terima kasih sudi singgah.....buat susah-susah jeeeeeee....teeehehehehe..

mintak tolong klik, nak buat rumah. terima kasih.. :)

✿cayang2 rosalina✿

Tuesday, May 28, 2013

kau ingat kau hebat??

Assalamualaikum..




dah Selasa lah.. eh, bajet macam selasa tu macam hari Jumaat je plak kan?? mentang² kerja dah siap dah boleh golek golek depan pc. em, camne nak golek golek depan pc kat opis ni?? okey, tak payah nak bayangkan. (--")




sambil menaip, sambil tahan sakit perut. boleh tak?? saya kan hebat. kahkahkah.. ape motif ni?? heyyyy saya pun tak faham. saje menaip ikut suka hati. bosanlah. nak main Candy Crush tapi "hati" dah habis pulak. kene tunggu kawan bagi "hati" jap. dah macam ape je nak kena tunggu kawan bagi "hati". ape ingat hati ayam?? :p




actually tajuk entry takde kena mengena langsung dengan isi entry. tetibe je jari ni nak taip camtu, hahhhh layankan aje lah. nak delete pun pastu nanti dah tak tau nak taip ape pulak. ye dak?? biarkan je lah.




ohhh!! lupe nak story pasal progress dapur. esok lusa je lah ye?? tak pun tunggu dah siap baru story. amacam?? hehehe.. malas nak snap gambar. pape tah saya ni kan?? snap gambar pun malas. padahal cuma tekan je button kamera. pemalasssss!! erm. whatever.




ape nak bebel lagi ni?? tu je lah kot. takde idea. HAHAHAHAHAHAHAHAHAHA.. sorry, buang masa korang baca entry ni.




tata. (^^)Y

Thursday, May 23, 2013

background blog

Assalamualaikum



hai, salam khamis. kerja dah siap. so, jom update blog. hehehe.. tapi tak tau nak update ape. nak cerita pasal background blog boleh ke?? macam bosan pulak cerita pasal blog ni. hahahaha.. yelah, dah blog sendiri kan, sukehati kite lah nak letak ape pun. ha, blog korang, suka hati koranglah nak buat ape. asalkan dapat baca tulisan sudehhhhhhhh..





saya pilih je background yang memang dah SEDIA ADA dalam BLOGGER ni haaaaaaaaaa.. malas nak carik². kalau carik kang takut berat pulak jadinya. so, amek je lah background dari sini je. tu pun ade yang kata saya tiru background dia. kahkahkah.. sumpah lawak.





kalau taknak bagi orang sama background dengan kau punya, baik kau pergi carik background sendirilah woi!! ek elehhhhhhhhhh.. ek elehhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.. kecohh.. ade ke orang yang sama background dengan saya?? sep sikit!! kite geng. sape yang kata saya tiru tu pergi main jauh². takmo kawan. sape suruh perasan. bluerkkkkkk!!





background sama ke, tak sama ke, asalkan owner blog lain, jalan cerita lain, cara tulisan lain, semua lain. kalau blog korang best, saya akan follow. tapi kalau blog yangggggggggg.. em, maaflah. saya malas nak baca blog yang banyak sangat tulisan pastu tulisan kecik². pastu bahasa yang susah nak difahami macam ade tulisan kecik beso kecik beso. mata saya pun kecik beso kecik beso je tengok tanda pangkah warna merah kat atas tu. it's okey kalau blog pasal personal.





pehhhhhhh saya ni berkata-kata macam blogger femes je. femes?? kahkahkah.. TIDAK MUNGKIN!!!!!!!!!!!!!!!!!! berangan lebihlah kau ni alin. (--") kalau cik epal tu ye lah femes. :p




dah!! berhenti mengarut. tata.


Monday, May 20, 2013

semoga cepat sembuh

Assalamualaikum




baru dapat tau ada seseorang telah ditimpa musibah. siapa?? emm, siapa pun orang tu tak kisah lah. saya cuma harap dia akan terus tabah menghadapi ujian dan dugaan dalam hidupnya. serius bila saya dengar berita tu hati saya jadi sayu. walaupun saya masih lagi rasa marah, tapi bila dia ditimpa musibah, saya tak happy.





bukan macam sesetengah orang, bila orang yang dia benci ditimpa musibah, dia seperti meraikan kejadian tu. siap boleh nak tokok tambah cerita kononnya kejadian tu semua BALASAN atas perbuatan orang tu. orang camtu memang tak boleh dibuat kawan. sebab mungkin satu hari nanti bila sesuatu terjadi pada kita, mungkin dia akan berkata camtu jugak pada kita.




kenapa nak percaya pada hukum karma sedangkan kita ada qada dan qadar yang wajib dipercaya?? tak perlu nak taksub sangat dengan hukum karma. semua yang berlaku tu dari ALLAH. bukan dengan kehendak kita. manusia tidak boleh menghukum kesalahan orang lain. saya pun bukan kejam sangat sampai nak doa yang bukan² bila orang buat jahat kat saya. saya terima semua tu sebagai ujian dan dugaan saya sebagai hamba-Nya walaupun pahit untuk ditelan.




pape pun saya doakan semuanya cepat kembali reda. tabahkan hati. banyakkan berdoa. saya hanya mampu berdoa dari jauh. semoga Allah terima doa saya ni. amin.




....


nak tolong kok di layan cenggitu [sebut dalam loghat jawa :p]

Assalamualaikum




hai semua. salam Isnin. Monday blues ke tak arini?? ke blues gang?? hakhakhak. arini memang bosan. langsung takde mood nak buat kerja. selalu rajin kemain. tapi arini lain macam pulak malasnye. Ya Allah, aku curik tulang arini. tetibe rasa berdosa pulak. T_T




tapi, dah buat kerja dah. tinggal kerja lain je. tapi tu esok baru nak buat. boleh tak?? kihkihkih.. :p jangan jeles. bluerkkk!!




pernah tak korang cuba nak tolong seseorang, kita dengan baik hati tanya apa masalah dia pastu seseorang tu jawab macam nak taknak je. cehh!! kite niat baik nak tolong tapi dia taknak pulak. nanti bila susah tau pulak terhegeh² nak mintak tolong. ek elehhhhhhhhhhhhh..




kononlah boleh buat sendiri semuanya. ego sangat kan?? tak payahlah nak ego sangat wei. tak ke mana pun ego tu. nanti menyusahkan diri sendiri je. pastu bila dah tak boleh nak buat sendiri, mulalah nak mintak tolong kat kite. mase tu kite pulak dah takde masa nak tolong. hahhhhhhhhhhhh!! padan mukaaaaaaaaa!! nak ego sangat kannnnn?? amekkk amekkk amekkkkkkkkkkkkk!!





bila orang nak hulurkan pertolongan, just terima je lah. tapi selagi mampu, cubalah buat sendiri. kalau betul² dah tak mampu, barulah cuba mintak tolong. janganlah mentah² tolak pertolongan orang tu. tak salah kan kalau jawab "takpelah, saya cuba untuk buat sendiri dulu. kalau saya tak daya saya mintak tolong awak ye?? boleh kan??" haaa.. kan manis sikit ayat tu. bukannye terus cakap "tak payahlah. aku buat sendiri pun boleh. mind your own business!! eee sebok je.." wahhh wahhhh... ayat dia kemain dasyat kan?? rasa macam nak pijak² je mulut dia kat situ jugak.





kite dah niat nak tolong tapi bila kite diperlakukan camtu terus rasa tawar hati nak tolong kan?? lepas ni tak payahlah nak tolong orang yang camtu. boleh buat sendiri katenye.. cehh!! berlagak!! kalau orang tu nak mintak tolong jugak, kite pura² busy boleh tak?? HAHAHAHAHA.. tetibe nak jadi jahat.





kadang² kan tanpa kita sedar, bila kita dah biasa cakap camtu dengan orang, bile kita cakap dengan orang yang lagi tua dari kita, contoh paling dekat kedua ibubapa kita, kata-kata kita tu dah buat dorang rasa kecik hati. perasan tak?? mesti tak perasan kan?? sebab tu lah kena selalu berhati² dengan setiap apa yang kita kata dan luahkan..




anak-anak akan melihat dan mendengar setiap apa yang kita buat dan tuturkan. jadi, jangan salahkan orang lain kalau orang lain marah anak anda kerana sikapnya yang suka menuturkan kata-kata yang tidak sepatutnya dan ayat yang menyakitkan hati. nanti bila kena tegur "tak pandai jaga anak ke??" tau pulak marah kan?? fikir-fikirkanlah..




saya bukan nak mengajar orang ajar anak ke ape tapi ni untuk peringatan diri sendiri jugak. sape yang taknak jadi ibubapa yang penyayang kan?? eh eh?? belum pape dah berangan nak jadi penyayang.. kihkihkih..




sayang emak n sayang ibu. love them much!! hihihi.. tetibe.




okey, stop sini dulu. dah panjang ni. nanti korang bosan pulak baca panjang panjang panjang panjang panjanggggggggggg niiiiiiii.. hihihihi.. tata.


Thursday, May 16, 2013

mata kemerahan-kemerahan

Assalamualaikum..




di kesempatan ini saya ingin memohon maaf sekiranya lepas anda tengok gambar saya, hidup anda jadi tak keruan kerana diselubungi ketakutan sama ada terkena jangkitan atau trauma.




haaa amekk.. amekkkk.. amekkkk.. tengoklah lama² mata saya.. biar korang terkena sekali. HAHAHAHAHAHAHA.. sebenarnya saya tak tau kenapa mata saya tetibe bertukar warna jadi kemerah²an. T_T ni dah masuk 3 hari jadi camni. nak kata sebab lens baru, tak mungkin. sebab saya dah pakai lama dah. lamalah sanggggatttt.. padahal baru seminggu pakai.




nampak tak lens baru?? kahkahkah. okey, takde motif.




sakit mata?? kalau sakit mata mesti keluar najis² mata. tak pun mata jadi berair. tapi ni langsung takde. cuma rasa macam ada benda lain kat mata tu selain contact lens. faham tak maksud saya ni?? faham takkkkkkkkkk?? kalau tak faham padan muka. saya pun tak tau nak cerita camne. kakakakakekekekekekikikikik...




kawan² saya yang kat pesbuk, sila send kat saya "nyawa" dengan kadar segera. TERIMA KASIH.





tata.




notakecik : banyaknye penggunaan bahasa yang salah. mintak maaf ye cikgu². Selamat Hari Guru.. :p



Tuesday, May 14, 2013

tak rasa bersalah ke??

Assalamualaikum..





orang yang buat kesan ni tak rasa bersalah ke?? takde ke niat nak bayar ganti rugi?? habis cik abang mengamuk. sebab kereta ni dia yang bayar. T_T




dah lame dah jadi camni. tapi takde pun kata² maaf yang kami dapat. dalam pulak tu. sampai kemik. cat dah tertanggal sekali. memang kena cat 1 pintu. benda bukan kami buat, orang yang buat. so, kami taknak keluar duit untuk itu.




asal nak keluar jenjalan naik kereta, bila cik abang nampak kesan tu je mesti cik abang mengeluh. emm. tapi, benda dah jadi kan?? dia selalu cakap, "baru nak jaga kereta cantik², dah ada kesan camni." ape saya boleh buat?? saya cuma boleh senyum tawar je. :(




kepada yang buat kesan tu, takde rasa bersalah ke?? T_T




sekian.


Friday, May 10, 2013

dakwat belum hilang

Assalamualaikum




nak update entry lagi boleh?? hehehehehe.. baru bangun tidur ni. terbangun sebab dorang borak pasal harga gula naik. naik ke?? malam tadi elok je harga gula same je macam sebelum ni. tapi, entah.





naik ke, tak naik ke rasa macam sama je. (--")



sampai hari ni dakwat ni tak habis hilang lagi. bila nak hilang ni?? orang lain punya dah hilang siap boleh korek idong dengan suka hati saya punya bile ntah nak hilang. tapi, sekarang boleh korek idong dah.. :p





kedutan jari yang tak dapat disorok. sila JANGAN kira berapa kedutan pada jari tu.





tata.

sayang kat mulut..

Assalamualaikum..




salam Jumaat. Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya kita masih bernafas lagi sampai saat ini. bersyukur kerana masih hidup dalam negara yang aman.. janganlah kita rosakkan keamanan yang kita ada kerana nafsu sendiri.. buatlah kebaikan, supaya pada masa akan datang, cucu cicit kita akan selalu ingat dan sayang kita kerana kebaikan yang kita buat. :)





tu syarahan pendek dari saya. hihihi.. adoi sakit perut pulak. erghhh!! nak terberry. tapi jap lagilah. :p erk!! tetibe lupa nak taip pasal ape. hahahahahahahahahahaha.. kbai.


































jap, baru ingat nak cite pasal ape. "sayang kat mulut". maksudnya, bukan sayang mulut kawan, tapi sayang hanya pada kata².. sayang yang dikeluarkan dan dilafazkan dari mulut. tapi kat hati, TAK SAYANG PUNNNNNNNNNNNNNN..






dulu saya kenal ngan sorang hamba Allah ni. perempuan. dia kate dia sayang kat saya. eh, jangan salah sangka tau. i'm not lesbian. (--") sayang kawan lah.. takkanlah tak sayang kat kawan sendiri kan.. saya pun sayang dia jugak. kate kawan, mestilah sayang..






okey, dia kata dia sayang saya. tapi bila jadi sesuatu yang tak diduga, dia kapokkan saya. dia kutuk² saya. dia kata saya tak bersyukur. dia kata saya ni hipokrit. semua yang buruk² dia kata saya. sayang ape namanye tu?? sayang nak amek kesempatan ke ape tu??






saya tak benci dia tapi saya cuma tak boleh terima dengan apa yang dia dah buat kat saya. kalau sayang, dia tanya saya ape yang dah jadi. bukan secara membabi buta terus nak tuduh saya macam². memang terkilan sangat². walhal saya tak buat salah pape pun kat dia. maybe dia dah termakan dengan hasutan orang. atau memang perangai dia camtu?? tak mustahil kan??






kalau betul kita sayangkan kawan kita, kita cakap elok² dengan dia. kita nasihatkan dia. kita jujur dengan dia. kalau salah, kata salah. bukan mengia kan semua kesalahan dia. ni tak, kita tak tau pape cite tetibe nak tuduh dia bukan². sape tak marah?? memang perit sangat nak terima semua tu kan?? hmm..






kawan memang senang nak cari. kat mana² boleh cari. tapi kawan yang betul² sejati, yang betul² ada waktu kite susah, memang suuuuuuuuuuuusah sangat nak cari. sangat² susah. sampaikan kadang² kita tersedar "eh, aku salah pilih kawankah??"






Ya Allah, jauhkanlah aku dari manusia² yang hipokrit.. semoga kita sentiasa dilindungi dari manusia² yang camni.






mengantuk. tata.


Thursday, May 9, 2013

tak sukalah pakai lens yang ni. T_T

Assalamualaikum




title entry kemain panjang kan?? direct terus cakap tak suka dengan lens yang saya tengah pakai sekarang ni. dah lama beli. cuma baru pakai sekarang.




nape ntah bila pakai rasa tak selesa pastu tak nampak dengan jelas. macam takde power pun ade jugak. alahai. tapi dah terpakai nak buat camne. pakai je lah sampai balik. sakit kepala lah bila pakai lens yang tak boleh nak nampak dengan jelas ni. sebab kena fokus lebih. T_T





lepas ni nak kena buanglah lens ni. rugi je beli. haihh.. nasib baik dah beli lens lain. kalau tak, merabalah nak jalan nanti. dah lah pergi kerja drive kereta sendiri. eh, kalau drive, nak raba jalan ke?? camne tu?? :p




rugi tu memang rugi. rasa sayang nak buang sebab baru pakai. uuuiiiihhhhhhhhhh.. duit tu. tapi, nak buat camne kan?? kalau nak terus pakai nanti sakit kepala. lebih baik elak sebelum jadi pape. yelah, mane tau kot² power mata bertambah. mak oi. yang sekarang ni pun tak sanggup dah nak hadap. @_@




















.


















comel tak kak tonnnnnnnnnnnnnn??




























nape mesti kak ton?? (--"). okey tata.





.





Tuesday, May 7, 2013

#PRU13 : dakwat kekal

Assalamualaikum..




hai. dah mengundi kan?? nape masih nak bising²?? pelik. asal ada isu je mula lah nak pung pang pung pang konon dia je lah yang betul. especially kat FB. takde topik lain ke nak cerita?? (--") pastu nanti senyap sendiri. biaselah tu.






perkauman?? watsdet?? erghhhh~






.




hari mengundi

semalam

hari ni

dakwat kat jari belum hilang. orang lain punya dah hilang. dah tonyoh dengan sabun pun tak hilang lagi. dan............................................................




















kenapa jari saya berkedut?? T_T





.



Friday, May 3, 2013

perihal PRU13 : abang posmen

Assalamualaikum




hai. pekabo semua.. hope korang sihat² selalu dan sentiasa diredhai oleh-NYA. hihihihi.. macam nak tulis kat kad raya pulak. :p dah ramai ke yang balik kampung arini?? almaklumlah nak mengundi kannnn.. kompem jalan lengang balik ni. yeeeeeehaaaaaaaaa.. :p




meh nak habaq mai cerita pasal PRU13 ni. tapi bukan nak cerita pasal mana² parti. cuma nak cerita sikit luahan cik abang. dia kan abang posmennnnnnnnnnnn.. so banyaklah cerita dia..




kat rumah korang tu ada tak dapat surat dari PM yang pasal BR1M 2.0 tu?? alah yang sampulnya ada warna kuning tu. maybe korang tak fokus kot dengan benda tu. ataupun korang tak bukak then terus buang. em, maybe. saya tak tuduh. benda memang dah terjadi. kalau tak, takdelah saya cerita kat sini. kalau yang baca tu, baguslah.




kenapa saya kata bagus?? sebab yang jadi tukang lipat, yang jadi tukang tampal alamat, yang jadi tukang gam sampul, yang jadi tukang hantar tu kerja posmen. ya, cik abang pun ada termasuk sekali buat semua tu. kenapa saya nak timbulkan cerita ni?? okey, saya nak cerita lah ni. aritu cik abang ada mengadu kat saya. dia pos surat tu kat rumah sorang pakcik ni. pakcik tu tanya cik abang, "surat ape ni??" cik abang pun jawablah "surat dari PM". pastu pakcik tu bukaklah surat tu depan cik abang.. bila pakcik tu nampak je perkataan BR1M, pakcik tu terus cakap "eleh, duit BR1M dah habis baru nak bagi surat" sambil keronyok surat tu dan buang. DEPAN cik abang a.k.a posmen.




andaikan diri korang tu posmen, pastu orang keronyok dan buang surat depan korang, ape korang rasa?? rasa dihargai tak?? ingat senang ke kerja posmen?? korang senang je nak pos² surat pastu bila surat tak sampai² dok maki² posmen. tapi korang tau ke camne kerja posmen?? kadang² Sabtu Ahad kena kerja. masa hari pekerja aritu sepatutnya cuti tapi kena kerja jugak. hmm..




tak boleh ke tunggu posmen tu pergi dulu, pastu nak buang ke, nak keronyok ke, terpulang. sekurang²nya hargai kerja posmen tu depan mata dia. camne orang nak hargai diri kita kalau kita sendiri tak hargai orang?? walaupun benda tu remeh, tapi bila kita beri ucapan "terima kasih" pun dah cukup berharga.




kadang² saya kesian dengan cik abang sebab selalu ada je cerita pasal kerja dia. tapi nak buat camne kan, dah memang tu kerja dia. asalkan dia suka dengan kerja yang dia buat, tu dah cukup memadai. enjoy with your work. kalau buat kerja yang kita tak suka, hidup kita takkan happy. balik rumah je muka stress. kat tempat kerja muka dah tak macam muka.camne tu?? :p





.





















.












nak undi pape tu terpulanglah. tapi janganlah sampai mengguris perasaan orang. janganlah sampai nak semakkan mata orang lain.. orang sana dok kutuk² orang sini. yang sini kutuk² orang sana. last² dua² sama je perangai. tak boleh ke undi senyap²?? sebab tu lah dikatakan undi tu adalah rahsia. kalau bukan rahsia, ha, camnilah jadinya. saudara sendiri pun sanggup dijadikan musuh.





ada otak tu fikir.





tata.