terima kasih sudi singgah.....buat susah-susah jeeeeeee....teeehehehehe..

✿cayang2 rosalina✿

Tuesday, January 29, 2013

[DEKORASI] sumber inspirasi

Assalamualaikum




selamat hari Selasa. tetibe nak jadi Monday Blues plak padahal harini hari Selasa. no monday blues monday blues hokkeyyyy.. takpe, bos tengah meeting. meh update blog sat. lagipun, mesti ada yang nak baca entry terbaru dari saya kan?? terharu pulak. :') *perasan retissss




okey, kat sini saya nak bagitau satu rahsia. hehehe.. alahhhh bukan rahsia ape pun. just nak bagitau sumber inspirasi saya untuk men-deco² rumah even takdelah nak deco sangat ni dari rancangan tv kat Astro. especially kat channel 728, rancangan Life Inspired. nak dispecifickan, rancangan Pure Design. memang best sangat² sebab mereka design rumah yang suram, bertukar jadi super duper cantik!! :)




bayangkan dapur yang nampak macam old school bertukar jadi modern look dengan tukar warna cat, ngan tukar sikit² perkakas kat kawasan dapur tu. memang totally different kalau tengok hasilnya. :) kadang² mereka ada tunjuk cara² nak DIY barangan terpakai bagi nampak baru. dan kebanyakan barang² yang mereka guna memang dari kedai barangan terpakai. jangan pandang rendah kat kedai barangan terpakai ni. kadang² barang² tu masih nampak baru lagi. 




sebelum...




selepas..





cantik kan?? macam tak caye ni adalah dapur yang sama. cuma tukar warna cat kabinet ngan table top je. :)




sebelum...




selepas...









sebelum..


selepas..









sebelum..


 selepas..






bestnye kalau dapat deco rumah sendiri cantik camni. sebenarnya nak bagi nampak cantik tu senang je. kena pandai match kan warna. kalau silap pilih warna memang kita akan rasa pelik. :) masalahnya, nak carik yang cantik tu susah pulak. takut tersalah match pun ade jugak. :p




eeee geram pulak tengok gambar² tu. hehehe.. ruang rumah agak terhad so tak dapat nak hias camtu. :p pape pun semua ni jadi sumber inspirasi bagi saya sebab BEST. hihihi.. :)




kalau korang nak jadikan rancangan tu sumber inspirasi pun boleh. kita sharing² saja.. :) okey, nak update tu je. nanti² sambung lagi. nak buat kerja sikit ni. :)




tata.




sumber gambar : SINI




#notakecik : dapur is in progress. :)

Monday, January 28, 2013

[DEKORASI] cat ruang tamu

Assalamualaikum.



kali ni nak update entry pasal cat kat ruang tamu yang mana sebelum ni warna cat kat ruang tamu tu saya rasa macam suram je. lagi satu, saya tak minat dengan warna tu. :p



setiap kali masuk dalam rumah saya rasa macam tak best sebab warna cat tu tak menceriakan. huhuhu.. so, saya bincang dengan cik abang pasal warna cat. dan dia ikut je pilihan saya. kuikuikui.. tau dahhhhh.. 




masuk je kedai cat terus buat pilihan warna. kalau ikutkan plan, saya nak warna biru tapi rasa macam bosan plak warna biru. pastu tetibe terpilih pulak warna PINK+MERAH. haaaaaaaaaa?? pink?? HAHAHAHA.. terima jelah hakikat.


tang mane pulak warna pink?? (--")
 

cat dah okey, cuma satu je problem. wayar tv tu. alahai. camne nak buat?? suis tv tu memang kat tepi.. huhu.. pandai²lah nanti kami kemaskan.. :p




selain dari gambar atas, nak tepek jugak gambar yang takde kaitan. bolehhh?? hew hew. ahh nak letak jugakkk!! :p

 


lampu² kat atas ni saya beli kat ikea. hehehe.. sape rajin pergi ikea mesti dapat cam. :p


suis tu saya beli kat kedai DIY. rasanya saya pernah bagitau tapi tak ingat entry yang mana. :p


kene ikat ketat², kalau tak nanti terjatuh.

tebuk lubang nak gantung tv, yeehaaa.. :)
orang dalam tv pun tau saya memang hebat. HAHAHAHA..

penyangkut tv ni pun saya beli kat Ikea. senang cerita banyak shopping kat ikealah. :) semua benda ada. sebab tu senang nak shopping kat sana. tapi saya shopping barang² kecik je la. perabot² semua beli kat kedai tepi jalan je. :)




dah, tu je nak update. mata dah ngantuk. nak tidur. tata!! :)



#notakecik : sakit perut.. :'(

happy birthday aina & aliya ♥

Assalamualaikum.. 



mata tak boleh nak lelap. kebetulan dah lama tak update blog, so take time jap nak update. nothing to update. just nak tepek gambar je. tapi gambar tak banyak la pulak. hahahaha.. Sabtu aritu celebrate birthday anak kakak saya. Aina & Aliya. dua² lahir bulan 1. nape ntah tetibe nak celebrate besday dorang. hihihi.. takpelah. ade rezeki lebih, belanja jelah dorang tu. nanti dah ada anak sendiri memang susahlah nak belanja orang lain. hewhew.


yeahhhh kek Angry Bird.. disebabkan kongsi kek, saya main hentam je letak lilin. asalkan dorang dapat tiop². :p

nape aina je yang potong kek?? ja'a jadi tukang tengok jeee.. :)

ini adalah lakonan semula setelah aliya bangun dari tidur. alahai budak kecik, lama sangat tunggu acik sampai tertidur² ye?? kesiannye.. :')
 
nah acik bagi hadiahhhhh!! acik sharing dengan ibu.. :)

kesian ja'a tak dapat hadiah. terus nangis kuat² sebab nak hadiah jugak. jenuh nak pujuk dia. nasib baik aina baik, dia bagi ja'a pegang hadiah tu.. :)

pastu makan kek ngan sate ramai². best sangat sebab dapat kumpul 1 family. :) dah, tu je. tak boleh nak taip panjang². sebab nak buat entry lain. hihihihi.. :p




tata.




#notakecik : waiting for new baby girl from my brother and sister in law.. :)

Monday, January 21, 2013

member card Watson

Assalamualaikum.



hai. selamat hari Isnin. update entry yang yang yang entah, tak tau nak taip ape sebenarnya. just taip ape yang keluar kat kepala otak. fuhh hebat rangsangan otak ke tangan ni. takde pikir², terus taip je. sampai lupa sebenarnye nak buat entry pasal member card Watson. hahahaha..




sabtu aritu pergi shopping² dengan cik abang kat Jusco Bukit Tinggi Klang. almaklumlah dah lame tak shopping kan. so macam batak sikitlah bila nampak barang² dalam tu, lagi² barang elektrik. semua nak beli. tak fikir pasal budget pun. aduhai.





kat Jusco Bukit Tinggi Klang tu pun dah kebas vacum  ngan Pensonic Thermo. bila dah beli dua barang tu baru teringat, thermos tu nak letak kat mane sebab dapur tak siap lagi. vacum pun takde tempat nak simpan. ya ampunn.. tu lah kalau beli ikut nafsu. T_T




lepas shopping, pergi Watson jap nak beli Panadol sebab cik abang sakit kepala tetibe. aih, dah dapat makan nasi kandar pun sakit kepala jugak. hihihihi.. masa nak bayar tu cashier offer member card. dia kate RM12/seumur hidup. haa okeylah tu. pastu boleh dapat balik RM12 tu kalau pergi kat mana² Watson. tapi, tak ingat kena bawak resit ke tak. *_* bile ntah nak pergi Watson lagi.




pastu dapat barang percuma. weee.. tapi bukan barang ape pun. hihihi bunyik macam barang besar je ekk?? padahal cenonet je. 




best²!! voucher tu expired 31 Januari 2013. masalahnya, saya bukan selalu shopping kat Watson ni. haaa acane tu?? takpelah, nanti guna buat beli benda lain je lah. huhu.. :p




balik dari shopping terus mengecat. entry pasal cat, tu nanti saya update. buat ape nak semak² kan entry ni kan. campur² nanti buat serabut je. hihihi.. 




ok, tu je. tata. :)




#notakecik : kejap je dah nak 25hb. huhu.. :p

Wednesday, January 16, 2013

be MINE [english version]

 Assalamualaikum..



disebabkan bos pegi meeting, dan mata ini sudah mengantuk, mari layan lagu.. yeehaaaa.. :p



 *****

Bermula di Facebook kau tegur
Kudulu tak tahu malu
Tak kuasa nak layan
Aku buat tak tahu

Kau terus cuba dan mencuba
Sehingga ku jatuh cinta
Gatalnya dirimu
Membuatku terjatuh

Bila kita mula mengada
Kita selalu keluar sama
Borak panjang panjang
Makan dan tengok wayang

Sikit sikit aku merajuk
Kau selalu sabar pujuk
Tapi sebenarnya
Ku cuma nak uji saja

Let me tell you that I love you
And I never wanna wrong you
Take my hand baby
Come, go through with me
Let me tell you that I miss you
And I never wanna lose you
You’re my heart baby
My life is incomplete without you

Dalam pada ku gembira
Kadangkala sedih juga
Kau sudah berpunya
Tak mungin jadi milikku
Selamanya..

 *****


kadang² dengar lagu ni macam ntah pape je tapi lama² layan pulak. selalu dengar kat radio je, tapi rasanya yang kat radio tu malay version. rasanyalah. tak tau kalau salah. ke memang yang ni kat radio tu pasang?? kikikiki.. pape je lah. ENJOY!! :)



#notakecik : mengantuk sangat nihhhh.. @_@

Tuesday, January 15, 2013

labih baik tak tau, dari tau

Assalamualaikum..




waaaa busynyeee sayeeeee.. fuhhh.. busy dengan practice koir, sampai takde masa nak update blog. Alhamdulillah, Majlis FELO INTAN tadi berjaya jugak dihiburkan dengan kemerduan suara² team DVS. sayalah salah sorang dari team tu.. ecewah!!




penatlah asyik cerita pasal benda yang sama je. dah naik jelak. muak. malaslah nak cerita. lebih baik tak tahu, dari tahu. pasni kalau ada yang terasa lagi pasal entry² saya kat blog, memang sah lah dia berpenyakit. 




tata.. wassalam.. :)

view from PICC Putrajaya :)



#notakecik : bile ntah nak start cat rumah. (--")


Sunday, January 13, 2013

kemusykilan

Assalamualaikum..



Alhamdulillah, masih dipanjangkan umur untuk meng"update" entry pada pagi² buta ni.. huhu.. nape ntah tak boleh nak tido pulak. padahal tadi jalan jauh. kalau jalan jauh² mestilah penat kan?? tapi ni takde rase penat pun. kat dalam kereta pun tak tidur. pastu tak tau nak buat ape, terus on pc pastu online fb ngan bukak blog. :p




pastu try check viewer kat blog. baru terperasan orang search "miszrossa.blogspot.com" directly from smartphone, pc or lappy, and etc. hmm.. musykil jugak ni. sape yang yang rajin baca blog cikai ni?? hahahahaha.. siap hafal nama blog saya lagi. family?? tu saya tau kalau dorang yang baca sebab akan ada keluar nama blog dorang. tapi ni yang terus taip kat "google" or "yahoo". haaaaaaaaaaaaaaaa siapakah ittewwww..




Alhamdulillah, ada jugak pembaca misteri kat blog ni. terima kasih sudi singgah.. :) i'm very appreciate it. tapi lagi seronok kalau yang singgah tu ada blog, dan saya boleh singgah blog dia pulak. :)




ape² pun, saya tak halang sape² nak baca blog ni. takkan tetibe nak halau orang singgah blog kita, kan?? lagipun, saya bukan privatekan blog ni. so, sape² je boleh singgah. saya suka share idea dengan semua orang.. :)




sebelum tu, nak layan lagu ni jap.. macam best pulak. :p



2 x 5 - Ahli Fiqir





Kali Bagi Tolak Campur
Habislah geli kerana geletek
Hilanglah resah kerana biasa
Kerana telah terbiasa
Geli dan resah tidak akan lagi terasa

Semut di seberang lautan
Kau nampak
Bila gajah di depan mata
Kau buta

Lebih sudu dari lauk
Lebih tunjuk dari tengok
Lebih diri dari duduk
Lebih cawan dari mangkuk

Berkata-kata jangan lupa
Banyak yang bertukang di mata dan Mulut
Sedikit sahaja yang
Menukang di tangan
Bangkai gajah busuk di hutan
Hendak di tanam
Pekong di kaki sendiri dibiarkan
Busuk oh.. Kurap, kudis, nanah, kayap.. ii..

Dua kali lima sepuluh
Lima kali dua sepuluh
Lapan campur dua sepuluh
Dua campur lapan sepuluh

Sama pandai sama bodoh
Sama lawa sama hodoh
Sama cerdik sama belok
Sama tepok sama bongkok

Duduk diam tunggu dulu
Kunci mulut nanti dulu
Sebelum kau berbicara
Sebelum kau nak berkata
Cermin dulu hujung rambut
Hingga ke hujung hujung kuku kakimu

Kurangkan lada kurang pedasnya
Kurangkan rempah kurang panasnya
Kurangkan lebah kurang sengatnya
Kurangkan cakap kurang silapnya

Dan membisu takut takut
Mana tahu silap hari
Silap bulan lambat laun
Silap tahun kau menjadi

Dua kali lima sepuluh
Lima kali dua sepuluh
Lapan campur dua sepuluh
Dua campur lapan sepuluh

Sama pandai sama bodoh
Sama lawa sama hodoh
Sama cerdik sama belok
Sama tepok sama bongkok

Jangan cakap lepas
Biar pandai beralas
Ada ubi ada batas
Ada hari kami balas

Kiramu hanya bias
Cercamu cuma tempias
Hari ini kami berkias
Esok lusa kami mengganas

Jangan suka jaga tepi kain orang lain
Kain sendiri yang terlondeh
Kata dulang paku serpih
Kata orang dia yang lebih

Ada orang suka menerima
Tapi tidak suka menderma
Ada orang suka menderma
Tapi diharap dibalikkan semula

Dua kali lima sepuluh
Lima kali dua sepuluh
Lapan campur dua sepuluh
Dua campur lapan sepuluh

Sama pandai sama bodoh
Sama lawa sama hodoh
Sama cerdik sama belok
Sama tepok sama bongkok

Dua kali lima sepuluh
Lima kali dua sepuluh
Lapan campur dua sepuluh
Dua campur lapan sepuluh

Sama pandai sama bodoh
Sama lawa sama hodoh
Sama cerdik sama belok
Sama tepok sama bongkok




tata. :)



#notakecik : tak sabar pulak nak mengecat. :)


Tuesday, January 8, 2013

lebih baik sikit, daripada banyak.

Assalamualaikum.



selamat malam. eh, jangan tidur dulu. baca entry ni dulu tau. hehehe.. em, takde ape pun kat entry ni. mesti bosan kan baca blog ni?? cerita mengarut² je. benda merapu je semuanya. tapi kalau baca jugak, terima kasih ekkkk.. dalam tak suka tak suka pun sudi jugak baca, kan?? :p



tadi bukak fb, tetibe baru perasan friend request dah banyak. alahai. tak alert langsung ngan orang yang send friend request kat fb tu. sorry. (--")



camne boleh tak perasan ada 240 friend request?? haiyaa.. saya slalu bukak fb, tengok notifications je. bila ade friend request, tengok, tak kenal, biar gitu je. sampaila boleh jadi banyak cenggitu.. :p



tu satu hal. yang lagi satu hal, friendlist kat fb pun dah tak tau ade berapa. kalau dulu sibuk je nak friend sampai 2k, tapi tu dululah kat fb lama.. acc fb lame dah deactivate. so guna yang baru je. ni pun baru perasan kat friendlist ade 1k. hahaha.. 



tak kisahlah berapa banyak pun kawan kat fb tu. asalkan niat mereka betul, nak berkawan. tapi, lebih baik kawan yang sikit dan kita tau mereka ikhlas, daripada kawan yang banyak tapi cuma berpura² je depan kita. 



sebenarnya, risau jugak kalau ade ramai² kat friendlist tu. sebab, bukan tegur ngan semua orang pun. tapi, just keep them je lah. mane tau dorang ade nak share berita gembira or sedih, kite boleh dapat tau kan?? kot² ade yang dah dapat baby ke, yang nak kawen ke, yang nak tunang ke, yang dapat berita kematian ke. just think positif je lah. :)



tetibe teringat dulu pernah ade kenal ngan dua orang kawan ni, dia punyalah kutuk² sorang kawan lain. yang si A ni selalu kutuk si B. yang si B pulak selalu kutuk si A. saya jadi orang tengah, pening. last², dorang jadi kamceng. baguslah. perangai sama, memang boleh ngam kot?? bhahahaha..



nak tengok cite Adam&Hawa. heee.. tak sabar pulak nak tengok ape cerita untuk hari ni. okeylah. tata. :)



#notakecik : nak buang semua sampah² dan kotoran². habis kotor dah. 

ride again?? can i?? @_@

Assalamualaikum..



hai, jumpa lagi. sejak dua menjak ni rajin bebenor update blog. hihi. time² camni memang tahap rajin tu tinggal sikit je. malas pulak yang banyak. ape lah nak jadi Rosalina oi!! :p




tetibe terfikir nak pergi kerja naik motor. jadi minah rempit semula. masalahnye, boleh ke?? saya sendiri pun was², camne?? aiyoo.. kenapa nak naik motor?? sebab, malas nak meredah jammed. pastu, nak jimatkan kos. kalau naik kereta kos tinggi. pastu jammed melampau². lagi² time hujan, kompem sampai rumah pukul 8 malam. (--")




dulu mase bujang boleh kot naik motor.. sekarang ni dah kawen, macam malas pulak. bhahaha.. tapi, teringin sangatlah nak naik motor. tapi, takuuuuuuuuttttt.. huhuhu.. eh eh ape ni kejap macam nak, kejap macam taknak. bengong. 




niat di hati nak beli skuter je. sebab malas nak naik motor ada gear ni. leceh pulak. hihihi.. 

Ego Lc, Ego Lc come to mama.. :p

minat pulak kat Yamaha Ego Lc ni. tapi, ongkosnye enggak cukuuuppp.. rasanye macam kena pendamkan dulu angan² nak beli motor baru ni kot. hew hew. tunggu ada rezeki lainlah. InshaAllah.. :)




eh, daripada beli benda² camni, baik bayar PTPTN kan?? uwaaaaa.. bila PTPTN nak habis bayar nehhh.. T_T haih, setiap bulan cuma bayar untuk kos pentadbiran je. nape lah kos tu wujud?? (--")




Ya ALLAH, murahkanlah rezeki kami. Amin. :')




#notakecik : Hanya Allah tahu niat sebenar kita. :)

Monday, January 7, 2013

tempahan menjahit :)

Assalamualaikum,



Salam Isnin.. semoga semuanya selamat hari ni. actually, saya risau dengan kereta saya sebab pagi tadi macam dengar something yang saya pernah dengar dulu, berkaitan dengan minyak hitam. hope balik nanti takde jadi pape yang tak diingini.. maybe dah time dia meragam la tu.. (--")




okey, berbalik pada tajuk entry, sape kat sini yang malas nak jahit baju?? bhahahaha.. saya nak cari tempahan ni. eh, bukan saya yang jahit tau.. kakak saya yang disayangi tu lah. dia mintak saya carikan customer untuk dia. tapi area Selangor je la.




antara tempahan yang kakak saya ambik ;

baju kurung biasa                  : RM 30.00
baju kurung moden               : RM 40.00
baju kurung pesak gantung  : RM 35.00
baju kurung pesak Mahsuri  : RM 35.00
blouse simple                         : RM 30.00
Peplum                                    : RM 50.00




kalau sape² yang tak tau baju kurung pesak gantung ngan pesak Mahsuri tu camne, contoh macam kat bawah. tapi lukisan je la. bhahaha.. :p



nampak tak perbezaannye?? :)




okey, kakak saya juga ada amek tempahan Peplum. sape² yang tercari² baju Peplum tapi takde saiz, boleh upah kakak saya je k. tapi, peplum kosong je tau. kalau nak manik² tu belum ade lagi.. :p kat bawah ni contoh baju. tapi tak bergosok lagilah.. kihkihkih.. :p


lariiiiiiiiii model takde kepala.. :p

selain tempahan baju, kakak saya juga ada buka tempahan untuk barang lain, contohnya macam beg, make-up beg, barut baby, dan.. dan.. dan.. tengok bawah je lah. :p

Make-up bag description:
Measurement:10.5inchX8inchX3inch
Material:100% cotton with interfacing.
1 pocket inside and 1small pocket zipped in the outside.
Price:RM25.00 (promotion:free Postage).
totebag- pooh RM28.00
totebag- polka dot RM28.00
totebag-black abstract RM28.00

totebag - blue english style RM28.00
colour block revisable tote bag (22incX13inc) heavy cotton. Orange n red. Price: RM35.00
barut baby (18incX5 inc) cotton flannel- 1 pc:RM4.50 , 5pcs:RM20.00
think baby quilt mickey n minie . Measurement: 40 inch X 27 inch. Price: RM 45.00
untuk pengetahuan korang, kakak saya akan lebih mengutamakan tempahan baju. dan harus diingatkan, jika korang nak buat tempahan, sila poskan kain baju korang bersama-sama baju contoh YANG SELESA DIPAKAI sebab kakak saya tidak akan terima baju yang nak buat tambahan atau tolakan besar kecik baju. untuk PEPLUM, bagi baju contoh KURUNG MODEN. got it?? :)




sebarang pertanyaan atau tempahan boleh diajukan kepada :

Suziana Binti Mohd Ayob
FB : Suziana Ayob
No. Telefon (SMS SAHAJA) : 017-6292208




tata.




#notakecik : kereta oh kereta.. :(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...