja sebab korang pun buat jugak kan?? eleh. taknak mengaku.. barang² ni saya memang sentiasa bawak. memang ada dalam beg sebab pergi jenjalan pun pakai beg yang sama. kikikiki.. saya takde beg khas pergi kerja. saya balun je beg silang tu buat pergi kerja. hahahaha sangat keanak²an. ecewah, haruslah nampak macam student. hikhik. menyampah?? sila berambus.





ni la barang² yang saya sumbat dalam beg. bedak ada.. eye shadow ade.. eye liner ada.. mascara ada.. eye brow pencil ada.. lip balm ada.. hihi.. semua kena sebut ke?? ala dah tersebut dah camne ni?? :p saya tak pakai blusher sebab bila saya pakai rasa macam barbie doll plak. pelik ah pipi merah. hahahahaha.. tak sesuai. :p 






bedak Silkygirl je. murah. tak mampu nak beli yang mahal². hehehe.. bukan nak berlakon kat opera pun. ntah² yang berlakon kat opera tu pun pakai cat. eh, cat pun mahal jugak pe. eh ni ape mengarut ni?? (--")


Lip  balm je yang saya pakai. takde pakai lipstik pun.. sebab bibir saya ni jenis kering. lepas makan mesti bibir mengelupas. mengada tau bibir saya ni. mula² pakai yang hitam tu okey sekejap je. yang warna pink tu baru beli. saje nak try pakai. bila dah pakai rasa best pulak. sebab berangin. pastu tahan lama sikit la. takdelah cepat mengelupas dah bibir ni. oh dua² tu brand Silkygirl. :)




ni untuk kening. dulu tak pernah pakai pun. pastu ntah kenapa aritu gatal tangan pergi beli so pakai je lah. rugi pulak kalau tak pakai sebab dah beli kan?? bila pakai rasa best pulak. rasa macam ada kening. HAHAHAHAHA kening jadi makin tebal. :p saya pakai dua jenis, satu ZA, lagi satu Elianto. :)




pe kejadah benda ni ada dalam beggggg?? hahahaha takpelah. letak je lah kat sini. a'ah.. saya pakai benda ni je. tapi kadang² je la. tak selalu pun.. eye shadow dari Elianto. hikhik.. saya suka warna natural. taknaklah pakai warna pelik². dah macam nak pergi dinner je padahal dating dengan cik abang je. eh dating ngan cik abang pun kena mekap jugak kan?? tapi selalu cik abang cakap saya dah cantik nak buat camne?? masalahnya, cantik keeeeeeeeeeee?? nyampah kan uolsssssssssss. *tangan didada




ni pulak eye liner ngan mascara.. mascara tu saya pakai Silkygirl punya. bulu mata dah lentik pun nak pakai mascara lagi kan?? mengada. eh, lentik keeee?? kihkihkih.. perasan jap. :p untuk eye line pulak, saya pakai 3 jenis. nampak tak saya tamak?? hahahahaha.. yang liquid tu untuk atas, yang pensel hitam pakai kat bawah.. dua² brand Elianto.. eye liner separa tu [coklat n putih] brand Silkygirl jugak. banyaknye brand Silkygirl. kikikiki.. kadang² kalau saya malas saya pakai yang coklat tu kat line mata atas. yang putih tu kadang² je pakai. hihihi.. putih tu pakai kat bawah.. :p






comel tak model kat bawah ni??




nak muntah?? okebai.





majok. tata.

untuk orang yang putus cinta :p

Assalamualaikum..





nah saya bagi lagu. sape yang putus cinta, layanlah lagu ni. kompem makin nangis. HAHAHAHAHAHAHAHAHA..





Jika teringat tentang dirimu
Berlinang air mataku
Ku rindu saat-saat bersamamu
Kasih sayangmu padaku

Kini kau bukan milikku
Dan berakhir sudah cintaku
Biarkan saja hatiku bicara
Ku masih sayang padamu

Aku selalu mendoakanmu
Agar kau bahagia
Bersama dirinya selamanya

Mengapa mudahnya hatimu mendua
Ku lapangkan dada walau aku terluka
Semoga bahagia bersama dirinya
Karena kau telah memilih dia

Betapa sakitnya apa yang ku rasa
Tuhan kuatkanlah hatiku yang terluka
Semoga ku bisa tuk melupakannya
Karena ku masih mencintainya

Kini kau bukan milikku
Dan berakhir sudah cintaku
Biarkan saja hatiku bicara
Ku masih sayang padamu

Aku selalu mendoakanmu
Agar kau bahagia
Bersama dirinya selamanya wooo wooo

Mengapa mudahnya hatimu mendua
Ku lapangkan dada walau aku terluka
Semoga bahagia bersama dirinya
Karena kau telah memilih dia

Betapa sakitnya apa yang ku rasa
Tuhan kuatkanlah hatiku yang terluka
Semoga ku bisa tuk melupakannya
Karena ku masih mencintainya wooo wooo huuu





best kan?? :)

cara saya jaga muka

Assalamualaikum..




tujuan entry ni bukan nak tunjuk muka saya cantik ke hape. ni sebab dah ramai sangat yang tanya saya pakai produk ape. tu yang buat entry kat sini. hihi.. manelah tau kan korang boleh pakai yang sama jugak. tapi.............. sebenarnya kalau nak cerita pasal kulit ni pun depends kat jenis kulit jugaklah. kadang² ada jugak yang tak sesuai pakai produk ni.





nak tau ke saya pakai produk ape?? hikhik.. alah, SAFI jeeeee.. yeeee saya pakai safi balqis je.. tak beranilah nak pakai produk lain.. dulu pernah pakai ape ntah, muka saya tumbuh jerawat. daripada jadi makin teruk, baik stop. kan?? pastu saya paling tak suka produk yang ada bau kuat sangat. sakit hidung.



saya pakai pencuci muka ni.. yang warna biru ni ha.. saya tak boleh lah pakai yang warna hijau tu. timun kot?? saya pakai muka tumbuh jerawat.. serik wei pakai tu. dulu pakai masa dok hostel konon nak tiru kawan², last² jerawat pulak yang tumbuh. terus stop, pakai yang ni balik.





tapi kalau balik rumah mak ke, pergi rumah sedara mara ke, kalau terlupa bawak pencuci muka, saya belasah je pakai pencuci muka pape.. kikiki..sebab pakai sekali tu je. bukan pakai hari². :p




haaa yang ni memang tak boleh kalau takde. mesti kena ada dan pakai. kalau tak pakai rasa macam tak mekap. yeeee betul.. dulu saya pernah pakai temulawak. temulawak pun okey jugak tapi bila pakai macam kulit jadi tak sekata.. alah dulu kan masa sekolah mane ada duit sangat. temulawak kan murah mase zaman sekolah dulu.. tu pun nak tiru kawan² gak tu. hahahahaha..




dua krim ni saya ada tapi ya ampunnnn malasnya nak pakai. hahahahahaha.. toner pun saya ada jugak tapi tak pakai sangat. time rajin je pakai. baik tak payah ada pun tak pe. tapi gatal tangan jugak pegi beli. kikikiki.. :p


ni krim mata. saya pakai jugak. kate nak hilangkan lingkaran gelap bawah mata kannnn.. tapi saya tengok macam sama je. hahahahaha.. mane tak sama, malas nak pakai. time rajin je pakai.





tapi buat masa sekarang ni saya pakai produk lain. haaahahaha tadi kate tak berani pakai produk lain tapi pakai jugak.. pape ntah saya ni kan?? mula² memang tak berani nak pakai koooo.. tapi bila dah try, takde jadi pape tu yang bagitau kat sini. hikhik.. nak tau ke tak ni?? :P segan pulak nak bagitau. saya pakai





=




=




=




=




=




=




=




=




=




Collagen Plus. 




abang opis saya lah tu yang hasut. hehe tapi berbaloi jugaklah pakai produk tu.. tompok hitam kat pipi dah kurang sikit. ehhhh jangan ingat kat muka saya takde tompok hitam tau. hihi.. ade.. korang je yang tak nampak.. so saya stop kejap pakai safi, then try pakai produk ni..

sumber : Google

setakat ni saya pakai okey je.. pencuci muka pun saya pakai nak dekat habis.. saya suka pakai krim muka. sebab takde berminyak sangat macam safi. bila pakai safi nampak macam tompok² sikit tapi kalau pakai krim ni nampak sekata je. krim malam tu saya jarang pakai. bila pakai rasa macam miang² je muka. tu yang tak berani pakai. tapi kalau ikutkan krim malam tu pun okey jugak. cuma saya tak tahan pakai. lagipun kalau dah malam mane ade ingat nak pakai krim. kalau dah mengantuk cuma ingat bantal je. hihi.. :p





pape pun saya tetap setia dengan safi sebab senang nak cari. Collagen Plus ni nak kena beli online. abang opis saya tu dah pindah tempat kerja. nak beli kat dia pun dah susah. hew hew.. korang pulak pakai produk ape?? ade tak yang pakai macam saya?? sharelah sikit. :)





 SORRY gambar muka takde. takut nanti korang bosan. :p




tata.

Thursday, October 17, 2013

[DEKORASI] malas nak kemas stor

Assalamualaikum..




silalah percaya dengan kenyataan tersebut bahawasanya saya memang tengah malas nak mengemas stor. alah stor yang kat bawah tangga tu. kalau korang tengok pun mesti nak pengsan banyak² kali kat dalam tu. hew hew.. ada tak yang nak offer diri jadi bibik stor?? eh eh eh eh eh.. bibik stor pun boleh.


nampak tak?? contoh seperti di atas. sebenarnya bukan contoh. tu lah ghope sebenar keadaan dalam stor. HAHA.. sila pengsan sekarang. camne nak kemas ni wei?? alahai.


bahagian tu nampak lapang sebab drawer dah dikeluarkan. alah drawer plastik tu haaa.. lupe nak amek gambar sebelum. kikiki.. memang tengah mengemas pun masa ni. pastu stop kejap sebab nak solat. pastu tergendala terus. malas. haha.. rasa macam nak sumbat semua barang tu dalam box tapi belum beli box lagi. sebab tu tergendala semua proses mengemas stor. :p





saya dah beli rak kat IKEA untuk sumbat dalam stor ni. nasib baik ngam² je. tapi lupe pulak nak amek gambar. hikhik. nanti²lah saya amek. tunggu dah siap kemas sumua. ngeee.. saya nak sumbat semua barang² tu dalam box macam ni.. [tengok gambar bawah]


beli kat Giant. nak beli yang besar mak oooiii mahal. rasa macam nak terkeluar bijik mata tengok harganya. dah lah bawak duit sikit. nasib baik yang ni tengah offer. RM16... brape ntah. tak ingat. RM16.90 kot. :p barang yang atas box tu tak payah tengok. tak penting. heee..




nanti bila dah siap kemas saya cerita yeee.. sekarang tengah malas. balik kerja sampai rumah pukul 7 mane sempat nak mengemas semua. penat penat penattttttt.. tunggu sabtu ahad je lah. (--")




tata.

Friday, October 11, 2013

wuduk

Assalamualaikum..




hai, sebagai saudara sesama Islam, rasanya saya layak kot nak tegur kawan² semua.. saya sedar saya pun manusia biasa. tapi saya cuma nak sampaikan apa yang saya belajar. saya bagitau ni pun sebab saya selalu nampak orang yang wuduk macam nak tak nak je. sebelum tu saya minta maaf andai teguran saya ni mengguris hati kawan²..




kawan² tau sendiri kan, sebelum solat kita memang wajib berwuduk. kalau tak wuduk, solat jadi tak sah. TAPI, wuduk tu mestilah sempurna.. janganlah wuduk main siram² je. ya, saya selalu nampak. contohnya kat siku. selalu saya nampak orang jirus atau alirkan air kat tangan je. kat siku tak kena. kita ada dua tangan kan?? apa kata lepas ni kita gunakan tangan yang lagi satu tu untuk sapu tangan yang nak dibasuh. sapu sampai rata. tak susah bukan??





lagi satu kat kaki. selalu saya nampak orang siram² camtu je. tak pun main alirkan air je. kawan² yakin ke air tu masuk kat celah jari?? kat celah kuku?? hmm.. rasanyakan, baik kawan² gunakan tangan untuk sapu kat kedua kaki tu. geli?? nape nak geli?? kan kaki kita sendiri.. gosok je celah² jari tu.. kadang² kat tapak kaki pun ada jugak tak kena air. lepas ni kita sapu betul² sampai air wuduk tu terkena kat seluruh kaki. senang je..




kalau wuduk kita sempurna, barulah kita akan rasa solat kita diterima.. saya tak kata selama ni solat kawan² tak diterima. tu semua kerja ALLAH. saya bukan malaikat atau tuhan nak tentukan pahala manusia. tak. tapi, saya yakin lepas ni kalau kita berwuduk dengan sempurna, solat kita akan lebih diterima. kan??





tata.

Sunday, October 6, 2013

tukar cermin belakang

Assalamualaikum..




sementara nak tunggu lives kat Candy Crush, meh update blog sat. dah alang² tengah online ni kan, sekali jalan je lah. Jumaat lepas saya terrrrrrrrrpaksa amek cuti sebab senggugut teruk sampai tak boleh bangun uols. ingatkan nak pergi klinik tapi...............emmm.. tak tau nak cakap ape kat doktor. bhahaha.. seganlah kiteeee.. nanti doktor taknak bagi mc pulak. takpelah. tolak dari cuti tahun jelah. memang tiap² bulan camni. pernah je mintak mc kat doktor. tapi kali ni............ emm.. entah. padahal cik abang memang cuti, boleh je mintak dia bawak pergi klinik tapi tu lah. malas kot. hikhik.





dah lah tengah senggugut. boleh pulak risau lagi pasal kereta. sape yang tak risau kalau cermin kereta retak wei. lainlah kereta sorong, memang takde cermin langsung. ingatkan nak mintak cik abang je pergi Perodua mintak tanyakan pasal cermin tu. tapi saya takuttttt duduk rumah sorang². so cik abang pun angkutlah saya sekali berbekalkan minyak angin yang dah siap sapu kat perut. kuikuikui..





mula² tu kami tanya dulu kat Perodua Bukit Raja, takut pulak takde stok. haaa memang takde pun. kalau nak, kena order. eee malas betul nak tunggu². kite nak cepat. yelah bila lagi nak pergi tukar sebab nanti masing² dah start busy. pastu CS kat Perodua tu bagitau suruh try kat Perodua Subang USJ. kalau ikutkan, boleh je just call tanya ada stock ke tak. tapi, kalau tak tanya depan mata rasa macam tak puas hati pulak. then kami pun terus lah gerak ke sana. naik motor tau. bukan kereta. sebab takut nanti kalau takde stok dah kena patah balik.





sampai² je terus tanya kat CS. fuh. lega sangat. nasib baik ada. lepas solat Jumaat kami terus datang sana balik angkut sekali kereta. risau wei nak drive. kang terburai kat situ jugak, habis.. nasib baik lapik seat memang leather. so kalau ada serpihan² kaca yang jatuh takde risau sangat sebab tak melekat kat seat.

bungkus je lah camni. :p

seram nak drive bila keadaan cermin jadi camtu. T_T
sementara nak tunggu dorang siap tukar n pasang, kami lepak tengok tv. nasib baik tempat duduk banyak. syiokkk.. rasa macam kat rumah sendiri pulak. HAHAHA.. mulalah tu nak berangan ada rumah besar. :p




bosan wei tunggu lama². dahlah masih rasa senggugut. duduk situ menahan sakit. nak muntah banyak kali tapi tahan je. nasib baik ada gula². alahai. dah macam ape je sampai muntah² ni. T_T




siap semua dekat pukul 5.30. time orang balik kerja. memang nice kan?? jem giler wei. waduh waduh.. sabar je lah. takpe, cik abang yang drive. saya jadi penumpang je. kikikiki.. semua tu habis dalam RM400 jugaklah. terbang duit. kepak kepak kepakkk [bunyik duit terbang]


upah lagi mahal dari harga barang. (--")

dah siap.. :)

orang tu tak bagi bukak tape sebab takut gam belum kering. dia kata dalam 1 hari boleh bukak. semalam cik abang bukak, hari ni dah pakai kereta pergi merayap. so maknanya dah melekat habislah tu. okey lepas ni kena pasang tinted pulak. duit lagi. T_T




tata.

Thursday, October 3, 2013

retak

Assalamualaikum..




hari yang sangat stress. pagi² mood dah spoil. mula² je okey, bila dapat tau berita yang meremukkan hati, mood hilang. rasa nak nangis pun ada. dah la tengah ABC [tau??] T_T




arini banyak kerja nak kena buat. sekarang dah settle. tunggu je lah kerja lain pulak yang datang. pagi tadi hampir² nak pitam. bukan sebab preggy. kalau tengah ABC boleh ke [preggy]?? nak pitam sebab senggugut yang sangat sangat sangat sakit. jalan pergi toilet pun macam orang mabuk. sakit senggugut. sakit nak berry. campur. nasiblah sapa yang masuk toilet tu. dahlah memang time peserta kursus rehat. hameklah bau yang semerbak dari saya. -haha-


kesiannya kat my baby ni. mentang²lah dah lama tak mandi, boleh pulak nak pecah. T_T semua gara² orang yang potong rumput kat rumah tu. pelik. depan rumah saya takde rumput pun. najis kucing banyaklah. rumah depan ada rumput. jauhnye batu melompat?? terer. semua ni membuatkan hati jadi tak tenteram nak buat kerja. tapi cekalkan hati jugak.





pelik ke bila saya dapat tau cermin kereta pecah time badan kat tempat kerja?? ape nak pelik? cik abang kan cuti. dia yang bagitau. dia tau pun sebab orang yang pecahkan tu yang panggil. nasib baik dia jujur. katenye nanti kalau dah tukar boleh claim ngan dorang. boleh ke?? agak²?? tengah was² jugak ni. takpelah. tunggu je lah nanti. hmm..





dah. tak boleh nak kata ape dah. tunggu je lah nanti bila dah tukar cermin. oh, insurans?? insurans tak cover cermin. saya tak amek. tak sangka pulak menda ni nak jadi. lepas ni kena letak langsir kat pagar rumah. ke?? pelik pulak. malas dah nak pikir. main candy crush je lah.





tata.

Friday, September 20, 2013

kaki melecet??

Assalamualaikum..





fuh fuh fuhhhh.. okey nasib baik takde banyak habuk. lama tak update. last update 15 hb. ehhhhhhhhhhhh tak lame pun. hihihi.. rasa macam lama je. orang yang selalu update blog, kalau tak update sehari pun rasa macam lama. :p





korang suka pakai heels tak?? means kasut bertumit tinggi. saya tak suka pakai sebab kaki cepat melecet. sakit wei. hari tu terpaksa pakai sebab kena pergi Jabatan Perdana Menteri. dah lah kena menapak jauh sebab parking kat luar. tak pasti pulak kereta boleh bawak masuk ke tak. kawan saya takut kena clamping, tu yang parking kat luar. dah lah kena bayar. nasib baik kena RM1 je. jauhhhhh kena jalannnn.. bayangkan dari parking luar JPM tu sampai B7. kaki melecet dapat, ketiak berlecak pun dapat. (--")





kelmarin ada Perhimpunan Bulanan JPA, so INTAN kena jadi tuan rumah. maknanya kena pakai baju ala² korporat. so, kena pakai heels laaagggiiiii.. kalau dekat takpe, ni kena menapak ke bangunan lain. mau melecet lagi kaki saya kang. pastu saya teringat adik saya pernah pakai heel protector untuk kasut dia. jadi, saya tanya adik saya mana dia beli benda tu.. rupanya ada je kat Guardian. kat pasaraya pun melambak jugak. cuma saya je yang tak perasan. hahahaha.. cari punya carik akhirnya jumpa jugak kat Guardian.. nasib baik.



dalam 1 pek tu ada 2pcs. takkanlah dia nak bagi 1 je kan?? kaki kan ada 2. kalau dalamnya ada 1 mau kena maki la orang yang buat product tu. hahahaha.. harga?? alamak, saya tak ingat berapa pulak harganya. heee..





selesa pakai benda tu. even rasa ketat sikit tapi takdelah melecet, sebab benda tu macam gel. nak jalan jauh pun best je. cuma jari je lah yang melecet tapi takde lah seteruk yang kat belakang. pasni nak kena carik untuk kat jari pulak. ade ke agak²?? tu lah jari gebu sangat kan dah melecet. hikhik.




kalau korang jenis kaki cepat melecet, try lah pakai heel protector ni. best tau!! cara nak pasang pun senang je sebab ada gam kat blakang. tapi nak pakai tu kena hati²lah. kang nanti main masuk je kaki habis tercabut benda tu. hehe.. okey selamat mencuba!!




tata.

Sunday, September 15, 2013

kisah cintan cinton yang tak menjadi dan entry ini sangat panjang dan membosankan!!

Assalamualaikum..




bosan malam ni. nak tengok tv pun dah muak. update blog je lah gamaknye. hehehe.. dari dulu saya tertanya², kenapa kalau budak sekolah yang bercinton² tu dipanggil cinta monyet. adakah perangai menyerupai monyet?? oh myyyyy... eh korang pernah rasa cinta monyet tak?? mesti ada kan??




saya?? takde kot.. sapelah nak kat saya yang comot ni. dulu kan saya ni selekeh. takde sape nak pandang. dah lah selekeh, hitam pulak tu. mane tak hitam?? pergi sekolah naik basikal uolls.. haaa jangan tak tau.. masa tu rasa jeles jugak ngan kawan² yang datang sekolah mak bapak yang hantar. saya pulak kena naik basikal. kalau tayar pancit, kena jalan kaki. fuhhh.. sampai hitam jadinya. sobs. T_T




kalau dah takde sape nak pandang, takdelah nak jadi cinta monyet. kan?? tengok budak lain siap dapat surat dari budak lelaki konon² minat ngan dia, saya ni cuma ngadap buku je. pastu dengar cerita kawan. tu je. sedihnya cerita zaman kanak² saya ni. hahahaha saya minat orang?? huuuuuuuuiiiiiiiiiii ramaaaiiiii.. tak terkira. hari ni minat budak lain, esok lusa minat budak lain pulak. alah, minat biasa² je.. pastu ngan budak nakal sekolah pun saya nak minat jugak. gila tak?? :p




oh saya baru teringat. masa darjah 4 ke 5, not sure. masa tu kat sekolah kebangsaan. sementara tunggu cikgu nak datang kelas, saya borak² ngan budak meja belakang. siap tongkat² kerusi. nasib baik tak jatuh. kat atas meja saya memang ada buku. standby untuk next class kononnya. tunjuk rajin. padahal.... hehehehe.. pastu masa cikgu dah datang tu kan, saya tengok buku saya dah terbukak, then saya nampak ada tulisan "I LOVE YOU ROSALINA".




ya ampunnnn rasa macam nak pitam. pitam sebab tak suka okeyyy.. maghah ni maghah.. sape punye kerjalah yang rajin sangat tulis camtu. jenuhlah saya tanya budak lelaki yang duduk depan saya, tapi dia still taknak mengaku. jadinya, benda tu jadi tanda tanya sampai sekarang. sapelah hamba ALLAH yang ngengada conteng² buku orang tu. saya pun padam.. padam.. padamm.. cikgu nampak kang nanti kena marah. masa tu saya manalah ada perasaan nak bercinton² ni. nak lebiu lebiu ngan saya pulak dahhh.. memang tak layannnn.. hahahaha.. :p




dulu saya ni kan lasak. time orang sembahyang tarawih saya pergi lepak kat rumah kawan. pastu kantoi sebab orang dah habis sembahyang tarawih tapi saya tak balik² lagi. sampai kena panggil ngan abang saya suruh balik. hahahaha.. pastu abang saya ngan kawan² dia pegi mandi parit pun saya join jugak. tapi ada jugaklah member sekampung yang join sekali. bukan saya sorang je perempuan.. dah nama pun budak kampung, ape nak kisah?? :p




eh tadi saya nak cerita pasal cinta monyet, tetibe masuk cerita lain pulak. hihi.. tu baru cerita pasal cinta monyet kat sekolah rendah, belum lagi kat sekolah menengah. dulu saya masuk sekolah asrama, mane ada nak bercinta² monyet ni.. adik angkat, kakak angkat ade lah. hahahaha.. yang lain tu semua kawan je. kalau minat orang pun minat biasa² je.. takdelah sampai minat gila sampai meroyan.. kuikuikui.. fokus.. fokus.. :p




lepas SPM je saya baru start bercinta. tu pun masa kerja kilang. bosan duduk rumah, ye kerja. dapat sikit income. daripada buang masa menghabiskan beras, baik saya kerja. oh, pakwe saya masa tu nama dia Zaid. saya pun pelik camne saya boleh couple ngan Zaid tu. tak ingat dah. hahaha.. tapi orang kat kilang tu cakap muka saya sama ngan dia. maybe tang mata. dua² mata besar. sampaikan ada orang ingat tu abang saya. dia rajin belikan saya makanan kalau saya kerja shift malam. menggemokkan badan je. pastu saya sambung study kat UiTM pulak. masa dah masuk U saya putus ngan Zaid. saya lah yang gatal sangat mintak putus. tapi, saya pun rasa tak sedap hati bila couple ngan dia tu. dia macam ada makwe lain je. kikiki.. maybe memang betul kot. kalau takde mesti dia taknak putus, kan?? sekarang ni mane ntah si Zaid tu. dengar cerita dah kawen ngan orang Meru jugak. wallahua'lam. eh masa sebelum kawen saya ada terserempak ngan dia masa nak amek BR1M. saya dah tak cam dia. saya pelik kenapa ada orang lelaki senyum² kat saya. masa nak balik baru saya teringat yang dia tu Zaid. KAHKAHKAH..




lepas putus ngan Zaid tu saya takde couple ngan sape² pun. kawan lelaki memang ramai. tapi yang betul² pakwe memang takde. haaaaaaaa abang angkat ada. comel.. tapi dah lost contact dah. saya ni mulut jahat, maybe dia bengang ngan saya tu yang dia malas nak layan dah. kihkihkih.. :p pastu saya ada minat kat kawan abang angkat saya tu tapi dia pun macam nak taknak je layan. hahahaha.. ade je saya keluar ngan dia tapi just keluar time balik sama² je la. dia cakap, dia taknak lebih² sebab dia dah ada makwe. tapi tak kisah pun. minat sebab nak ada orang yang bagi semangat untuk belajar. tu je. :)




pastu kan suwe ape ntah tetibe saya boleh pulak couple ngan ex saya nama Eddy. yaksss.. nak taip nama dia pun saya jijik. cerita pasal dia tu saya malas nak cerita sebab menyakitkan hati. dah lah menipu. konon nak pinjam duit untuk deposit kereta. siap janji nak bagi saya jadi orang first yang naik. puiii.. penipu!! tau² kantoi ngan kawan² saya dia keluar ngan perempuan lain. terbakar hati saya masa tu tau noks. rasa macam nak bakar dia je. lelaki ni lah yang banyak menyusahkan saya. saya pulak ikut je cakap dia. dia nak pinjam duit saya bagi bagi dan bagi je. last² dia lesap. haih malaslah nak cerita pasal dia lagi. kang meletup pulak keyboard ni.




pastu saya couple ngan budak dari perlis. yang ni saya kompius sikit. sebab saya pun tak tau saya couple ke tak ngan dia. hahahaha sebab dia jauh. malaslah. pastu lost contact camtu je. saya senyap. sebab ada member dia bagi sms kat saya bagitau yang dia dah ada makwe. tapi bila saya keluar ngan kawan saya, lelaki, tau pulak dia nak carik balik. pelik. masa tu saya dah tawar hati dah, memang tak layan dah. padan muka.




pastu tak lama tu kan saya dapat sms dari perempuan, dia maki² saya kata saya perampas. perempuan mane pulaklah yang nak sms saya malam² kan. rupanya makwe kepada kawan saya yang lelaki tu. hahahaha.. gila. saya ngan kawan saya tu memang kawan je kot. takde nak feeling² bagai. dia yang ajak keluar. lagipun saya tengah stress masa tu. tu pun nak kata saya perampas. pelik betul.




pastu saya couple pulak ngan........ nama dia?? eh, taknaklah mention. nanti dia baca. hahahaha.. yang ni pun sama jugak. kerjanya ngikis duit saya. bila saya mintak balik sikit² kata takde duit. padahal gaji banyak. cehh!! entah² habiskan duit kat perempuan lain. masa saya nak putus ngan dia tu memang saya dah fikir panjang. daripada duit habis kat dia baik putus je. kuikuikui..




nape ntah kebanyakan lelaki yang saya kenal mesti suka mintak duit perempuan. pastu tak reti nak pulangkan. tak malu betul. dan kebanyakannya saya yang mintak putus. HAHAHAHA.. dah tak suka, buat ape nak teruskan?? ye dak??




semua yang saya ceritakan tu pengalaman hidup. setiap orang ada pengalaman hidup masing².. kan?? ape yang penting sekarang saya pun dah kawen. dah ada suami yang pandai masak, pandai kemas rumah, pandai serba serbi. untunglahhhhhhhhhhhhh.. Alhamdulillah.. dapat suami yang bukan berperangai sama macam manusia² yang saya cerita kat atas tu.. harap berterusan sampai bila².. :)




lain kali nak cerita pasal cik abang pulak. yang ni macam rumit sikit. tapi, next timelah. sebab entry ni dah panjang. hahahahaha.. tata.


Thursday, September 12, 2013

sekali sekala

Assalamualaikum..





sebelum saya mula, saya nak minta maaf awal² andaikata ada yang terasa dengan entry ni. ini sekadar luahan hati saya yang kecil, luahan dari diri saya yang hina ini. mungkin bukan saya sorang yang rasa. dan saya tau ada jugak yang rasa macam apa yang saya rasa.





pernah tak korang buat pape, punyalah bertungkus-lumus buat sampai berlecak ketiak tapi takde pun yang nampak ape yang korang buat tu. kawan² sekeliling memang nampak tapi "orang lain"?? hope korang faham apa maksud "orang lain" tu. "orang lain" tu suruh buat macam², means mengharapkan kita sentiasa. kalau kita takde, dia susah. bila kita dah buat semua tapi tiada penghargaan ape pun. agak² korang terkilan tak??





"orang lain" tu cuma nampak kita sekecil zarah. macam kita ni hina sangat. macam kita ni tak wujud. pandang pun taknak. tapi bila sesuatu terjadi, "orang lain" tu akan mencari kita. nak ikutkan kejam, memang langsung taknak buat, memang langsung taknak tolong ape yang "orang lain" tu mintak. tapi diri ini bukanlah sekejam itu. takpelah, anggap je lah ia pertolongan. kita tolong, kita yang untung. kita dapat pahala. penghargaan?? hmm.. takde. takpelah. penghargaan dari manusia takde, tapi penghargaan dari ALLAH mungkin ada. InsyaALLAH.





bila kita buat sesuatu, dia anggap kita tak buat apa². yang selonggok tu pun dia tak nampak. yang dia nampak cuma sampah. yang dia nampak semua salah. habis tu yang bertungkus-lumus selama ni SIAPA?? nak bersuara, tapi rasa diri kita tak layak bersuara. yelah. kita ni cuma kuman. mungkin bila tiba masa kita dah takde, baru "orang lain" tu rasa kewujudan kita. takpe, SABAR.





ucap TERIMA KASIH tak susah kan?? belanja makan ke.. pun tak salah kan?? sekali sekala. bukan selalu. memang tak mengharap. tapi, apa salahnya?? SEKALI SEKALA. tak rugi pun.




takpelah. ALLAH ada. ALLAH faham situasi kita. hope kita akan terus bersabar.




-nukilan petang-

Tuesday, September 10, 2013

stop following blog uols

Assalamualaikum..





cucuk-cucuk bintangggg [ayat kak ain. miss you sis :')].. bos takdeeee.. yahuuuuuuuuu.. bukan bos tak datang tapi dorang semua kursus. hikhik. okey inilah masanya saya nak update blog. curik masa sikit sebab kerja tengah takde ni. bulan depan kompem menimbun. T_T




mula² sekali saya nak minta maaf andaikata saya unfollow blog uols yang tengah baca blog ni. bukan taknak follow tapi.............. banyak sebab. antaranya:

blog berat

blog dah cantik, tapi lambat nak bukak. kalau pergi berak pun sempat. iyeee.. kalau blog berat sangat pun tak boleh. nanti follower lari. tajuk dah best tapi nak baca kena bercinta dulu. salah satu sebab blog jadi berat, banyak sangat widget. kalau boleh kan tak payahlah letak banyak² widget, buat semak mata je sebenarnya. blog simple je pun okey ape. :) lagi satu file image besar sangat. sekarang dah banyak cara nak kecikkan file gambar. Google je.





lagu kuat sangat

ada certain blogger suka letak lagu. dulu saya pun suka letak jugak. bajet syok sendiri kan. konon orang pun suka lagu tu. HAHAHAHAHA.. tapi saya dah buang dah sebab saya dah terkena kat blog orang lain. dah lah blog berat pastu nak tunggu lama. sementara nak tunggu, saya bukak blog orang lain pulak. tengah khusyuk baca blog orang tetibe keluar lagu kuat. kalau lagu sedap takpe ni lagu K-Pop. alahaaaaaaaaaaaaiiii.. nak gugur jantung. terkejut woi. kalau time tu saya tengah minum memang dah tersembur air. tak payahlah letak lagu. senang. dahlah saya jenis suka dengar radio online. bila baca blog orang yang jenis ada lagu tu saya jadi pening sebab tak tau nak dengar lagu mana. daripada syok nak baca terus jadi stress. (--")





permission denied

yang ni paling menyampah. kalau nak private blog, baik bagitau awal². takdelah beriye orang lain nak baca. bila saya bukak blog, dan² tu keluar camni:


memang saya terus unfollow blog camni. melainkan dia adalah orang yang saya kenal, saya akan tanya kenapa dia private. kalau untuk sementara je saya takdelah unfollow. yelah, maybe dia ada masalah peribadi sampai kena private blog. kaaaannnn?? saya pun pernah private kejap. tapi macam rugi pulak kalau private. nanti pageview menurun. HAAAAAHAHAHAHA..





tak update langsung

saya tau memang tak semua ada masa update blog. saya pun kadang² tak update. malas punya pasal. tapi kalau yang sampai 2-3 tahun tak update tu ape cerita?? alamak.. ke memang dah taknak update?? kalau memang tak update, saya unfollow. sorry. saya buat camtu sebab saya suka baca blog. kalau baca blog tapi tahun 2011 punya tak bestlah camtu kan.. mestilah setiap orang ada cerita baru even dia sakit perut nak pergi berak pun boleh dibuat cerita kat blog. eh?? hahaha pun bolehhhhhhhhhh.. :p





senang cerita update je lah blog korang tu wei.. saya tak suka baca blog sendiri. sebab tu kalau ada typo saya biar je. lantaklah situ. faham² sendiri je lah. okey, selamat mengupdate blog. tata. :)

Monday, September 9, 2013

[DEKORASI] susun atur dalam laci

Assalamualaikum..




hai. macam dah lama tak update blog. hehe.. saya nak update pasal susun atur dalam laci. saya tengok laci kat rumah tu ya ampun takde selera nak tengok. HAHAHA.. bersepahhhhhhhh.. eh bukanlah bersepah ape pun cuma barang dah bercampur² so macam susah nak cari² barang. lagi² laci kat meja solek tu. saya ni dah la suka main campak² je brooch lepas guna. pastu cik abang jadi mangsa kena marah padahal saya yang salah letak. kikikiki.. :p





sebenarnya dah lama saya nak buat tapi baru semalam saya keluar shopping dengan cik abang. tu pun bukan shopping ape. cik abang je yang nak beli racun cik titi yang membiak kat dapur tu. pastu dah alang² keluar belilah partition untuk laci sekali.


partition ni saya beli kat Daiso je. melambak kat situ. malas nak cari kat kedai lain. HAHAHA.. nak untung ambik yang isi ada 2. jangan ambik yang isi dia 1 je. rugi.. rugi.. hihi..



gambar atas ni adalah gambar sebelum. bersepah sangat kan?? hahahaha.. segala harta mak nenek ada dalam tu. malas nak kemas punya pasal. main sumbat je ikut suka hati. nak carik jarum pun susah. :p agak² laci kat rumah korang mesti lagi kemas kan??






okey jom tengok camne nak letak dalam laci. :)


 1. ukur setakat mana nak potong. kalau boleh biar longgar sikit. kalau ngam² nanti sempit sangat n nanti dia jadi melengkung.




2. potong pada tempat yang dah ditanda tadi. saya tak tanda sebab saya dah teror. kakakaka.. sebenarnya malas. okey?? saya malasssssssss.. same je. kalau salah pun saya punya sendiri. hihihi..


3. tengok kan memang betul salah. sepatutnya kena ambik kira sekali ukuran kayu bawah tu.. tulah, malas lagi. takpe, yang tu potong je. takde masalah pun. heeeeee.. :p




4. masukkan. dah muattttttt.. kan senang.


5. ulang langkah 1-4  untuk bahagian yang lagi satu untuk buat macam gambar bawah ni.


okey dah siap dah. lepas ni bolehlah susun ikut kesukaan korang. kan nampak kemas sikit.. hihihi.. beza tak dengan gambar yang sebelum tadi?? :)



saya buat untuk meja komputer jugak. laci tu lagilah bersepah dengan barang² yang entah ape². 




jap, saya letak gambar sebelum dan selepas.




lepas letak partition baru nampak kemas. selain dari tu, dengan adanya partition ni akan membuatkan laci kita ada ruang. jadi, takdelah terjadinya barang bercampur².. :) kalau nak letak kat laci baju pun boleh. saya buat juga tapi takkanlah saya nak upload pulak kannnnnnnnnn.. sensored uolls. hikhik. okey selamat mencuba. :)