terima kasih sudi singgah.....buat susah-susah jeeeeeee....teeehehehehe..

✿cayang2 rosalina✿

Tuesday, April 30, 2013

ubat batuk cap ibu dah anak

Assalamualaikum




kisah seorang anak yang duka nestapa kerana ibunya sakit.. ohok ohok.. ohok ohok.. dah lame tak dengar lagu tu. hihihi.. tetibe teringat lagu tu sebab cik abang belikan ubat batuk. :p


dah lama sangatlah tak makan ubat batuk ni. selalu kalau batuk, mintak ubat batuk dari klinik je. tapi bila dah makan ubat batuk ni, pastu makan ubat batuk dari klinik, rasa lain macam pulak rasa ubat batuk dari klinik. ubat batuk ni lagi sedap. sebab manis kot. heeee..


bersyukur sangat sebab cik abang ada kad ni, n cover untuk saya sekali. untunggggggggggggggg.. hehehehe.. tapi untuk sakit² biasa je kot. saya pun tak faham ape benefit yang ada kat kad tu. selalu kalau sakit pun, demam je lah. yang lain² tu Alhamdulillah takde. mintak² dijauhkanlah. :)





pernah tak??





tetibe tanye pernah tak. hahahahahahaha.. takde ape. saje taip. tu je nak cerita..




.
































































tata.



Friday, April 26, 2013

demam sempena umur 26

Assalamualaikum




kalau budak kecik demam sebab nak tumbuh gigi. tak pun sebab nak jalan. saya ni demam sebab ape pulak?? maybe sebab umur dah bertambah kot. haaaaaaaaaaaaaahahahaha.. eh gigi bongsu tak tumbuh lagi maknanya saya belum tua lagi. \(^^)/





asal bangun pagi je mesti kepala sakit pastu hidung berdarah. tapi dah jadi taik idong lah. sebab asal bangun pagi je idong sumbat. pastu korek2 idong keluar darah. eleh, macamlah korang tak korek idong. kat dalam kereta tu korek idong senyap2 kan?? taknak ngaku plak.




saya tengah kebosanan kat rumah ni. nak buat kerja kat rumah pun tak larat, ini kan pulak nak pergi kerja. tv kat bawah pun terbukak je. tak daya nak turun tangga ni. adddooyyyyy.. cik abangggg cepatlah balikkkk.. bawak saya pergi klinik.. tak tahan dah ni. T_T




doakan je lah saya cepat sembuh ye. ke ada yang suka saya sakit ni?? eh, terpulanglah. tak baik pulak fikir negatif. hehehhh.. tak larat nak taip panjang2.




tata.




Monday, April 22, 2013

mesin jahit :)

Assalamualaikum..




okey, nak buat entry pasal mesin jahit. dah lame terperam dah ni. kuikuikui.. saya dah lama terniat nak beli mesin jahit sebab sebelum ni guna mak punya je. disebabkan mak kata dia nak guna untuk jahit baju, saya pun kenalah pulangkan balik kat mak. kesian pulak takde mesin jahit kat rumah tu. kakak saya memang guna mesin tu sepanjang masa so tak boleh nak kacau. so saya pun beli je lah yang baru. heeeeeee..




punyalah pusing² carik kat semua kat kedai tak jumpa². Ya Allah susahnya nak cari mesin jahit. try cari kat Jusco takde. pastu try carik kat Klang Parade pulak, takde jugak. takde bukan sebab tak jual tapi Klang Parade tu nak renovate. kedai Senheng tu tutuppppp.. cis. pastu try cari kat Setia Alam, kedai elektrik OnKing dorg kate memang tak jual mesin jahit. kecewa sungguh hati ku. T_T




hari sebelum²nya try carik kat Tesco. ada tu memang ada. tapi jenama cap ayam lah. tak berani pulak nak beli sebab benda nak guna lama. bukan guna dua tiga kali je. kena carik yang elok sikit. heyyy saya bukan nak beli yang branded je. saya pandang kualiti. kalau beli pastu rosak korang nak belikan yang baru ke?? kalau nak, saya beli je yang kat Tesco tu. boleh?? (--")




pastu cik abang ajak pergi Setia City Mall. kot² ade jual kat sana kannn.. masuk² SCM je terus carik kedai elektrik. tapi yang ada cuma Harvey Norman. setakat yang nampak lah. tak tau ade yang lain ke tak. carik punya carik pastu jumpa. jenama Brother. harga RM799. kot. lupa. hahahahaha.. tapi takde stok pulak. kena order dulu. malaslah nak order2 ni. lambat. kena tunggu 3 hari pulak tu. kite nak guna cepat, dia suruh tunggu pulak. last² tak beli pun.




pastu sambung jalan² lagi. dan mase tu baru saya teringat ada Court Mammoth kat dalam SCM tu. pastu ajak cik abang pergi. terus carik mesin jahit. yeahhhhh.. akhirnya jumpa jugak.. hihihi.. banyak jenis jugak mesin jahit kat dalam tu. saya beli yang tak murah sangat n tak mahal sangat. bukan tak pandang yang murah tapi saya tengok jenis mesin jahit tu, berbaloi atau tak dengan harga. kenalah berbelanja dengan bijak. jangan menyesal di kemudian hari. hehehehe..




saya beli cash kat Court Mammoth tu je. taknaklah bayar ansur². nanti belum habis bayar dah rosak. tak syoklah camtu. lagipun harga mesin tu masih mampu lagi untuk saya bayar cash. kalau tak mampu, saya tak beli. jahit baju guna tangan je lah. kihkihkih.. dan² lah kan nak pakai tangan. sampai tahun depan pun belum tentu siap. :p andaikata tak dapat nak bayar cash, dan kalau nak beli jugak pun terpaksalah bayar ansur² jugak tapi bukan kat Court Mammoth lah. :p









semua gambar takde caption sebab malas nak letak. hihihi.. lepas ni boleh jahit baju 5 helai yang tersadai tu. jom jahit baju.. :)





tata..




.



mesti hati kau tak tenang kan??

Assalamualaikum..



tetibe hati rasa geram + marah + sakit hati bila teringat balik. rasa macam nak tumbuk dinding laju laju tapi nanti tangan saya pulak yang sakit. so tak jadi nak tumbuk dinding.@_@




kot ye pun marah kat orang lain, janganlah babitkan orang lain. tak pasal² je dapat makian. pleaselah.. kau tu dah besar. sepatutnya fikiran kau dah matang.. janganlah disebabkan orang lain, orang lain pulak yang jadi mangsa untuk kau nak lepaskan geram. so childish tau tak??




dah buat salah, pastu taknak mintak maaf. saya nak tunggu sampai bila kau nak diam. saya takkan mulakan dulu sampai kau mintak maaf. jangan ingat kau sorang je boleh ego. saya pun ada ego. tapi ego saya tak macam kau. ego saya bertempat.




disebabkan perangai kau yang entah pape tu lah yang membuatkan orang sekeliling taknak dekat dengan kau. kau terlalu berfikiran negatif. semua kau nak fikir yang buruk² je. bila jadi benda yang tak penting, kau jadikan benda tu penting sangat padahal benda kecik je dan boleh settle. kau sendiri yang merumitkan keadaan.




kau mula nak ungkit² benda yang lepas sedangkan kau sendiri tau ape sebab jadi camtu. kenapa mesti kena ungkit?? pleaselah. tak perlu nak ungkit².. "aku tolong kau, kau tolong aku" pastu bila jadi camni, kau ungkit. benda yang dah basi pun nak ungkit jugak. nampak sangat kau tak matang.




saya dah penatlah. kenapa mesti nak jaga hati kau sorang. tapi kau tak jaga hati orang sekeliling kau. kau rasa kau betul. kau nak menang je. kau yang buat keputusan sendiri tanpa kau sedar, kau dah hancurkan hati orang yang sayang kat kau. kau tau tak ape perasaan dorang?? kecewa sangat tau tak??




stop it!! sudah sudahlah. buangkanlah benda² negatif dari diri kau tu. cuba jadi positif. kau akan rasa happy bila kau fikir positif. 




.




Friday, April 19, 2013

salah sendiri

Assalamualaikum..




Salam Jumaat uolls.. kerja saya dah siap. eh, kenapa mesti bagitau kerja dah siap?? semalam pun saya bagitau jugak.. em em kena bagitau. kalau tak, nanti korang kate saya tak buat kerja pulak. hehehe.. saya buat kerja tau!! ni kerja sampingan je. lagipun time ni dah rehat. kikiki.. :p




sometimes saya musykil dengan orang yang taknak mengaku salah dia. yelah, dah tau tu salah dia, pastu taknak mengaku. siap tuduh orang lain yang buat. kenapa mesti camtu ye?? hew hew..




kalau saya yang buat, saya mengaku tu salah saya. tapi kalau bukan, buat apa nak mengaku?? ye dak?? lebih baik jujur, daripada jadi penipu. maybe orang akan kata ape yang saya taip kat sini semua bohong belaka. hahahahaha.. terpulang nak kata ape. sekurang²nya saya bukan hipokrit n tuduh orang lain yang buat. tak pasal² je jadi fitnah nanti.




bukan saya nak kata saya ni betul dari segala serba serbi. tapi saya cakap n buat berdasarkan fakta n bukti. bukan main hentam keromo je. bukan ikut perasaan je. bukan ikut rasa hati je. je je je.. entahlah. susah nak describe orang yang camtu. tau² je kite yang dipersalahkan. (--")





tetibe ada gambar Domino's. KAHKAHKAH.. thanks bos for the pizza. okey, dah kenyang.









.










Thursday, April 18, 2013

bosan@khamis.com.my

Assalamualaikum




hai. bosanlah petang ni. kerja dah siap. ape nak buat ni?? haihhhhhhh..





baru kejap tadi tengok keek Tiz Zaqyah. hahahahahaha.. penat gelak. nah saya share sini.






saya rasa kulit saya makin putih. kahkahkah. perasan.




.





Wednesday, April 17, 2013

kebosanan di malam Khamis sambil layan hindustan lalalalalala

Assalamualaikum..




nak update blog lagi. sebab tengah bosan. hahahaha.. tak tahu nak buat ape dah ni. cik abang belum balik. OT katenye. posmen pun kena OT ke. ingatkan posmen takde OT rupanya ada jugak. pastu sampai malam pulak tu. kalau ada baby kan best. eh eh?? :p



okey sementara nak tunggu cik abang balik, layan hindustan sat. bolehlah. lagipun dah lama tak tengok hindustan. teringin pulak nak feeling2 heroin. kikiki.. disebabkan tv ade dalam bilik, terpaksalah online guna laptop. takkan nak angkut pc tu masuk dalam bilik pulak?? ye dak?? hihihi.. lagipun dah lama tak melawat laptopku yang dah berkurun ni. hew hew hew..




malas nak tengok tv kat ruang tamu. nanti asyik nak ke dapur je. bhahaha.. alasan munasabah tak?? kalau dah dok kat atas ni alamatnye terus tidur je lah nanti. nasib baik dah solat Isyak. hihihi..




eh, sebenarnya saya tengah tunggu cerita Final Destination ni. jap lagi nak start pukul 11 kat channel 729. masalahnya, berani ke saya nak tengok sorang2?? hahahaha.. mane cik abang ni. cepatlah balik. boleh saya menyorok kat belakang dia nanti. kihkihkih..




pasal entry sebelum ni, erm, malas nak komen. ignore je lah ye. hihihi.. saya bersyukur sangat sebab dikelilingi orang2 yang happy go lucky.. thanks my friends and family. malas nak ingat dah syaitan2 tu. babai syaitan. kesian kat syaitan sebab takde orang nak kawan ngan dia. HAHAHAHAHAHAHAHA..




tata.




#notakecik : cik abang dah balikkkkkkkkkk.. :)

diam

Assalamualaikum




tadi baru lepas solat Maghrib. tapi aku merasakan sesuatu yang tak normal. ya, perkara itu masih merayap-rayap dalam fikiran aku. aku cuba diam. aku cuba jauhkan diri. tapi.... hmmm..




apa daya aku?? aku manusia biasa. sentiasa melakukan kesilapan. nak aku mengaku sesuatu yang bukan aku buat?? okey. aku mengaku. memang aku buat semua tu. ya!! aku buat!!! puas hati?? tapi, sampai bila?? satu hari nanti perkara ini akan menjadi ungkitan balik. aku dah penat.




kenapa mesti semua kesalahan tu diletak dibahu aku sorang?? aku tak mampu. dan aku masih tertanya-tanya. ape kesudahan semua ni nanti?? tak mungkin semua ni akan hilang camtu je. syaitan tu. dia tidak akan berhenti menjatuhkan aku. sangat tak berhati perut, bukan??




kalau berani, sila bersemuka. jangan cakap belakang je. sangat susah bila berkenalan dengan manusia perasan. disangkanya semua untuk dia. bukan. bukan semua. mungkin cuma lima?? ya, mungkin.




ya Allah, jauhkan aku dari syaitan itu, aku tak sanggup. kuatkan semangat aku ya Allah.



.




desert

Assalamualaikum..




lepas makan mesti rasa nak makan desert kan?? contohnya makan aiskrim. waaaaaaaaaaaaaaa.. sejak bile ntah terjebak makan aiskrim ni. saya bukan suka sangat makan aiskrim. sejuklah. ngilu gigi. asalnya cik abanglah yang suka beli aiskrim. asal shopping barang dapur je mesti beli.


cik abang suka sangat aiskrim mini macam gambar atas tu. cuba bayangkan dalam 1 kotak tu ada 12 biji. dia boleh habiskan semua. eh, bukan semua. saya cuma dapat makan 2-3 biji, yang lain dia habiskan. hahahaha.. betapa sukanya cik abang kat aiskrim ni.




tapi tak kisah pun dia habiskan. dah tu memang feberet dia. takkan saya tak bagi dia makan pulak. lagipun saya bukan selalu makan aiskrim tu. cuma time saya nak makan je mesti dah habis. takpe, dah biasa dah. hahahaha.. kalau dah habis, biar dia beli lagi. :p




kenapa mesti buat entry yang guna gambar dah basi?? lalalalala.. sebenarnya takde benda nak cerita. belek² gambar dalam handphone pastu nampak gambar aiskrim tu, so saya terus update entry yang sepatutnya dah update minggu lepas. wakakakakikikikiki.. bolehlah.




tata.




#notakecik : perasan.

Sunday, April 14, 2013

car charger Yoobao

Assalamualaikum..




hai uolls.. sempat pulak iolls ni kan nak update blog time² nak maghrib ni. selagi sempat, sempatkan aje. tengah rajin. dah alang² tengah online blog ni kan, baik update sekali. even entry yang ntah pape. rasa² ni entry pape ke entry ntah pape?? (--")




saya nak strory pasal car charger. ade ke yang nak baca?? kihkihkih. sebelum ni saya takde guna car charger pun untuk handphone kat dalam kereta kelisa. selalunya cucuk kat tempat usb je. tapi entah kenapa bila dah pakai kereta Myvi ni asal cucuk kat usb je mesti dia kacau radio. kalau boleh dengar radio takpelah jugeeekkk.. tapi terus hanggggg radio tu. sape tak bengang?? sebab takde penghibur di kala kesunyian a.k.a radio yang memutarkan lagu² best.




apa lagi, saya terus mengadu kat cik abang. pastu cik abang pun saje nak try test, dia pun gatal tangan nak cucuk usb. mase tu dia memang nak charge handphone dia tu sebab bateri dah habis. amekau terus hanggggggg.. mane tak cuak kebebeh saya ni haaa.. ingatkan radio rosak ke ape kan sebab tekan² dia tak mau hidup. dah cabut wayar usb pun dia tak mau hidup jugak. T_T




kebetulan mase tu nak pergi makan. dah matikan enjin, pastu start enjin balik. phewwww.. nasib baik boleh hidup. keesokan harinya keeeeeee hari yang selepas²nya [lupa hari] , saje ajak cik abang pergi Plaza Alam Sentral Shah Alam sebab nak cuci mata kat Nagoya. pastu dah alang² pergi PAS tu, teruslah ajak cik abang naik tingkat 4 untuk tengok² car charger. konon je kan nak tengok. tapi beli jugak. bhahahaha.. nasib baik cik abang yang belanja. toink toink. :p


tinggal kepala kabel je. charger dah letak dalam kereta. pantas kan??
lampunya sangat cantik.

lepas beli terus pasang. nampak tak kegelojohan ktorang?? kikiki.. charge handphone pakai ni baru cepat penuh. kalau guna usb alahai. separuh je?? berjambang betul nak tunggu penuh. car charger ni bila dipasang je akan keluar lampu warna biru. bila drive malam² atau awal pagi, nampak cahaya biru ni mesti orang ingat saya tengah main handphone. huhu..




saya rasa pakai ni okey je. ngengada kan nak pakai Yoobao punye. padahal melambak jenama yang dijual kat luar tu. takpelah. saya dah survey. ada je jenama yang tak dikenali tapi harga kemain mahal. yang ni pun dah dikira murah. okey, dah masuk waktu. mahu solat. tata.




#notakecik : i'm going to 26. :)

Saturday, April 13, 2013

siap jugak akhirnya :)

Assalamualaikum




fuuhhhhh lega dah siap tukar banyak benda kat blog yang tak tahu nak kata warna pink ke purple. amek masa jugak nak buat semua ni. sakit mata saya asyik ngadap screen pc je. rasanya tu je kot yang nak kena tukar. background, width, cursor, gambar, pastu ada ubah² sikit kat saiz gambar. okey, saya puas hati dengan hasil yang sekarang. tu bagi pandangan saya. pandangan orang yang tatap blog ni tak tahulah camne. ntah² bosan. hahahaha..




bukan senang nak tengok saya rajin edit² blog ni. bila dah rajin, semua nak ditukar. pastu gatal tangan pergi tukar template, pastu habis semua ntah kemana. hilang. nasib baik saya pernah save kod html untuk blog. kalau tak, memang jenuh lah nak cari n ingat satu².




tak biasalah dengan template baru. kalau sebelum ni kena tick expand widget pastu baru tekan CTRL+F. kalau yang baru ni macam pelik je. mula² saya tak tahu camne nak carik guna CTRL+F sebab bila saya tekan CTRL+F je mesti tak keluar result. rupanya kena klik kat dalam box html tu dulu baru boleh CTRL+F. yang mula² tu keluar kat bawah, memanglah tak jumpa sebab dia cuma cari kat luar kotak je. bila dah klik kat dalam kotak html barulah keluar box search tu kat atas dia je. ceh. buat penat je saya scroll n cari satu². (--")




korang rasa blog ni okey ke tak?? kalau tak okey, saya nak tukar lain pulak. tu pun kalau rajinlah. hahahaha..




tata.




#notakecik : sakit hati betul ngan Celcom ni.

mekap blog

Assalamualaikum..




hai semua. dah bangun ke belum ni. ke tunggu matahari tegak baru bangun?? amboi kemain bangun tidur lambat. mentang²lah cuti.. pagi tadi solat subuh ke tak?? haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.. :p eh, saya tau semua yang baca blog ni rajin solat kan?? Alhamdulillah.. :)





saya tengah nak mekap blog saya ni. bukan blog pasal mekap tau. ni pasal nak tukar background, template semua tu ha.. bosanlah dengan yang lama. nak buat pembaharuan sikit. tu pun kalau ada yang baru. rasanya macam takde je. background je la yang baru. hahaha.. tu pun tak tau cantik ke tak. saya tengok macam pelik je. tetibe ada botol susu. watsdet??





nak tukar header blog, nak tambah sikit² lagi. ape tu sikit²?? :p ade benda yang saya suka kat template lama tapi hilang pulak kat yang baru ni. ingatkan dia bawak sekali. adoiiii.. nak buat balik, dah lupa camne. pastu google², jumpa. tapi tu untuk yang lama punya. sekarang ni html untuk blogger dah lain je saya tengok. pening.. peningggggggggg.. tak faham.. stress pulak kite.





dahlah. nanti kang kalau bebel kat sini banyak² tak terbuat pulak mekap² untuk blog ni. kan dah buang masa je nanti. huhuuu.. okey, tata.





#notakecik : lembab betul internet ni. grr..

Wednesday, April 10, 2013

power bank

Assalamualaikum.




kerja dah siap. semua dah siap. tengah tunggu kerja lain datang. aduhh.. time tengah bosan takde kerja datang pulak. bila tengah busy menimbun² kerja yang datang. sabo jelah kak ton. pastu dah tak tahu nak buat ape, mulalah gatal tangan ni nak update blog. hihihi..




sebenarnya dah berkurun dah beli menatang power bank ni haaa.. cuma sekarang je baru nak tayang kat blog. wakakaka.. tak boleh blah kot nak tayang tayang ni. macam ape je. saya beli power bank ni pun sebab saya selalu kena pergi kursus jauh² pastu bateri hand phone asyik habis je. lagi² blackberry. cepat betul bateri habis. kalau cepat sangat habis susahlah nak bersayang² ngan cik abang kat tepon. gediknye saye. kohkohkoh.. :p




saya beli jenama Yoobao. tu je yang saya rasa bagus. rasa je la. tak tau bagus ke tak. saya main belasah je beli. HAHAHAHA.. asalkan boleh guna sudah. beli kat Plaza Alam Sentral Shah Alam. harga?? entah. tak ingat. kalau ingat pun taknak bagitau sebab nanti korang bagitau ada yang lagi murah, nanti saya sakit hati. kihkihkih..




eh, kat Dealmates ade jual Power bank jugaklah. :p tak tau harga tu murah ke mahal. aritu ada yang murah tapi dah closed dah. cis. T_T




dengan adanye power bank ni memang senang hidup. tak payah risau bateri habis. bawak je ke mana². besar?? memang besar pun power bank ni. berat pulak tu. ape ade hal. cik abang punya pouch bag lagi besar dari sling bag saya. dia je lah yang jadi mangsa penyimpanan barang. kihkihkih..





sebenarnya tadi tengah godek² handphone. pastu nampak gambar atas tu. pastu terus rasa nak update blog pasal power bank. pastu baru ingat kabel handphone ada kat member. dia pinjam pulak. alahai. pastu baru teringat saya ada dropbox. fuhhh nasib baik. tak payah nak pakai kabel. hihi..




ni entry pasal power bank ke pasal dropbox?? kompius jap.




.
 



#notakecik : lapar pulak. @_@



Thursday, April 4, 2013

Emma Stone sangat comel!! :)

Assalamualaikum




kenal Emma Stone?? dia pelakon dari Amerika. tak kenal?? em em. dah tengok The Croods?? sape dah tengok tu mesti tau watak Eep. suara Eep tu Emma Stone yang punyaaaa.. dengar suara pun dah dapat agak tu suara dia padahal memang tak tau pun suara sape untuk watak Eep sebelum tengok cerita The Croods tu. cik abang pulak cam suara Nicolas Cage untuk watak Grug (bapak Eep). almaklumlah dia kan banyak berlakon, pastu banyak tayang kat Astro, sebab tu lah dapat cam suara. nampak tak yang ktorang ni kaki wayang?? kihkihkih..



ni nape kok tetibe cerita pasal The Croods?? mentang² baru tengok malam tadi. kikikiki.. tapi cerita tu memang sangat best sebab banyak part kelakar. terkekek² ktorang kat dalam wayang malam tadi. :p




em, saya suka tengok muka Emma Stone. dan suka tengok dia berlakon. besttttt!! sejak ada Astro, memang selalu tengok dia berlakon dalam cerita The House Bunny even cerita tu ulang² banyak kali. kuikuikui.. dia comellah. suka tengok dia senym. heeeee.. 



comel kan?? macam saya. bhahahahaha.. kbai.




#notakecik : mengantuk niiiii.. 

bosan dengar teguran yang sama (--")

Assalamualaikum..




dah Khamis dah. kejapnnnyyyeeee.. tak sabar nak Sabtu Ahad. sebab nak kemas rumah. boleh?? almaklumlah, minggu lepas asyik berjalan je. sekarang ni mood nak kemas rumah datang balik. tu pun tak tau kekal sampai Sabtu Ahad ke tak. kehkehkeh.. 




kat kepala otak ni asyik terfikir pasal tikar getah je. aritu dah carik dah. jumpa yang cantik. em, cantik?? boleh la kot. hihihi.. cik abang yang pilih, cantiklah kan. takkan nak ikut pendapat saya je. wahhhh.. :p tapi kena tengok jugaklah nanti kot² jumpa yang lagi cantik. manelah tau ikut pendapat saya pulak. HAHAHAHA. :p




dah jumpa, tapi tak ukur lantai lagi so tak dapat nak beli. nanti kang salah ukuran, dah kena beli lagi. tu kalau masih ada lagi. kalau takde?? haaa tak ke haru?? so, sempat beli lapik meja makan je. ohh gambar takde. tak terfikir pulak nak snap gambar. lalalalala~ 




sebelum ni rasa macam cantik je tak payah lapik kat meja makan tu. tapi bila kena air je payah bebeno nak hilang. sakit pulak hati kite. tu pun cik abang yang bagi pendapat n dia yang pilih lapik tu. saya ikut je. isteri mithali tak?? kakakakaka.. takde kena mengena. :)




entah kali keberapa saya buat entry yang takde kaitan dengan tajuk entry. yang kat atas tu intro je. ni baru nak masuk cerita sebenar. bila saya keluar dari opis, contohnya nak pergi kantin ke, balik ke, kalau terserempak dengan orang kan, mesti orang tegur, "Rosa ni dah kawen badan makin naik la.." "Rosa nape badan dah besar??" "Amboi ko ni makin lama makin sihat je.." rimas pulak dengan teguran² tu even semua tu memang betul punnnnnnnnnn. rasa macam jadi perhatian pulak bila saya pergi mana². (--")




kadang² saya jawab dengan nada suara yang saya rasa macam kurang ajar pun ada. aritu saya buat bodo je sebab dah tau memang akan kena tegur camtu, pastu saya terjawab "susah ke??" terus senyap orang tu. pastu semalam ade lagi yang tegur, saya jawab "biarlah". pastu saya ada terjawab lagi kasar "pehal?? sebokkkk je. biarlah.." sorry to say. bukan nak kurang ajar ke ape tapi saya dah muak dengan teguran² camtu. kadang² sampai malas nak lalu depan orang² yang suka tegur² tu. tapi, boleh ke?? nanti kata saya sombong pulak. (--")




takpelah, anggap jelah mereka tu AMBIL BERAT pasal saya. a'ah, memang ambil berat sangat kannnnn?? dulu saya kurus sebab penat kerja part time. pastu dah tunang mane ade kerja part time. sebab tu badan naik. dah kawen lagi naik sebab dah senang hati takde fikir masalah. haaaa tunggulah nanti dah ada anak kot² lagi besar badan saya mesti lagi ramai yang ambil berat. KANNNNN?? 




biarlah saya nak kurus ke, nak gemuk ke, saya makan pun guna duit sendiri, takde pulak nak mintak² duit orang lain. dan saya sihat walafiat. takde penyakit pun. Alhamdulillah. nak tengok saya kurus?? haaa tunggulah nanti. kalau umur panjang. 




omaigod omaigod. tetibe rasa entry ni macam emosional pulak. erghhh!! tata.





#notakecik : entry takde ending. LOL!!

Tuesday, April 2, 2013

We Chat

Assalamualaikum




hai. kejapnye dah bulan April. my month. hehehhh.. even ada yang tak suka sebab takde langsung cuti Umum, tapi saya sukaaaaaaa.. sebab banyak peristiwa jadi dalam bulan 4. dalam hidup sayalah. dalam hidup korang tu saya mane tahu. :p




eh, saya bukan nak cerita pasal bulan April. tapi nak cerita pasal We Chat. korang ada We Chat?? alah yang iklan kat tv tu yang ada Saheizy Sam ngan Lisa Surihani tuuuuuuuuu.. hikhik. sape² yang guna Android boleh download. yang guna Blackberry pun boleh. eh, carik sendiri je lah.



best jugak pakai We Chat ni. ade emoticons yang sangat comel. hehehehe.. ade si arnab tu jugak. okey, saya dah mula jadi orang batak bila guna We Chat ni. hahahaha.. :p




dah Asar, nak solat dulu. takde masa dah ni nak taip panjang². sambung next entry ye. kbai.





#notakecik : Alhamdulillah cuaca baik. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...