terima kasih sudi singgah.....buat susah-susah jeeeeeee....teeehehehehe..

mintak tolong klik, nak buat rumah. terima kasih.. :)

✿cayang2 rosalina✿

Sunday, December 27, 2015

hantar adik tunang

Assalamualaikum..






hai. happy Sunday.. korang tak merayap ke hari ni.  aku pun duduk rumah je. malas pulak nak keluar. rumahku syurgaku katenyeee.. kihkih.. niii nak bagitau 22 November lepas adik aku dah tunang. ehh tu pun nak bagitau ek?? cerita sebulan lepas baru nak cerita. :p LOL!! aku rasa kena bagitau jugak ni.. kot la kan ade yang tak puas hati kenapa tak bagitau adik aku tunang, ni nak bagitau lah kenapa sebabnya.. hew hew..






bukan taknak ajak saudara-mara ramai2 untuk hantar sekali.. rasanya abah ada jemput kot. ke abah tak jemput?? entah. ktorang adik beradik pun tak tau abah dah jemput ke belum. sebab abah cakap dah jemput.. tapi dorang senyap je. huhu.. tu yang abah bagitau ktorang. cerita sebenar tak tau. pastu masa nak gerak tu abah bagitau cuma family je yang pergi. nak ramai2 tu nanti masa Adham kawen.. lagipun jauh. tapi kalau arwah mak ade, mesti dia ajak saudara-mara lain jugak. mak memang suka ramai2.. tapi, emak takde so ktorang just follow cakap abah je lah.. hmm..






Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar even ktorang pergi hari je. tak bermalam pun.. sebab adik kata dekat. kalau balik hari pun sempat. pergi Temerloh memang dekat je kot. hihi.. masa pergi memanglah rasa dekat sebab kereta tak banyak.. masa nak balik tu, haaa.. ni nak cerita ni. pastu korang mesti bersyukur sangat sebab tak follow. huhuuuuu..






ktorang pergi dua kereta je.. masa otw nak ke Temerloh tu memang semua berjalan lancar. gerak dari Meru dalam pukul 11 pagi camtu kot. tak ingat dah. hehe.. sampai dalam pukul 2 lebih tapi singgah surau kejap solat zohor, lepas tu baru gerak ke rumah pihak perempuan. terus bincang2 then amek2 gambar then makannnnnnnnnnnnnn.. yahuuu.. makan je yang di tunggu. kuih karipap sedap. hihi..



mak dah takde. so kakak lah yang kena jadi tukang sarungkan cincin sebab dia anak sulung. dia pun tak teringat yang dia kena sarungkan cincin. kihkih.. dia cakap "alaa kalau aku tau tadi aku dah pakai lawa2.." kekekekeke.. ala tu pun dah kira okey lah tu.. :p




dah selesai semua, salam2 terus gerak balik dalam pukul 4 lebih nak dekat Asar camtu lah lebih kurang. lepas tu singgah RnR sebab nak solat Asar.. aku ni kadang2 kalau dah jalan jauh tak buat pun solat jamak sebab rasa macam dah tak relevan pulak nak jamak2. RnR banyak.. stesen minyak pun ada surau.. tapi kadang2 risau jugak kalau terlepas waktu contohnya kalau ada jem yang ambik masa sampai berjam2.. hmm..





lepas solat Asar terus gerak balik. masa nak sampai Tol Bentong tu mak aihhhhhhhhhhhhhh jem gile wei. tau kan jem kat mana. kalau nak balik ke KL dari Pahang mane lagi kalau bukan jem kat Karak tu haaa.. yang ada tanah runtuh tu.. adududuuu.. kalau nak tunggu memang berejammm lah kan.. dah lah minyak tak berapa nak penuh. haihh.. sebelum sampai tol tu ktorang decide nak u-turn balik lalu jalan dalam. dah u-turn amek exit kiri ingatkan boleh lalu. sekali jalan kena tutup daaaa.. sebab takut ada tanah runtuh lagi.. aduhai leceh lah nak kena carik alternatif lain pulak.. jalan dah kena tutup nak lalu camne lagi kan?? terpaksa lah keluar dari situ then teruskan lah perjalanan ke Temerloh balik.. tapi masa tu dah dekat Maghrib.. ktorang pun solat dulu rehat kejap sebelum teruskan perjalanan.. masa tu memang dah lost gila tak tau nak lalu mana lagi.. kalau boleh taknak lalu tempat jem tu.







masa tu aku tanya lah kat fb kot2 ada yang tau jalan alternatif lain.. nasib baik ada yang tolong bagitau.. tapi kena lalu jalan jauh. uihhhh.. memang jauh pun. dah lah gelap. lori pun lalu jalan dalam. laju pulaknya. plus hujan lagi.. haihhh.. memang kalau ada yang follow ktorang hantar adik tunang pun mesti dah give up kot. sebab sakit pinggang oiii.. lama masa perjalanan.. stress pun ada sebab ktorang pun tertanya2 bila lah nak jumpa jalan ke KL ni. adehhh.. rasa macam nak tukarkan kereta tu jadi helikopter or kapal terbang. laju sikit nak balik. T_T






dah dekat pukul 1 pagi rasanya baru lah dapat masuk highway.. tu pun setelah beberapa jam drive kereta. lalu hutan mana ntah. pastu jalan bukit2.. adehh.. kalau korang tau camne ktorang hadapi perjalanan tu mesti korang bersyukur sangat sangat sangat sebab tak keluar lalu Karak that time. dan Alhamdulillah ktorang selamat jugak sampai rumah masing even badan rasa penat gila. nasib baik dah apply cuti siap2. kalau tak, kompem esoknya emergency leave. huii.. aku tak minat betul kalau nak amek EL ni melainkan kalau betul2 ada emergency. hewhew..






hope ape yang aku cerita ni, korang akan faham lah ek. rasa macam berterabur je ayat aku sebab sambil update entry sambil tengok tv. hihi.. and harap saudara-mara yang rajin baca blog ni dapat faham kenapa ktorang tak ajak sekali masa hantar adik bertunang tu.. nantilah masa Adham kawen baru sewa bas and gerak ramai2. nanti takdelah penat. hihi..


jangan kata kite tak payung. :p

okey tu je nak cerita. selamat berhujung minggu.. jangan lupa esok kerja hokkeeeyyyyyyyyyyyy.. tata..




Friday, December 25, 2015

CPUV NUFFNANG : U-MOBILE YEAR END PROMOTION

Assalamualaikum..





hai. dah alang2 tengah online ni kan, pastu internet pun laju gileeee, so marilah kita merajinkan update entry lagi. hew hew.. ni nak update pasal U-Mobile. korang yang suka online tu kan, cepat2 beli simkad POWER PREPAID tu haaa.. untung gile. hihi.. aku dah beli pastu guna untuk letak dalam modem M****.. hikhik.. sebenarnya quota internet M**** dah habisssssssssssss.. so tukar simkad U-Mobile ni haaa.. laju pulak internet nye. so, memang tak rugi lah beli simkad ni.. topup RM10 dapat free 1GB. tak ke murahhhh?? guna pulak kat kawasan yang coverage macam siput. memang berbaloi lerrr.. huhu..

memang #comfirmsure weiii..

korang tengokkk.. boleh dapat free je haaaaa..

cepat beli wei sementara masih sempat. sebab promo ni habis 31 Disember..




aku dah try. memang berbaloi. ape kata korang pulak yang try. hehe.. aku beli sebab line internet kat kawasan rumah aku ni memang sangat sangat sangat tak okey. bukanlah slow sangat. kalau laju pun kejap2 je. pastu slow balik. sakit ati jugak lah kalau tengah online asyik loadingggggggggggggggggg je.. aritu tanya kat TM konon nak pasang Streamyx pun dorang kata takde port and coverage kat kawasan Taman Sungai Kapar Indah tak okey. cuma kat taman bahagian depan je yang okey. yang kawasan rumah kos rendah belakang2 ni tak okey.. kesian kan?? hew hew.. so aku decide nak cuba dulu U-Mobile ni. so beli lah yang POWER PREPAID. uihhh laju wei. berbaloi2.. hehe.. tak rugi beli. :)





kalau korang nak tau lagi lanjut pasal U-Mobile ni korang bolehlah tengok kat website UMOBILE. manelah tau korang tergerak hati nak beli.. kan?? korang kan ada banyak enpon.. ngeh ngehhh.. beli tau!! hehe.. okey tu je. eh lagi satu, jangan lupa klik iklan Nuffnang kat blog ni ye. sayang korang.. terima kasih.. :)





tata.


Glitterati Nuffnang

Assalamualaikum..





hai. rajin tak aku update blog? :p hari ni je rajin. hari lain malas. hehee.. ni nak bagitau pasal Glitterati Nuffnang.. kan aku ada buat entry pasal aku punya Glitterati dah takde kannn.. memang dah takde pun sampai sekarang.. huhuu.. pastu aritu bagi message kat helpdesk Nuffnang, aku tanya kenapa aku punya dah takde Glitterati.. pastu dorang bagi jawapan ni..


nasib baik benefit yang lepas2 tak hilang.. kalau tak, rugi lerrr.. hihi.. papepun, aku still dapat CPUV dari Nuffnang lagi.. even tak banyak tapi ade lah jugak. okeylah tu dari takde. hew hew.. korang punye mesti lagi banyak kan?? korang kan pemes. pastu rajin update blog. kan kan?? aku ni pemalas. :p




okey tu je nak cerita. btw thank you Nuffnang sebab bagi feedback yang cepat untuk pertanyaan aku tu.. takde tunggu lama2 pun. and thanks again coz still bagi CPUV.. lebiu muah muah. hiii.. nanti bagi banyak sikit ye.. *kelipmatalajulaju  :)





eh. jangan lupa klik iklan Nuffnang kat blog ni. :) tata.

pengalaman interview Penolong Akauntan W27

Assalamualaikum...





hai. dah alang2 tengah cuti ni kan, takde benda nak buat, moh le kite update blog yang tak seberapa ni.. lagipun dah berzaman tak update blog banyak2 kali. malas. kihkih.. ni ada masa kat rumah boleh lah update. kalau tak memang kirim salam lerr.. kalau boleh berhabuk blog ni kompem siap ada labah2 membiak. LOL!! tapi sebenarnya laptop je yang berhabuk. tak rajin pun nak on laptop. selalu on pc je tu pun kalau ada benda nak print. hew hew..






okey, aku nak cerita pasal interview hari rabu lepas. Alhamdulillah lah aritu lulus exam online pastu tak lama tu terus dapat panggilan interview. eh lupa pulak nak bagitau. ni interview untuk jawatan Penolong Akauntan W27. preparation?? hmmmmmmmmmmmmmm sebenarnya aku tak buat persediaan sangat pun. interviewer pun perasan aku tak buat persediaan. mana taknya adeeeee je benda nak buat dan jadi. dah lah date tu nak dekat2 dengan date nak closing account. kena lah kejar bayaran claim. jenuh jugak nak kira balik claim perjalanan dorang. penguatkuasa punya claim bukan macam staff biasa. dorang banyak buat kerja luar guna kenderaan sendiri. kalau yang jenis faham buat claim takpe. ni yang jenis tak faham, tak boleh claim makan, dorang claim jugak. yang boleh claim, taknak claim pulak?? haihhh.. stress.. belum lagi yang tertinggal macam2. ada yang tak sign. ade yang tak kepilkan resit. adududu.. kite ni nak kejar deadline. banyak pulak yang nak kena kuiri. lagi bertambah stress. hmm..






okey lupakan pasal kerja. cuma orang yang buat claim je yang faham. huhuu.. lepas dah siap semua kerja tu aku siapkan resume ngan salinan sijil yang dorang nak. masa buat resume tu, aku edit balik resume sebab rasa macam dah lama sangat resume tu. lagipun nampak macam bersepah. kalau korang tengok pun rasa macam nak campak dalam longkang. yang baru ni agak kemas sikit la. huhu.. dah siap, tinggal nak print. masa dah siap print tu tengok kertas apesal kosong je?? lahhhhhhhhhhhhhhhhhhh catridge dah habissssssssssssss.. nak beli dah pukul 11 malam mane ade kedai bukak lagi.. T_T kalau boleh aku taknak guna barang opis. nak guna barang sendiri je. tapi keadaan terdesak sangat. so esoknya print kat opis.. tapi bawak kertas sendiri.. alahai.. pastu mintak sign pengesahan salinan sijil kat bos. sijil2 tu aku memang dah siap2 fotostat kat rumah. agaknya sebab tu kot catridge habis.. okey dah settle semua.. fuhh..






malam sebelum hari kejadian, aku check balik salinan yang aku fotostat. kenapa macam ada benda tertinggal. lahhhhhhhh.. boleh pulak lupa nak fotostat ic. T_T nak fotostat kat rumah memang tak bolehlah kan. sebab catridge dah habis lupa nak beli. kononnya semua dah settle sebab resume tu print kat opis.. aduuuhhhh.. memang malam tu tak boleh nak tido dok pikir camne nak buat. :( sampai termasuk dalam mimpi. @_@ pagi2 dah kena bangun awal kononnya nak sampai sana awal. tapi, tak sampai awal pun sebab aku decide nak fotostat kat opis. pukul 7 lebih dah sampai opis, fotostat ic then mintak pengesahan bos lain pulak. tapi dia gred 36. aku tak tau boleh ke tak kalau gred 36 sign pengesahan untuk interview. sebab setahu aku gred 41 ke atas je. tapi keadaan terdesak sangat aku belasah je lah mintak sign dia. gred 36 pun gred 36 la. asalkan ade pengesahan. nasib baik dia masuk awal. kalau tak, jenuh jugak nak tunggu sampai pukul 8. em.







pastu terus gerak pergi SPA putrajaya. nasib baik ade banyak parking. kalau penuh dah jadi satu masalah lagi nak kena carik parking. huuu.. aku tak reti nak parking kat dalam. so aku just parking kat luar je lah. takpelah kalau kena bayar. nak buat camne kan. lepas tu aku terus naik tingkat 6 kat bangunan SPA tu. ramai jugak orang luar yang naik. mak bapak pun ade yang temankan. aku ni dah lah lambat. pastu jadi orang last masuk interview. nak tunggu mesti lama lagi. pastu pergi makan dulu kat bangunan Perangkaan. ade pulak satu insiden terjadi.. masa nak amek air, air tumpah menitik kat bajuuu.. huwaaaaaaaaaaaaaaaaa.. apelah nasib ku ini.. dah lah baju plain.. nampak jugaklah corak2 air tu. tak tau nak rasa apa masa tu. nak nangis pun tak terkeluar airmata. aku makan pun dengan muka sedih je. :(






lepas makan terus naik atas balik. tunggu turn. sementara nak tunggu tu aku baca lah sikit2 pasal perakaunan akruan. yelah, kot2 nanti kena tanya pasal akruan kan. lagipun kebanyakan kawan2 yang kena interview, dorang kena tanya pasal akruan..haihhh.. jenuh jugak aku dok menghafal akruan tu ape. selagi belum sampai turn, menggigil2 je badan aku. nebesss bhai. tak boleh nak duduk diam. lameeeeeeeeeee tunggu. orang paling last katenye kan.






bila dah kena panggil, aku ketuklah pintu, bagi salam, then ada dua orang perempuan kat dalam bilik tu. tak sempat duduk lagi dah kena tanya asal dari mana. kalau ikut kebiasaan selalunya kena introduce diri sendiri tapi yang ni takde pun.. terus kena tanya. dah kena sergah camtu aku terus lah blurrr... jawab je lah ape yang dia tanya tu. takkanlah asal sendiri pun aku tak tau kan. pastu dia tanye dulu kerja kat mana, aku cakap la INTAN. boleh pulak dia tanya INTAN ada berapa cawangan. wei, aku tak tau kenapa aku boleh lupa berapa cawangan INTAN. T_T masa tu rasa macam nak menangis. aku belasah je lah. pastu kena tanya lagi sekarang kerja kat mana, aku cakap la JPJ Negeri Selangor. boleh pulaklah dorang tanye sape nama pengarah baru. huwaaaaaaaaaaaa.. mane aku ingatttttttt.. aku tak amek tau pun pasal semua tu.. aku pun tak tau kenapa aku boleh abaikan benda paling simple camtu. :'( terus terdiam aku. ade lah jawapan yang aku bagi tapi malas nak cerita. nanti aku nangis. :( pastu kena tanya pasal akaun pulak. ape yang aku faham pasal DOUBLE ENTRY?? huwaaaaaaaaaaaaaaaa.. tak dapat jawab jugakkkkkkkkkkkk.. padahal benda memang dah tau. semua soalan yang tak dijangka yang dorang tanya. kenapa mesti tanya soalan2 tu?? kenapa kenapa kenapaaaaaaaaaaa?? T_T







aku rasa otak aku dah tertinggal kat luar bilik interview. semua tak dapat jawab. dah lah tak dapat jawab, pastu kena sound pulak dengan orang yang interview tu, "awak ni tak buat persediaan ke??" pastu kutuk2 kewangan JPJ pulak "benda yang tak boleh bayar, dibayar jugak". dorang cakap "kewangan kat JPJ Selangor ni bermasalah. awak tak dengar cerita ke??" siap mention JPJ SELANGOR. teruk sangat ke JPJ SELANGOR ni?? aku ni bukan nak tau pun semua benda yang jadi kat tempat kerja. malas nak ambik tau. bagi aku, biarkanlah benda yang lepas. aku datang tempat kerja, sebab nak kerja. tu je lah. haihhh.. tapi tak tau lah kalau dorang cuma nak psycho aku je. masa dorang cakap camtu aku memang dah tawar hati. rasa macam nak keluar dari bilik tu je. sebab dah tau dah kompem memang tak dapat. hmm..






sedih wei. hampa. masa keluar dari bilik interview tu airmata aku dah bergenang. aku memang dah gagal pun untuk interview ni. :'( maybe ade sebab kenapa aku tak patut dapat jawatan tu. petanda pun memang dah ada. macam2 benda jadi masa hari sebelum interview. maybe aku memang tak layak pun untuk jadi Penolong Akauntan. takpelah. bila difikirkan balik. better aku jadi W17 je. kerja pun habis kat situ je. tak payah sibuk2 nak meeting. tak payah nak balik lambat. asalkan aku suka dengan kerja yang aku buat sudahlah. hm.






takpelah. rezeki ada kat mana2 kan. jadi pt kew pun boleh berjaya jugak. tak semestinya kena jadi Penolong Akauntan baru berjaya. asalkan aku happy dengan life sekarang. *pujuk diri sendiri. ape2 pun aku doakan semua yang interview tu berjaya dalam hidup.. aku pun tak mengharap sangat. ni pun aku rasa kebetulan je lulus exam online tu kot.. huhu.. lagipun first time aku amek interview untuk Penolong Akauntan. lepas ni malas lah aku nak amek2 lagi. kalau amek pun untuk saje2 je boleh tak?? :p






okeylah. tu je cerita pasal interview. apa yang penting sekarang ni family aku. aku taknaklah kejar kerja sangat. kalau asyik kerja je, gaji banyak tapi tak happy buat ape. kan?? *pujuk diri sendiri lagi. ape2 pun semoga pengalaman interview ni jadi pengajaran dan semoga kita semua happy2 selalu. insyaallah..






tata.





notakecik: semoga abah sihat2 selalu. sayang abah.



Thursday, December 24, 2015

abah dah discharge

Assalamualaikum..





hai. Salam Maulidur Rasul.. selawat dan salam atas junjungan nabi kita.. best ek arini cuti. huhu.. mesti ramai yang balik kampung. aku tak balik kampung pun. rehat kat rumah je. dok rumah diam² layan cerita kat tv je lah. abah dah discharge. discharge?? ya. discharge. korang yang tak follow fb or ig aku mesti tak tau kan abah aku kena tahan wad.





ceritanya camni.. khamis lepas tetibe je adik bagitau abah batuk² keluar darah. sebenarnya bukan batuk pun. nak bagi orang faham, sebab tu kata batuk. abah ni ada satu tabiat suka buang kahak. tak tau lah nape abah ada tabiat tu. abah cerita masa nak pergi kedai, tetibe je dia rasa semacam kat tekak dia. pastu dia pun ludahkanlah benda tu.. masa dia ludahkan tu, tetibe je ludah tu sekali dengan darah. mula² sikit je. pastu lama² jadi banyak. abah terus tak jadi masuk kedai, dia terus balik rumah. sebenarnya abah memang dah demam².. dah dua hari dah. pastu abah mengadu sakit tekak. tekak perit tak boleh telan makanan keras. aku tak sangka pulak boleh jadi seteruk ni. :'( aku rasa bersalah sangat sebab aku ada kat rumah abah bila abah ngadu sakit tekak. T_T






malam tu adik aku, nani, bawak abah pergi klinik. tak tau lah kenapa cuma bawak pergi klinik je. aku nak faham cerita dorang pun tak boleh sebab masa tu whatsapp aku tengah gila tak boleh nak appear whatsapp dari nani atau kakak aku. masa tu memang aku hangin jugak lah kenapa aku whatsapp takde sape yang jawab. rupanya dorang dah whatsapp cuma aku tak dapat tengok whatsapp dorang. padahal dorang tak block aku pun. gila ke ape adik beradik nak block. bukan ada masalah pape pun sampai nak block².. haihh..






esok paginya kakak aku pulak bawak abah pergi hospital klang. terus pergi kat emergency. dan² tu pulak terus kena tahan wad masuk zon kuning. masa tu hati sapa tak risau kalau bapak sendiri masuk wad, lagi² kalau kena kat zon² ni. masa dapat tau tu aku boleh tahan lagi. tak nangis pun. bila dah waktu balik kerja, aduhhhh masa tu memang aku dah nangis dah. nasib baik orang tak nampak sebab nangis dalam kereta je. biarlah aku sedih sorang² je. orang tak nampak. kalau happy, biar happy sama².. hm. hari jumaat memang tak dapat nak jenguk abah. entah kenapa badan ni rasa letihhhhh sangat nak keluar. aku dah tertidur dah. tak larat sangat. maybe penat kejar claim kot. huhu..






hari sabtu baru dapat jenguk abah. Alhamdulillah abah takde pape yang serius. doktor cakap kerongkong abah ada luka. pastu ada darah tinggi sebab tu kena tahan wad. tetibe teringat kat arwah mak. sebelum mak pergi pun mak ada darah tinggi jugak. :( abah ni kira bernasib baik sebab cepat² datang hospital. doktor cakap kalau lambat maybe cuma 50-50 je. korang faham kan maksud aku?? :'(






malamnya abah bagitau abah dah naik wad kat tingkat 8A. mak oii.. tingginye. tingkat paling atas tuuuu.. haiyooo.. ahad, aku datang jenguk abah. ingatkan boleh lawat tak kira masa pukul berapa pun. rupanya sama je waktu melawat. dah lah sampai 10 minit sebelum pukul 2. pastu nak carik parking punya susah. bila nak naik lift ramai pulak. sudahnya dengan rasa rendah diri naik tangga je. uihhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh dia punya penat macam pusing taman 10 pusingan. lutut dah terketar². haihh nampak sangat dah takde stamina. dulu okey je kalau naik tangga. sekarang ni semputtttttttttttt.. tapi Alhamdulillah berjaya jugak sampai tingkat 8. :p






masa dah sampai kat katil abah tu ramai rupanya yang lawat abah. oh!! lupa pulak nak bagitau. masa dah sampai kat parking tu aku terserempak dengan makcik dan nenek aku. so ktorang pun beriringanlah sekali jalan. tapi, dorang semua naik lift lah. aku naik tangga. :p nasib baik berjaya jugak sampai atas. hihi.. kat atas tu ada abang sepupu dengan wife dia. siap anta gambar selfie dengan abah kat dalam group whatsapp. masa kami sampai tu memang ngam² pukul 2. alahai. sekejap je dapat borak dengan abah. em. sebenarnya tak dapat borak pun sebab abah borak dengan makcik ngan nenek lepas abang sepupu balik. hew hew.. takpelah. lain kali boleh datang jenguk lagi.






semalam aku ada interview. lepas interview tu aku pergi makan. lepas makan tu ingat nak terus balik. tapi, tetibe je tergerak hati nak pergi hospital jenguk abah. waktu melawat pukul 4.30 petang.. tengah borak² tu abah cakap dia kena tukar wad 7 pulak. dah kenapa pulak nak kena tukar wad.. pastu abah senyap je. call pun tak jawab. masa dah nak naik tu tetibe perut ni pulak memulasssssssss.. adehhh macam² halll lahhhh.. dah lah jamban duduk. tak puas nak berry. lama pulak tu. kahkah!! eh, dah kenapa tetibe cerita pasal berry?? LOL!!





masa tengah berry tu abah bagitau dah boleh keluar.. SEKARANG.. haaa tuddiaaa besaqq naa tulisan yang abah aku whatsapp.. tak sabo nak keluar la tu. aku pun kelam kabut naik konon nak tolong kemas². rupa²nya dah siap kemas dahhhh.. ambooiii.. pantas betul abah mengemas. hehe.. semua dia sumbat dalam beg je. tapi, belum boleh turun pun. kena tunggu nurse yang tolakkan pergi discharge suite. lama jugak lah nak menunggu.. sambil² tu borak² lah dengan abah.. dekat setengah jam jugak la tunggu nurse nak bawak abah turun kot.. aku layankan je lah.. sebab masa tu dorang memang tengah busy.






dah sampai discharge suite pun bukan boleh terus keluar. nak kena tunggu surat dari doktor pulak. alahai. lama lah jugak nak tunggu. berejam jam jam.. sementara tunggu surat dari doktor, nurse kat discharge suite tu suruh buat pembayaran bil dulu. nasib baik abah pesara kerajaan. so, tak payah bayar pape pun. lepas tu tunggu lagi dan lagi dan lagi dan lagi.. sampai nak dekat pukul 8.30 baru nurse bagitau kena amek sendiri surat dari doktor tu kat atas. napeeelahhh tak bagitau awal². buat penat je tunggu lama². dah lah abah mengadu lapar. kesian kat abah. hm. lepas dah keluar dari hospital tu lega betul. uihh belengas badan oiii.. bayangkan dari pukul 6.30 pagi sampai ke 9 malam pakai baju kurung je. rasa macam nak berendam kat dalam air sejuk. pehhh..






sebelum balik rumah singgah makan dulu sebab abah cakap lapar. kat rumah pun bukan ada pape untuk di makan.. nak masak sendiri pun dah penat sangat. sudahnya berhenti makan kat kedai. asalkan abah dapat makan, aku dah rasa lega sangat dah. Alhamdulillah.. syukur sangat² sebab abah dah discharge. harap lepas ni abah akan terus sihat. sape yang nak tengok orang tua kita sakit, kan?? semua nak dorang sihat. emm.. korang doakan abah kita sihat selalu ehh.. terima kasih korang..





okey tu je nak story. ingatkan nak story pasal interview. tapi, nanti² je lah. malas pulak nak cerita sekarang. hew hew.. eh okeylah. tata..


Monday, November 16, 2015

NAMA UNTUK WARNA


Assalamualaikum..




hai. saja nak share nama warna yang selalu buat kita confuse. orang kata biru dia kata hijau. orang kate pink dia kate purple. orang kata kuning dia kate coklat. kaaaaaannnnnn?? selalu jadi camni tak?? ade kan?? selalu kannn?? kecelaruan warna namanya. kihkih.. sebenarnya saya pun selalu confuse jugak.. okey, memang nak kata diri sendiri pun. hikhikkk.. :p




kat bawah ni senarai nama bagi warna² yang jarang kita tahu. harap lepas ni dapat bantu korang semua kenal nama untuk warna² yang ada kat dunia ni. hehehhh..




emm sebenarnya tujuan entry ni nak bagitau warna apa yang sesuai untuk di "match" kan dengan warna baju, especially dress. sebabnya ramai sangat yang tanya "warna apa yang sesuai dengan baju warna **** " sampaikan dah pernah komen pun ada jugak yang tanya lagi sekali. hihi.. boleh tengok SINI .. saya bagitau dulu lah nama warna ni untuk panduan semua. next time saya buat entry pasal warna yang sesuai tu ye?? hihi..


















link berkaitan : cara mengetahui warna baju/tudung yang sesuai dengan kita





okey. tu je. jumpa lagi next entry.. :)



Friday, October 30, 2015

RESEAT EXAM ONLINE SPA PENOLONG AKAUNTAN GRED W27

Assalamualaikum..




Hai. sape yang reseat semula exam online SPA untuk Penolong Akauntan Gred W27 semalam?? boleh jawab ke?? iols tak dapat nak jawab semua sangat la. aduii.. bahagian A je dah jawab main hentam. sebabnya nak kejar masa jawab 200 soalan. alahai.. memang masa cukup tapi tu la jawab kelam kabut.. orang kate kalau nak lulus jawapan kena jawab sama je kalau jumpa soalan yang lebih kurang sama. maksudnya soalan berulang. tak boleh nak tipu.. hmm.. memang pasrah je lah dengan jawapan tu. sebab memang tak ingat pun jawab ape. sebab tu main hentam je..


lepas jawab bahagian A, terus siap² solat maghrib.. lepas solat maghrib terus standby untuk jawab bahagian B pulak.. memang tak bukak pun telekong tu. jawab sambil pakai telekung. kalau korang tengok mesti terkejut tetibe ada lembaga putih duduk depan laptop. :p dah alang² kan, lepas jawab terus solat isyak. huhu.. bahagian B susahhhhhhhhh.. uwaaa.. #nangislajulaju ada yang tak dapat jawab sebab memang tak tau. hmm.. sedih iols.. bahagian B ni soalan dia ada yang sama masa exam yang mula² tu (bahagian A). tapi tak semua. siap ada ubah soalan pasal Bajet 2016. aduiii.. da lah tak baca langsung pasal Bajet 2016 tu. hahahahaha.. pastu pasal GST.. memang banyak lah yang tak tau. haihhh.. :(





lepas siap jawab bahagian B, terus solat isyak. pastu standby terus depan laptop. masa dah nak start tu tetibe connection takde plakkkkk.. stress mak jemah. lepas refresh baru boleh. nasib baik. tu pun dah rugi 2 minitttt.. benci ah camtu.


bahagian C memang kena perah otak jawab calculation. otak dah berkarat dah nak buat kira² pasal math. alahai. laaaaagiiii stress. dah la tak dapat jawab semua sebab ada skip soalan konon nak jawab nanti². mane tak nye, tak dapat jawapan. memang rasa macam nak nangis je lah. bila dah last minit baru terhegeh² nak mengira. memang takkkkkkk lahhh kannn.. tak sempat oi.. terpaksalah pejam² mata main jawab je. T_T





memang mencabar jugaklah soalan² exam ni. padahal benda basic je kot. orang tak baca buku memang tak dapat jawab lah kan. haa memang tujukan kat diri sendiri. haihh.. takpelah. lagipun ini first time kena jawab exam online untuk jawatan ni. sekurang²nya dah usaha jawab sendiri.. sekarang ni berserah je la kat ALLAH.. harap²lah lulus. insyaallah.. aamiinnn.. uols doakan iolss ekk.. terima kasih..





okey tu je nak cite. jumpe lagi next entry. tata..

Monday, October 26, 2015

MONDAY BLUES

Assalamualaikum..




hooiiii pe hal mengantuk gila ni. padahal dah tido. nak bukak mata, rasa macam mata ni melekatttt je. adehh.. @_@ nak sambung tido dah pukul 2 dah. kang tido je nayaaaa.. hew hew..





hari ni memang Monday blues je lah. sampai opis pagi tadi terus macam takde mood. selalu okey je. tapi hari ni macam ape je. macam malas nak layan semua orang. ke sebab dah lama tak cuti Isnin?? eh?? ade kena mengena ke?? :p kalau cuti pun nak pergi mana?? duduk rumah pun bosan kot. takde menda nak buat.





semalam baru je ada masa nak kemas rumah. pehhhh dia punya tangkap belakang. sakit wooiii.. masa nak lipat baju lagi lah terasa sebab amek baju dalam bakul kena tunduk².. kang kalau tak lipat bila pulak nak lipat. balik kerja dah malas nak buat pape. hahahahaha.. segunung kooo baju dalam bakul tu. kalau bakul kecik boleh terima lagi. ni bakul yang besar tu haa.. entah berapa minggu punya baju lah yang dikumpul tu. kalau rajin basuh tak pe kannn.. cuma malas lipat je. tapi bukan kite yang basuh ponnnn.. hakk hakkk!! >,<





tadi baru apply yang Rumah Mampu Milik Selangor tu tapi tak tau lah lepas ke tak. harap² dapat lepas lah.. mudah²an.. teringin pulak nak duduk rumah apartment. best ke rumah apartment?? tak kisahlah rumah pape pun asalkan rumah. :p sekarang ni kerap sangat dengar cerita rumah kena rompak. kalau rumah apartment ade ke kes pecah rumah jugak?? ishh.. mintak dijauhkanlah ye.. harap²nya takde lah kes camtu. papepun wish me luck lah ye. aaminnn.. :)





okey tu je nak bebel. next time bebel lagi. :p



Wednesday, October 21, 2015

EXAM ONLINE SPA PENOLONG AKAUNTAN GRED W27

Assalamualaikum..




hai. sape kat sini yang amek exam online Penolong Akauntan W27?? ada yang dapat jawab semua ke?? ke ramai yang tak keluar soalan kat website?? kite punya soalan tak keluarrr.. bahagian B dengan bahagian C tak jawab.. ni tengah tension la ni. huwaaaaa.. *nangis laju laju





masa bahagian A syok je dapat jawab dengan laju. eh, betul ke salah tu tak tau la pulak kan. tapi dapatlah lepas semua soalan. cuma ada 1 soalan tak keluar pernyataan.. yang tu pun main jawab je. main pejam² mata pastu pilih. :p



dah lega dah jawab bahagian A. pastu nak tunggu Bahagian B keluar, berzamaaaaaaannnnnnnnnnnnnnnn.. keluar blank je. jenuh dah tunggu. dari start masa untuk bahagian B sampai lah masa dah tamat, gitu je lah ghope dieeerr.. haihh.. kalau dah bahagian B tak boleh, dah tentu² bahagian C pun tak boleh jugak. masa tu dah pasrah gila dah. ingatkan kite sorang je yang kena camni. nasib baik ramai lagi yang kena. maknanya memang problem kat server SPA la tu. hew hew..
 

nasib baik lepas ni boleh amek exam semula. tapi, buang masa je lah jawab bahagian A tadi. hmm.. harap sangat lepas ni tak jadi camni lagi.. kalau tak, memang dah malas nak amek exam online lagi. penat menunggu dan buang masa je.. haihh.. papepun wish me luck untuk exam nanti ye.. terima kasih.. :)


 

sekarang musim jerebu. jangan lupa pakai facemask tauuuu.. take care!! :)


Monday, October 19, 2015

#throwback : calarkan kereta pak guard

Assalamualaikum..




hai. sebenarnya dah lama nak buat entri ni. sekarang baru ada masa nak menaip. hahahahaha.. dah kena reject glitterati dari Nuffnang baru terhegeh² nak update entri. kahkah. padan muka untuk diri sendiri. takpelah. nak buat camne. anggap je lah takde rezeki.




okey.. okey.. melencong plak dahh.. ni nak cerita pasal calarkan kereta pak guard. konon² nak terobek terobek lah katenye.. entahlah tetibe je teringat cerita ni. ehh!! tapi bukan sengaja calarkan tau. ni tak sengaja punya cerita okeyy.. hihi.




cerita ni masa kat UiTM Segamat dulu.. tahun bila ntah ni. 2007 kot. gila lameeeeeeeeeeeee.. sekarang pun masih ingat lagi. kahkah.. kuat betul daya ingatan ni. Alhamdulillah.. hihi.. emm.. masa tu ada buat jamuan makan² kat wing (level) kolej kediaman. rasanya sebab ada buat bacaan yaasin kot. ke bukak puasa ramai². yang tu tak ingat pulak. HAHA!!




nak dipendekkan cerita, ktorang order makanan kat luar.. i mean kat bandar Segamat tu. konon²nya nak makan sedap kannnnn.. so order lah makanan kat luar. kalau nak amek makanan tu kena amek naik kereta. sebab jauh jugak tu UiTM ngan Bandar Segamat. takkan nak naik bas pulak.. huhu.. so that's why la kena carik transport jugak.. disebabkan aku ni jadi ketua wing, aku pun dengan rasa tanggungjawab, aku pergilah offer diri amek makanan tu ngan kawan² aku.. tak ingat sapa yang ikut. Noly ngan Sarah kot kalau tak silap. masa mula² plan memang dah dapat transport tapi tunggu² orang tu tak datang² pun. so ktorang rasa macam tertipu. tensen mak jemah tau. yela, lama gila kot tunggu kereta. pastu tunggu² orang tu tak sampai.. lastly ktorang pinjam je kereta pak guard. nasib baiklah aku baik ngan pak guard. ehh camne pulak boleh baik ngan pakguard kan?? panjaaaaaaaaaaaannngggg ceritanya. tapi taknaklah cerita. lain kali. tu pun kalau nak cerita. kihkih..





mase nak amek makanan tu masing² tak reti bawak kereta. ini memang lawak. hahahahahahahahaha.. tak reti bawak kereta tapi nak amek naik kereta. sebab plan asal nak mintak Sarah yang drive sebab dia kata dia tau drive. tapi at last dia kata tak berani pulak. dan kebetulan aku rapat ngan someone.. lelaki. siapa?????? tak payahlah tau. jaga hati pasangan. :p yang penting masa tu cuma kawan biasa² je kot. eh, biasa ke?? yang pasti aku tengah single masa tu. entah. aku pun tak tau apa status masa tu. kahkah. aku pun ajaklah mamat tu temankan sekali a.k.a jadi driver ktorang.. masa pergi tu okey je dia bawak kereta. selamat sampai kat Bandar Segamat tu. dah siap² masukkan bekas makanan, ktorang terus balik..





nak dijadikan cerita, masa otw balik tu, mamat tu nak tukar lorong ke kiri. tapi dia terawal tukar lorong. means dia dah langgar tayar kenderaan depan.. rasanya lori kot yang dia langgar tu. nasib baik lori tu takde nak berhenti. ye lah kot² nanti ktorang kena saman sebab langgar kenderaan orang. nasib baik takde!! fuhhh.. tu baru satu hal. ni balik nak kena hadap pak guard tu camne pulak. aduyaiii.. yang aku ni sebab dah cuak, aku pun pergi bebel ngan mamat tu, aku kate kat dia, "tadi cakap boleh bawak kereta.. ni kenapa sampai nak langgar kereta orang lain pulak??" pastu dia jawab "tau bawak kancil je.." LOL!! sabar je lah. sebab yang ktorang naik ni kereta wira. besar sikit so dia tak biasa. (--")





dah sampai kat UiTM, pastu terus pulangkan kereta dengan harapan pak guard tu tak nampak kesan calar kat kereta dia. nasib baik. dia tak perasan pun.. pulangkan kunci, cakap terima kasih, pastu cepat² jalan. >,<





selang beberapa hari kemudian, aku tengah jalan² nak balik hostel sebab baru habis kelas. tetibe terserempak ngan pak guard tu. tetibe dia panggil. alamak.. mesti dia perasan kesan calar tu. huhu.. memang punnnnnnnnn.. dia tanya macam² pasal kesan tu. aku pun diam je lah.. nak buat camne, bukan aku yang drive. :p aku pun tak ingat aku cakap ape. tapi yang pasti dapat bebelan dari pak guard tu. kahkah!! nasib baik dia tak marah. *urut dada





sejak dari tu aku tak berani pandang pak guard tu. sebab nanti dia bebel bebel bebel pastu ajak borak.. aduiihhh malas nak layan bebelan dia. :p tapi dia okey je. dia takde amek hati pun pasal kesan calar tu. cuma aku je lah rasa serba salah. dah pinjam kereta dia, pastu calarkan takde bagitau dia pun. kihkih.. tu nasib baik pak guard tu takde mintak duit ganti. kalau tak, matilanakkkkkkkkkk!!





kesimpulannya, jagalah barang orang lain elok². :p





okey tu je. tata.. :)

dah takde Glitterati Nuffnang :(

Assalamualaikum..




saje je check akaun Nuffnang. tetibe tengok dah takde Glitterati dah.. eee benci ah camni. majok ah ngan Nuffnang.




apakah salah diriku??




:(




maybe sebab dah lama tak update entri kot.. alaa.. alaaaaa.. alaaaaaaaaaaaaaaaa.. janganlah tarik balik status glitterati tu.. please.. please.. please... i'm begging you Encik Nuffnang.. :'(




lepas ni kena rajin update blog balik lah gamaknyeeee.. hope lepas ni dapat balik glitterati tu. sayang lahhhh.. hmm.. *nangis.



Wednesday, September 30, 2015

--"

Assalamualaikum..




hm.. tak boleh nak mengharap. bila mengharap, tak jadi pulak. pastu kecewa. memang kecewa pun. takpelah. usaha lagi. hmmmm.. :(




#luahanperasaan

$

Kan seronok kalau duit boleh dipetik kat pokok..




#harapansemata :p

Monday, September 28, 2015

Just share je..

Assalamualaikum.. 




Saje je nak share.. Kot2 la kan nanti tetibe dah pregnant tapi tak tau dah pregnant ke belum.. Boleh la buat panduan.. Huhu.. Nak google selalu malas pulak. Baik baca kat blog sendiri. Hiii..




Tanda Awal Hamil Atau Mengandung

1. Rasa lapar yang berpanjangan 
Juga terjadi pada orang yang tidak hamil tetapi lebih kerap terjadi pada awal kehamilan. Jangan bergantung sepenuhnya kepada tanda ini tetapi sekiranya ia berlaku disamping tanda-tanda kehamilan yang lain, bersiap-sedialah untuk membilang hari anda.



2. Perubahan pada warna di sekeliling payudara
Sekiranya kulit disekitar puting anda menjadi kehitaman, kemungkinan anda sudah pun beberapa minggu mengandung. Walaubagaimanpun, ia juga terjadi disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon tidak berkaitan dengan kehamilan atau disebabkan kandungan yang terdahulu.



3. Kerap membuang air kecil
Sekiranya janin sudah mula terbentuk dan rahim yang semakin membesar mula menekan pundi kencing anda, anda akan mersa kerap untuk buang air.



4. Merasa tidak bermaya
Rasa seperti tiada tenaga sepanjang masa? Hormon yang dikeluarkan di masa awal kehamilan boleh membuatkan anda berasa letih dengan cepat. Rasa letih dan tidak bermaya adalah sesuatu yang kerap terjadi di awal kehamilan.



5. Sakit dan tegang pada buah dada
Sekiranya anda mengandung, buah dada anda akan menjadi semakin sakit pada sentuhan, agak serupa dengan ketidakselesaan yang terjadi pada buah dada anda sebelum haid. Apabila badan sudah menjadi biasa dengan kejadian hormon ini, kesakitan akibat ketegangan akan menjadi semakin berkurangan.



6. Pendarahan implantasi dan senak pada ari-ari
Lebih kurang 8 hari selepas ovulasi, anda mungkin akan mengalami sedkit pendarahan dari faraj dan senak pada ari-ari akibat dari implantasi. Anda juga mungkin mengalami keadaan yang sama semasa pada sekitar masa anda sepatutnya datang haid hari pertama.



7. Rasa loya dan muntah
Sekiranya anda bernasib baik, morning sickness ini tidak akan menyerang, kecuali selepas beberapa minggu hamil. Tetapi segelintir wanita akan mula merasa mual dan rasa luar biasa pada lidah walaupun cuma selepas beberapa hari mengandung.



8. Suhu asas badan tinggi berpanjangan
Sekiranya anda memang sedang membuat pemerhatian dengan mengambil suhu badan asas anda setiap pagi, anda akan mendapati paras susu badan secara konsisten melebihi paras asas sejak dari hari pertama ia naik.



9. Missed period
Sekiranya haid anda teratur sebelumnya dan sekarang ia sudah lewat beberapa hari. Inilah masanya untuk anda menjalani ujian air kencing untuk kehamilan.



10. Ujian air kencing yang positif
Sekiranya anda sudah beberapa hari ketinggalan haid dan terdapat 2 jaluran pada ujian air kencing, kemungkinan besar anda sudah mengandung. Jumpalah doktor untuk kepastian.

Diam-diam

Assalamualaikum..



Just nak bagitau. Sape2 yang kawan ngan kite kat FB pastu baca blog ni, kalau baca blog kite, just baca diam2 je ye..? Facebook is Facebook.. Blog is Blog.. Ade cerita yang kite tak share kat FB tapi share kat sini.. 




Bukan semua boleh post kat FB tu. Nanti ade la jari2 jahat yang menaip dan mereply benda yang menyakitkan hati.. Hew hew.. 





Okey tu je nak bagitau. Tata.. 

Wednesday, September 23, 2015

sebak

Assalamualaikum..




sebenarnya nak minta maaf kat korang sebab tak dapat nak blogwalking blog korang. blogspot kena block kat opis ni. memang susah kalau semua kena block. memang betul lah dorang suruh buat kerja. tak bagi online. tapi, bila time rehat takde pergi mana², jadi mati kutu pulak. takkan nak tidur je. tak kisah lah nak block ke tak, tapi kalau time rehat atau balik bukak la semula lagi syok. kahkah. banyak cekadakkkk pulak ko ni Rosalina oi. macam harta ni ko punye pulak. LOL!!





kalau nak update blog boleh je tapi bila nak bukak blog orang lain tak boleh dah. jangankan blog orang lain, blog sendiri pun tak dapat bukak jugak. haihhh.. nak reply komen lagilaaaaaaaahhhh tak boleh. huwaaaaaaaaaaa.. kenapalah nak block blogspot? block fb takpe, blogspot tak payah lah. :p





esok raya korban dah. but i'm not happy. sebab malam selepas raya haji tu lah emak pergi untuk selama²nya. rindu sangat kat emak. ya Allah.. sebak dada. menyesal tak balik raya padahal mak siap call and sms tanya tak balik ke? kalaulah aku dapat undurkan masa untuk pergi ke masa tu..................... kalau boleh aku nak duduk dengan emak sepanjang hari.




hmm.




dah. airmata dah bergenang. stop sini dulu. nanti sambung lagi. wassalam.

Thursday, September 17, 2015

[NUFFNANG] terima kasih Encik Nuffnang :)

Assalamualaikum..





tadi saje² je nak check akaun Nuffnang. wahhhh dah ada peningkatannn.. terima kasih Nuffnang sebab bagi kepercayaan lagi.. pasni bagi laaaaaaaagi banyak yeee.. hihihihi. lebiuuuu muah muah muahhh.. :)


korang jangan lupa klik iklan yang keluar kat blog ni tau. kot² lah bila join kempen tu korang menang pape ke kann.. mane tau rezeki korang.. hihihi.. okey tu je.. tata..


Wednesday, September 16, 2015

...

Assalamualaikum




Hai. Selamat malam. Buang tebiat jap update blog setelah sekian lama menyepi. Sebabnyeeee menyampah dengan orang yang suka paksa2 ni. Tetibe rasa tak puas hati plak ngan orang yang berkata2 tu. 




Actually bukan ape pun. Just rasa menyampah gila bila ada yang cakap camni.. "nape mase aku kawen tak datang? Berapa kerat je kawan satu tempat belajar yang datang. Kawan aku yang dari utara pun boleh datang. Aku bukan kawen ngan orang lain pun. Kawan2 korang jugak" . Seriously aku rasa macam err.. What?? Speechless sekejap. 





Memanglah wajib datang kan. Sebab dah jemput. Tapi kalau dah ada komitmen lain nak datang camne?? Pastu tetibe nak sound2 plakkk. Time ktorang kawen lagi lah takde yang datang. Tu camne plak?? Langsung takde. Padahal dah jemput. Nak bagi alasan ape?? Jauh ke?? Bullshit!! Kalau camtu ktorang pun boleh bagi alasan jauh jugak. Kannn?!!! 





Lagi satu, kalau nak jemput tu, bukan minggu depan kau nak bersanding hari ni baru nak jemput. Memang takkkk lah nak datang.. Mase tu memang dah plan benda lain. Pastu kau nak sentappp plakkk.. Ntah hape hapeeee.. 





Eeiii please lah. Boleh jadi matang sikit tak?? Pffttt. Okebai. 


#orangyangadakenamengenajeyangfahamceritani


Monday, August 17, 2015

.

Menyampah dan meluat.




Okebai.

Tuesday, July 14, 2015

sehari sebelum cuti raya

Assalamualaikum..




hai. lamenye tak update blog. malas nak menaip. entah. makin lama makin tak terlayan ngan blogging² ni. bosan. blog Kuncistatik pun tak terupdate. hueeeeeeee kenapa ngan diriku ini. korang baca je lah cerita yang lepas² ekk. cerita terbaru takde. sebab rasanya macam same je. takde perubahan. cuma aritu je lah bela kucing kejap. tu pun amek kucing kat rumah abah. pastu bila dia macam sakit², pulangkan balik kat tempat asal. sekarang dah takde belaan lain dah. cuma lipas ngan tikus je lah yang rajin berkeliaran belakang rumah. tiap malam si tikus main kejar² atas siling. nasib baik siling tu bukan siling lutsinar. kalau tak, seram pulak kite nak tido nampak dia lari². lol!!





sebelum cuti raya, siapkan kerja apa yang ada dulu. selebihnya sambung lepas raya. cuti raya pun bukan lama. start cuti esok sampai isnin je. malas lah nak cuti lama². mak dah takde. raya dah tak meriah macam dulu. cuma ada abah je. hm. rindu mak. :'( bukan tak seronok abah ada lagi. tapi suasana tu lain. first year beraya takde mak. lain sangat. kurang tangan untuk di salam. kurang pipi untuk dicium. kurang badan untuk dipeluk. rindu sangat.





okey, taknak taip panjang². sebelum undurkan diri, kite nak wish Selamat Hari Raya Aidilfitri. Ampun Maaf dari hujung jari tangan sampai hujung... em, pape je lah. yang balik kampung tu berhati² di jalan raya. jangan terkejar² sangat. tak lari pun kampung tu. jangan makan banyak sangat nanti gemok balik (pesanan untuk diri sendiri) *masalahnya, kurus ke? puihh.. pape pun, pointnya, harap dimaafkan segala salah silap daku ekkk.. #kosongkosong okeyyy.. kite dah maafkan semua dah. insyaallah kalau ada masa nanti nak bersihkan blog ni. nak buang story yang pelik². KALAU. dah tu je.




eh, terpanjang plak.




okebai. tata..


Thursday, June 25, 2015

jangan kacau

Assalamualaikum..




aku tak pernah kacau orang. lagi² orang yang takde kena mengena langsung dengan hidup aku. tapi kenapa orang asyik nak dengki je? suka sangat kata benda yang menyakitkan hati. nak kata aku selalu sakitkan hati dia takde pun. sebab aku rasa aku takde pun menyibukkan diri nak semakkan life orang tu. ish. buang masa je. kalau aku bergurau pun selalu ngan opismate aku, kawan² aku, family. tu je. takde pun sakitkan hati orang lain even orang tu pernah satu tempat belajar dulu. satu tempat belajar tak semestinya kawan. it's just kenalan je, kan? betul tak?





no, aku takkan mengaku kawan dengan orang yang tak pernah bertegur sapa dengan aku. borak depan² pun cakap buat endah tak endah je dengan aku. takkan tetibe nak mengaku kawan. kan? nonsense! lepas tu suka² dia je nak sound² orang. ape hak kau? hak hak haktui. nah amek kahak.





aku macam perasan kau ni suka tindas orang. tapi bila kau yang kena kutuk, kau melatah tak tentu pasal. ohh please. dah jadi mak orang pun tak berubah lagi perangai tu. aku rasa aku diam je kat media sosial. takde lah expose diri sangat sekarang ni. sebab dah malas. tapi bila aku mulakan sesuatu, mulalah ada yang mengata. takpe, takpe, it's okey. nak jadi batak sangat kan? jadilah. aku pun tak heran. kesian dengan kau kan? nakkan perhatian.





name je belajar tinggi. tapi adab tatasusila ngan orang lain pun tak reti nak jaga. ape ingat ngan family je ke yang nak kena jaga? ngan orang lain tak boleh jaga? asyik kooooooooooooooooooo je yang tak suka orang. kalau boleh semua lah kau tak suka. ehhh macam sama pulak perangai dengan seseorang. em, abaikan.





dah² lah tu dengan perangai kau tu. aku dah naik muak dengan kau ni. mula² boleh terima. lama² makin meluat pulak. jaga je lah family kau tu ye. jangan nak jolok² sarang tebuan sangat. kang mendapat pulak.




tata.


Thursday, June 4, 2015

ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG JPA

Assalamualaikum..




ehh baru perasan entry ni tak siap lagi. cume upload gambar je. cadangnya nak edit post ni kat rumah. tapi internet takdeee.. :p jadinya, kite curik masa sikit update kat opis leeerrr.. kekekeke..




meh nak habaq mai cite pasal APC (Anugerah Perkhidmatan Cemerlang) yang saya baru dapat bulan lepas. haaaaaaa.. cerita bulan lepas baru nak update bulan ni kooooo.. nampak tak kemalasan yang wujud di dalam diri ini..




actually tak expect pun dapat anugerah ni. masa kak Hamim (akak kat Admin INTAN) call mintak gambar pun rasa macam tak teruja sangat sebab dia kata cuma calon je. Kak Hamim bagitau kali ni JPA nak buat selection. kalau ada rezeki, dapatlah... sebab tu saya tak excited. hihi.. cerita pasal gambar, sebenarnya gambar yang saya hantar tu pun amek dalam rumah je. hihi.. kebetulan dinding bilik ada yang warna biru. nak jimat punya pasal kan, amek je la kat situ je. sebab bila fikir banyak banyak banyak banyak banyak kali kalau amek gambar kat kedai, tetibe tak dapat APC pulak, rasa macam rugi je. kihkih..

si gemokkk bertudung merah.. :p

ni la gambar yang saya maksudkan tu. touch up sikit, palai lipstik, pakai bedak, pakai tudung merah, pakai blazer, snap gambar, siapppppppp!! padahal pakai seluar tido je. kekekekee.. sekali pandang mesti orang tak perasan kot. dua kali pandang perasan tak?? ehhh tiga kali pandang perasan?? korang nampak ke tak yang gambar tu amek dalam rumah je?? lol!! ni nak bocorkan rahsia. kalau kat kedai, amek gambar passport tak ade bayang². ni amek dalam rumah nampak bayang². nampak takkkk?? amek pakai kamera enponnn jeee.. jimat duit. :p





nak kate mengharap, mustahil lah kalau kata tak mengharap kan?? sebab dah alang² dicalonkan, mesti lah nak dapat terus. tapi mase tu takde nak mengharap sangat pun. just doa je lah moga² dapat. kalau betul tu rezeki saya, Alhamdulillah.. kalau tak dapat, anggap je lah diri ni belum layak lagi nak terima APC.. redha je lah.. sampailahhhh seminggu sebelum majlis, Kak Hamim bagitau yang saya dapat APC. Alhamdulillah.. mase tu memang bersyukur sangat². sebab tak sangka pun dapat APC jugak. ingatkan tak dapat. kot² la kene gugurkan nama dari senarai penerima, benda kita tak tau kan? lagipun dah bertukar keluar, so, pape cite memang tak tau..


masa dapat tau benda ni memang takde bagitau kat semua orang pun.. orang pertama yang tau pun family, pastu member yang dua orang tu. sape lagi kalau bukan Fiza n Akmam.. tergamam sekejap. bila dah dapat surat dari emel baru bagitau kat kawan opis sini. opis tempat lama tak tau kot?? entah. dah tak dengar cerita pun apa jadi kat sana.. :p takkan nak datang sana je kan?? nanti orang menyampah pulak tengok muka ni. lol!! memang tak ramai yang tau pun sampailah hari raptai n hari kejadian.. tu pun ade lagi kawan opis sini yang tak tau lagi. rasenye tak payah tau kottt?? lol!! 





kat bawah ni moment saya masa majlis APC kat Puspanitapuri. saya tak pernah pergi Puspanitapuri tu. nasib baik tak sesat. sebab pakai waze!! hahahaa.. terima kasih encik waze sebab tak bagi jalan pelik². :p




comel kan akak sebelah ni?? suke tengok dia. :)

ni Puan Azizah, EO kat Unit Kewangan dulu pastu dia tukar Unit sebab dia dah lama jaga Kewangan. dulu seram nak jumpa dia sebab dia nampak garang. dia pernah marah saya sampai saya rasa nak nangis. kahkah. tapi kalau dia tak marah, mesti saya tak tau apa kesalahan yang saya dah buat. kan?? :) dari situ lah saya belajar berhati² masa buat kerja. means, tak buat kerja semberono je.. :p


ni abang azim. dia pun dapat jugak. kiranya kami ni wakil untuk unit kewanganla.. so, banyak la gambar ngan pakcik ni je sebab tempat duduk sebelah² sajoooo.. hehehhh..






sempat lagi selfie ngan kak Dila..



Aris Ariwatan jadi tetamu jemputan. suke betul KPPA bila dapat jumpa dia. siap ajak ambil gambar sama².. mihmihmih..

makan.. makan.. makan..








sebelum balik selfie dalam kereta dulu. hehehh..

Alhamdulillah atas rezeki yang Allah bagi.. walaupun rezeki yang paling saya nak belum dapat, tapi Allah bagi dulu rezeki ni.. papepun terima kasih kat cc Kak Siti ngan bos Pn Ita sebab bagi kepercayaan untuk terima anugerah ni. terima kasih kat family sebab selalu bagi nasihat.. terima kasih kat Fiza n Amam sebab bagi saya hilang stress.. terima kasih kat semua yang sentiasa menyokong saya dari belakang. terima kasih, terima kasih, terima kasih. hanya Allah yang dapat membalas jasa kalian.. amin..




tu je. tata..