terima kasih sudi singgah.....buat susah-susah jeeeeeee....teeehehehehe..

mintak tolong klik, nak buat rumah. terima kasih.. :)

✿cayang2 rosalina✿

Wednesday, September 24, 2014

Longkang

Assalamualaikum..




Hai. Buang tebiat jap untuk update entry malam2 ni. Belum rasa nak tidur lagi. Hiii..





Saya masih tertanya-tanya. Kenapa orang lebih suka tegur saiz badan seseorang?? Tak kisah lelaki atau perempuan, same je. Kalau yang mulut longkang tu siap tegur cakap nampak bonjolan bonjolan. Why eh?? The problem is, dia langgggsungggg tak sedar sebenarnya diri dia pun bukanlah kurus mane. So so je. Hairan kan?? 





Siap tegur jangan pakai baju itu ini sebab nampak macam pregnant. Kahkah. Motifnye ape?? Nak belikan baju baru ke camne?? Terima kasihlah kalau nak belikan baju.. Baju saya pun memang sikit je. Yelah, orang tak mampu kan.. Betul ke nak belikan??





Lantaklah nak kate ape pun. Dah malas nak layan. Memang ade rasa sakit hati jugak ni. Tapi malas nak benci2 orang kan, sebab tu buat do no je. Maybe lepas  cakap camtu dia puas hati kotttt.. (--")




Dah lah. Ngantok pulak. Sudah mahu ketiduran..Sambung next next next next time. 





#ataskatiltaipentrygunaenponcapayam



Sunday, September 21, 2014

suke hati lah nak cakap ape

Assalamualaikum..





hai. nak membebel kejap ni. tak sure bebelan ni panjang ke pendek. tapi nak membebel jugak. tak boleh?? ahhh tak kira. nak jugak. :p saya ada terkesan dengan kata² seseorang, dia bagitau ade orang komplen saya buat kerja lambat. marah? ade sikitlah.. sebenarnya bukanlah pasal ape pun. yelah, kite beriye buat kerja, bila lambat buat sikit dah ade yang komplen. sape tak marah + geram + sedih?? okey, tetibe rasa nak nangis. T_T





cara kerja saya, saya tak suka tangguh² buat kerja. mesti kena siapkan jugak. bila tak siap tu rasa tak sedap hati je. tapi, bukanlah semua dapat disiapkan. kalau dah berat sangat kepala ni, takde maknenye saya nak teruskan buat kerja. letih. kompem balik terus tido. ye, memang betul pun. sampai rumah terus tido. sedar² cik abang kejut suruh solat maghrib. tau saya balik pukul berapa semalam?? lepas asar saya balik. means, ibarat saya buat kerja untuk sehari. semata² nak buat kerja yang tertangguh ni. ya, saya bukan kejam sangat. saya tak sampai hati nak simpan claim orang lame². that's why saya buat jugak even waktu cuti. rumah tak sempat kemas sebab pukul 7 lebih dah gerak keluar. breakfast tak buat. baju tak sempat basuh. lantai tak sempat sapu. meja tak sempat lap. semua tak buat. sebab kena buat kerja kat opis. hari ni datang opis lagi siapkan kerja yang tinggal. nasib baik cik abang temankan hari ni. kalau tak, tak tenang saya nak duduk sorang² kat opis ni. seram.





orang cuma tau nak komplen je saya buat kerja lambat. lambat?? yelah. okey. saya buat kerja lambat. salah saya. sebab minggu lepas saya cuti. tu pun baru nak merasa cuti lama² sikit. kalau saya tau orang nak komplen lambat, saya takde nak apply cuti. takpelah. kerja lagi penting dari masa dengan family. kan?? hm. kolot betul fikiran orang yang anggap camtu. orang lain happy² bercuti dengan family, cuti jauh², kite tunggang langgang buat kerja kat opis. takpelah. orang lain je boleh cuti. saya tak boleh cuti.





saya bukan sengaja nak buat lambat ke tak. selama ni saya kat opis pun bukan duduk goyang kaki je. saya buat kerja. oh lupa. orang tak nampak ape yang saya buat. memang tak pernah nampak. selalu suruh cepat² buat je. orang nampak macam senang je. tapi sebenarnya.. emm takpelah. orang tak faham. kalau saya cakap pun, orang akan kate, "macam dia sorang je yang ade kerja banyak" okey fine. kerja saya sikit je. kerja orang lain lagi banyak siap boleh online lagi. takpe.





sedih bila orang tak hargai ape yang kite buat ni. bila baru ade silap sikit, lambat sikit, orang dah komplen. ape salahnya doakan saya sihat supaya dapat siapkan kerja ni. ni tak, asyik nak komplennnnnnn je. dapat ape kalau komplen?? takdenye terus dapat claim tu kalau saya buat sekarang. kena ada proses jugak. hm, saya buat kerja bagus mana pun bukan dapat anugerah pekerja contoh pun. bukan dapat anugerah pekerja cemerlang pun. takde maknanya dapat. kuli batak je kan. ehhh saya tak mengharap pun anugerah tu. takpelah. Allah je yang nampak ape saya buat. ikhlas atau tak ikhlas DIA je yang tahu.





lagi satu, saya nak tau jugak, orang yang komplen tu kerja bagus sangat ke? kalau saya tau sape yang komplen tu memang saya boommm dia. jangan ingat saya diam² camni, saya tak boleh nak maki orang. orang tak kenal lagi saya ni camne. kerja kalau tak ikhlas memang duit cepat habis je. gaji tak berkat. dapat bayangkan tak kalau OT tu dah tak boleh claim?? dapat tak??





untung² saya dah tolong betulkan claim. kalau tak betulkan, kompem dapat sikit je claim tu. bila dapat lebih, diam je. bila dapat kurang, komplen pulak. napelah ade manusia yang tak bersyukur kat dunia ni?? patutlah tak dapat nak merasa duit yang dapat tu. sentap?? bagus. memang sengaja nak bagi sentap. bagi bukak sikit mata tu. jangan tau nak komplen orang je. tengok diri sendiri dulu ye sebelum nak komplen orang. pffttt..





dah lah. penat dah ni taip banyak². ni pun dah kena tapis banyak dah ni. kalau tak, kompem lagi panjang. okey. tata.


Saturday, September 20, 2014

pakai produk lain pulak

Assalamualaikum..





saya ni kan, asyik tukar² produk je. aritu pakai collagen plus. sekarang pakai babies blink pulak. nasib baik kulit muka bukan jenis sensitif. saya dah tak pakai collagen plus sebab katenye merkuri kuat. sebab tu dah tak pakai. pastu adik suggest pakai babies blink pulak. so, pakai lah babies blink. pastu dengar cite babies blink ade merkuri jugak. tapi, babies blink ni dah ada pengesahan KKM. means, selamatlah nak pakai. jadi, saya terus je lah pakai babies blink.






setakat ni saya pakai okey je. takde pulak perit kat muka macam pakai collagen plus tu. masa collagen plus nak habis, tetibe je muka saya rasa macam panas. nasib baik memang nak habis. terus tak pakai dah. pastu saya pakai safi rania tu. tapi kejap je pakai. hahahahaha.. ade lagi kat rumah tu jadi penganggur. sebab saya dah start pakai babies blink so simpan safi rania diam² kat rak.




saya pakai macam set yang kat gambar atas ni. saya tengok kat blog adik saya ada set lain. tak sure harga sama atau beza. kena tanya sendiri lah kat dia. tak pun pergi je baca kat blog dia.:p





Maixara? yang tu saya makan jugak tapi jaranglah sebab selalu lupe nak makan. kalau makan maixara, pagi² mesti nak pergi buang air. pastu kerap haus. ehh maixara tu untuk sape yang nak kulit cantik dan kalau nak putih pun boleh makan tu jugak. pada pendapat saya lah kan, tak semestinya nak cantik kena putih. kalau kulit gelap, tapi kulit cantik pun dah rasa macam cantik sangat dah. maixara ni okey jugak kalau korang nak makan.. :)





kalau nak beli macam² produk, boleh pergi kat blog adik saya http://n-nanie.blogspot.com/  kat situ ada banyak produk yang dia jual. pergi lah tengok sampai lebam. kalau berminat boleh terus whatsapp dia. mane tau boleh dapat harga murah?? besday dia bulan depan. haaa kot lah kan dia nak bagi harga special. kihkihkih.. mandai je aku ni kan.. :p




okey tu je nak story. nak buat kerja ni. haaa laaa.. kerja di hari sabtu uolsss.. tata. 


Friday, September 12, 2014

tak boleh tengok mata

Assalamualaikum..




ade orang kate, dia tak boleh tengok mata iols. kalau tak boleh tengok ye jangan tengok.. kan kan kan?? dia kate kalau tengok nanti dia jatuh. kahkahkah. nasib baik gurau² je. kalau betul, bahaya.. cik abang je yang boleh jatuh kat iols tau. orang lain tak boleh. uols faham kan maksud jatuh tu ape. jangan gedik² nak pikir bukan² pulak ye. lempang kang.





yang kate camtu pun orang tua. dah nama pun orang tua kan, biar je lah.dia nak gurau² je pun.. iols tak kisah. setakat nak gurau² camtu takde hal lah. asalkan takde gurau lebih² macam pakcik lagi sorang tu. nyampah iols tau. ehhh, semua yang jadi kat iols ni iols cerita kat cik abang. jadi, dia tau semua cerita. marah?? yang tu iols tak sure. sebab bila iols tanya, dia diam je. (--")





iols bukan nak bangga bila orang kata dia suka tengok mata iols. ini kan anugerah Allah. biarlah dia nak tengok. asalkan takde niat lain.. iols pun suka tengok kecantikan. bila nampak perempuan cantik pun iols puji. takde salah pun kan kalau puji ciptaan Allah?? iols puji ikhlas dari hati. pujian tu keluar dari mulut ni secara tetibe. bukan hipokrit ye. jangan pulak bila iols puji uols, uols kate iols nak bodek uols. bodek?? takde dalam kamus hidup iols. blerggghhhh!!





mata palsu?? takpe.. terpulanglah uols nak kate mata iols ni mata palsu ke mata kucing ke. yang pasti iols memang rabun. rabun pun dah cecah 300. dari dulu sampai sekarang sama je power rabun ni. iols bukan pakai lens ni semata² nak melawa je. dah alang² rabun kan, iols pakai je lah mata warna warni ni. asalkan tak nampak pelik sudah. iols pernah beli warna pink n purple. iols pakai nampak pelik so iols buang. kihkihkih.. :p membazir?? daripada nampak pelik, baik iols buang kan??






eh, dah lah. waktu lunch dah nak habis. lain kali sambung lagi. dah malas nak taip banyak². oh ye, cakap pasal lens, baru ingat stock lens iols dah habis. nanti nak beli lagi lah. :p





gambar mata?? takde. kbai.

Wednesday, September 10, 2014

ape?

Assalamualaikum..





hai uols, iols tengah memaksa diri untuk menaip dengan lebih panjang gara² entry sebelum ni semua pendek² je. tak, ini bukan paksaan dari sesiapa. ini adalah sukarela. walaupun memang malas gila nak menaip, tapi paksa jugak. kan.. takpe lah paksa diri sendiri sekurang²nya jadi jugak entry yang panjang even isinya semua mengarut. miahahaha.. :p





masalahnya sekarang ni, iols tak tau nak cerita ape. takde idea lah pulak. alahai. kang nak bagitau cik abang belikan itu ini kang uols kate iols ni menunjuk pulak. kahkah. heeiiii tak kuasa mak jemah nak tunjuk ape yang cik abang belikan. dulu ye lah, rajin sangat nak update itu ini. tapi sekarang nape ntah malas bebeno nak snap² gambar pastu upload kat ig or fb. tapi kadang² ade jugak terlepas upload. uols pejam mata je lah ye kalau nampak. anggap je lah iols buang tebiat. LOL!!





kalau uols nak snap² gambar pastu upload kat ig or fb tu lantak uols je lah ye. tapi kannnnnnnnnnn.. iols musykil gak kat uols yang suka snap² gambar itu ini pastu tunjuk kat ig or fb sepanjang masa. tak takut ke orang mengata? mengata tu satu hal. tak risau ke orang lain cemburu?? ke memang itu niat uols? waahahahaha.. :p sejak cik abang tegur bila iols upload gambar² kat ig or fb, tak kisah lah barang ape² yang cik abang bagi, iols terus kurangkan upload. kalau gambar makanan takpe. sebab habis terus masuk mulut. kalau barang berharga tu, takut jugak kalau hilang ke, kena curik ke, rosak ke, sayangg ooiii.. lagi bertambah sakit mata kalau tengok balik gambar² barang yang dah takde tu. sakit hati kann?? cik abang kate, biarlah kita² je yang tau. tak payah nak upload² selalu. sebab tu lah iols dah jarang update pasal rumah. hihi.





ada member cerita kat iols, ada lah si polan tu asyik uploaddddddddddddddddddddd je semua yang laki dia bagi kat ig or fb. dia kate kat iols, "si polan tu macam nak menunjuk je. laki aku bagi macam² pun takde lah nak upload kat ig or fb. menyampah pulak bila aku tengok. ni bukan jeles ke ape. aku tak jeles langsung sebab laki aku bagi lagi banyak dari ape yang dia dapat. tapi agak²lah nak upload. pastu ayat dia memang nampak sangat macam nak menunjuk yang dia dapat itu ini. macam dia sorang je ada laki. meluat. " uihhh.. memang makan dalam kan kata² tu?? kihkih.. dah tu, tak sedar² lagi ke? terase? eh eh eh eh eh.. nampak sangat uols yang buat. LOL!! alah kalau setakat nak upload 1 ke 2 ke n tujukan kat laki sendiri sebab nak say thank you takpe jugak. ni tak. kalau setiap gambar tu semua barang yang laki dia bagi, pastu ayat caption macam menunjuk, haaaaaaaaaaaa memang nak mintak kena sumpah jadi pasu lah kannnn..





ehhh dah lah. malas pulak iols nak cerita pasal orang yang perangai camtu. iols pun ade buat jugak. tetibe tersentap sendiri. kahkah. tapi, iols takde lah sampai nak upload semua. :p




iols nak upload ni je, boleh kan??


kihkih..





tata.




#nampaktakisimengarutdahjadisatuentry

Friday, September 5, 2014

[GAMBAR] DVS in da house!! @FELO INTAN, PWTC KL

Assalamualaikum..




salam Jumaat semua. tengahari ni rajin sikit nak update blog. nak update petang nanti kang jadi malas pulak kannn.. lagipun cik abang sekarang datang amek saya cepat. pukul 6 mesti dah terpacak kat bawah opis. so takdelah masa nak online ke, nak skodeng ke, nak update blog ke, semua² tu lah.





eh malas pulak nak taip banyak². tengok gambar je lah ye. :p














a'ah.. tak banyak pun gambar masa majlis felo tu. gambar lain dari kamera orang lain. nak masukkan kat sini nanti uols muntah pulak tengok gambar banyak sangat. ini pun dah kira banyak jugak ni kan? hihi. gambar yang uols tengok tu kalau yang terang lain macam tu sebab lampu spotlight tau. sakit mata deknon nak nengok.





okey dah tu je. malas nak cerita banyak². takde idea nak bercerita. cukuplah cerita sikit je ye? bukan uols baca pun. tengok gambar je kan?? kan kan kannn?? wekkk!! :p





tata.

Thursday, September 4, 2014

[CPUV NUFFNANG] Jacob's-Simple Pleasures & Xperia Z2

Assalamualaikum




hai, pagi² update blog sebab nak update pasal Nuffnang. kihkih..


terima kasih encik Nuffnang sebab bagi CPUV. lebiu much much much much more. :p nanti bagi lagi yeee.. :)





uolss.. jangan lupa klik ye. thanks. :)





tata.