terima kasih sudi singgah.....buat susah-susah jeeeeeee....teeehehehehe..

mintak tolong klik, nak buat rumah. terima kasih.. :)

✿cayang2 rosalina✿

Monday, March 24, 2014

isnin biru

Assalamualaikum..




kenapa saya rasa macam cepat pulak Isnin ni. ape yang saya buat arini ek? sebab rasa macam takde feel je arini. ke sebab monday blues? tapi macam tak pulak. ke sebab saya puasa? em maybe kot.




mane pulaklah cik abang saya ni. dah lah enpon saya tertinggal kat rumah. aiyoo.. camnelah boleh tertinggal. selalu saya yang ingatkan cik abang suruh bawak enpon, last² diri sendiri yang lupa. hari ni puasa. kalau balik lambat, xsempat nak masak untuk buka. ntah² tak sempat nak buka wei. da la takde standby bekalan untuk buka puasa. T_T




susah jugak kalau enpon tertinggal ni. kena mengintai kat tingkat bawah dengan kerap sebab nak tengok cik abang dah sampai ke belum. tapi macam harapanlah kan dia sampai awal. mesti lambat jugak ni. T_T hari² balik lambat, penatlah. keluar tak nampak matahari, balik pun xnampak matahari. bilelah saya nak dapat tukar ni. penat penat penat!! tapi....................... sayang pulak nak tinggalkan tempat ni. :(




saya rasa emosi saya tengah tak stabil ni sebab banyak betul sedih kat setiap ayat. :( tengok, ada lagi. haishh.. eh dah dah. lain kalu update lagi eh kan dah tertaip kalu, malas nak tekan backspace. halallah ye.




okey tata.


Friday, March 21, 2014

[DEKORASI PEJABAT] carta organisasi

Assalamualaikum..




hai. salam Jumaat. meh nak update blog sat. nak update dari tadi asyik tergendala sebab sibuk dengar luahan hati opismate. hiiii..





Alhamdulillah dengan izin-Nya, dapat jugak saya siapkan carta organisasi untuk unit saya. penat jugak nak membuatnye ni. sebab kena potong² kertas tebal yang warna merah tu. mounting board kot namenye. hahahaha.. saya pun tak tau. dorang dok sebut menatang tu je, yelah tu kot nama dia gitu. :p





nak tengok takkk?? tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...


buat sorang?? em em em kebanyakannya buat sorang.. ade jugak opismate tolong sikit.. takkanlah saya buat sorang² kan.. dorang pun ade bagi pendapat jugak pasal warna tulisan n background semua tu..




okey, sebenarnya papan background tu order kat vendor, harga dalam RM1500 kot. saya pun tak sure. kena tanya bos. :p bos kate kalau upah vendor buat semua kena charge dalam RM4k. wowwww.. kalau buat sendiri tak sampai RM4k pun. ni saya kena mintak upah RM4k ke ape? kahkah.






frame gambar tu buat sendiri je.. pakai mounting board tu lah.. tampal banyak² bagi tebal. eh eh tak. saya tipu je. tampal bagi nampak jadi bentuk frame je.. heee.. camni.

comelnye.

nampak tebal kan?? memang tebal pun. ade 4 lapis. sepatutnya 3 lapis je. tapi bos kate nak buat macam frame, so saya tambah lagi selapis yang atas tu. sebelum ni saya buat takde tutup semua, means boleh lagi lah nak keluarkan gambar tu dari atas. tapi dah bos mintak buat camni, saya buat je lah. nasib baik cantik. haaaaaaaaahahahaha.. puji diri sendiri buat.. jenuh wei nak potong satu² sebab nak dapat bentuk camtu. nasib baik potong lurus je. kalau potong bengkok² kang tangan saya pulak yang bengkok.





pastu tampal kat belakang tu guna magnet je. sebab papan belakang tu boleh lekat magnet. senang sikit nak adjust bila ade yang bertukar keluar atau masuk. takdelah cacat papan tu nanti kena kesan cabut². ni pun idea bos. bijak kan bos saya? heeee..


okey tu je nak story. pasni nak story pasal lain pulak tapi tunggu minggu depan je lah ye. heheheheee.. nak pegi solat jap, pastu tunggu cik abang datang amek. eh eh eh. saya masih di opis. nice kan?? kihkih..





tata.

Thursday, March 20, 2014

tu lah..

Assalamualaikum..




cume bebelan dari hati dan di luahkan di sini..







tu lah..
lain kali cakap lagi aku gemok.
last² kau lagi gemok dari aku.





tu lah..
lain kali cakap lagi aku kutuk bos.
last² kau pun kutuk bos kau jugak.





tu lah..
lain kali cakap lagi bontot aku besar depan² orang ramai.
last² bontot kau pun besar dan tak boleh disorok jugak.





tu lah..
lain kali cakap lagi aku ni muka innocent tapi belakang² jahat.
last² kau pun jadi lagi teruk dari aku.





tu lah..
lain kali cakap lagi aku ni kuat menunjuk.
last² kau pun jadi kuat menunjuk lebih dari aku.











aku?? nak kata padan muka, kejam sangat. kesimpulan, jangan mengata aku lagi.







tata.



Wednesday, March 12, 2014

Penat otak

Assalamualaikum..



Hari ni tak sempat nak main Candy Crush. Nampak tak, betapa sibuknya saya hari ni. Tak nampak? Memanglah korang tak sayang saya. LOL!



Seriously saya rasa sangat penat sebab buat kerja non-stop dari pukul 7.45 pagi sampai 7.30 malam. Eh eh eh ade lah jugak berhenti kejap rehat untuk makan.. Selalu tengahari sempat tido tapi hari ni nak pejam mata pun tak boleh sebab banyak kerja masuk. Adoooiiii sakit badan.



Ni nak kena tunggu cik abang sampai pulak. Dah kena berdiri lama. Nasib baik tengah ABC. Tak risau kalau terlepas maghrib. Tapi seram jugak sebab kena tunggu kat bawah opis time2 camni. Banyak syaitoooonnnnnn.. Okey fine. Cik abang baru whats app dia kate baru nak keluar opis. Uwaaaaaa... Kene berdiri lagi lama lah ni, isk isk.. T_T. Nape lah dorang tak letak kerusi kat sini?? [nangis dalam hati]



Balik ni kompem terus tido. Alaaaa.. Mesti takde air. T_T. Hmmm.. Kenapa dengan hari niiiiii?? :'(


Posted via Blogaway

Thursday, March 6, 2014

hm

Assalamualaikum..




kadang-kadang kita terlalu mengharapkan sesuatu yang belum pasti. tak kisahlah sesuatu tu orang ke, benda ke, yang penting belum jadi hak milik kita. bila terlalu mengharap, dan berharap sangat sangat, akhirnya mengecewakan diri sendiri.





kadang-kadang aku kecewa. aku nak sesuatu yang baik. aku nak sesuatu yang menjadikan aku jadi seorang yang baik. tak mintak banyak, sikit pun jadilah. aku selalu doa. mengharapkan yang baik tu tiba. tapi, sekejap je datang. lepas tu, hilang.





kadang-kadang aku putus asa. dan, menangis. penat dengan semua. penat mengharap. tapi takde yang faham sebab aku tak cerita kat orang lain. takpelah. Allah kan ada. hm. lebih baik aku cerita kat Allah je kan? tapi, luahan ni?





kadang-kadang kite terpaksa luahkan sikit. kalau bukan pada seseorang, pada blog pun jadilah. janji luah. asalkan aku tak mengaibkan orang lain.




sudah.




tata.



:'(

Sunday, March 2, 2014

Ahad

Assalamualaikum..

Hai. First time update guna ni. Ntah camne ntah ghopenye. Kalau update kat pc boleh edit banyak2. Kat tab ni macam susah je. Hiiii..


Tadi balik rumah mak mentua kejap sebab cik abang nak amek game. Bosan katenye. Nak pegi jenjalan kang membazir duit pulak sebab mesti habis kat makan je. Patutlah gemok kan? Ahaks! Minggu ni duduk rumah je ye sebab takde air. LOL! serously aku pelik dengan jadual catu air tu sebab sepatutnye selang dua hari ada air n takde air. Tapi aritu cume sehari je ade air, pastu takde air dua hari. Gila tak? Gila tak? Gila tak? Ciss! Main2 lah dorang ni. Tak baik tau amek hak orang lain.. Marah ni, marah..


Ehhh entry ni takde isi ape sangat pun. Cume nak cube try test guna ni je. Kalo korang boleh baca entry ni maknanya entry ni dah berjaya di publish la. Hikhik.
Tata.


#prayforMH370

Posted via Blogaway


Posted via Blogaway