terima kasih sudi singgah.....buat susah-susah jeeeeeee....teeehehehehe..

✿cayang2 rosalina✿

Thursday, July 24, 2014

[DEKORASI] dapur in progress 5

Assalamualaikum..




okey, kali ni baru ada kesempatan nak update entry. cadangnya nak buat semalam tapi semalam busy sangat sebab tetibe ada keje jatuh dari langit. dapat bayangkan kerja yang jatuh dari langit tu tak? ditambah pulak dengan sakit hati ni haaa.. nak cerita, tapi tu lain kalilah saya cerita yee. entry ni nak cerita pasal dekorasi je. :p




sebelum tu, tengok gambar² kat entry INI dulu. kalau tak tengok, camne nak tau perkembangan terbaru. kan? tu pun kalau korang nak tengok. taknak tengok ye takpeeee.. tak paksa pun.




okey, meh nak belanja gambar sepanjang progress dapur kali ni. pasang tiles!! amboi kenmaen ko kan alin, nak tiles² bagaaaiii.. mihmihmih.. abah saya yang pasangkan. nak upah orang lain pasang memang kami tak mampu.. ni pun rasa serba salah jugak nak mintak abah pasangkan. nasib baik abah nak tolong jugak. sayang abah lebih lah camni. muehehe..





pasang tiles pun amek masa 3 minggu. almaklumlah abah buat sorang² je. pastu bulan puasa pulaknye. kesian. mesti letih sangat. T_T Alhamdulillah siap jugak pasang tiles kat lantai dapur. haaa lantai dapur je. bawah kabinet tu belum siap sebab saya cadang nak pakai tiles warna hitam. tu pasang lepas raya je lah. asalkan lantai dapur dah siap pasang. selesa sikit nak pijak lantai. hehe.. :p eh eh eh abaikan barang kat bawah tu. lalalalala~






okey, gambar bawah cerita pasal cat pulak. yeee.. penat kooo nak mengecat lagi. dah lama tak main ngan cat ni. saya pun tak tau okey ke tak warna cat tu. saya main pilih je. asalkan cat. lantakkkkkkkk.. lagipun kat dapur je. belasah je lah warna pape je pun.


SEBELUM



SELEPAS



gambar bawah ni, sebelum letak peti ais. nampak tak peti ais kat sebelah tingkap tu? ko dapat bayangkan tak ktorang alihkan peti ais dari situ nak ke tempat yang sekarang??



haaa kat sini [tengok gambar bawah]. dapat bayangkan tak?? dah lah saya je yang alihkan. sakit kaki, sakit tangan, sakit pinggang. adoi doi doi.. nasib baik dapat alihkan jugak. nampak tak yang ktorang ni gagah?? kihkih.. :p




okey, aritu pergi Ikea lepas buka semata² nak beli rak yang kat gambar bawah ni. sempat sangat kannn.. sanggup pecut laju² sebab nak cepat sampai. nasib baik jalan tak jammed n tak ramai orang kat Ikea. dapatlah kami shopping dengan suka hati.. eh, masa shopping kat Ikea, terjumpa ngan cik epal blogger tu. dapatlah borak sekejap. gambar? nan hadooo sebab saya tengah selekeh. kahkah.


 

yelahhh.. mampu pakai rak ni je. mane mampu nak pakai kabinet dapur cantik² macam uols. jangan tengok stok makanan tu. memang sikit je. yang lain letak kat almari kecik sebelah peti ais tu. kalau letak semua makanan kat rak tu kang habis kena makan ngan cik titi. (--")




okey tu je dapat cite pasal dapur. tunggu entry lain jap g. ade nak story pasal dekorasi lagi.. ehhh.. esok kot. ke lepas raya. miaahahaha.. tak payah tunggu lah senang. kalau ada, ada lah. kalau takde, takde lah. :p




tata.



Friday, July 18, 2014

Taffyta wreck-it Ralph

Assalamualaikum..




hai. bosan ni. jom update blog kejap. mihmihmih.. nak belanje gambar sikit. ni haaa..




same tak?? hahahahaha.. comel betul anak saudara saya ni buat muka camtu. sama pulak macam muka Taffyta yang dalam cite katun Wreck-it Ralph tu.. eeeiiii gerammm..





oh, gambar Taffyta hasil dari Google. so, gambar tak berkualiti. sebenarnya kakak ipar dah edit tapi macam tak nampak pulak muka Taffyta tu bila upload kat blog. so terpaksa carik lain. ni pun masih tak clear jugak. takpelah. nak carik yang sama punye pasal. muehehe..





okey, tu je.. selamat berbuka semua.. :)


Thursday, July 17, 2014

[CPUV NUFFNANG] FASHION PITCH / WRITERS UNLEASHED

Assalamualaikum..




okey, dapat cpuv dari Nuffnang lagi. hikhik.. wahai kakak, sila jeles. miaahahaha.. kerap jugak dapat cpuv ni. nak sayang Nuffnang banyak² lah.. muah muah..




kali ni cpuv pasal fashion pitch / writer unleashed pulak. haa?? apo bondo eh?? kalau nak tau, kenalah tengok kat SINI n SINI.. sila rajinkan diri tu membaca okeyyy..




terima kasih Nuffnang. :)




tata.

Monday, July 14, 2014

[CPUV NUFFNANG] uMobile Prepaid Free Meal

Assalamualaikum..




encik Nuffnangggg!! terima kasihhhh!! saya dapat CPUV lagi. hek hek.. :p


uMobile ni kalau topup RM30 or RM30 boleh dapat meal wei. saya pun baru tau ni. macam best je kannn..


air Revive!! my feberetttsssss.. bestnye bestnye bestnye kalau dapat free.. sape² yang guna uMobile, sila redeem kat 7eleven okkeyyy.. valid sampai 31 Ogos 2014..




eh, kalau nampak iklan ni kat blog saya, jangan lupa klik ehh.. lebiu, sayang korang ketat ketat.. muahh.. :p




tata.


Friday, July 11, 2014

[DEKORASI] dressing table

Assalamualaikum..





okey, baru ada kesempatan nak update pasal dressing table yang tak macam dressing table ni. dressing table ke?? boleh lah kan kalau nak kata dressing table sebab memang macam dressing table jugak pe. kahkah. cerita putar belit tul ko ni alin. lantaklah nak kate mende ni ape. dressing table ke, dressing table ke, dressing table ke.. same jugak sebab memang taip dressing table 3 kali. LOL!!





okey, kat bawah ni gambar sebelum tukar kepada dressing table yang baru. meja tu rendah sangat. kalau nak amek pape kena buat senaman perut. tunduk² amek sikat. pastu amek krim muka. pastu amek bedak. pastu amek eyeliner. pastu amek lipstik. pastu tak kempis² jugak perut ni. makin boncet lemak adeee..





haisshhh.. janganlah tengok barang² yang bersepah tu.. memang buat semak mata pun.. almari kecik yang pink tu sekarang dah takde sebab dah tukar dengan rak. eh, boleh tengok kat SINI.





sebenarnya bukanlah dressing table pun.. cuma beli almari tiga laci ni kat IKEA.. mesti korang tau kan almari ni buat isi ape. ehhh betullah tu, buat isi baju. tapi saya beli buat dressing table. puas sikit nak simpan barang² make up saya tu haaa.. nak kate banyak pun, jap, banyak ke? tapi macam bersepah je. kalau dah bersepah tu maknanye banyaklah kan?? tapi, saya tengok macam sikit je. kihkih..



saya dah kepenatan shopping dari awal pagi sampai petang. pegi IKEA awal sebab taknak jalan jammed. lagi satu senang nak dapat parking. muehehe..


\/


\/


\/


\/


\/


\/


\/


\/


\/


\/


\/





kecalaran, kebalaran. kesekian keterimakasihan. *nangis. sedalam² luka pada almari, dalam juga luka dihatiku. ecehh.. hm, takpelah. redha je. T_T






akhirnya siap jugak. cermin tu pun beli kat IKEA jugak. kalau tak, saya nak beli yang lain, tapi takde pun cermin tuuu.. hm, bolehlah pakai cermin ni. nampak moden gittewww.. hikhik.



okey tu je. tata. :)

[DEKORASI] PROJEK RAYA

Assalamualaikum..




hai.





dapat bagi ni je.



#abaikankotoranyangkelihatanitu


tata.


Thursday, July 10, 2014

dapat income sampingan bila topup handphone

Assalamualaikum..




hai, okey kali ni nak buang tebiat update blog waktu kerja. miaahahahaha.. kerja semua dah settle. untuk hari ni je lah. esok kompem ade kerja masuk lagi. jangan dengki sangat pergi report kat bos saya pulak ehhh.. macamlah korang tak pernah buat. kan kan kan? tak pernah? jangan hipokrit boleehhhhh?? lalalala~~





korang pernah dengar pasal ToneExcel (TE) tak? tak pernah? alalalalaaa.. meh nak cerita sikit. TE ni program untuk pengguna simkad TE.. kalau guna simkad TE boleh dapat macam² kelebihan di samping boleh menjana pendapatan. simple je saya explain kan?? tapi memang ya, TE ni menjana pendapatan..




"ToneExcel telah mengadakan satu program dimana sebagai pengguna talian simkad ToneExcel, anda akan diberi berbagai-bagai kelebihan dan salah satunya adalah sebagai alat penjana pendapatan sampingan yang amat lumayan, dapat tiap-tiap bulan, pendapatan tersebut pula boleh diwariskan. semuanya ini anda boleh miliki dengan hanya modal yang amat kecil."






boleh klik SINI.





saya pun baru je tukar TE ni. untung jugak kalau pakai TE. sebelum ni saya topup, pastu kredit habis camtu je. tapi bila join TE ni, setiap kali saya topup, saya akan dapat extra kredit dan saya dapat kumpul point. bila point dah banyak, boleh tukar dengan tiket flight Air Asia. haaaa.. tak ke senang kerja kite ni tak payah keluar duit beli tiket flight. just redeem je guna point TE. mihmihmih.. tak sabar pulak nak redeem. :p





abah saya, adik saya dah join.. anda bila lagi?? jom lah join.. nak tau lebih lanjut pasal TE ni, bleh klik SINI dan SINI yeeeeeeee.. :)










 







psssstttt.. ini bukan skim cepat kaya or MLM taauuu.. sebab takde mintak² duit orang pun.. cuma bila kita promote kat kawan² or saudara mara n family kita, n bila mereka berminat nak join, automatik mereka akan berada bawah nama kita dan bila mereka topup, mereka dapat point, kita pun akan dapat point jugak.. haaaa.. mustahillah kan kalau dalam sebulan tak topup.. kadang² dalam masa sebulan pun topup ada yang sampai 10 kali. kan kan kan?? daripada topup habis camtu je, better join TE ni, best tau dapat point n extra kredit. rasa macam banyakkk je kredit tu. hikhik..





so ape lagi?? meh meh join TE. kalau berminat bolehlah whatsapp saya kat 013-3461406.. okeyyy??






tata.. :)


[CPUV NUFFNANG] KASTAM MALAYSIA

Assalamualaikum..




hey hey heyyy saya dapat CPUV dari Nuffnang lagi.. hikhik.. kali ni pasal Kastam Malaysia pulak.




tengok tengok tengok.. Kastam Malaysia pun buat iklan kat Nuffnang jugak. dorang sekarang tengah buat operasi memerangi rokok haram. sape² yang memiliki rokok haram tak kira lah orang yang jual ke atau yang beli akan dikenakan denda dan boleh dipenjarakan. 




rasa²nye yang merokok tu isap rokok haram ke tak? eh jap, merokok tu kan memang haram. baik tak payah isap je lah ye. sedap ke sedut asap?? nanti kalau mati cepat camne?? tak sayang anak bini eh?? oppssss!! nanti ade yang terase pulak. lalalalalala~




okey okey, kalau uols nampak iklan tu sila-silalah rajinkan tangan gerakkan mouse klik kat iklan tu ehhh.. thank you.. :)




tata.


Monday, July 7, 2014

[DEKORASI] RAK BAWAH TV (MASTER BEDROOM)

Assalamualaikum




haaiii lamenye tak update pasal dekorasi. rasanye entry ni bukan pasal dekorasi sangat pun. cume cite pasal rak je wei. kihkih. almaklumlah baru je shopping kat Ikea minggu lepas dengan adik. puasa² pun larat nak jenjalan dalam tu. mulut je puasa, mata kaki tangan semua tak puasa. daripada nak beli rak, habis macam² yang di ambiknye. nasib baik beli rak jugak even rak yang nak dibeli tu takde. :p




okey nak belanja gambar jap. heee..



nasib baik sambar jugak skru² ikea tu sebab dah kehabisan skru. hehe.. eh eh eh abaikan frame. lupe nak simpan hahahahaha.. :p


tak tau nak taip ape kat gambar ni. (--")


jenuh jugak nak adjust ukuran ni. sampai senget². terpaksa buat lubang lain. nasib baik tak nampak kecacatan kat dinding bila dah pasang rak tu. :D


ukur pakai ni pun boleh senget. menda tu tak centre pun. patutlah semua barang kat umah ni senget² je. hihihihi.. LOL!!


baru lepas tebuk, kena sumbat getah tu pulak. barulah skru tu melekat kat dinding n rak tu. kalau tak pasang getah, memang tak melekatlah nanti.


dah boleh pasang skru.. drill drill drill.. hehehe..


dah siaaapppppppppp!! senang sikit nak cas handphone, boleh letak handphone kat situ. selalu handphone kat atas lantai je n selalu saya terpijak. kesian handphone. kalau handphone tu fleksibel mesti nampak bentuk tapak kaki saya. T_T. saya selit wayar tu camtu. nasib baik boleh. wayar Astro berselerak. malas nak kemaskan. lalalalalala~~





okey tu je. tata. :p

[CPUV NUFFNANG] Julie's X LINE new packaging

Assalamualaikum


haaii eh eh ehhh dapat CPUV lagiii.. hahahaha baru je update pasal CPUV Ikea, pastu refresh website Nuffnang terus masuk yang baru.


meh tengok video Julies X LINE masa launching tu.




alalalalaaa comelnye maskot LINE. hehehe.. :)




kalau uolls nak tau, sekarang ni Julie's join ngan LINE dalam package yang baru ni.. kalau tengok video tu mesti uols faham. hikhik.. macam sedap je biskut tu kaannnn.. menggugat keimanan saya. nanti nak try rase lah. heee..





terima kasih Nuffnang.. lebiu muah muah!! :) jangan lupe klik iklan Nuffnang kat blog ni yee.. :)

[CPUV NUFFNANG] IKEA - JUNE SALE CAMPAIGN

Assalamualaikum




haaiii.. update blog sebab dapat CPUV dari Nuffnang lagi. wiii wiii.. best best best!! terima kasih Nuffnang.. sayang Nuffnang sangat. muah muah muah!!



sekarang Ikea tengah ada sale tau!! serious ni. kan dah masuk iklan kat radio. hehehe.. aritu saya shopping dengan adik saya kat Ikea, then saya beli wall shelf yang LACK ni, kat situ harga dia RM59 kan, saya beli dapat harga RM39 weeeeiii!! murahhhh!!




nasib baik memang nak beli 1 je. kalau saya tau menda tu murah, memang saya beli 2 -3 tau. hihi.. dekat resit baru keluar harga RM39 tu. dan saya guna kad Family Ikea. tak taulah kalau tak guna kad tu boleh dapat murah ke tak. :p




jom jom jom shopping kat Ikea!! semua barang best². tempat pameran pun dah renovate, so, memang semua dah nampak baru.. cuma dorang tak habis renovate lagi lah, tapi still boleh jalan² n tengok kat dalam tu lagi. :)




nak tau pasal rak ni?? tengok entry lepas ni. hihi.. okey tu je. tata.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...