terima kasih sudi singgah.....buat susah-susah jeeeeeee....teeehehehehe..

mintak tolong klik, nak buat rumah. terima kasih.. :)

✿cayang2 rosalina✿

Thursday, February 28, 2013

nak muntah tengok blog sendiri

Assalamualaikum




Salam Khamis, Salam Sejahtera, Salam hmmmmm.. terus lupa ape nak taip bila nampak muka pompuan ni. hish!! semak!! saya teruskan je lah taip ape nak taip ye?? hew hew




tetibe rasa nak muntah pulak tengok blog sendiri. macam bosan pulak. hahahaha.. lagi² header blog ni. yaksss.. macam ape je. sekadar tulisan. alahai. nak edit² gambar malas pulak. nantilah tunggu rajin. hehehe..




nak tukar background pun tak boleh. nape ntah. kok tetibe tak boleh. haa amekau jawa keluar. HAHAHA.. eh seriuslah tak boleh nak tukar background blog ni. ape ntah yang saya dah buat aritu. nak tengok kod² html kang nanti juling pulak. pening kepala. tunggu je lah rajin. hahaha.. 




hish. semak!! semak!! semak!! terus takde mood nak taip panjang².




tata.




#notakecik : "mak aku masak lagi sedap dari KFC" ayat budak² tacing. kahkahkah. kbai.

Wednesday, February 27, 2013

Astro Multiroom

Assalamualaikum semuaaaaaaaaaa..




yeahh update blog lagi. kuikuikui.. rajinnye sayeeeeeeeee.. :p nak story pasal Astro pulak. kat rumah kami memang guna Astro. almaklumlah big boss kat rumah tu peminat tegar bola. kenalah ada Astro kat rumah. kalau tak nanti asyik hilang je. yelah, pergi kedai mamak sebab nak tengok bola. kannnnnnnnnnnn..




disebabkan kami selalu berebut tv, saya bagi cadangan kat cik abang untuk tambah tv lain kat bilik. senang. dia tengok bola kat bawah, saya tengok cerita lain kat atas. takdelah asyik nak berebut remote control. 




nasib baik Astro ada buat Multiroom. means, ada 2, 3, or 4 decoder dalam 1 rumah dengan tambahan bil RM50 setiap satu. eh, betul ke saya bagitau ni?? hahahaha.. tengok sendirilah kat website Astro ye?? :p kami cuma tambah 1 decoder je sebab ada 1 tv je kat atas. asalnya tv tu untuk main Xbox. tapi dah selalu sangat asyik berebut tv je, haa amek Astro lagi 1. bolehlah saya tengok channel yang saya suka puas² tanpa gangguan. HAHAHA.. 




mula² cik abang sms kat Astro. tapi memang ambik masa lama betul dorang nak call. ingatkan takde dah Multiroom tu rupanya ada lagi. sebab masa nak sms tu saya tengok due date akhir bulan Februari 2013. tak taulah kalau saya salah tengok sebab tengok kat handphone je. kecik. hehehe..




pastu Astro call cik abang nak mintak confirmation pasal Multiroom ni dan adelah dorang bagi penerangan pasal tu sekali. KOS PEMASANGAN PERCUMA + FREE PVR.. kalau ikutkan kat website Astro aritu saya tengok kena caj RM100 untuk kos pemasangan kalau nak PVR. nak tengok balik website tu lembablah pulak nak appear. cis. korang tengok sendirilah nanti. 


ni decoder kat bilik. asalnye tempat Xbox. Xbox kena alih tempat lain. hihihi.. :p

nak kuatkan sound tv sampai tersalah amek remote aircond. (--")

ini untuk kat ruang tamu. :)

PVR

decoder yang lama tu dorang akan ambil semula dan diganti dengan yang baru. kat rumah kami dah ada PVR. pasni boleh tengok balik cerita yang terlepas tengok. just record je. hihihihihihihihihh..





kalau dalam 1 rumah korang ade yang macam kami ni, sorang nak tengok bola, sorang nak tengok America's Next Top Model, ha, eloklah buat macam saya. hahaha.. dulu cik abang rajin keluar tengok bola kat luar tapi kerja sekarang ni memenatkan, so dia prefer tengok kat rumah je. :)




dah. selamat ber" Multiroom "!! tata.




#notakecik : saya dah gemok dan saya suka. heeeeeeee.. :)

Tuesday, February 26, 2013

i'll miss u my baby kelly.. sob sob.. T_T

Assalamualaikum..




dah selasa!! dah selasa!! semalam saya cuti sebab ada urusan rasmi untuk diri sendiri. hihi.. sebab tu tak update blog. nak update blog kat rumah, broadband tak terbayar. kihkih.. boleh pulak terlupa nak bayar. alahai. sudahnya, tak dapatlah nak online. hmm.. online kat tab or handphone je lah gamaknyeeee.. [pejam mata angguk-angguk]




saya cuti semalam untuk urusan lain tapi dapat lain pulak. kuikui.. takpelah.. asalkan tak sia² cuti. sebenarnya saya punya kelisa a.k.a baby kelly [wahh nama nak gah] telah selamat terjual di kedai kereta. sedih sangat nak berpisah dengan kelisa tu. dah macam² buat kat kereta tu. uwaaa.. sedihhhhhhhhhh.. sob sob.. T_T




tak terniat pun nak jual. memang berat hati sebab dah terlalu sayangggggggggggg sangat sangat sangat. tapi keadaan memaksa. sebelum ni habis nak dekat RM2k untuk semua. aircond, enjin, accessories, rasanya bukan 2k tu tapi dekat 3k jugaklah. biaselah kereta dah lama kan, sebab tu kena banyak nak tukar. ingatkan lepas tu dah okey. pastu lama² tengok kat parking still ada leaking. alahai. terus bawak pergi bengkel, tanya berapa kos. pomen kereta tu cakap dalam RM400.. duit lagi?? tu baru suruh check je. nanti kang dia bukak² lain, ade lagi yang rosak pulak. tak sanggup den. sakit wei kalau tiap² bulan kena spend duit semata² untuk repair kereta. T_T





pastu tanya cik abang, "kalau nak tukar kereta okey tak??" cik abang pun ON je. dan² tu jugak kami pusing² carik kereta yang berkenan di hati. saya pilih kereta second hand jugak. saya tak beli baru sebab bulan² tetap akan mahal. hew hew. lagipun kalau kereta second hand, memang dah siap modified. kena pandai carik. kalau kereta baru nampak standard. puas kami pusing. cik abang pun jadi pemerhati. Alhamdulillah, akhirnya jumpa jugak kereta yang berkenan di hati. nampak masih baru lagi. dalam pun masih wangi macam kereta baru. maybe owner sebelumnya pandai jaga. :) cik abang suka sebab dah siap ada sport rim. yes, itu paling penting. :)






tak kisahlah kereta baru ke, second hand ke, yang penting bulan²  saya mampu bayar.. jangan nanti ikat perut sebab nak bergaya. kan?? betul tak?? :) mungkin rezeki saya dapat kereta tu sekarang, mane tau rezeki saya lain kali terus angkat BMW. wahhhhh!! cita-citaku bila ntah nak tercapai. :p





tetibe rindu pulak kat kelisa. T_T





baby, i miss u so much!! :'(

first time bawak kereta yang baru ni kekok sikit. nak brek pun dari jauh dah brek. HAHAHAHAHA.. serammmmmmmmmm.. dah macam orang baru dapat lesen naik kereta. rasa tak biasa. hihi.. tapi ni baru lagi kan memanglah tak biasa. nanti lama² maybe biasa.. :) harap² kereta yang ni takde problem lagi² kat enjin. tu ibarat jantung kepada kereta. kalau rosak, kita jugak susah.. (--")




bersyukur padaMU Ya ALLAH kerana permudahkan segala urusan kami dalam pembelian kereta yang sekarang ni. 2minggu je dah settle semua. ALHAMDULILLAH.. :) harap lepas ni ada rezeki lain pulak. heee.. tamak la pulak. heip heip!! 




tata.




#notakecik : mood : HAPPY + SEDIH (--")

Friday, February 22, 2013

hari Jumaat yang sangat riang ria macam riang ria raya

Assalamualaikum




entry kali keberapa untuk hari ni?? tak kira pulak. jap. 





.




.




.




.




.




ooo baru kali kedua. hihihi ingatkan kali kelima. wahh kelas gitteww nak kelima. bajet retis plekkk.. hari ni manyakkk happy wooo.. muka ada manyak sinyummm.. hihi.. Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan. ape yang buat saya happy?? haaa tu nanti saya cerita kat next entry. boleh?? :p




entry ni nak tepek gambar kain baju.  baru beli aritu kat member. murah woo.. kat luar tak dapat murah camtu. saya dah cerita kat entry INI.. tengok!! saya bukan cakap kosong tau!! promote tu memang promote. saya promote pun beli tau!! hihi.. saya dah tengok pun kain yang ada kat dia. semua cantik². :)



asalnya memang beli 1 kain je. yang warna belacan tu. tapi sebab dah benda ada depan mata, semua cantik² pulak, makanya, jadilah 2. hahahaha.. rambang mata wei. rasa macam nak beli semua je. tapi, cukuplah 2 je. kain baju yang hadiah birthday dari office pun tak terbuat lagi. :p




bila nak start buat pun tak tahu. kalau nak buat kena bawak balik rumah mak, mintak mak atau kakak potongkan. pastu saya yang jahit sendiri. hehehhh.. jahit cincai² je asalkan jadi bentuk baju dan boleh dipakai. diri sendiri pakai takpe kot kalau jahit cincai². bhahaha.. :p




em. selalu bila buat entry mesti tak tau nak buat ending camne. (--") tu je lah ye?? tata.









































































































































eh, ade nak story lagi. tadi shopping kat INTAN Street. adelah sorang hamba ALLAH ni jalan tergesa² pastu langgar saya kuat sangat sampai saya rasa nak terjatuh. dan saya tak dengar pun dia cakap sorry. tapi tak taulah dia ada cakap ke tak. hmm.. PTD pulak tu. padanlah orang semua cakap dia tu sombong. orang senyum pun dia buat bodo je. memburukkan nama PTD je. (--") PTD lain okey je, dia tu............ Astaghfirullah. buat dosa je kalau saya cerita. 





okeylah. tata.





#notakecik : cepatlah pukul 5. hew hew..

[DEKORASI] dapur in progress 2

Assalamualaikum..




salam Jumaat semua. semoga semua dalam keadaan sihat dan diberkati hendaknya. [dah macam nak tulis kat kad raya]. hari Jumaat adalah hari malas. hihi.. boleh tak?? :p sebenarnye ade kerja. tapi tadi buat tajuk entry, pastu berhenti menaip, buat kerja jap. sekarang kerja tu dah siap. magic tak?? magic tak?? 




ni kenapa sampai nak buat "dapur in progress 2" ni?? pe jadah ni?? pe jadah ni?? sampai ade episod 2 pulak. sebenarnye ade gambar tertinggal. malas nak edit. lagipun nak bagi nampak macam ade banyak entry je. kihkih.. pun bolehhhhhhhhhh.. :p





kat entry lepas takde gambar abah saya tengah buat dinding sebelah kiri tu. sebab semalam lupa nak bawak kamera. heee.. hari ni bawak, pastu transfer, siap edit letak watermark lagi tu. hakhak. 

 

abah saya bancuh sendiri simen ni. takde guna lori simen pun. hew hew. kesian pulak tengok abah buat sorang². kami cuma tolong bila ade kene tolong je. 
 

nampak tak rupa asal ruang tu camne. abah saya dah potong besi bahagian bawah tu sebab nak letak batu. kalau tak buang, camne nak letak batu. ye dak?? :)  ni gambar curi². nanti kantoi saya amek gambar abah tengah buat kerja. abah buat kerja khusyuk betul. hehehe..




dah tu je. tak boleh nak cerita lebih² sebab tak tahu nak cerita ape lagi. hihihi.. lain-lain cerita kat next entry. okey?? tata.




#notakecik : Alhamdulillah, disebalik kepahitan pasti ade yang manis. :)

Thursday, February 21, 2013

[DEKORASI] dapur in progress

Assalamualaikum




lamenye saya tak update blog. hihihi.. kebizian melanda. lagi satu malas nak update. boleh kan bagi alasan camtu?? :p okey, entry ni nak cerita pasal progress dapur rumah kami. huhu.. dah lame tak story pasal dekorasi. ececehh dekorasilah sangggattt [tangan dibahu].. layan jelah ye?? :)





rasanya korang semua tak tahu lagi camne keadaan rumah kami terutamanya bahagian belakang masa kami mula² masuk rumah tu. nak tau tak?? okey, nak tunjuklah ni. :p



hahahaha.. heip heip jangan nak geli geli pulak. tapi memang itulah hakikatnya. penyewa lama tinggalkan rumah tu dalam keadaan yang yang yang... haih tak tahu nak describe camne. korang sendiri dah nampak kan?? lantai tu. erghhh.. geram pulak kite.




kami jugaklah yang kene basuh. eh, bukan saya yang basuh. cik abang yang basuh. hehehe.. saya tolong siram² je. dia yang berus². kuikuikui.. lubang saluran tu dah tersumbat. cik abang jugak yang call Indah Water suruh settlekan. nasib baik dorang datang cepat. :)




dah settle semua, basuh lagi sekali. yeahhh.. barulah selesa sikit nak duduk rumah tu. :p kami angkut barang sikit² masuk dalam rumah. eh eh, ni nape nak cerita lagi?? semua dah cerita kat entry² lepas. baca je lah ye. kihkih.. :p [malas nak taip punya pasal]





dengan rezeki yang ada, kami guna duit tu untuk tambah dinding batu. sekarang ni guna besi, tak tahan lama sebab berkarat. baik tukar dinding batu. lagipun memang nak duduk situ lame. :) kami tak upah orang luar. tapi kami mintak tolong abah saya buatkan. abah saya pun baik hati nak tolong. tapi, lambat sikitlah siapnya. sebab dia pun sibuk. takpe, kami tak kisah. asalkan siap. hihihi.. terima kasih abah!! :) 





dinding sebelah kanan memang dah ada. kat situ dah menjimatkan kami. hehehe.. jiran sebelah yang buat. dia pun tambah belakang jugak. so kami cuma tambah belakang dengan sebelah kiri. abah saya dah siapkan yang sebelah kiri. sekarang nak pasang belakang tu pulak. nak letak pintu dan tingkap. :)


ya ampunnnn.. dapur sapelah ni. [geleng-geleng kepala]  HAHAHAHAHAHA.. camnilah keadaan dapur kami. nak masak kena pakai selipar, sebab berpasir. takpelah. sekejap je semua ni. jap lagi nak dapat dapur baru!! yeeehaaa.. tapi lame lagilah. :p


takde tempat nak simpan. terpaksa letak situ. hew hew. banyak sangat barang dalam rumah kami. tak tau nak simpan kat mane. (--") besi² tu abah saya punya. kotak tu?? takpe, takde isi pun dalamnye. hahaha.. bile ntah nak buang. :p


saya bagi cadangan kat cik abang, nak tambah satu bilik untuk laundry area. dan saya dah usulkan kat abah saya. abah saya cakap boleh.. hmm.. camnelah rupa laundry area tu nanti. hehehe.. tunggu jelah.





okey tu je buat masa ni. abah saya stop buat sebab orang kedai salah bagi rangka tingkap. tergendala semuanya. cis. semoga dapur kami cepat siap. semoga abah dikurniakan kesihatan yang baik supaya dapat siapkan dapur kami. Amin.. InsyaAllah.. saya sangat sayang abah saya. :)




tata.




#notakecik : hujan diluar. saya lapar. T_T

Monday, February 18, 2013

nasiblah

Assalamualaikum




salam Isnin. pagi ni sampai opis lambat. uwaaaaa.. kenapa sekarang asyik lambat je?? [marah kat diri sendiri] mungkin keadaan jalan yang jammed. almaklumlah dah seminggu pergi keje tak jammed tetibe arini jammed pulak. adoi. dah lambat 16minit. T_T




pulak tu arini ade koir pulak untuk Kursus Isteri Pegawai-pegawai Tertinggi. nasib baik start lambat. sempat sampai jugak. cuma tak sempat nak breakfast je lah. hew hew. nyanyi dalam kelaparan. perut pun ikut nyanyi jugak.

gambar kabur sebab gambar cilok. hahahagagagagalalalala.. :p

motif entry ni?? sebenarnya, tetibe ternampak gambar kat entry sebelum ni, alah, yang saya print screen tu, gambar yang last sekali tu saya lupe nak kaburkan nama orang tu. NASIBLAH. kalau korang rajin, trylah google nama orang tu, tengok ape yang dia tweet. saya dah malas nak amek tau. lantak dia lah nak kate ape. nak syok sendiri ke, nak perasan sendiri ke. kesian pulak kat dia. korang pergilah layan dia. kuikui..




dah. nak buat kerja. tata. :)




#notakecik : sakit pulak kepala ni. @_@

Thursday, February 14, 2013

macam tarzan


Assalamualaikum..




cuti aritu mase jenjalan ngan adik singgah beli kasut. almaklumlah pergi jenjalan asyik pakai seliper jepun je. jepun jugak yang dapat nama. cik abang pun dah tegur. dia pun asyik suruh pakai kasut je. pastu mintak pendapat adik, kasut mane yang sesuai.




singgah kedai kasut kat dalam Plaza Alam Sentral Shah Alam tu. test² kasut. pastu berkenan pulak ngan yang ni.


saya tanya pendapat adik. "yang ni okey tak??" nasib baik dia cakap okey. pastu, dia tanye saya balik, "kenapa ko suka kasut camni ek??" maybe sebab dulu saya pun pernah beli kasut macam kat atas tu kot. tu yang dia tanya. pastu saya tanya, "kenapa?? pelik ke??" dia cakap..





"MACAM TARZAN"





*(@^#&@^$&@#.. kurang asam punya adik.




#notakecik : dah, nak pergi berlatih koir.

bermula dari bawah...........again.

Assalamualaikum




salam Khamis. semoga kita menempuh Khamis ni dengan penuh kesyukuran dan ketabahan. InsyaAllah. eh dah macam nak berucap pulak. hihi.. sape yang selalu baca blog saya mesti pelik sebab tetibe je tak boleh bukak blog saya. saya tengok followers pun ade berkurang. hihihi..




it's okey kalau followers berkurang. maybe sebab mereka tak dapat nak bukak link blog lama tu. huahua.. then mereka pun stop following my blog. and ade jugak saya block some people dari follow my blog. mereka tu tak membantu pun. ibarat macam parasit. kerjanya nak caci maki saya. macam takde kerja lain. (--")




dulu link blog saya lain jugak. saya tukar sebab nama link blog tak best. hehehe.. alah, kisah lame. link blog pun nak gabung² ngan orang tu. sebab tu tukar nama link blog. kali ni saya tukar link blog sebab taknak kumpulan tu tahu pasal blog saya. tapi kalau tahu jugak, hmmmm no komen. sebab tu saya nak mintak tolong sangat² kat korang yang kenal ngan kumpulan tu, please!! JANGAN bagitahu nama link blog saya yang baru ni. kalau korang sayang saya as your friend, sila bantu. terima kasih. :)




saya pelik, kenapa some people yang saya kenal cakap saya ni hacker. waduh waduh waduhhh.. seriously, saya tak pandai nak hack account orang. hacker?? NOT. but stalker, YES!! hahahaha.. i like to stalk people. but certain people je lah. semua orang boleh jadi stalker. yes!! we can. selagi kita guna internet ni, selagi tu perasaan ingin tahu jadi makin menebal untuk tahu pasal seseorang.




tapi takdelah sampai nak meroyan sorang² pastu update kat blog/fb/twitter, cakap orang tu gila, orang tu sakit jiwa. apa ittewww?? saya rasa orang yang cakap camtu kat orang lain tu yang gila dan sakit jiwa. kesian kan?? semoga hati mereka tenang. hihihi.. biarlah dorang nak jadi gila ke, sakit jiwa ke, yang kita tau kita memang tak kacau dia langsung. orang yang gila ngan sakit jiwa je yang terase tetibe, perasan sendiri. (--")




sebelum ni kalau taip pape je pasal dekorasi kat Google mesti keluar nama blog saya. tapi sekarang dah takde lagi. tapi saya tak kisah. maybe saya kena bermula dari bawah macam mula² buat blog dulu tu.. hihihi.. lagipun, saya bukan nak jadi blogger tegar pun. just suka² je berblogging sambil share pape ngan u olls. memang tak ramai yang komen kat blog tapi saya tau ada yang baca blog ni. thanks korang. :)




.




.




.




.




.




tetibe tak tau nak taip ape dah. tata.




#notakecik : jangan cari masalah kalau takde masalah. :)

Wednesday, February 13, 2013

[DEKORASI] bawah tangga

Assalamualaikum




okey, update blog lagi. dah kena sawan blog. jadi gian nak update blog. kesian kat diri sendiri. (--") entry ni nak tunjuk something yang akan buat korang terkejut kucing. meowwww!!!! HAHAHA.. taknaklah terkejut beruk, tak comel. tukar jadi terkejut kucing. hihihi.. boleh jugeeekkkkkk.. 



ya ampuuuunnnnnnnn.. rumah sapelah yang bersepah tu. HAHAHAHA.. mesti tak percaya kan?? memang tu lah keadaan bawah tangga kat rumah kami. bersepahhhh!! macam² ade kat situ. kotak HT pun masih ade lagi kat situ. sepatutnye dah boleh buang dah tu. waduh waduhhh.. rangka tingkap tu nak buat kat dapur, so parking kat situ jap. 




ape nak buat dengan barang² tu?? haaaaaaaaaaaaaaa.. kami dah ada perancangan. tapi, just wait and see je lah. sebab still in progress lagi. :) nampak tak tangga tu pun tak habis cat jugak. bhahahaha.. sebab sebab sebabbbbb.. ntah. hihi. tunggu je lah nanti. :p




tu baru barang kat bawah tangga. belum barang kat dalam bilik lagi. banyaknye barangggg.. tapi tempatan simpanan takde. alahai. nak kene tunggu dapur siap dulu. buat sementara ni tak boleh reveal sangat. tak surpriselah nanti. hihihi.. jeng jeng jeng..




dah. tu je nak cerita. tata!! :)




#notakecik : sakit pulak bahu kite. adoi.. T_T


monday blues

Assalamualaikum..




hai, salam Isnin. mesti arini ramai yang malaaaassss je nak bangun pagi untuk pergi kerja kan?? tu kalau yang kerja. kalau yang cuti, mesti sambung tidur. ish ish ish. tak semenggah. please, jangan tidur balik. pergilah kemas² rumah tu ke.. basuh baju ke.. sapu lantai ke.. cepat cepat!! hahaha.. ayat orang dengki kena kerja.




yeee.. saya tauuu.. hari ni bukan Isnin. saje je buat Isnin sebab rasa macam hari ni hari Isnin. malas dia sama macam Isnin. bhahahaha.. kan kan kannnn?? eleh, kalau dah malas tu ngaku je lah. nak salahkan Isnin pulak. kesian Isnin. kikiki.. :p




bos kat atas ni cuti panjang. yeayyy cucuk cucuk bintang. nak joget gangnam pun bolehhh.. keh keh.. tapi susah jugak kalau bos cuti. takde bos nak peraku baucer. alamatnye kena turun bawah, mintak bos bawah yang buat. malasnyehhh.. (--")




putih putih melati.. merah merah delima.. eh eh tetibe nak nyanyi lagu tu. ahh nampak sangat tengah bosan. dah lah. nak buat kerja sikit. bosan jugak ngadap mende ni je. hihihi.. 




tata.




#notakecik : nasib baik kerja 3 hari je. yiiiihaaa.. :p

Friday, February 8, 2013

Jumaat yang sejuk lagi indah

Assalamualaikum




hai semua. Alhamdulillah, hari ni sejuk je kan?? hujan dari pagi tadi, sekarang still mendung je. saya kat opis pun kesejukan. nak menaip pun keras je jari ni. tak boleh nak taip laju². hew hew.. baru je ingat taknak update blog tapi ntah nape rasa macam gian pulak nak update. kuikuikui.. so, update je lah pape. agak² kalau bosan ngan entry ni, korang baca je lah entry lain ek?? hehehhh..




actually saya tengah mengantuk sangat ni. mane taknye, bangun awal kot. tengok entry yang sebelum ni, saya kata nak tidur. tapi hakikatnya, saya tak tidur langsunggggggg.. sebab godek² blog ni haaa.. (--")




saya nak tanya ni, camne nak tukar background blog ek?? sebab, bila saya nak tukar, macam tak boleh je. background tak keluar. still warna pink ni jugak yang keluar. baru ingat nak tukar yang ada corak². T_T kalau tak boleh jugak takpelah. lain kali je lah tukar. tunggu rajin. hew hew.




comel kan ladybird ni?? bulu mata dia sama macam saya. lentik. hagagaga.. tetibe nak perasan plak. *lempang diri sendiri. 




 arghhhh!! mengantuk!! 




tata.




#notakecik : @_@

bertindak

Assalamualaikum.




tadi saya dah tidur awal. tetibe terjaga dan teringat belum solat isya'. masa saya terjaga tu saya terfikir. ya, saya perlu bertindak. saya dah penat dengan fitnah² yang saya rasa nonsense. mulut orang, suka hati mereka je kan nak kata pape yang buruk² pasal kita, asalkan mereka puas hati, dan rasa mereka menang. even kita senyap camne pun, mereka tetap jugak nak tindas kita.




takpelah. saya akan mengalah. malas nak panjangkan benda² mengarut ni. kita tak buat pape pun mereka still tuduh bukan². kate kite nak ambik tahu pasal mereka. katenyeeeeee.. meluat pulak rasa. mereka tu sape?? perlu ke saya ambik tau pasal mereka?? takde bawak kepentingan pun. baik tak payah kenal ngan orang camtu lagi senang. menyesal.




"memang rugi sapa yang tak kawan ngan aku" 




amboi statement dia. orang yang rugi ke, dia yang rugi?? eleh, ngaku je lah nak suruh orang kawan ngan dia. bhahaha.. jangan disebabkan perangai kita, nanti satu persatu orang yang kat sekeliling kita akan meninggalkan kita. behave lah. 




saya mengalah, sampai saya kena block dia, saya tukar link blog ni, saya tukar header blog, kalau boleh semua saya nak tukar. dan kalau boleh taknak ada sape² di antara mereka yang dapat tau pasal saya. hakikatnya, memang saya dah taknak tahu langsung pasal mereka even mereka dah takde dalam dunia ni.




saya dah penat berdiam diri. biarlah saya je yang menghilangkan diri dari pandangan mereka. itu lebih baik. memang sah lah mereka tu yang berpenyakit. cepat melatah. lepas ni kalau mereka ada kata bukan² pasal saya dan kawan² saya tu tak tahulah. yang paling jelas mereka berkata tentang saya. almaklumlah, bak kata mereka, saya ni perempuan gila, orang sakit jiwa. takpe, saya terima semua tu. pandangan orang kan..




"orang bijak adalah orang yang selalu mencari kesalahan diri sendiri dan perbaiki kesilapan tu. 

orang bodoh adalah orang yang suka mencari kesalahan orang lain"  




korang tergolong dalam golongan yang mana. sama²lah kita muhasabah diri. mungkin dulu saya adalah orang bodoh. tapi saya akan cuba perbaiki diri saya sendiri. semoga kita semua dapat berubah menjadi manusia yang bijak. :)




saya edit blog header, saya edit nama blog, saya edit nuffnang, saya edit networkblog, semua saya dah edit sampai tak sedar dah nak pukul 5 pagi. saya nak tidur. mengantuk ni. esok kompem tidur je kat opis. alahai. 




tata.




#notakecik : DONE!!

Thursday, February 7, 2013

buang masa

Assalamualaikum




lamenye tak update blog. gahahaha.. lama lah sangat. padahal baru berape jam je tak update. actually sekarang tengah bosan. biasenye waktu camni memang tengah takde kerja. dah tengahari baru ade. tapi tu pun depends. baru awal tahun kan. kerja memang tak banyak.




aritu saya ada bagitau bos pasal nak tukar kerja. means tukar secara dalaman ngan sorang opismate. katenye berkuatkuasa bulan Februari. katenyeeee.. wah, gittew tetibe nak nye nye plak. nye tu refer to bos okey. hikhik. tapi satu memo pun tarak bagi camnoooo?? takkan nak tukar ikut suka hati je nanti kate ktorang mandai² pulak.(--")




saya dah buat kerja ni dah 3 tahun lebih. em, ade lah jugak lebihnye tu. eh, ade nye lagi?? :p bukan nak tunjuk yang saya dah expert atau mahir buat kerja sekarang ni, cuma dah bosan. nak jugak belajar buat benda lain, ye dak?? nanti takdelah tercengang je bila ada orang tanye. tak pun, boleh jugak jawab untuk exam BITK yang kali keeeeeeee.. ntah tak ingat pulak. kuikuikui.




jap, nape tetibe cite pasal kerja?? muahahaha.. eh, kalau korang nak beli baju, jomlah shopping kat SINI. dia jual murah tau!! kat kedai luar, orang jual nak dekat RM200. dia jual bawah RM100 je. 


EDLstore

EDLstore

cantik tak?? jangan lupe cuci mata tau. :p



hah, dah cukup²lah ni buang masa. nak buat koje jap. tata. :)




#notakecik : "jangan terlalu confident yang kite tidak melakukan kesalahan. ALLAH lebih tahu. jangan tunjuk kejahilan kite melalui perbuatan atau pertuturan yang sia². manusia dikurniakan akal untuk berfikir. jadi, fikir dulu sebelum berkata² atau melakukan sesuatu. :)"


Wednesday, February 6, 2013

orang kuat perasan memang camtu ke??

Assalamualaikum.



selamat hari rabu. hari ni takde wordless wednesday. segala²nya ade word. banyak word ni tau. word.. word.. word.. word.. word.. word.. word.. word.. word.. word.. word.. word.. word.. word.. word.. word.. word.. word.. word.. word.. word.. word.. word.. word.. banyak tak??? hahahaha..




ada sorang member mengadu, ada orang stalk twitter dia. tapi, saya hairan. kalau dah open twitter to public, kalau orang baca ape yang kite tweet, tu namanye stalk ke?? musykil gak ni. nak tegur, takut dia terase pulak. tapi, takpelah. eh, dia ada baca blog saya ke tak ek?? em, tak kot. sebab dia macam tak tau yang saya ada blog. bhahaha.. 




pastu aritu dia mengadu lagi, orang yang stalk dia tu, kutuk² dia kat twitter ngan pesbuk. siap kate dia stalk² pastu kutuk². eh eh, saya tak faham. sape stalk sape ni?? alahai. kalau camtu kan, baik unfriend je kat fb tu. twitter?? protected je lah twitter. senang. nanti orang yang stalk tu dah tak dapat nak baca ape yang kite tweet.




yang menjadi persoalannya, sape yang stalk sape?? ke dua² same je perangai?? kihkihkih.. yelah, kalau tak tengok pesbuk ngan twitter dia, takdelah kite tau ape yang dia update tu kan?? lagi satu, yang nak pergi terase ape yang dia update tu pe jadahnye?? anggap je lah dia kutuk diri dia sendiri. HAHAHAHA.. 




tak payah susah². jangan peningkan kepala. daripada kenal ngan orang yang perangai camtu, baik kita hindarkan. caranya, menjauhkan diri. ya, itu lebih baik. ataupun, kita senyap je. habis cerita. nak lagi senang, block je terus kat pesbuk tu. bhahahaha.. 




orang kuat perasan memang camtulah kan. orang lain update pape je mesti nak terasa. meluat pulak ngan orang camtu. eeeeeeeeee bosan pulak buat entry yang same je. sikit² pasal orang terase, sikit² pasal orang perasan. alahai. baik buat pasal deko² lagi syok. dapat jugak pekdah sebab share² idea. ni tak, nak share benda yang ntah pape pulak. (--")




eh, dahlah. kite propa je. eh eh tetibe. :p tata!!




#notakecik : hahhh!!! dah selamatttt!! padan muka. LOL!! :p

Tuesday, February 5, 2013

sakitnyewww

Assalamualaikum

 

tengah sakit² pun still boleh update blog. terer tak?? hihihi.. alah, update blog je kan, bukan jawab exam. update kejap, pastu berhenti jap pegi jamban. pastu sambung balik. pastu berhenti pegi jamban lagi. pastu pastu pastuuu ulang benda yang sama. adoiii sakit perut saya ni haaa. makan pape je kena keluarkan balik. naik pijooor dah. kahkah. eh, tu pun nak cerita. tak shenyonyohnyewww.. heee..



ingatkan semalam je sakitnye. boleh pulak melarat sampai hari ni. ape saya makan ekkk?? mase nak g kenduri kawen sepupu cik abang pun saya sakit perut gak. lepas tu terus²an sakit sampai sekarang.. padahal makan maggi goreng mamak je sebelum gerak pergi kenduri tu. 



doakanlah supaya saya cepat sembuh. bosan wei duduk rumah sorang². T_T kejanye mengadap menda ni je. nak masak pun tak larat camne?? alahai. nasib baik dalam rumah ni banyak makanan. bolehlah buat alas perut. (--")



dah, nak pergi makan jap. dah leper dah perut saya ni. nak kena isi balik. hew hew. tata.



#notakecik : rasa tak sedap hati pulak. T_T

Monday, February 4, 2013

basikal

Assalamualaikum..



update entry untuk kesekian kalinya. maksudnya, err.. tak tau. hahahaha.. ape saya merepek ni haaaa?? takde motif tau.




oh, nak up entry pasal basikal. yup!! saya ngan cik abang beli basikal.. weehuuu.. tapi baru je sekali naik. bhahaha.. takde masa pulak nak naik basikal ni. asal pagi Sabtu Ahad je mesti hujan la, malas lah, nak kemas rumah la.. alahai. takde semangat langsung. petang?? hari biasa saya busy kemas rumah.. nak masak untuk cik abang pulak.




petang masa cuti?? boleh je. tapi kebanyakannya habiskan masa kat rumah je. almaklumlah. banyak sangat nak kena buat. cat rumah lah, jahit langsirlah, shopping barang rumah lah, tapi rasanya lepas ni ada masa nak naik basikal kot. maybe je la kan. hehehhh tak sabar pulak nak naik basikal. :p




masa ambik basikal dari kedai basikal tu, try bawak sekali balik rumah. pehhhh penat wooo.. sakit kakiiiii!! hahaha nampak sangat kurang stamina. lepas ni kena aktifkan diri dengan berbasikal. kalau tak, ape guna beli?? ye dak?? :p

basikal cik abang.

ni saya punyeeeeeee.. :)

aritu abah saya datang, dia nampak basikal² ni, terus perli "tayarnya bersih je" hihihi.. takpe², pasni InsyaALLAH kami akan manfaatkan benda yang dah ada ni. kesian basikal ni dah lama menganggur. :p buat sementara ni basikal ni kena parking kat ruang makan sebab kat dapur tengah renovate. tak boleh simpan basikal kat luar rumah nanti hilang. mahal weh basikal niiiiiiiiiiii!! huhuhuuuu..




P/S : eh, tak boleh post panjang², nanti ade orang kata saya menunjuk pulak. eh eh?? macam kenal ayat ni. kahkah. takde motif langsung saya nak menunjuk ke, nak kate orang lain menunjuk ke, ape ke.. hmm.. ntah² memang niat orang yang kata camtu tu betul² nak menunjuk kot?? sebab tu dia tetibe buat P/S kata kononnya nanti saya kata orang tu menunjuk. tetibe. KAHKAHKAH.. tak faham?? saya pun tak faham.. hahahahahahaahhahaha *ketawasampaikeluarairmata




emm agak² nanti saya nak delete ke tak entry ni ek?? rasanya tak kot. sebab takde pun dalam entry ni yang memalukan diri saya sendiri. kuikuikui. lagipun ni entry nak melepaskan bosan. bhahaha.. dan saya cuma kesian dengan basikal sebab menganggur je dalam rumah. LOL!!




tata.




#notakecik : sakit perut tercerry berry T_T

[DEKORASI] tangga

Assalamualaikum.



sebelum ni tak sempat nak buat entry pasal tangga. malam ni baru ada kesempatan nak buat sebab baru je lepas snap gambar kat tangga!! bhahahaha.. mane tak nye, baru je siap settlekan area tangga minggu lepas. even bukan 100% siap tapi ade lah sikit perubahan.




kalau diikutkan, sebelum ni kat kawasan tangga rumah ni memang nampak terang even takdelah terang sangat. tapi still boleh nampak anak tanggalah jugak. maybe sebab faktor warna cat memainkan peranan. sebelum ni warna cat kat tangga tu warna cream. so, maybe cahaya lampu tu terpantul. tu yang nampak terang.




pastu kami tukar warna cat jadi warna pink, so kat kawasan tangga tu jadi gelap. lampu dah pasang pun still nampak gelap jugak. cik abang pun bagi suggestion pasang lampu lagi 2 biji kat tangga. saya tak kisah asalkan cik abang nak buat wiring tu. kihkihkih.. yarghhh dera cik abang!! :p




okey, saya nak tunjuk gambar sebelum dan selepas bagi kawasan tangga. :)

jom mengecattttt!! :)
kat bawah ni gambar sebelum kawasan tu bertukar warna. tinggi woooo.. lenguh leher saya ni haaa sebab nak kena pandang atas je.


in progress..  cat kat kawasan yang rendah dan boleh dicapai dulu. hehe..



settle bahagian kanan dan kiri. tinggal nak cat bahagian tengah tu je. mula² plan nak cat ikut warna cat yang pink cair tu je. rasanya macam susah kot nak buat. hmm..


kesudahannya, terpaksa cat macam gambar kat bawah ni. sebab nak mengecat bahagian situ memang amat menguji kesabaran. keadaan  roller untuk mengecat tu tak mengizinkan. kalau cat warna pink cair kat bahagian atas yang ada lubang² tu, nanti takut mencacatkan bahagian lain pulak.




terpaksa ubah plan dengan mengecat dua warna. warna pink cair tu saya cat ikut ketinggian yang saya dapat capai masa panjat tangga. selebihnya ikut warna kiri dan kanan. :)



cik abang rajin sangat nak buat wiring, ha, biar dia buat je. kuikuikui.. tapi casing tu nampak jugak even dah cat ikut warna dinding tu. takpe, maybe kena cari inisiatif lain untuk sorok casing wayar tu. :)


ni pulak pemegang tangga. warna asal adalah coklat. memang tak masuk dengan warna pink. lagipun dah berkarat² dan cat dah terkopek.


kami tukar warna cat ni dengan warna putih. barulah nampak kemas dan baru. hihihi.. oh, anak tangga tu kami tak sempat nak cat lagi. kena pilih waktu yang bersesuaian sebab takut cat untuk anak tangga tu ambil masa yang lama untuk kering.


lampu kat tangga ni kami beli kat Ikea. rajin sangat pergi Ikea kan, kalau tak beli nanti macam takde point pulak pergi Ikea tu. baik beli je lampu kat Ikea tu je kan?? kami beli 3 biji. lampu asal yang 1 biji tu kami tukar dengan yang camni jugak sebab nak bagi nampak sama. takkan nak lain² pulak kan?? tak cantik pulak nanti. :)


ape motif gambar ni?? saya pun tak tahu nak letak caption ape. bhahaha.. nexttttttttttt!!


okey, nampak tak lampu tu?? tu lah lampu lama. dinding tu belum dicat lagi. sebelum ni orang yang duduk rumah ni catkan dinding tu dengan 2 warna. warna bawah tu warna hijau lumut [kot??] kami tak suka warna tu. HAHAHAHA.. so, mintak cik abang undercoat kan bahagian tu semua dari atas sampai bawah. sepatutnye ni gambar first. dah malas nak edit². kihkihkih.


okey, kat bawah ni gambar selepas. frame kat dinding tu ayat 1000 dinar. InsyaALLAH kami akan baca ayat tu. moga² dengan adanye ayat tu, kami akan sentiasa dilindungi. Amin.. :)


kami beli frame ni kat kedai Pakistan. biasanya ada jual kat Pasaraya² yang bahagian luar tu. kebetulan kami tengah shopping kat Carrefour Klang yang sekarang dikenali AEON BIG, so singgah kejap kat kedai Pakistan betul² kat pintu masuk tu. memang niat nak singgah sebab nak beli carpet untuk ruang tamu. pastu Pakistan tu bagitau ada offer untuk frame tu. sekali dengan tulisan ALLAH dan MUHAMAD. lagipun, memang nak carik warna camtu sebab nak matchkan dengan warna kat rumah ni. benda dah offer lagi murah kan, sape yang taknak?? so, kami pun beli..



kesian kat cik cerminmata sebab kena tompokan cat.

tu la frame yang lagi dua tu. letak kat situ je. gambar ni ambil dalam keadaan gelap. sebab tu flash dia lain macam. heee.. :p


rumah kami dah hampir sempurna. Alhamdulillah sebab dipermudahkan.. :) lepas ni tinggal nak fokus bahagian dapur je. semoga semuanya berjalan lancar. :)



semua bahagian kat rumah ni saya yang cat sendiri. saya tak bagi cik abang yang cat sebab nanti saya tak puas hati. tapi ade jugak cik abang tolong. sebab dia kesiankan kat wife dia ni yang terjengket² sebab tak sampai. hihihi.. penat tu memang penat tapi untuk kepuasan sendiri, baik buat semua tu sendiri, kan?? :)



uwarghhh mata dah mengantuk. mahu tidurrrrrrrrr.. selamat malam+pagi semuaaaaaaa.. Assalamualaikum.. :)



#notakecik : ala, Liverpool seri pulak. :p